Halaman

Katakan TIDAK. Tiada Jalan Pintas Untuk Cantik, Produk Tiruan Bukan Penyelesaian!

Assalamualaikum






Siapa yang tidak mahu kelihatan cantik? Ada yang sanggup berhabis wang beribu ringgit untuk langsing, kulit putih mulus dan wajah tanpa kedutan.

Permintaan yang tinggi terhadap produk kecantikan ini menyebabkan lahirnya produk-produk tiruan berskala AAA kerana cara pembungkusan yang sama sehingga terlalu sukar untuk dibezakan.

Lebih menakutkan, produk-produk ini ada yang dijual lebih murah, terlalu banyak di pasaran dan mudah didapati!

Bukan seorang dua yang menjadi mangsa kosmetik palsu serta beracun yang tidak didaftarkan ini. Antara bahan terlarang yang dijumpai terkandung dalam produk kosmetik palsu atau yang tidak mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) termasuklah merkuri, hidrokuinon, tretinoin, asid azelik dan steroid.

Kesannya? Wajah membengkak terutamanya di bahagian mata, bibir dan pipi, kulit menggelupas dalam masa kurang dua hari dan menjadi semakin menipis, kulit muka terbakar dan kesan jangka panjang pula boleh mengakibatkan kegagagalan ginjal, gangguan mental, parut kekal dan kanser kulit.

Hakikatnya, terdapat garis panduan tentang tuntutan produk kosmetik yang antara lain tidak mengelirukan pengguna dengan nama-nama tersirat. Persoalannya sekarang, bagaimana untuk bezakan produk asli yang selamat digunakan dengan produk berbahaya?

1) Hanya beli di premis yang disenaraikan atau laman web rasmi.
Jangan tertipu dengan tawaran harga murah sebaliknya pastikan produk dibeli di premis atau di website yang sah








2) Jenama diyakini.
Elakkan diri daripada membeli produk yang tidak diketahui siapa pengeluar atau pengedarnya, tiada kelulusan KKM dan dijual secara borong secara online.

Sebaiknya cuba oles sedikit pada tangan dan lihat tekstur dengan kesannya pada kulit. Jauhi produk yang menyebabkan kulit anda panas atau gatal serta menghasilkan tona warna tidak sekata.






3) Perhatikan kemasan.
Ada produk kosmetik tiruan yang kelihatan sama saling tak tumpah dengan yang asli. Satu cara untuk memastikannya adalah dengan membandingkannya dengan kemasan asli.

Rujuk laman web rasmi untuk memastikan warna, saiz, kedudukan serta jenis tulisan dan cara pembungkusannya.

4) Perhatikan bau dan bahan yang digunakan.
Tiada bau luar biasa atau menyengat dan penting untuk melihat kandungan bahannya bebas daripada bahan berbahaya seperti merkuri dan hidrokuinon.

5) Usah terpedaya dengan janji palsu.
Antara janji-janji palsu yang berbahaya kepada pungguna termasuklah kesan kesan segera produk memutihkan kulit yang dikhuatiri mengandungi merkuri dan hidrokuinon. Kesan pelangsingan segera, menganjalkan kulit atau memuluskan kulit secara kekal.

6) Paling mudah, periksa dengan pihak bertanggungjawab.
Anda boleh kemukakan sebarang pertanyaan berkaitan produk kosmetik atau aduan kesan sampingan kepada kosmetik@npra.gov.my atau hubungi talian 03-7883 5400. Buat anda yang masih ragu-ragu atau kabur tentang kesahihan sesuatu produk kosmetik, layari www.myhealth.gov.my/kenali-kosmetik-anda untuk informasi lanjut






Sambil-sambil anda menilai produk kosmetik yang digunakan, uji sejauh mana anda mengetahui tentang ilmu kesihatan di www.myhealth.gov.my untuk peluang memenangi hadiah-hadiah menarik!

Kredit foto: Shutterstock, images.fashiontimes.com

Sumber: astro gempak





4 ulasan:

  1. tak berani beli yang jual-jual murah tu..
    JanjiKita

    BalasPadam
  2. takut bila tgk bahan2 tiruan ni, first2 mnemang cntik lama2 bru tgk effect dia

    BalasPadam
  3. penting kena check kandungan dan kkm, bahaya produk skrg oleh pihak xbtggjawab, siap tiru utk dptkn duit dgn jalan mudah

    BalasPadam
  4. Produk yang berkesan dalam tempoh singkat, hati2 😏

    BalasPadam

...Terima Kasih Komen Ikhlas Anda...
...Komen Anda Semua Sangat Dihargai...
....Kalau sudi jemput la datang selalu...

Asha Lya Copyright © 2016. Design by MaiGraphicDesign