Halaman

MENGADU SAKIT DADA, USTAZ KAZIM BERHENTI CERAMAH SELEPAS LIMA MINIT 20 Februari 2016. 1.20 AM

Assalamualaikum





Penceramah bebas, Datuk Mohamad Kazim Elias terpaksa menghentikan ceramah selepas mengadu sakit dada sebelum dibawa ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian.

Kejadian itu berlaku ketika Ustaz Kazim memberikan ceramah bertempat di Gunong, Kelantan.

Menurut Timbalan Pengurus (Pembangunan) KADA, Nik Ruslan Idrus, sebaik naik ke pentas dan memulakan ceramah tidak sampai lima minit, beliau terpaksa menghentikan ceramah tersebut kerana sakit dada.

"Ustaz Kazim sempat memohon maaf kepada orang ramai kerana tidak dapat meneruskan ceramah seperti yang dijanjikan kerana perlu ke hospital dengan segera.

"Ustaz Kazim di bawa ke Klinik Kesihatan Gunong sebelum dirujuk ke HUSM," katanya yang terpaksa menggantikan penceramah dari KADA bagi tidak menghampakan orang ramai.

Tambah Nik Ruslan lagi, keadaan Ustaz Kazim sewaktu tiba di lokasi kelihatan agak kurang sihat dan berwajah pucat namun beliau masih mahu meneruskan ceramah.

"Ustaz Kazim ada memaklumkan dia sepatutnya ke hospital untuk membuat rawatan, namun menangguhkan kerana sudah berjanji untuk berjumpa dengan penduduk di Bachok," ujarnya.

Terdahulu, Ustaz Kazim yang juga merupakan Mudir Pencetus Ummah2015 itu tiba di Kelantan petang tadi dari Terengganu, dan dijadualkan menyampaikan ceramah agama selama dua jam bermula 9 malam, anjuran Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA).

Terdahulu, Kazim juga popular menerusi program Kalau Dah Jodoh di Astro Oasis (saluran 106).

Olahan Semula: Mya Amri

Sumber: Berita Harian

8 ulasan:

  1. hai lya. Akk mmg suka dgr ceramah ustaz ni. Ceramahnya tak terlalu serius dan ada diselitkan jenaka.. walau apapun semoga ustaz cepat sembuh....

    BalasPadam
  2. Allah..
    Terkejut dgr.. Moga ustaz kazim cpat sembuh. Suka dgr cramah2 beliau..

    BalasPadam
  3. Biasalah sekarang ni..bila umur dah meningkat ada saja sakit yg datang menimpa..Harap Ustaz Kazim..sihat seperti sediakala

    BalasPadam
  4. Semoga DUKE cepat sembuh..Aamiiin. Kg Gunung, bachok tu dekat kg saya tu

    BalasPadam
  5. semoga ustaz kazim cepat sembuh.. =)

    BalasPadam
  6. Moga beliau cepat sembuh dan dikurniakan kesihatan yang lebih baik.

    BalasPadam

...Terima Kasih Komen Ikhlas Anda...
...Komen Anda Semua Sangat Dihargai...
....Kalau sudi jemput la datang selalu...

Asha Lya Copyright © 2016. Design by MaiGraphicDesign