Halaman

Asas Peralatan Jahitan

Assalamualaikum


Bila da masuk bidang jahitan. Asas2 peralatan jahitan kena tahu setiap fungsinya. Ini Lya senaraikan beberapa alatan jahitan yang Lya ada sebagai rujukan. Kita share ilmu di sini kot berguna mana yang baru berjinak2 menceburkan diri dalam jahitan kan.






Senarai alatan jahitan :


1.Kertas kuning (pola)
2.Pembaris skill 1 (L)
3.Pembaris skill 2 (pembentuk)
4.Pita ukur
5.Buku catatan ukuran (penting untuk rujukan)
6.Gunting fabrik
7.Gelendung
8.Sekoci
9.Roda surih
10.Kertas karbon
11.Gunting benang (snipper)
12.Kapur tukang jahitan
13.Jarum peniti
14.Jarum tangan
15.Benang
16.Penetas benang



Ini antara benda asas penting untuk si tukang jahit selain mesin jahit.
Sekian untuk perkongsian hari ini bab jahitan.



Wassalam

Sehelai Seluar Slack

Assalamualaikum




Bukan mudah plak nak menghasilkan
sehelai seluar slack
yang berkocek sembunyi dan berzip. Lagi mudah nak membuat skirt tak la serumit buat seluar slack.
Sebelum ni Lya x pernah terfikir nak 
buat seluar sendiri. Berkat tunjuk ajar dari cikgu akhirnya Lya berjaya
membuat sehelai seluar berpandukan step2nya.








Ada sebijik yang macam jual kat kedai tu tak...ngeh ngeh
Lepas ni da boleh buat seluar untuk suami plak hhehe.
Ok bye...




Wassalam

Fokus Menjahit Blog Lya Tetap Masih Wujud

Assalamualaikum


Semenjak dua tiga menjak ni 
memang Lya sibuk sesangat. Jika di perhatikan (chehhh ayat sekema) blog Lya tak seperti dulu2 masa memula di tubuhkan. Lya aktif sana-sini, dulu keja duk kat opis menghadap PC 8 jam. Sekarang ni da lain kehidupan da berubah sikit demi sedikit. Kot Lya boleh jadi bos pulak kan amin.






Fokus pada bidang jahitan.
Blog masih berjalan seperti biasa cuma slow2. Sayang pulak kalau blog di biarkan. Bukan mudah nak membangunkan bermula dari zero.
Lya tetap ada di dunia blog.
Cuma kehidupan da mula berubah.
Rakan2 alam maya, terima kasih atas sokongan kalian dan masih sudi bertandang ke blog Lya. Walau kekadang Lya kejap ada kejap tak ada. 




Wassalam

Baju Melayu Moden Untuk Suami

Assalamualaikum



Memandangkan Lya 
dah peroleh sedikit kemahiran menjahit. Maka tahun ni baju raya kami sefamily Lya jahit sendiri. Alhamdulillah save bajet.
Tak payah hantar pi kedai lagi.






Tengah buat pola baju melayu moden untuk suami. Patutla kalau kat kedai selalu upah baju melayu mahal nak heartattack. Rupanya bukan mudah nak buat polanya, nak menjaitnya lagi. Memang perlukan tahap kesabaran yang tinggi. Fiuhh, takpe yakin boleh.




Wassalam

Jumaat Yang Barakah

Assalamualaikum

Salam Jumaat semua.





Moga doa kita dimakbulkan insyallah.



Wassalam

MR D.I.Y 1B Hypermall

Assalamualaikum



Alhamdulillah my Mil da beransur sihat. Terima kasih buat rakan2 yang mendoakn kesihatannya. Lya pun dah kembali Kinabatangan. Kembali rutin seperti biasa.



Ini cerita minggu lepas punya.
Rasanya dah lama betul Lya menjejakkan kaki ke shopping komplex 1B Hypermall yang terletak dekat Sepanggar KK. Kawasannya agak jauh dari pusat Bandar bab tu Lya jarang sekali ke sini. Lya sebenarnya nak mencari kedai Daiso tapi macam tak ada suda wujud. Sekali ni yang ada kedai Mr.DIY. Setahu Lya kat semenanjung ja ada kan, mungkin ni cawangan baru buka kat sini.







Banyak juga barang yang Lya berkenan
tapi tak ada keperluan untuk di beli
takut nanti membazir pulak hhaha.
So ini jak la yang Lya beli. Wallpaper, bekas pasu yang comel harus biru hihi and wallpaper untuk cover tempat masak. Kedai ni ok, kalau kat sini ibarat macam kedai 1stop. Kebanyakkan barang2 untuk rumah.



Wassalam


Doakan My MIL Kembali Sihat

Assalamualaikum




Lamanya lya tak jenguk blog kan.
Hampir seminggu blog Lya tak terupdate, bukan Lya sengaja menyepikan diri tapi terlalu banyak
perkara perlu di urus sepanjang minggu lepas.







Isnin yang lepas my MIL
di masukkan ke hospital Tawau.
Hampir disahkan terkena stroke.
Mujur cepat di bawa ke hospital.
Doakan my MIL cepat sembuh ya.
Insyallah Amin.




Wassaalam

Geng Jahitan

Assalamualaikum




Pejam celik rupanya tinggal sebulan
lagi Lya berkursus di Giatmara Kinabatangan. Last klas bulan Jun sebelum Raya. Alhamdulillah sepanjang Lya berkursus di sini. Sedikit sebanyak dapat timba ilmu jahitan yang boleh di praktikkan.




Ini Geng Jahitan Lya. Yang tengah tu pangkat kakak. Yang lain pangkat adik2. Hope semua berjaya lepas ni. Insyallah.



Wassalam

Kupon Parking DBKK

Assalamualaikum

Minggu ni minggu yang agak sibuk. Esok da gerak ke Kota Belud 
ada program dengan Giatmara.
Lya gerak awal sikit kebetulan suami ada kursus di KK so ikut la sekali.





Sekarang ni kalau nak parking kena ada kupon parking. Kalau tak silap last year berkuatkuasa. Beli sebuku walau jarang di guna untuk keselamatan.






Letak kat dashboard ja supaya boleh
dinampak tukang kira parking.



Wassalam

Pengasingan Syiling

Assalamualaikum
Selamat berhari Selasa.
Blog Lya macam dah terabai seketika.
Kejap ada kejap tak ada.
Urmmm..



Kaedah traditional, malas nak ke bank.
So kira sendiri, asingkan segala
syiling. Gigih keluarkan dari tabung.




Duit baru dan lama. Tak maw campur.
Dah banyak boleh simpan dah hhehe.
Alhamdulillah.



Wassalam

Musim Mangga

Assalamualaikum




Salam Subuh..awal pagi on9 lepas Subuh. Line intrnet laju ja kalau waktu2 macam ni.
Sekarang ni sana sini musim mangga kan. Tempat korang macam mana.
Kuarters Lya ni x da pokok mangga so nak makan sangat beli ja la.








Buat sambal penambat selera makan.
Sakit2, lidah x lalu nak telan makanan lain. Telan nasi cicah dengan sambal mangga ja. Alhamdulillah setakat ni kesihatan Lya dah beransur pulih.





Wassalam

Blog Menyepi Seperti Tuannya

Assalamualaikum




Hampir seminggu Lya tak jenguk blog
apatah bw. Maaf ya mana2 blogger yang sudi menyinggah ke blog Lya, Bukan Lya sombong ya, Lya kurang sihat dah seminggu.
Tak boleh nak tengok screen hf lelama2 sangat. Kepala terus berpusing2.
Badan pun lemah.






Ubat dari klinik
Nak tak nak, kena makan juga.
Tapi sekarang stop dulu makan.
Eiii tak suka ubat. Alhamdulillah sekarang dah ok sikit cuma pening kepala masih pening2. Sabar la dugaan kecil.




Wassalam

Tak Tahu Nak Update Entri Apa ???

Assalamualaikum


Alhamdulillah rahmat hujan turun.
Sejuk bumi, biasala dah masuk bulan Mei memang musin tengkujuh kan.
Beberapa hari ni rehat cuti di rumah
saja, tak da jenjalan ke mana.





Copy dari whassap group.
Memang yang benar kan kata2 ni.



Sebenarnya tak tahu nak update entri apa. Menyepi buka blog sekejap tutup.
Otak blank ermmm. Sebenarnya tengah fikir satu projek ni. Hope menjadi Insyallah.




Wassalam

Top Komen Jan -April 2015

Assalamualaikum
Selamat bercuti selamat hari pekerja
bagi yang bekerja tak kira apa sektor sekalipun. Lya bekerja dari 
rumah ja tak da majikan. 

Terima kasih semua rakan2 blogger yang sudi meninggalkan jejak
sama ada yang tersenarai atau pun tak tersenarai. Tanpa sokongan dari semua
ibarat berblog syok sendiri.



Untuk top 3 sepanjang 4 bulan ni
Lya ada nak bagi sedikit cenderahati.
Boleh email nama, alamat n no fon 
kat sini Lyacraft13@gmail.com.



Wassalam

Asha Lya Copyright © 2016. Design by MaiGraphicDesign