Assalamualaikum
APAKAH ITU TUHAU?
Tuhau. Nama yang cukup pelik, aneh dan asing bagi sesetengah orang yang tidak mengenali tumbuhan ini. Tuhau merupakan sejenis tumbuhan yang boleh dikategorikan sebagai ulam yang tumbuh meliar di hutan hujan di Kepulauan Borneo. Namun, permintaan terhadap tuhau kini yang semakin meningkat terutamanya dalam kalangan penduduk tempatan menyebabkan ramai yang mengambil alternatif untuk menanamnya.
Tuhau atau E. coccinea merupakan panggilan yang popular dalam kalangan masyarakat Kadazandusun dan Murut di Sabah. Tuhau termasuk dalam genus Etlingera(Zingiberaceae) dalam istilah saintifik. Selain itu, tuhau atau juga termasuk dalam keluarga halia. Menurut Axel Dalberg Poulsen (research fellow 2002-03), tuhau juga digunakan dalam masyarakat Kelabit dan Iban di Sarawak. E. coccinea dalam masyarakat Kelabit dipanggil sebagai 'ubu nanung' manakala masyarakat Iban memenggilnya sebagai 'tepus'.
TUHAU DAN KEBAIKANNYA
Umbut tuhau boleh dimakan mentah iaitu sebagai ulam dimakan bersama nasi. Tuhau boleh dijadikan sebagai sambal dengan menghancurnya kemudian dicampur dengan cili padi, garam, cuka/limau dan sebagainya. Selain itu, tuhau juga boleh dimasak bersama ikan masin atau 'salted fish', lada putih (panggilan masyarakat di Sabah) dan sebagainya berdasarkan kepada citra rasa masing. Tuhau dikatakan mempunyai khasiat yang tersendiri iaitu dapat mencuci darah yang kotor, mengurangkan tekanan darah tinggi dan selain daripada itu kandungan seratnya yang sangat tinggi menjadikan tuhau baik untuk kesihatan. Ada juga yang menyatakan bahawa sekiranya seseorang tersesat di hutan, ia tidak akan mati kebuluran dengan memakan tuhau.
CIRI-CIRI TUHAU
Mempunyai bau yang kuat seperti sejenis serangga (kesing) atau seperti bau ketumbar Jawa (cilantro). Terdapat sesetengah yang tidak memakan kerana alasan ini.
Mempunyai bunga yang berwarna merah terang.
Membiak melalui pecahan rizom atau biji benih.
Tumbuh secara meliar.
Umbut berwarna putih/kekuningan pudar/ kemerah-merahan/ 'pink'.
Jika masyarakat lain di Malaysia berbangga dengan makanan tradisional mereka, mengapa tidak saya. Ianya unik dan tidak akan dijumpai di tempat lain. Kesedaran akan kepentingan untuk memelihara dan menjaga makanan tradisional daripada pupus pada hari ini membolehkan makanan tersebut boleh dikomersialkan dan diketengahkan pada masa akan datang. Saya juga berpendapat bahawa makanan tradisional juga mampu menjadi latar belakang, identiti dan pengenalan sesuatu bangsa dan kaum. Misalnya, jika kita menyebut tentang Bak Ku Teh, ramai yang akan tahu itu merupakan makanan yang menjadi pengenalan kaum Cina, Kaum India dengan Capati dan Pizza sinonim dengan Itali. Tidak mustahil jika masa akan datang ianya akan menjadi identiti Kaum Kadazandusun.
Sambal tuhau homemade by Suarti adalah produk yang dihasilkan oleh Kakak saya sendiri.
Rasanya sangat sedap 👍👍👍, buat cicah makan dengan ikan atau ayam bakar memang terasa keenakkannya.
favourite mkn dengan nasi panas =D Peuw !! malatop !
BalasPadamoh baru tahu. memula baca tajuk, ku ingatkan tauhu. adoi la. huhuhuhu
BalasPadam