πMeh nak explain..Mungkin ada diantara anda yang memandang mudah dan telah faham jenis mesin anda gunakan. Tapi ada sesetengah pula masih tidak tahu jenis mesin ape kah yang mereka guna. Lantas menjadi masalah dalam memilih tapak yang sesuai. Kadang2 ada yang sampai tersilap beli tapak mesin sebab tidak tahu mesin apa yang digunakan sendiri.
πππ MESIN DOMESTIK
✅Juga dikenali sebagai mesin lama/ mesin kaki dan mesin biasa. Mesin ni terdapat dalam dua jenis iaitu jenis kepala hitam dan putih . Mesin kepala hitam biasanhya hanya memiliki satu jenis jahitan sahaja iaitu jahitan lurus. Oleh yang demikan mesin ini tidak sesuai menggunakan tapak yang menggunakan jahitan bercorak seperti jahitan tepi, sembat dan sebagainya. Namun begitu mesin ini boleh digunakan untuk menjahit sulam goyang dengan cara yang betul.
✅ Mesin kepala putih pula jenis yang agak moden sikit. Terdapat beberapa corak sulam halus dan boleh menjahit corak lubang butang . Mesin ini samada menggunakan pedal elektrik bagi yang dah upgrade atau masih menggunakan goyang kaki .
✅ Mesin domestik biasanya adalah terdiri dari jenis tapak "low shank" . Tetapi ada juga dari jenis "Slant Shank". Namun bagi jenis low shank , anda boleh menggunakan adapter atau penyambung tapak jenis LOW SHANK jika ingin menggunakan tapak lekap (snap on )
πππ MESIN MUDAHALIH / PORTABLE
✅ Mesin portable ni adalah jenis yang mudah dibawa kemana2. Ada yang jenis mini dan biasa. Akan tetapi mesin jenis mini agak kurang tahan kerana lebih ringan dan tu sebab harganya jauh lebih murah . Mesin2 "portable" ni sangat mudah difahami dan diuruskan. Juga terdapat dalam pelbagai fungsi Walaubagaimanapun mesin portable ni agak kurang lasak berbanding mesin industri dan perlu cermat dalam penggunaan.
✅ Mesin jenis ini pula terdapat dalam beberapa jenis tapak iaitu snap on, low shank dan slant shank. Kebiasaan untuk model2 baru menggunakan tapak snap on . Manakala untuk model lama seperti singer masih ada yang menggunakan tapak jenis slant shank. Namun tapak jenis slant shank memang sukar diperolehi kerana mesin tersebut adalah model lama.
✅ Tapak jenis snap on memang senang diperolehi . Namun tapak jenis snap on ni juga masih boleh menggunakan tapak bertiang rendah ( low shank) jika tiada adapter tersebut dengan hanya memulas skru jika ingin menukar tapak
✅Mesin ini biasa digunakan oleh kilang mahupun butik2 atau mereka yang menjahit banyak. Mesin ini sangat berat dan mempunyai kelajuan yang tinggi. Namun mesin ini hanya boleh jahit lurus sahaja ye. Jadi nak jahit zigzag ke, jahit sembat atau mengunakan jahitan bercorak sama sekali tidak boleh. Harap jangan tersalah faham dan ingin tapak yang guna untuk jahit sembat dan sebagainya ye
✅Mesin industri mempunyai tiang tapak yang tinggi atau dikenali sebagai "HIGH SHANK" . Namun mesin ini masih boleh menggunakan tapak jenis snap on portable jika menggunakan adapter "High Shank" . Cuma tapak yang menggunakan jahitan lurus sahaja ye.
❤❤❤Diharap selepas ni ramai yang akan lebih memahami jenis mesin yang anda gunakan. Semoga tips kali ni sangat jelas dan berguna untuk kemudahan anda..
e'in tak pandai jahit.. haha
BalasPadamjenis mesin tau tp mau pakai tu msti xpndai hahahha
BalasPadamNice Sharing..
BalasPadammacam-macam jenis ada..
BalasPadamooo baru tahu hehehe sy kalau bab ni memang fail hehhehe
BalasPadamAkak pun nak beli mesin jahit ni dik lya...lepas tu nak belajar menjahit dengan dik lya...boleh ker...hihi
BalasPadamAda mesin yg menggabungkan teknologi komputer skrg nie..
BalasPadamtq for sharing...
BalasPadam