Halaman

Star Wars punya pasal

Assalamualaikum





Tiga beradik ceria dapat membeli tiket, sekali gus menonton filem Star Wars: The Force Awakens di GSC Mid Valley, hari ini. FOTO Mior Azlan 


Rizanizam Abdul Hamid 
mrizanizam@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Kerana tidak sabar dan bimbang tidak dapat menonton filem Star Wars: The Force Awakens yang mula ditayangkan di pawagam bermula hari ini, ada antara peminat tegar filem itu sanggup mencuri masa waktu bekerja untuk ke pawagam.
Tinjauan Harian Metro di GSC Mid Valley di sini hari ini mendapati, ada penonton yang ditemui memakai kemeja atau pakaian pejabat dan enggan wajah mereka dirakamkan lensa kamera dengan alasan mereka dalam waktu bekerja.
"Tolong jangan rakam gambar sebab saya sedang bekerja sekarang ini. Lagi pun saya takut tidak sempat menonton tayangan sebelah malam kerana pengasuh anak hanya setakat jam 8 malam sahaja," kata pekerja syarikat ICT di Bangsar yang enggan dikenali.Seorang lagi peminat siri Star Wars yang bermula sejak 1977 itu berkata, dia perlu mencuri masa waktu bekerja untuk menonton kerana bimbang tiket tayangan sebelah malam habis dijual.
"Tadi saya lihat jualan tiket laris dan tempat duduk sangat terhad sama ada di bahagian hadapan atau tayangan tengah malam.
"Jadi waktu terbaik untuk menonton ialah ketika waktu bekerja, itupun masih sukar mendapatkan tempat duduk yang dikehendaki kerana terlalu ramai peminat filem ini," katanya yang mendapat tiket pada 12.15 tengah hari.
Sementara itu, tinjauan pada jam 2.40 petang tadi mendapati GSC Mid Valley masih membuka 34 panggung tayangan filem berkenaan dengan jarak masa antara 15 hingga 20 minit sehingga tayangan akhir pada 1.10 pagi nanti.
Sumber : Harian Metro

8 ulasan:

  1. Wah...penangan star wars ni..tapi mcm biasa fida tak pergi pun kat panggung tunggu keluar VCD jer...hehehe

    BalasPadam
  2. tak tengok lagi lya. hehe
    memang trailer best

    BalasPadam
  3. huhu..Asben saya pun tak terkecuali Lya....huhu

    BalasPadam
  4. ehehe yang first dlu tu pun tak pernah tengok =P

    BalasPadam
  5. belum tengok lagi...dari episod sebelum sebelum ni pun kurang layan....tak kena dengan minat kot

    BalasPadam

...Terima Kasih Komen Ikhlas Anda...
...Komen Anda Semua Sangat Dihargai...
....Kalau sudi jemput la datang selalu...

Asha Lya Copyright © 2016. Design by MaiGraphicDesign