Halaman

Prosedur Borang Permohonan Nikah Sabah

Assalamualaikum


Lya nak kongsikan sedikit
berkenaan keyword kat blog Lya nie.
Ada ke yang masih tercari-cari cara nak
submid borang permohonan nikah.Meh Lya kongsikan 
sikit pengalaman Lya urus nie semua kot-kot berguna kan nak jadikan rujukan.
Especially yang duk kat Sabah.Kat tempat
lain mungkin lebih kurang je kali kan.Borang Lya Alhamdulillah
dah submid dah.




1.Sebelum nikah mestilah nak ada borangnya kan
Lya beli kat Wisma MUIS Kota Kinbaalu.Kat daerah Sabah ni mana-mana 
pun sama je borang nya harga RM5.00



2.Dah isi semua cari 2 orang saksi lepas tu Lya pi buat test HIV/Talasemia
Lya buat kat Klinik Sihat Putatan (bersebelahan dengan kilang Gardenia)
Ujian free je tak sampai 10 minit dah dapat result.
Untuk test ni kaunter buka Isnin-Khamis (2pm-5pm)



3.Oleh kerana Lya tak ada Bapa..guna wali Abang.Untuk
yang guna wali hakim Lya kurang pasti tu kena
tanya kat JHEAINS. So wali kena buat surat akaun sumpah nie.
Lya beli kat kedai photocopy.Draff siap-siap
bagi kat tukang taip.Dah ok jangan lupa buat 2 salinan.
Lagi satu nak kena beli setem hasil RM10 lekat kat
borang akuan tu.Wali bawa borang ni pergi kat pejabat daerah
cakap nak cop untuk akuan sumpah jadi wali.ok je tu




4.Pasangan Lya kerja kat Sandakan..so dia wajib minta
borang nikah luar daerah.Karang tak  pasal-pasal borang korang kena rejek.
Bila tak lengkap.Kena lengkapkan dulu borang lelaki baru
pihak perempuan boleh submid permohonan.


Borang lelaki:
-Borang nikah
- salinan ic pemohon (sekeping)
-salinan saksi (2 orang sekeping2)
-Borang permohonan nikah luar daerah
-Borang Test HIV
-Sijil kursus kawin (salinan & original)
-Surat akuan bujang (dari majikan or Ketua Kampung)

5.Dah lengkap semua so submid la kat pejabat JHEAINS
daerah tempat korang nak nikah.Urusan Imam untuk nikah
korang kena gak inform imam daerah memasing.Nanti tak la
kelam kabut.


Borang perempuan:
-Borang nikah
-salinan ic pemohon (2 keping)
-salinan wali (2 keping)
-surat akuan (untuk yang tak ada bapa kandung)
-salinan ic saksi (2 orang sekeping2)
-Borang Test HIV
-Sijil kursus kawin (salinan & original)
-Surat akuan bujang (dari majikan or Ketua Kampung)


Nota: Sebelum hantar borang kat JHEAINS lagi elok korang
buat sport cek berkali-kali.Banyak kali pun tak apa.Yela
takut ada yang tekurang kan nanti.Harap dapat membantu walaupun tak banyak.
Dari pengalaman Lya sendiri.


Wassalam

39 ulasan:

  1. Salam. thanks share dear hehehe ilmu ni..nanti mana tau kut kut aku pun sampai seru ahhahaha :D

    menabung darlie :)

    BalasPadam
  2. lya kat Sabah wajib x cek hiv? sy x cek ari tu sbb penakut =p tkt jarum.ahaha.

    BalasPadam
  3. Trima kasih Lya!!!! Memang amat memerlukan entri ni. Hehee

    BalasPadam
  4. emm, tmpat lain pun prosedurnya sama jugak kan?? hehe..

    BalasPadam
  5. perkongsian yang bagus..tapi kat johor dah guna on9 dah..kena beli no.pin tak silap..pastu tunggu diorang reply email..kesian kepada orang yang tak pandai guna komputer..bukan org muda je nak kawen..he3

    BalasPadam
  6. salam, bagus tu lya..sekarang ni semua guna online. kalau ada yg tak berapa tau, boleh lah rujuk kat entry lya ni :)

    BalasPadam
  7. semoga segala urusan dipermudahkan =)

    BalasPadam
  8. nice sharing lya...nnti boleh rujuk blog lya...eh lambat lagi dik an ni tau hehe..

    BalasPadam
  9. wahh amcam tu rupanya ^_^ terima kasih sharing

    BalasPadam
  10. semoga semuanya selesai dan menjadi istri orng..hee

    BalasPadam
  11. terbaik..panduan berguna..dulu akak pun urus macam tu juga...lepas tu borang bawa ke johor...

    BalasPadam
  12. lagi satu..tulisan haruslah terang tang tang..jangan sedap2 mau belit2 mcm tulisan doktor..mcm kompom2 suruh beli borang balik...hahaha

    BalasPadam
  13. bagus entry nie.. rujukan untuk B2B...

    BalasPadam
  14. Semoga dipermudah & dilancarkan segalanya ye.. aamiin.

    BalasPadam
  15. Hah penting ni. Jangan ambil mudah k

    BalasPadam
  16. fuh nsb baik jmpa blog ni. nak tnya ni, klau nak buat test hiv tu perlu bawa borang kawin ke? saya ni orang sandakan. mna2 klinik pun bole buat test hiv? hrap dpt reply scpat mgkn. ^___^ tq

    BalasPadam
  17. Berapa lama JHEAINS ambil masa proses permohonan tu?

    BalasPadam
  18. Terima Kasih.. Entri sis sgt2 mebantu.. mohon share ya

    BalasPadam
  19. Assalammualaikum sis...mo tnya ne...yg borang nikah tu, cth la psgn sya bkn dr sabah...means dia kena ambik dr negeri dia ka atau sya ambik borang nikah dr sabah n pass bg dia suruh dia isi sgala ka mcm mana???

    BalasPadam
    Balasan
    1. Walaikumslm..setahu sy klau psgn tu dari negeri lain kena isi borang nikah dri negeri masing2.pastu masa nikah nnt bawa sekali, better baik rnya muis pun lgi ok.

      Padam
    2. Salam sis, nak tanya jugak.. bakal pasangan dari negeri lain, so borang kebenaran berkahwin tu kena amek kat pejabat agama negeri dia atau kat sabah?

      Padam
    3. Waalaikumussalam.. FazvinDa, Jika pasangan bukan dari sabah, pihak lelaki kena isi borang permohonan nikah luar daerah. Borang ni blh dapat dekat pejabat agama tempat masing2. Once pasangan dah submit borang n dah dapat kebenaran daripada pejabat agama (Qadhi, pihak lelaki akan serahkan borang tersebut kepada pihak perempuan untuk permohonan atau tindakan selanjutnya. Ok

      Padam
  20. assalamualaikum sis. Mao Tanya ni,2 saksi kena lelaki ka

    BalasPadam
  21. assalamualaikum sis. Mao Tanya ni,2 saksi kena lelaki ka

    BalasPadam
  22. Salam..nak tnya d borang nikah tuk ada kan isi nama saksi,?mksudnya saksi msa nikah kah?isi nama saksi d borang perempuan tu mau sama jg dgn nama saksi d borang lelaki kah?tq

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wajib da saksi..saksi ppuan n lelaki org yg brlainan tu

      Padam
  23. Assalmualaikum sis.. saksi yg sign di borang nikah tu mesti sama ka dgn saksi masa kawin? Atau saksi utk isi borang ja? Mo bawa lagi ka tu saksi p pejabat agama masa hantar borang?

    BalasPadam
  24. Assalamualaikum ..contoh lah klau perempuan tu msuk islam lbih tepat mualaf..psangan tu pure islam..mcm mna dgn wali sama ada guna wali hakim taw bpa kandung prempuan trsebut(tp bpa kandung bkn islam cuma anak prempuan shja yg msuk islam)..

    BalasPadam
  25. Assalamulaikum.. terima kasih infonya.. tp ada confuse ckit.. kalau pasangan orang sdkn keja d smnjung mau nikah d kk mcm mn pula.. ?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumslam.. Pihak lelaki perlu ambil bkrng d pjbt daerah dia, pastu isi borng kebenaran nikah luar negeri.

      Padam
  26. assalammualaikum sis...just maw tanya, yg tu test hiv berapa bulan sblum kahwin ambik? klaw ambik 2 bulan sblum kahwin still valid ka? sbab ada cakap 1 bulan sblum baru bt tu test... n pmpuan pun perlu surat akuan bujang? tq sis for respon.. :)

    BalasPadam
  27. As salam, mohon pencerahan ttg borang nikah luar daerah.. Apa2 dokumen atau butir yg perlu? Minggu ni bru start nk hantar borang nikah.. Tp sy nikah ranau.. Pening kepala ngn prosedur ni..

    BalasPadam
  28. Assalamualaikum nk tnya salinan ic pmohon..wali dan saksi tu perlu ada cop pngesahan ka?

    BalasPadam
  29. ASsalammualaikum
    Boleh tanya tak surat akuan bujang tu kalo tak bekerja dan tak tinggal kat area kampung so tak tau nak minta tandatangan kat siapa.. mcmana ye?
    Thank you

    BalasPadam
  30. Assalamualaikum sis, kenapa kawan adik saya (mualaf) perlu bayar RM300 untuk wali hakim?

    BalasPadam

...Terima Kasih Komen Ikhlas Anda...
...Komen Anda Semua Sangat Dihargai...
....Kalau sudi jemput la datang selalu...

Asha Lya Copyright © 2016. Design by MaiGraphicDesign