Halaman

Lelaki Teragung Juara AJL 31, Dayang Nurfaizah Buat Hatrik Vokal Terbaik

Asha Lya | Januari 23, 2017 | 4Komen | >
Assalamualaikum






Lagu Lelaki Teragung dinobatkan sebagai juara Anugerah Juara Lagu  ke-31 (AJL31) di pentas akhir malam ini sekali gus menewaskan 11 lagu lain yang bersaing.

Kemenangan tersebut melayakkan Dayang Nurfaizah menerusi lagu Lelaki Teragung komposer Natasyah dan penulis liriknya oleh Iman Imran membawa pulang wang tunai berjumlah RM50,000, trofi AJL31 serta baucar produk Cj Wow Shop dan telefon pintar Samsung Galaxy A dari Samsung.

Naib juara pula memihak kepada Misha Omar dan Hafiz Suip yang membawa lagu Terimaku Seadanya, komposer dan penulis lirik oleh Ajai menerima RM35,000 dan trofi AJL31.

Manakala tempat ketiga berpihak kepada Projector Band menerusi lagu Sudah Ku Tahu, komposer dan penulis lirik, Razif yang berjaya membawa pulang wang tunai sejumlah RM20,000 serta trofi AJL31.

Sementara, bagi pemenang kategori Vokal Terbaik sekali lagi dimenangi oleh Dayang Nurfaizah menerusi lagu Lelaki Teragung dan Persembahan Terbaik pula dimenangi oleh kumpulan Khalifah dengan lagu Hang Pi Mana.

Dayang dan Khalifah masing-masing membawa pulang wang tunai RM12,000 dan telefon pintar Samsung Galaxy A dari Samsung beserta trofi AJL31.

Teks oleh: Syafiqah Jalal

Sumber:astro gempak



Terima Kasih

4 ulasan:

...Terima Kasih Komen Ikhlas Anda...
...Komen Anda Semua Sangat Dihargai...
....Kalau sudi jemput la datang selalu...

Asha Lya Copyright © 2016. Design by MaiGraphicDesign