Hari ne cerita pasal percutian saya bersama encik tunang pergike Rumah Terbalik Di Tamparuli.Perjalanan ke sana mengambil masa dalam setgh jam lebih dari bndar Kota Kinabalu..Kami gerak dalam pukul 9am and jam sampai destinasi dalam pukul 9.45am..lagipun jalan x jem,masa kami pergi waktu tu ujung minggu...
Ok layan dulu gambar kita di bawah...:D
Muka excited huahuahua....
basikal pun terbalik
pandangan dari pintu belakang
tandas ne x blh guna la..pun terbalik hehehe
mini garden...tapi bunganya bunga hidup la
ada kedai sovenier juga kat cne...just tengok2 ja
pandangan dari tepi
haah ne tandas baru boleh di guna free sja...cantik
mcm dlm taman
part ne yg best...mcm kuat sja sy angkat 2 kancil huahuahua
encik tunang kita pun maw juga begambal...
asyik sy sja yg begambal opkosla hahaha
Sblm balik sempat lagi pi nek jambatan gantung kat pekan Tamapruli....
time ne panas terik..tapi misi tetap diteruskan
itu sja yang sempat sy postkan...pening byk sgt gmbr
Info rumah terbalik......
mStar Online...
Rumah Terbalik Pertama Di Malaysia Dengan Mesej Alam Sekitar
Alexander Yee berkata, struktur rumah luar biasa yang terletak di Kampung Bantayan-Telibong, kira-kira 40 kilometer dari bandar itu amat berbaloi.
“Jika kita terus mengeksploitasi sumber semulajadi secara berterusan, lambat laun kita akan melihat dunia ‘terbalik’ (musnah),” kata Yee yang memiliki firma binaan selain mengusahakan rumah penginapan untuk pelancong di taman hidupan liar daerah Kinabatangan di pantai timur Sabah.
Yee menunjukkan rumah yang berkeluasan 140 kaki persegi itu dilengkapi dengan kemudahan lengkap termasuk ruang tamu, bilik mandi, ruang makan dan juga dapur yang mempunyai ciri-ciri tradisional Sabah.
Dia berkata, semuanya diletakkan secara terbalik dan ini termasuk peti sejuk, dapur memasak dan periuk nasi di dapur serta mesin jahit.
Pembinaan rumah terbalik itu mengambil masa hampir enam bulan melibatkan bumbung, dinding dan lantai yang diperkukuhkan dengan hiasan dalaman yang membuatkannya seperti tergantung.
Bayaran masuk berharga RM18 bagi orang dewasa dan RM5 untuk kanak-kanak berusia sehingga 12 tahun.
Bagi mereka yang mempunyai MyKad boleh mengunjungi rumah terbalik itu dengan bayaran RM10.
Orang ramai boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenai rumah terbaik Yee di laman sosial Facebook yang dibuka untuk rekaan terbaru itu.
Sekian
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
...Terima Kasih Komen Ikhlas Anda...
...Komen Anda Semua Sangat Dihargai...
....Kalau sudi jemput la datang selalu...