Halaman

Bercuti-Cuti Malaysia

Asha Lya | Mei 30, 2014 | 17Komen | >
Assalamualaikum



Hari nie seluruh warga Sabah  bercuti 30hb.May sempena pesta Kaamatan 2014


" Kotobian Tadau Tagazo Do Kaamatan "


So Lya pun turut bercuti panjang sehingga 15hb.Jun:D
Tak la panjang sangat pun hihihi..
Mungkin Lya akan update blog tapi tak sekerap mana.
Blogwalking mana yang mampu.Bergantung pada line
interenet.Lya on9 guna ipad je mungkin sukar sikit nak update blog.





Nampaknya blog Asha Lya akan terabai buat seketika.
Dan akan kembali Insyallah.
Mana boleh biarkan blog berhabuk.Sayang tawww
Jangan lupa kan blog Asha Lya ya...
 Doakan Majlis Lya berjalan dengan lancar insyallah amin


Sayang kamu kamu semua


Nota : Rindula pada celoteh-celoteh kat blog korang :)..

Terima Kasih

Penghargaan : Sulaman Lace Heaven @ Kak Fuza

Asha Lya | Mei 29, 2014 | 13Komen | >
Assalamualaikum



 Sebelum Lya bercuti panjang.
Nak settlekan entri mana yang pending hehe.
Alhamdulillah mungkin rezki nak naik pelamin nie...Lya sungguh tak sangka
boleh menang GA kat blog kak fuza Sulaaman Lace Heaven
sempena ulang tahun blog kak fuza.
 Kalau nak tahu kak fuza seorang busnisswomen.


 cantik Lya suka paternnya...buat dress pun lawa kan

daku memang tak pandai nak bergaya selfie melfie bagai :D



http://fuzamusa.blogspot.com/

Jom ke blog kak Fuza



Wassalam


Nota : Urmmm mood nak bercuti dah mari....

Terima Kasih

Update B2B : Sabun Fruitale Goodies

Asha Lya | Mei 28, 2014 | 19Komen | >
Assalamualaikum & Salam Sejahtera


Di tengah kesibukan sempat juga Lya update
blog.Kesian nanti blog terabai.
Maaf Lya masih tak sempat lagi nak blogwalking
korang-korang semua.Masa Lya agak terhad
mana nak siapkan kerja kat ofice sebelum Lya pergi bercuti.
 Terima kasih semua yang masih sudi melawat blog Lya.


Semalam sempat juga Lya siapkan goodies nie.
Untuk apa nanti Lya bagitau ya.



 agak-agak comel tak hehe..suka sabun fruitale warna-warni dan wangi



Nota: Kena siapkan kerja hari juga


Wassalam

Terima Kasih

Rewang Merewang

Asha Lya | Mei 27, 2014 | 14Komen | >
Assalamualaikum
 
 
Sana-sini pun mesti orang sebut merewang kan.
Ala aktiviti gotong-royong memasak masa majlis kenduri
or majlis kawin yang biasa ada emak-emak,macik-macik,
pacik-pacik..Lya pun tak ketinggalan juga.
sekali sekala ikut emak pergi merewang bila ada kenduri kat
umah jiran di kampung.Seronok tolong-tolong
kat dapur.Potong sayur.daging ayam hehe...


Last week kat umah Lya merewang buat
kuih muih (kerepek,maruku,rempeyek etc) untuk hidangan masa majlis nanti.
 
 
 Lya jadi tukang mengoreng hihihi


Nota : Seronok dapat jumpa jiran tetangga..bukan selalu dapat berjumpa

Terima Kasih

Ambil Aura

Asha Lya | Mei 26, 2014 | 15Komen | >
Assalamualaikum

Hari nie masih lagi Lya kerja, belum cuti lagi ehhh.
 Sabtu lepas sempat lagi Lya pergi
rumah saudara sebelah umah.
Anaknya ada majlis menerima berian dari pihak lelaki (wang belanja kawin)
 Majlisnya berlangsung dalam bulan Ogos tahun nie.


ambik aura sikit nak jadi pengantin hahaha


Minggu nie nak selesaikan tugasan kerja sebelum bercuti panjang.


Nota : Perasaan Dub Dab Dub Dab dah

Terima Kasih

Buah Tarap

Asha Lya | Mei 23, 2014 | 21Komen | >
Assalamualaikum
Ada sesetengah orang agak kurang mengenali
buah ini kan..Lihatla betapa banyaknya pokok
ini mengeluarkan buahnya tahun nie.
 Sedapnya kalau di buat kuih.

 Dekat kawasan perumahan Lya di Kampung



Info Wikipedia


Tarap merupakan sejenis tumbuhan berbuah yang terkenal di negeri Sabah, Malaysia khususnya di bahagian pantai barat Sabah seperti daerah Kota Kinabalu dan Papar
Tumbuhan ini boleh tumbuh dan hidup subur dengan begitu mudah di negeri Sabah, 
namun jarang ditemui ditempat lain walaupun di kawasan beriklim tropika
Tarap mempunyai bau yang agak kuat, namun mempunyai rasa yang cukup sedap, manis, lembut 
dan pemakan pasti merasa kenikmatan apabila merasanya untuk pertama kalinya. 
Isi buahnya mempunyai rasa yang seakan-akan Mangga yang penuh berjus. 
Namun bentuk buah Tarap lebih seakan-akan buah Cempedak dan Nangka, orang ramai selalu keliru akan perkara ini.
Nota: Tak sabar tunggu buah ni masak

Terima Kasih

Update B2B : Sesi Mengedar Kad Jemputan

Asha Lya | Mei 23, 2014 | 15Komen | >
Assalamualaikum



 Salam Jumaat semua.
Alhamdulillah dalam minggu depan
kad jemputan akan mula diedarkan kat Kampung Lya.
Lya buat tak banyak dalam 500kpg je bahagi 2 pihak lelaki & pempuan.
Nak menulisnya fuhh mawnya siap 2, 3 hari juga.
Lenguh gak jari jemari nie menulis.
Sabar sabar demi majlis ku.


Masa nie baru nak start menulis :D






Wassalam

Terima Kasih

Walimatul Urus - Asha Lya & Pasangan

Asha Lya | Mei 22, 2014 | 26Komen | >
Assalamualaikum



Dengan rasa bebesar hati Lya ingin menjemput
Rakan-rakan blogger especially yang duk kat Sabah.
Yang kat semenanjung pun boleh juga andainya sudi
bertandang ke Majlis Perkahwinan Lya.
Pada tanggal 07.06.2014 (Sabtu)




Moga dengan kehadiran tetamu akan memeriahkan Majlis ini Insyallah


" Ya Allah Engkau  permudahkanla Majlis kami ini moga berjalan dengan lancar " Amin


Wassalam

Terima Kasih

Penghargaan : Blogger Farah Waheda (Mrs.Secretary), Hafiza & Zara

Asha Lya | Mei 22, 2014 | 22Komen | >
Assalamualaikum


Hari baru berkesempatan post entri nie.
Sebenarnya baru juga minggu lepas Lya terima parcel nie.
Terima kasih yang tak terhingga.
Alhamdulillah murah rezki Lya di blog.


Farahwahydah Mrs.Secretary


Kalau tak silap Lya jadi salah seorang top komentar kat
blog Sis Farah nie.Hadiahnya comel fidge magnet bali & pensel penang..
Lya suka boleh buat tambah koleksi hasil berblog :)



Yang ini pun kalau tak silap Lya jadi salah seornag
top komen juga kat blog fiza.
Tq fiza Lya suka hadiah nie comel boleh
buat simpan benda comel-comel.


Zara

 Ini Lya salah seorang peserta terawal yang join
segmen Zara.Tq so much zara Lya simpan semua pemberian
dari rakan-rakan blogger.


Wassalam

Terima Kasih

Giveaway RM300 By Blog Pancing Elih

Asha Lya | Mei 22, 2014 | 22Komen | >
Assalmaualikum
 
 
Sebelum Lya bercuti panjang (haha panjangla sangat)
Lya nak support segmen rakan-rakan blogger.
Just segmen yang mudah-mudah je.
Ada rezki alhamdulillah.
Meh la kita join


http://blogpancingelih.blogspot.com/2014/05/giveaway-rm300-by-blog-pancing-elih.html
klik banner


Wassalam

Terima Kasih

Segmen Blogging + Menang Hadiah!

Asha Lya | Mei 22, 2014 | 13Komen | >

KLIK BANNER UNTUK JOIN

Salam 1 Malaysia. Segmen terbaru kini dilancarkan! Tujuan segmen ini diadakan untuk beramah mesra sesama blogger. Yang tak kenal, kini boleh berkenal-kenalan. Menambah rakan maya. Yang bestnya segmen ini menyediakan hadiah menarik buat pemenang bertuah!

HADIAH:
USB Flash Drive/Pendrive 8GB
Jewellery Fashion 1 set
Novel
T-Shirt
Fridge magnet
Keychain

Segmen Blogging + Menang Hadiah! anjuran dan tajaan Yumida

TAMAT: 29 MEI 2014 – Jam 11.59 malam

Terima Kasih

Prosedur Borang Permohonan Nikah Sabah

Asha Lya | Mei 21, 2014 | 32Komen | >
Assalamualaikum


Lya nak kongsikan sedikit
berkenaan keyword kat blog Lya nie.
Ada ke yang masih tercari-cari cara nak
submid borang permohonan nikah.Meh Lya kongsikan 
sikit pengalaman Lya urus nie semua kot-kot berguna kan nak jadikan rujukan.
Especially yang duk kat Sabah.Kat tempat
lain mungkin lebih kurang je kali kan.Borang Lya Alhamdulillah
dah submid dah.




1.Sebelum nikah mestilah nak ada borangnya kan
Lya beli kat Wisma MUIS Kota Kinbaalu.Kat daerah Sabah ni mana-mana 
pun sama je borang nya harga RM5.00



2.Dah isi semua cari 2 orang saksi lepas tu Lya pi buat test HIV/Talasemia
Lya buat kat Klinik Sihat Putatan (bersebelahan dengan kilang Gardenia)
Ujian free je tak sampai 10 minit dah dapat result.
Untuk test ni kaunter buka Isnin-Khamis (2pm-5pm)



3.Oleh kerana Lya tak ada Bapa..guna wali Abang.Untuk
yang guna wali hakim Lya kurang pasti tu kena
tanya kat JHEAINS. So wali kena buat surat akaun sumpah nie.
Lya beli kat kedai photocopy.Draff siap-siap
bagi kat tukang taip.Dah ok jangan lupa buat 2 salinan.
Lagi satu nak kena beli setem hasil RM10 lekat kat
borang akuan tu.Wali bawa borang ni pergi kat pejabat daerah
cakap nak cop untuk akuan sumpah jadi wali.ok je tu




4.Pasangan Lya kerja kat Sandakan..so dia wajib minta
borang nikah luar daerah.Karang tak  pasal-pasal borang korang kena rejek.
Bila tak lengkap.Kena lengkapkan dulu borang lelaki baru
pihak perempuan boleh submid permohonan.


Borang lelaki:
-Borang nikah
- salinan ic pemohon (sekeping)
-salinan saksi (2 orang sekeping2)
-Borang permohonan nikah luar daerah
-Borang Test HIV
-Sijil kursus kawin (salinan & original)
-Surat akuan bujang (dari majikan or Ketua Kampung)

5.Dah lengkap semua so submid la kat pejabat JHEAINS
daerah tempat korang nak nikah.Urusan Imam untuk nikah
korang kena gak inform imam daerah memasing.Nanti tak la
kelam kabut.


Borang perempuan:
-Borang nikah
-salinan ic pemohon (2 keping)
-salinan wali (2 keping)
-surat akuan (untuk yang tak ada bapa kandung)
-salinan ic saksi (2 orang sekeping2)
-Borang Test HIV
-Sijil kursus kawin (salinan & original)
-Surat akuan bujang (dari majikan or Ketua Kampung)


Nota: Sebelum hantar borang kat JHEAINS lagi elok korang
buat sport cek berkali-kali.Banyak kali pun tak apa.Yela
takut ada yang tekurang kan nanti.Harap dapat membantu walaupun tak banyak.
Dari pengalaman Lya sendiri.


Wassalam

Terima Kasih

Segmen Bloglist Bubblynotes.Com 48 Jam #1

Asha Lya | Mei 21, 2014 | 0Komen | >
http://www.bubblynotes.com/2014/05/segmen-bloglist-bubblynotescom-48-jam-1.html
Segmen Bloglist Bubblynotes.Com 48 Jam #1 bermula dari 20/5/2014 SEHINGGA 22/5/2014, jam 9.45 a.m... Semua blogger tak kira yang baru atau lama, femes atau tidak, retis atau tidak dijemput untuk memeriahkan segmen ini... Tujuan? Pertama, haruslah nak pilih 10 orang blogger yang bertuah untuk masuk bloglist Bubblynotes.Com dan nak rapatkan lagi silaturahim sesama kita, follow memfollow untuk semua blogger2 yang menyertai segmen ini. Pemenang segmen akan dipilih oleh pakcik Random.Org...

Hanya 4 Langkah Mudah Diperlukan:
1. FOLLOW blog Bubblynotes.Com
2. Buat entri bertajuk: Segmen Bloglist Bubblynotes.Com 48 Jam #1
3. Copy coding yang telah disediakan ke dalam ruangan HTML dan Publish entry. Untuk copy coding di bawah, sila HIGHLIGHT semua coding dan tekan CTRL + C secara serentak.

Kemudian pastekan coding seperti tutorial di bawah ini...

4. Tinggalkan URL entry uolss ke dalam ruangan komen di bawah.

Simple dan mudah kannn??? Segmen copy+paste paling awesome kot bagi iolss...

PEMILIHAN PEMENANG:
1. 10 blog akan dipilih melalui Pakcik Random. (random.org)
2. Pemenang akan diumumkan pada 23/5/2014.

Terima Kasih

Libster Award Part 03 - Blogger Cik Itah

Asha Lya | Mei 21, 2014 | 7Komen | >
Assalamualaikum



Morning..hari nie Lya masuk opis nak settle kan keja sebelum
bercuti panjang nanti.
Masuk nie dah 3 kali dah kena tag haha.
Kali nie di tag dari Blogger Cik Itah.
 Harap ini la yang last :D


Lya jawab sejujurnya taw Itah



1.Gambarkan diri anda dalam tiga perkataan.
Pemalu, Pendiam, Perahsia

2.Usia blog anda?
1 Tahun 4 Bulan

3.Berapa kali kah anda pernah jatuh cinta?
Rasanya baru dua kali (sukar nak jatuh cinta) :D

4.Pernah rasa rindu dengan seseorang dan bagaimana anda menghadapinya?
Pernah..diam je pendam perasaan itu :D

5.Apakah perkara yang paling anda suka buat? 
Memasak

6.Siapakah yang menjadi inspirasi anda dalam sesuatu perkara?
Emak la..sangat kuat &  sabar

7.Bagaimanakah anda menghadapi sesuatu yang mengecewakan anda?
Diamkan diri kekadang bila dah bersendirian akan menagis semahu mahunya

8.Apakah perkara yang pernah terjadi yang anda tidak dapat lupakan sehingga kini?
Kemalangan masa kem motivasi masa belajar dulu..luka kat dahi 
berjahit dan parutnya masih kekal sehingga kini

9.Jika diberi peluang, anda nak jadi apa?
Nak jadi Raja boleh :D

10.Jujur..blog Cik Itah lambat loading kah?
Tidakla serius cepat  sangat loading I like

11.Anda mengenali sy dengan nama itah. agak-agak anda boleh teka tidak nama sebenar sy,  Tekaan anda? p/s nama ayah tidak perlu.
Dulu masa mula-mula kenal  ingatkan full name itah Rozitah@Rozitah Che Wan 
(jangan marah ya Itah just kidding) :D



Ok dah selesai Lya jawab semua..:D

Terima Kasih

Kesibukan Melanda

Asha Lya | Mei 19, 2014 | 16Komen | >



Maaf la kengkawan bloger semua
Lya tak sempat gi nak terjah entri-entri Korang
Mesti banyak cerita-cerita menarik kan.
Lya masih kat kampung banyak benda nak kena settlekan.
Ada 17 hari lagi pejam celik pejam celik
Masanya hampir tiba.ohmayyyy



Nota: buat pemenang segmen Lya Dalam minggu ni lya pos...sory-sory ya ada lambat sikit.
Ada lagi yang tak tuntut..cepat2la tuntut


Terima Kasih

Libster Award Part 02 - Blogger Alyyn Azman

Asha Lya | Mei 17, 2014 | 18Komen | >
Assalamualaikum


Kali nie Lya jadi mangsa tag kali yang ke 2.
Di tag blogger Alynn Azman.

Lya jawab ya dengan sejujurnya

1.Berapa lama anda sudah berblogging?
Lya start berblog 26.april.2013 (aktif sekitar bulan Ogos)

2.Apakah pencapaian anda yang terbaik dalam dunia blog?
Pencapaian haha macam sekolah-sekolah la plak..
emmm Lya dapat ramai kawan kat alam maya..
follower pun makin bertambah-tambah.

3. Pada pendapat anda, apakah kebaikan dan keburukan blog? 
 Kebaikan rasanya banyak contohnya dapat informasi terkini 
kekadang kita tak tahu kan perkembangan semasa.
Ada yang share kat blog.So kita boleh dapat tahu.
Keburukan rasanya belum ada lagi..Tak tefikir lagi :D

4. Siapakah sifu anda dalam dunia blog?
Blogger yang otai-otai dah lama bertapak dalam dunia blog itula Lya anggap sifu.

5. Bagaimana anda boleh terlibat dalam dunia blog?
Memula Lya suka baca B2B punya blog..terus rasa nak ada blog sendiri..
Macam menarik.

6. Apakah hobi anda selain berbloging?
Memasak,menjahit & suka buat aktiviti kraft

7. Haiwan apa yang anda suka dan obsess!
Kucing (suka kucing)

8. Anda berasal dari mana?
Asal Lya dari Beaufort Sabah

9. Destinasi percutian anda yang paling havoc? 
Rombongan ke Water wall Melaka bersama
kengkawan setempat Lya belajar dulu di Sepang..sangat gempak

10.Apakah impian dan cita-cita anda di tahun 2015?
Nak ada anak bersama suami Insyallah & Berjaya Di dunia & Akhirat

11.Apakah pandangan anda terhadap bloger Alynn Azman?
Menarik, simple, kemas & yang penting cepat loading :D


Ok ya Alynn Lya dah jawab tak ada hutang lagi :)
Ada lagi part 03..harap itu la yang lastly

Terima Kasih

Asha Lya Copyright © 2016. Design by MaiGraphicDesign