Halaman

5 Barang Ini Sebenarnya Ada Tarikh Luput!

Assalamualaikum







Setiap barang yang dibeli pasti mempunyai tarikh luput masing-masing dan tidak lagi dapat digunakan apabila tiba waktunya.
 
Kebiasaannya kita hanya akan memberi fokus tentang tarikh luput kepada makanan dan minuman.
 
Tetapi, tahukah anda bahawa terdapat barang yang hanya boleh digunakan dalam tempoh tertentu dan sekiranya masih digunakan, kesan sampingan mungkin akan berlaku.
 
Berikut kami senaraikan barang yang sebenarnya mempunyai tarikh luput, tetapi kita tidak menyedarinya:







 
1. Bantal
 
Pasti ramai di kalangan kita tidak sedar atau tidak tahu tentang perkara ini. Bantal yang digunakan untuk tidur sebenarnya memiliki tempoh luput dan perlu ditukar. Kebiasaannya kita akan menggunakan bantal untuk tempoh yang lama sehingga wujudnya gelaran ’bantal busuk’. Tempoh yang sesuai untuk menukar bantal adalah dalam masa dua hingga tiga tahun. Jika anda masih tidak menukarnya, kuman dan bakteria akan terkumpul serta memberi kesan buruk kepada bahagian leher.






2. Tuala
 
Sering kali kita lihat tuala yang digunakan akan menjadi nipis dan bertukar warna kehitaman. Hal itu terjadi kerana tuala tersebut telah digunakan dalam tempoh yang lama dan perlu ditukar. Keadaan tuala yang sentiasa basah dan lembab akan menyebabkan wujudnya bakteria yang memberi masalah pada kulit badan. Walaupun kerap dibasuh, masalah tersebut tidak akan dapat diselesaikan. Jadi, anda disarankan untuk menukar tuala setiap satu atau paling lama setelah dua tahun digunakan.
 






3. Produk Pencuci & Pembersih
 
Pasti anda tidak tahu bahawa produk pencuci atau pembersih yang terdapat di rumah sebenarnya mempunyai tarikh luput. Menurut salah satu syarikat pengeluar produk pencuci, keberkesanan produk-produk ini akan berkurangan selepas tempoh masa tertentu. Jika anda masih menggunakannya, berkemungkinan cecair pembersih itu tidak akan menghilangkan kotoran dan tidak akan mengeluarkan bau yang harum. Sebagai contoh, sabun basuh baju hanya boleh digunakan dalam tempoh enam hingga 12 bulan selepas dibuka. Cecair pembersih lantai pula akan luput selepas setahun, dan sabun basuh pinggan hanya bertahan selama 12 hingga 18 bulan.






4. Kasut Sukan
 
Jika anda seorang yang gemar bersukan, pasti anda akan sedar bahawa kasut yang telah digunakan lebih daripada setahun tidak lagi selesa untuk dipakai. Hal ini kerana, setelah berlari lebih daripada 400 hingga 500 kilometer, kusyen pada kasut tersebut akan mula hilang dan menipis. Perkara ini juga akan memberi kesan sampingan kepada kaki seperti mengalami sakit sendi dan tapak kaki. Tempoh setahun adalah masa yang paling sesuai untuk anda menukar kepada kasut sukan baru.
 







5. Penyambung Wayar (Extension Plug)
 
Boleh dikatakan hampir di setiap rumah akan menggunakan penyambung wayar ini bagi membekalkan tenaga elektrik kepada pelbagai jenis peralatan atau mesin. Namun, tahukah anda bahawa penyambung wayar yang telah digunakan dalam tempoh yang lama akan menyebabkan risiko berlakunya litar pintas. Anda wajib untuk menukar kepada penyambung wayar baru setelah dua tahun menggunakannya bagi mengelak kejadian yang tidak diingini.



Sumber : Iluminasi.com







5 ulasan:

  1. terima kasih share benda bermanfaat ni. rasanya gaji nanti kena tukar extension huhu

    BalasPadam
  2. Bab kasut fae memang 'ganas' sikit memakai lol tak sampai 4 5 bulan dah rosak compang sana sini alahai

    BalasPadam
  3. 3 dan 5 tu yg ju nda perna tfikir =D btw, thnk u share tau =D

    BalasPadam

...Terima Kasih Komen Ikhlas Anda...
...Komen Anda Semua Sangat Dihargai...
....Kalau sudi jemput la datang selalu...

Asha Lya Copyright © 2016. Design by MaiGraphicDesign