Halaman

Kak Kiah Cake House

Asha Lya | Mac 28, 2016 | 12Komen | >
Assalamualaikum



Selamat berhari Isnin.
Ada yang masih ingat kat kita tak, beberapa hari ni Lya agak kurang sihat 
tu yang malasss sangat nak on9 blog.
Alhamdulillah bila suda sihat, macam2 maw di makan.
Hari tu kebetulan singgah ke Papar jadi sempatla pergi ke kedai Kak Kiah Cake House cawangan Papar yang agak femes tu.
Menunya semua comel2, sedap2 macam semua pun maw di beli uhuu.
Nda apa next time kita try yang lain plak.






3 item Lya try share dengan husband, cukup padat
tu yang tak beli banyak. 



Cake Jar perisa Nutella cheese 
Beef Carbonara Rm5.50
Puding Candy Crush Rm4.90 (suda sedut hbs lupa nak snap)



Ok la semua yang Lya beli sedap. Kita bagi ☆☆☆☆ star,
tahniah Kak Kiah mampu tarik pembeli datang ke Kak Kiah Cake House.
Kita sama2 sokong produk tempatan, kalau bukan kita nak sokong sapa lagi kan.





Ig KKCH 


Wassalam

Terima Kasih

Abam Kie's First Giveaway

Asha Lya | Mac 23, 2016 | 12Komen | >

Sila klik banner di atas jika mahu join

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Bersyukur kepada Allah kerana Abam Kie berjaya menganjurkan giveaway buat julung kalinya. Jutaan terima kasih kepada barisan rakan blogger yang sudi menaja giveaway ini.

Berikut adalah senarai hadiah yang bakal menanti para pemenang bertuah:

1. Top up RM10 X 1 pemenang oleh PeRdU cINta
2. Hijab pin dan Viscose Printed Wide Shawl X 1 pemenang oleh Aksara Biru
3. Top up RM10 X 1 pemenang oleh Najwa Zahid
4. Top up RM10 X 1 pemenang oleh Ayuni Rafilah
5. RM10 tunai X 2 pemenang oleh Julia Jamaludin
6. RM10 tunai X 2 pemenang oleh Mommy Irra
7. Top up RM5 X 2 pemenang oleh Ina Zalina
8. Top up RM20 X 1 pemenang oleh Miss Fifi
9. Top up RM5 X 2 pemenang oleh Cik Nor
10. Buku resepi X 2 pemenang oleh Abam Kie

Kawan2 nak join? Ikut je langkah2 di bawah ini satu-persatu:

1. Follow blog Abam Kie dan penaja2 berikut. Ini wajib dipatuhi, OK?


2. Add Google+ berikut jika anda ada profil Google+. Kira macam sunat la...

https://plus.google.com/117034001954441190127
https://plus.google.com/114654336399855954680
https://plus.google.com/115462385884702570492
https://www.google.com/+AyuniRafilah
https://plus.google.com/103791964943177272009
http://google.com/+irrayyandotcom
https://plus.google.com/u/0/103153723284562892818
https://plus.google.com/105160168417987334249
https://www.google.com/+AbeKie

3. Letakkan link www.irrayyan.com di dalam bloglist anda sehingga tamat giveway ini.

4. Buat entri bertajuk "Abam Kie's First Giveaway"

5. Letak banner di atas di dalam entri GA anda dan backlinkkan ke blog ini. Atau kalau nak lebih mudah cuma copy and paste html code di bawah ini.

6. Publish your entry and leave your GA link in the comment form below.

7. Done!

P.S. Syarat2 tu nampak macam banyak tapi sila buat sikit2. Lama2 siap la tu. Terima kasih diatas kesabaran anda.......

Terima Kasih

Kurang Sihat

Asha Lya | Mac 22, 2016 | 14Komen | >
Assalamualaikum



Terasa macam dah lama tak berblog padahal ada je on9
cuma kekadang mood malas tu di ikutkan sangat huhu.
Beberapa hari ni Lya agak kurang sihat. Kisahnya pagi Isnin tu Lya bangun Subuh macam biasa pukul 5am macam tu, tanpa di duga tiba2 Lya jatuh pengsan depan pintu nak keluar bilik. Tu pun Mak Lya yang nampak kita jatuh tanpa sedarkan diri. Yang Lya rasa perut rasa sakit2.



Pagi tu husband bawa gi klinik, klinik pertama Doktor cek tekanan darah, jantung semua ok.
Tapi ada plak dia kata kita salah makan di sebabkan Lya kata ada rasa sakit di bahagian perut. Husband Lya tak puas hati dengan penerangan doktor tu, so husband terus bawa Lya pergi klinik panel di KK. Bila d scan kat perut, Doktor tu bagi penerangan katanya ada seketul dua batu karang kat bahagian pundi kencing. Alhamdulillah boleh di ubati sebab masih terlalu kecil. Jika sakit berlarutan kena datang sekali lagi untuk cek. Mungkin kesan suka sangat tahan kencing itula terjadinya batu karang. Sangkaan Lya ada cyst, syukur la tak ada. Minta2 di jauhkan la.






Antara ubat-ubatan yang wajib di telan


Dugaan kecil yang ku terima, redha dengan ketentuanNya.
Sesungguhnya sakit tu penghapus dosa.
Doakan kita cepat sembuh.



Wassalam

Terima Kasih

Giveaway Cash RM600 MAC2016 by Emas Putih

Asha Lya | Mac 20, 2016 | 14Komen | >

*sila tekan banner diatas untuk join*

Hadiah :
Top Referral RM100x1
Random Cash RM50x10

Start : 20 Mac 2016 - 3 April 2016


Terima Kasih

Niat Yang Baik

Asha Lya | Mac 18, 2016 | 9Komen | >
Assalamualaikum

Salam Jumaat.
Insyallah moga semuanya baik-baik.

 

Sumber facebook



Wassalam

Terima Kasih

10 Barangan Dimpikan Sempena Hadiah Hari Jadi Menerusi 4th Birthday LAZADA

Asha Lya | Mac 17, 2016 | 6Komen | >
Assalamualaikum



Happy Birthday 4th LAZADA 
Moga LAZADA akan terus berkembang maju seiring dengan usianya.
Di akui Lya memang selalu sangat membeli-belah kat LAZADA.
Perkhidmatan dari LAZADA setakat ni alhamdulillah memang tip top.
Anda yang belum pernah shopping kat LAZADA!!!  Jom kita serbu.


Sekarang  ni LAZADA tengah mengadakan sale secara besar-besaran sempena ulang tahun LAZADA yang ke 4. Diskaun sehingga 90% bagi barangan yang terpilih sahaja. Nak tahu lebih lanjut jom kita terjah web LAZADA.



Antara barang yang menjadi idaman Lya sempena hadiah harijadi Lya untuk tahun ni.























































Kalau di tilik satu persatu memang semua rasanya nak beli terutama barang keperluan rumah. Lihat saja kebanyakkan barang idaman Lya barang-barang rumah hhahaha. So apa tunggu lagi jom serbu LAZADA.






Klik banner
This post is an entry for the InvolveAsia x Lazada MY blogger contest. Cash and Lazada voucher sponsored by Lazada Malaysia and shopcoupons.

Terima Kasih

Bercuti Sempat Siapkan Tempahan Baju Kurung Customer

Asha Lya | Mac 17, 2016 | 6Komen | >
Assalamualaikum

Minggu bercuti blog pun suram ikut juga bercuti.
Seminggu dua ni memang Lya berehat n bercuti di Kampung kat Beaufort.
Pun begitu mesin jahit tetap Lya bawa, kononya boleh juga berehat sambil menjahit sikit2. Tak boleh tinggal bab bila dah cuti menjahit mesti akan jadi malas. 
Tempahan raya Lya suda open n dah ada yang tempah, balik Kinabatangan comfom pulun siapkan tempahan baju customer.
Syukur alhamdulillah rezki jahitan sentiasa ada.






Tempahan baju kurung tradisional



I LOVE MY JOB



Wassalam


Terima Kasih

Search Keywoard - Resepi Kerepek

Asha Lya | Mac 14, 2016 | 4Komen | >
Assalamualaikum

Keyword resepi kerepek masih tak surut lagi. 
Femes juga kerepek cheese ni erkk.
Kerepek wonder cheese tu dari kulit popia kan. 
Tapi Lya tak pernah rasa lagi la. 








Carian kat google, ehh ada resepi Lya melekat kat situ.
Resepi kerepek yang simple tapi sedap.


Wassalam

Terima Kasih

G I V E A W A Y by Ros Nordin

Asha Lya | Mac 12, 2016 | 12Komen | >
Assalamualaikum

Selamat berhujung minggu.
Lama sangat tak join segmen dari blogger ni.
Ada kelapangan sikit jom la join sekali


Hadiah pilihan


 The Body Shop GIFT 



Wassalam

Terima Kasih

Thiah pemilik suara Boboiboy

Asha Lya | Mac 12, 2016 | 7Komen | >
Assalamualaikum





Oleh Sudirman Mohd Tahir 
sudirman@hmetro.com.my

Bagi penggemar siri animasi Boboiboy, pasti tertanya-tanya siapa pemilik suara kartun superhero itu.
Jangan terkejut kerana di sebalik personaliti Boboiboy, dia adalah gadis berusia 17 tahun, Nurfathiah Diaz, 17.
Mula membabitkan diri sebagai pelakon suara sejak berusia tujuh tahun, Nurfathiah atau lebih mesra disapa Thiah tidak menyangka dia mampu bertahan sehingga sekarang.
“Saya meminjamkan suara bagi watak Upin dan Ipin sejak berumur tujuh sehingga 10 tahun.
“Selepas itu, saya meminjamkan suara untuk Boboiboy pada usia 12 tahun sehingga sekarang. Kiranya, tahun ini genap 10 tahun saya terbabit sebagai pelakon suara,” katanya.
Menurut Thiah, menjadi pelakon suara sama sekali tidak pernah terlintas di fikiran sebaliknya rezeki itu hadir secara kebetulan.
Namun, secara perlahan-lahan minatnya terhadap bidang itu mula bercambah sehingga menjadi pilihan penerbit syarikat animasi.
“Saya tidak pernah tahu wujudnya bidang ini. Bukan apa, sejak kecil lagi ketika menonton kartun saya sangkakan itu adalah suara mereka sendiri.
“Apabila diberi peluang melakonkan watak Upin dan Ipin serta Boboiboy, baru saya faham.
“Ternyata ia bukan semudah disangka kerana perlu berlakon dengan emosi yang betul mengikut skrip disediakan. Ada ketika untuk satu-satu babak mengambil masa yang lama,” katanya.
Sambung Thiah, dia masih bersekolah seperti biasa kerana poses rakaman suara dilakukan pada setiap Sabtu dan Ahad.
“Jika kebetulan ada perkara penting atau pembetulan, baru proses rakaman dijalankan pada hari biasa.
“Kebiasaannya setiap kali sesi mengambil masa enam jam membabitkan satu episod. Tetapi ia juga bergantung kepada durasi babak itu,” katanya.
Menerusi filem Boboiboy, Thiah mengambil masa dua tahun untuk merakamkan suaranya kerana proses pembikinan filem itu dilakukan secara berterusan.
Selepas filem itu mendapat sambutan menggalakkan peminat di Malaysia, Thiah tidak sabar bertemu peminatnya di Indonesia pada 13 April ini.
“Memandangkan siri ini turut ditayangkan di Indonesia, jadi tidak dinafikan ramai peminat saya dari sana.
“Sejak mereka mendapat tahu filem ini bakal ditayangkan di sana, setiap hari Instagram saya dihujani komen mereka tidak sabar mahu berjumpa saya,” katanya.
Insurans suara
Sepanjang sedekad pembabitannya sebagai pelakon suara, Thiah mengakui berasa seronok dan berbaloi.
“Alhamdulillah, soal bayaran memang berbaloi kerana pelakon suara tidak memerlukan tenaga yang banyak.
“Paling penting, saya dapat bekerjasama dengan pekerja kreatif yang menjayakan siri animasi ini. Bagi saya, ia pengalaman berharga yang orang lain belum tentu dapat,” katanya.
Bercerita lanjut mengenai kerjayanya itu, Thiah memberitahu dia tidak mengambil insurans suara, jauh sekali mengamalkan sebarang tip penjagaan suara.
“Bab makan saya tak ada pantang larang. Saya sama seperti remaja lain. Kalau kebetulan suara saya ada masalah, proses rakaman tidak dibuat.
“Kalau nak tahu, suara Boboiboy itu adalah suara sebenar saya. Berbanding kebanyakan pelakon suara lain, mereka boleh menukar jenis suara, tetapi tidak saya,” katanya.
Thiah berkata, dia tidak pernah meletakkan sebarang sasaran berapa lama berkhidmat sebagai pelakon suara.
Baginya, selagi ada rezeki dan permintaan, dia akan terus berkhidmat sebagai Boboiboy.
Thiah juga memasang impian mencuba bidang nyanyian dan pengacaraan.
“Sejak berada dalam bidang ini, saya teringin mengembangkan bakat sebagai pengacara. Malah, kalau diberi peluang menyanyi pun saya boleh.
“Cuma, kalau diminta berlakon awal-awal lagi saya menolak,” katanya.
Sumber : Harian Metro

Terima Kasih

Permintaan Tudung Bawal Ruffle

Asha Lya | Mac 11, 2016 | 5Komen | >
Assalamualaikum



Alhamdulillah permintaan tudung bawal dari customer amat menggalakkan. Jika masih ada permintaan Lya akan teruskan, kali ni customer request nak bawal ruffle. Ok fine kita tunaikan seperti yang di janjikan inila hasilnya.






Yang ni bawal bidang 45. Kain jenis thick chiffon ( kain jenis lembut, tak jarang n mudah di bentuk ) bukan jenis chiffon yang buat shawl tu, ni berbeza sikit materialnya. 



Wassalam

Terima Kasih

Tempahan Shawl Minggu Lepas

Asha Lya | Mac 10, 2016 | 11Komen | >
Assalamualaikum


Syukur alhamdulillah rezki minggu lepas memang Lya rushing siapkan tempahan jahitan pakaian n tudung. Blog pun sampai terabai seketika hhaha.
Sebenarnya Lya tak ada lagi buat promosi atau mewar2kan pasal bisnis tudung Lya ni cuma promote dekat kawan2 terdekat jak setakat ni n post di instagram.
Di sebabkan kengkangan masa yang amat2 terhad.



Pun begitu alhamdulillah memang Lya tak sangka mendapat sambutan yang hangat. Semua tudung Lya jahit sendiri, bukan beli yang pakai kodi k.
Semua handmade by Lya. Terasa kepuasan bila design n jahit sendiri.
Kualiti kain n jahitan terjamin. Nie yang sempat Lya siapkan last week, sebab minggu ni Lya banyak urusan di Kota Kinabalu.






Design : Zalya Instant Shawl Sarung
Material : Heavy Chiffon Georgette






Design : Zalya Basic Shawl
Zalya Instant Shawl
Material : Heavy Chiffon Georgette






Design : Zalya Instant Shawl Sarung
Material : Heavy Chiffon Georgette



Terima kasih buat rakan2 yang banyak bagi sokongan, yang sudi beli produk dari Lya.
Walaupun produk Lya tak adala se'Gah' macam produk artis gitu.
Insyallah berkat rajin usaha pasti mendatangkan hasilnya kan.
Jumpa lagi bye.



Wassalam

Terima Kasih

Tempahan Jubah Dari Blogger Afidah n Eca

Asha Lya | Mac 09, 2016 | 7Komen | >
Assalamualaikum

Tak perasan entri ni belum publish rupanya.
Tempahan jubah dari blogger Afidah n Eca.
Thank's yakin sudi memberi kepercayaan dari Lya jahit baju korang.
Maaf ya jika ada sebarang kekurangan.
Saya budak baru belajar.




Jubah A Cut






Jubah tanpa lengan sebab nak di padankan dengan cardigan.



Wassalam


Terima Kasih

Reward Bulan Feb

Asha Lya | Mac 07, 2016 | 14Komen | >
Assalamualaikum

Minggu ni luangkan masa untuk berehat seketika dari kerja2 jahitan. Badan juga perlukan rehat yang cukup baru ada semangat nak buat keja.
Ok la tak maw cakap banyak. Ada beberapa reward yang Lya terima bulan lepas, baru sempat nak update kat blog. 






Reedem t-shirt dari 8 share (suka reedem t-shirt sebab boleh pakai)
Reedem softlan dari Woop (baru lagi join n try reedem)






Ari tu da join segmen blogger Kak Diana Rashid, ada tuah kat situ dapat voucer dari Mamalink.com.my. Malangnya kat Sabah ni tak ada AEON so kita simpan dulu la voucer ni, kot nnt pi Kehel boleh la shopping huhu.





Hadiah menang ga anjuran blogger Syamimie.
Thanks arr mie, comel brooch mimie. 



Terima kasih semua atas hadiahnya. Insyallah akan datang Lya nak buat segmen, masih dalam perancangan. Ada yang sudi nak join ke???
Mudahan terlaksana.



Wassalam

Terima Kasih

Blog Kesayanganku

Asha Lya | Mac 06, 2016 | 13Komen | >
Assalamualaikum



Masih ada yang mengingati blog Lya.
Maaf la beberapa ari ni memang tak menyempat nak hadap blog apa lagi nak bw ke blog sahabat. Sibuk sesibuknya, rushing siapkan tempahan dari customer. Yala customer harusla di utamakan kan, tak begitu adat berniaga kan. Sebolehnya nak jaga hati customer. Kita ni baru lagi nak memperkenalkan produk n service dari Lya, serba-serbi tu kena di titikberatkan.





Pic tak ada kena mengena dengan entri hhihi, salah satu kesibukannya.




Bekisar pada blog Lya, kesempatan ini Lya minta maaf mana2 yang drop komen, ajak join segmen or ga
tak sempat lagi Lya nak berkunjung balas. Ada kesempatan pasti Lya menyinggah. Salam sayang dari blog Asha Lya.



" Saya sayang blog saya "



Wassalam

Terima Kasih

Mengayuh Demi Mencari Rezki Yang Halal

Asha Lya | Mac 02, 2016 | 11Komen | >
Assalamualaikum



Minggu yang rushing, kena siapkan beberapa tempahan tudung customer.
Alhamdulillah rezki tanpa di duga datang. Mengayuh lagi demi mencari rezki yang halal. Konon dulu memula saja nak buat sebagai sampingan bisniss tudung ni, sebab Lya lebih tumpu pada jahitan pakaian. 
Syukur mendapat sambutan yang menggalakkan dari kawan2.





Tengah otw nak siapkan shawl customer


Minggu ni kurang dapat bw blog kengkawan.
Maaf ya, ada kelapangan pasti Lya terjah.



Wassalam


Terima Kasih

Pemenang Shawl Zalya D'Hijab Giveaway Anjuran Blogger Cik Akak

Asha Lya | Mac 01, 2016 | 12Komen | >
Assalamualaikum

Tahniah buat blogger Anis Shafika menang shawl n sepasang brooch dari Zalya D'Hijab dari Giveaway anjuran Blogger Cik Akak. Insyallah Lya pos hari ni, hope pemenang suka shawl handmade dari Lya. Maaf atas kekurangan.





Zalya Curve Shawl kaler Apple Green
2 Brooch felt






Kalau ada yang berminat nak try shawl handmade dari Lya boleh je whasapp Lya. Just nak tengok2 je pun boleh kat insta Zalya D'Hijab.



Wassalam


Terima Kasih

Asha Lya Copyright © 2016. Design by MaiGraphicDesign