Pelakon dan pengacara Neelofa dikejutkan dengan kek bernilai RM20,000 sempena sambutan hari jadinya yang ke-28.
Ketika di majlis pelancaran koleksi Lady Lofa dan Lady Lofa Luxe untuk jenama hijab miliknya, Naelofar pada Isnin, Neelofa diberikan kejutan sambutan hari jadi oleh pihak Swarovski.
"Alhamdulillah, saya bersyukur dan tak sangka dikejutkan dengan kek yang bernilai RM20,000. Kek dua tingkat istimewa yang mempunyai motif pepatung itu bertatahkan permata Swarovski. Terima kasih kepada pihak penaja yang membuat kejutan," kata Neelofa kepada Astro Gempak.
Tidak mempunyai sebarang impian spesifik sempena sambutan hari lahirnya, Neelofa hanya mahu lebih 'memberi' kepada semua pihak di luar sana.
"Saya ingin cuba untuk lebih memberi. Bagi saya, pemberian tersebut bukan sahaja dari segi material seperti wang, tetapi dalam cara perkongsian pengetahuan, memberi inspirasi kepada semua peminat dan banyak lagi cara positif," katanya lagi.
Melancarkan koleksi Lady Lofa dan Lady Lofa Luxe, Neelofa menjelaskan koleksi hijab tersebut dijual pada harga mampu milik.
"Koleksi ini istimewa kerana dihiasi dengan permata Swarovski dan loket dengan motif pepatung yang menjadikannya lebih eksklusif.
"Saya mahu meletakkan koleksi hijab Naelofar ke satu tahap yang lebih tinggi. Walaupun kos pembuatannya sedikit tinggi, kami sependapat mahu menjualnya pada harga bawah RM100," katanya lagi.
Teks oleh: Kamaruddin Razal
Kredit foto: Instagram @hazmiljapilus

Sumber:astro gempak
kek 20k? terbiklah.. untung lofa
BalasPadamcamne nak makan kek tu ekk?
BalasPadamswaroski keliling...