Halaman

NOVEL : AKU, FALL IN LOVE!

Asha Lya | Disember 08, 2015 | 2Komen | >
Assalamualaikum
Novel terkini, salah satu hobi lya waktu lapang.
Kakinovel juga taw hihi.


Dapatkan segera di kakinovel
AKU, FALL IN LOVE!
No. ISBN:- 978-967-0874-15-9
Jumlah muka surat:- 856
HARGA SEMENANJUNG: RM28, AHLI KN: RM24
HARGA SABAH SARAWAK: RM31, AHLI KN: RM27
Sinopsis:
Hidup Mawar tidak pernah dihiasi pelangi kerana ibu tirinya, Mak Dinah sering menyakitinya. Mak Dinah membenci Mawar kerana wajah Mawar persis arwah ibunya yang merupakan penghalang cinta Mak Dinah dengan ayah Mawar ketika zaman mereka muda dahulu.
“Apa? Aku kata tunggu tu tunggulah! Biar kering tahi di punggung bapak kau tu. Nak sangat aku yang buat, kan? Ha tunggulah!” ~ MAK DINAH
Kehadiran Encik Ammar (majikan Mawar) dan Carl Azhar (pemuda kacukan Melayu-Inggeris) telah membuatkan hatinya menjadi libang-libu. Encik Ammar tidak pernah berputus asa menawan hatinya hinggakan Mawar dihimpit serba salah.
“Awak ingat saya nak biarkan awak tunggang skuter waktu macam ni? Fikirlah logic sikit Cik Mawar. Awak tu perempuan. Bahaya ada di mana-mana. Tak tahu takut ke awak ni? Ke awak dah biasa merayap malam-malam?” ~ AMMAR
Carl Azhar pula sering mencuit hatinya walaupun permulaan perhubungan mereka sering dihiasi dengan pergaduhan.
“Eh, you don’t talk many-manylah. I’m late. Later my bos angry to me!” ~ MAWAR
“Tak payahlah nak over sangat menangis, I tahu you terharu, kan?” ~ CARL AZHAR
Mawar harus membuat pilihan dan usai hati telah memilih si jejaka, dugaan lain pula datang menimpa. Tabahkah Mawar menerima ketentuan Ilahi buatnya itu?
“Kita merancang, Allah juga merancang. Tetapi, perancangan Allah itu lebih indah.”

Terima Kasih

2 ulasan:

  1. novel tok best juga...
    cik akak selagi tak habis baca...
    mesti asyik mengadap novel

    BalasPadam

...Terima Kasih Komen Ikhlas Anda...
...Komen Anda Semua Sangat Dihargai...
....Kalau sudi jemput la datang selalu...

Asha Lya Copyright © 2016. Design by MaiGraphicDesign