Halaman

Konsert terakhir Siti sebelum berehat

Assalamualaikum



Siti akan berehat tiga bulan selepas konsert percuma untuk peminat 5 dan 6 Mac depan. FOTO ihsan Rozi Abdul Razak 



Hulu Kelang: Penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin mengumumkan akan mengadakan konsert percuma selama dua malam pada 5 dan 6 Mac depan di Dewan Plenari, KLCC.
Menurut Siti, konsert itu adalah hadiah istimewa buat peminatnya sempena ulang tahun kelahirannya yang ke-37 pada 11 Januari lalu, sekali gus konsert terakhirnya sebelum berehat selama tiga bulan.
"Kepada peminat yang ingin hadir ke konsert ini, caranya mudah saja. Mereka perlu melanggan aplikasi muzik Yonder menerusi perkhidmatan Celcom.
"Memandangkan kapasiti dewan boleh memuatkan sehingga 6,000 penonton pada satu satu masa, jadi siapa cepat dia dapat," katanya yang ditemui pada majlis sambutan hari jadinya, di sini malam tadi.
Menerusi konsert itu nanti, Siti dijangka menyanyikan 20 lagu bersempena ulang tahun ke 20 pembabitannya dalam dunia seni tanah air.
Penyanyi lagu Biarlah Rahsia itu berkata, pada mulanya dia mahu berehat seketika dari sebarang aktiviti seni membabitkan persembahan berskala besar selepas keguguran tahun lalu.
“Bagaimanapun, apabila tawaran ini datang dari Yonder Music Sdn Bhd, saya berbincang semula dengan suami. Jadi, saya tukar perancangan untuk berehat selepas konsert itu," katanya.
Sumber : Harian Metro

5 ulasan:

  1. Rezeki twrn buat knsert ye. Hope lpas ni ct dpt brhat dgn sebaiknya..

    BalasPadam
  2. suka sgt siti nyanyi. percuma pulak tu. best3

    BalasPadam
  3. haruslah Siti berehat.Terlalu aktif akan buatkan badan kita lemah..mana tau lepas rehat 3 bulan nanti..ada khabar gembira

    BalasPadam
  4. baguslah kalau Datuk Siti berehat lepas ni :) insya-Allah mana tau ada rezekinya nanti

    BalasPadam

...Terima Kasih Komen Ikhlas Anda...
...Komen Anda Semua Sangat Dihargai...
....Kalau sudi jemput la datang selalu...

Asha Lya Copyright © 2016. Design by MaiGraphicDesign