Assalamualaikum
Resepi pertama Lya sisipkan kat blog kesayangan nie.
Percubaan pertama..Alhamdulillah menjadi juga.
Mudah sangat macam nak tergolek-golek membuatnya.
Tangan tak ada seni baking-membaking inila jadinya.
Jom tengok cara Lya buat.
sumber: resepi dari pelbagai tempat
Bahan-bahannya :
semua org pun pasti dah taw dah kan
Krim cheese, Whiping krim, Biskut (perasa ikut suka kata hati,lya guna marie), serbuk almond
Cara membuatnya :
1. Lya potong dadu krim cheese
2.Oleh kerana tak ada mixer lya guna blender (janji boleh mix)
3.Masukkan krim cheese, whiping krim, gula lya letak sesudu je (tak maw manis)
4.Oh ya pasal sukatan lya main agak2 je (ikut suka kata hati muahahaha)
5.Blend hingga sebati ok
6.Lya basahkan biskut dengan air masak
7.Susun biskut kat bekas keci-keci comey
8.Oh ya nie almond Lya kasi panggang kat kuali (kejap je jgn lelama)
9.Letak la lapisan cheese kat atas biskut pastu tabur almond and
Lya ulang sebanyak 2 lapis.
10.Lastly dah siap semua letakla dalam peti ais (jangan letak dalam freezer nnt jadi batu plak)
Lya buat malam paginya dah boleh makan nyum nyum nyum sedapnyaaaaaaa
Tadaaaaaa yeayyy inila dia
Ada gaya macam boleh meniaga ke????
last choice nak kasi habis tu whiping krim & cheese (nnt basi sayang la plak)
Next ada lagi projek masakan yang Lya nak buat..