Halaman

Review : Clinicell Oral Skincare

Assalamualaikum



Hari nie Lya nak review satu produk yang diberi nama Clinicell Oral Skincare. Produk ini merupakan produk anti penuaan dan kecerahan wajah. Ia juga merupakan formulasi termaju untuk kecantikan dan kesihatan dari dalam. Semua wanita mengimpikan kulit mulus, cantik, gebu dan sihat bukan. 
Lya pun macam tu juga.



Maklumat Produk

Sebuah formulasi termaju menggunakan ekstraks sumber semulajadi yang berkualiti tinggi dan “salah satu molekul Anti Aging yang terhebat”. Mengandungi Hydrolyzed Kolagen, AstaREAL P2AF Astaxanthin, Ceri Acerolla, 13 Vitamin dan 11 Mineral yang diperlukan oleh badan. Menyegarkan, mengembalikan keanjalan dan memutihkan di samping memberikan kelembapan kulit. [English] An advance formulation of highest quality natural extracts and "one of the most powerful Anti Aging molecule". Contains Hydrolyzed Collagen Peptides, AstaREAL P2AF Astaxanthin, Acerolla Cherry, 13 Vitamins and 11 Minerals that is essential for our body. Rejuvenating, reviving elasticity and whiten while keeping your skin hydrate.


Di formulasikan daripada :

a) Hydrolyzed Collagen Peptides
b) AstaREAL P2AF Astaxanthin
c) Ceri Acerolla
d) 13 Vitamin dan 11 mineral yang diperlukan oleh badan



 
Di formulasikan oleh Ketua Penyelidikan dan Pembangunan Clinicell  Mejar (Dr) Nur Haliza Mohamad Najib Bersara MD (UKM).
Menggunakan salah satu bahan aktif anti penuaan dan pemutihan kulit yang terhebat di dunia iaitu AstaREAL P2AF Astaxanthin. Kajian yang dibuat  menunjukkan ianya :

* 6000 kali lebih kuat dari Vitamin C¹
* 800 kali lebih kuat dari CoQ10¹
* 550 kali lebih kuat dari Vitamin E²
* 75 kali lebih kuat dari Alpha lipoic acid¹
* 40 kali lebih kuat dari Beta Carotene³

Jangan Ragu-Ragu Menggunakannya:
- Disahkan Halal oleh Jakim
- Kilang yang berstatus GMP
- Bahan aktif dari sumber semulajadi yang berkualiti tinggi dan di import
- Harga yang murah jika dibandingkan dengan produk yang di import kerana 
kualiti yang setara.
- 100% selamat dan tiada kesan sampingan.
- Kesan Anti Penuaan dan Pemutihan kulit ke seluruh badan kerana
 pengambilan secara oral (makan/ minum). 
- Kadar keberkesanan yang tinggi kerana formulasi yang menggunakan bahan 
bermutu tinggi dan antara yang terkuat di dunia.
- Kadar penyerapan dalam badan yang tinggi.
- Sesuai untuk semua jenis kulit
- Packaging yang menarik dan mode prefessional
- Cara penggunaan yang mudah, hanya lurutkan 1 paket di dalam air kemudian
 diminum pada waktu malam sebelum tidur.
- Perisa oren yang sedap/ tak rasa seperti ubat.


Khasiat Produk




Jadual Penggunaan



Produk ini disyorkan di ambil 1 paket sebelum waktu tidur. Ia perlu di amalkan setiap hari kerana proses penuaan dan degeneratif adalah berterusan. Kesan yang akan di perolehi oleh setiap orang juga berbeza. Ini adalah kerana setiap orang mempunyai kadar metabolisma, berat badan, warna kulit dan gaya hidup yang berbeza.

Berminat untuk mencuba bolehlah membuat pembelian secara online di
www.clinicell.com.my dengan harga promosi untuk WM RM120 dan EM RM130 sekotak. Shaker akan diberikan secara percuma. Penghantaran adalah percuma untuk WM dan EM

Berminat untuk menjadi Rakan Niaga Clinicell bolehlah mendaftar di website www.clinicell.com.my ataupun menghubungi Hotline 03-41618199


Full review dari Lya

Pertama kali nak cuba agak ragu-ragu la jugak nak consume. Sebab ni produk mahal pertama  kali Lya consume benda-benda untuk kesihatan gini. Lya cuba untuk consume Clinicell Oral Skincare ni sebab tengok bahan-bahan dia yang sangat awesome. Sekotak CLINICELL Oral Skincare - Anti Aging & Whitening Essence (15 sachet) ni harganya RM120 semenanjung dan Sabah Sarawak (RM130). 

Lya amalkan satu sachet sebelum tidur.


Perubahan yang Lya rasa selama 15 hari penggunaan produk ini :
  1. Alhamdulillah, dah makin berseri-seri sedikit dah kulit wajah Lya. 
  2. Kulit muka cerah sikit dari dulu. Rasanya kena consume lagi ni untuk kesan yang lagi awesome. Kulit muka terasa halus bila disentuh (kah Lya yang perasan) Tapi serious, nampak lagi lembut berbanding sebelum nie.
  3. Nampak ketara perubahannya dekat bahagian pipi Lya. Sebelum nie pipi Lya ada kesan parut jerawat lama, sukar nak hilang. Asal tumbuh jerawat mesti kat pipi sebelah kanan. Jadi habit sudah jerawat tu menumpang kat situ. Selepas Lya consium produk nie sekarang parut tu dah beransur hilang..Alhamdulillah (tak perlu dah nak pakai bedak tebal)
  4. Lagi satu masalah eyebag (degil tak nak hilang) tapi sekarang dah berkurangan sedikit berbanding sebelum nie (ok la daripada tak hilang langsung).
  5. Paling penting sekali tak ada kesan sampingan semasa Lya consume produk ni. Maintain saja.

Nah tengok testimoni dari Lya ni. Sebelum dan Selepas penggunaan CLINICELL Oral Skincare. Lya start consume produk ni pada 17.03.2014 (Isnin) dan last 31.03.2014 (Isnin)




No camera 360 no edit...This is original my face


Maklumat Syarikat :


CLINICELL COSMECEUTICALL (M) SDN BHD
No. 44 Bj 3, Taman Bukit Jaya, 
Bukit Antarabangsa, 
68000 Ampang, 
Selangor Darul Ehsan.

+603 4161 8199




11 ulasan:

...Terima Kasih Komen Ikhlas Anda...
...Komen Anda Semua Sangat Dihargai...
....Kalau sudi jemput la datang selalu...

Asha Lya Copyright © 2016. Design by MaiGraphicDesign