Halaman

Jaringan Gol Terbaik 2016, Faiz Subri Menang FIFA Puskas Award

Assalamualaikum






Pemain bola sepak Pulau Pinang, Faiz Subri mencipta sejarah tersendiri dalam dunia bola sepak antarabangsa selepas menjadi pemenang Anugerah Puskas International Federation of Association Football (FIFA) 2016 sebentar tadi.
 
Faiz atau nama sebenarnya, Mohd Faiz Subri, 30, membawa pulang Anugerah Jaringan Gol Terbaik di Malam Anugerah FIFA di Zurich, Switzerland dan anugerah itu telah disampaikan oleh legenda bola sepak, Ronaldo.
 
Kemenangan Faiz telah menewaskan dua calon pemenang lain iaitu pemain Brazil, Marlone dan pemain wanita Venezuela, Daniuska Rodriguez.
 
Kejayaan Faiz juga mencatatkan satu sejarah baru dalam arena bola sepak kebangsaan dan Asia selepas Faiz menjadi pemain Asia pertama yang merangkul anugerah tersebut.
 
Anugerah tersebut juga membuatkan nama Faiz tercatat sebaris dengan pemain bola sepak antarabangsa yang pernah memenangi anugerah tersebut seperti Cristiano Ronaldo, Hamit Altintop, Neymar, Miroslav Stoch, Zlatan Ibrahimovic, James Rodriguez dan Wendell Lira.
 
Jaringan penuh magis yang melayakkan Faiz menggondol anugerah tersebut dilakukan olehnya dalam salah sebuah perlawanan Liga Super pada Februari 2016 yang menyaksikan Pulau Pinang menentang Pahang.
 
Teks oleh: Kamaruddin Razal

Sumber: astro gempak

4 ulasan:

...Terima Kasih Komen Ikhlas Anda...
...Komen Anda Semua Sangat Dihargai...
....Kalau sudi jemput la datang selalu...

Asha Lya Copyright © 2016. Design by MaiGraphicDesign