Halaman

Follower Makin Berkurangan

Assalamualaikum



Rasanya dalam minggu ni kecoh pasal follower kat blog makin banyak berkurangan. Tak terkecuali juga blog Lya pun alami tempiasnya. Ari tu baru ja up entri sini pasal follower tup tup pandai hilang entah ke mana. Kah blogspot ni bermasalah, ermm entahla.





Selepas 




Sebelumnya


Takpela jangan plak sampai hilang semua sedih :(


Wassalam

Update ASB n Tukar Buku Baru

Assalamualaikum



Orang lain dah lama update buku asb yang awal tahun lagi, Lya baru terhegeh2 nak ngapdate ok fine. Tadi pagi baru berkesempatan nak ke Pejabat Pos Kinabatangan. Selesai satu urusan terus tukar buku baru. 
Alhamdulillah murah juga rezki simpan kat ASB.
Simpanan tetap yang tak boleh di kacau.






Selamat tinggal buku ' Ting ' remaja. Tukar buku dewasa, ehhh memang 
dewasa suda pun. Masih tak sempat nak bw, hutang bw dulu erkk.
Ok la bye jumpa lagi.



Wassalam

MIA SARA DEDAH TAWARAN BERLAKON KURANG SELEPAS BERTUDUNG

Assalamualaikum






Pelakon kanak-kanak Mia Sara Nasuha mendedahkan kurang menerima tawaran berlakon sejak mengambil keputusan untuk bertudung.
Menurut Mia juga salah seorang juri Cilik Ceria Popstar 3, dia akur dan sudah bersedia dengan segala kemungkinan selepas menutup aurat.

"Tawaran lakonan semakin kurang dan saya faham mengapa saya tidak diambil berlakon. Tidak mengapa kerana Allah akan memberi rezeki lain kepada saya nanti.

"Malah saya sudah bersedia dengan segala kemungkinan yang mungkin berlaku selepas saya membuat keputusan mahu bertudung," katanya kepada mStar Online.
Walau bagaimanapun jelas Mia, dia bersyukur apabila jualan jenama tudung miliknya, MS Couture kini mendapat sambutan menggalakkan.
"Walaupun kurang tawaran, rezeki saya lebih kepada hasil jualan tudung menerusi label milik saya iaitu MS Couture secara online. Selain itu saya juga dapat memberi fokus penuh pada pelajaran," ujarnya.
Dalam pada itu, keputusannya untuk bertudung adalah sangat tepat kerana dia tidak lagi dikutuk rakan-rakan sekolah seperti yang dilaluinya sebelum ini.
"Saya bersyukur, perubahan yang saya lakukan ini memberi banyak kebaikan pada diri saya.
"Kawan-kawan tidak mengganggu atau mengutuk saya lagi. Sebaliknya mereka memuji saya. Malah pada hari pertama saya ke sekolah memakai tudung, saya diserbu kawan-kawan pula.
"Pengikut-pengikut di Instagram pun sama. Mereka tidak lagi mengkritik saya sembarangan. Alhamdulillah, saya ambil setiap perkara ini secara positif," katanya mengakhiri perbualan.
Olahan Semula : Khalid Rahman
Sumber: mStar Online

Siap Potong 4 Pasang Kain Customer

Assalamualaikum



Fuhhh tarik nafas hembusss...lega siap potong 4 pasang kain customer.
Dari tadi pagi kerjakan siap buat pola terus potong n jait tepi terus.
Tak nak kerja tangguh2 sebab da lagi yang sedang menunggu.
Alhamdulillah rezki untuk bulan ni.






Timbunan kain lepas siap jahit tepi.
Fida punya kain turn lepas ni erkk. Harap sabar menunggu hhehe.
Thanks taw sudi tempah kat kita. Ok la nak masak dulu bye.




Wassalam

Tanaman Yang Berjaya Di Selamatkan Daun Kesum Dan Pokok Kari

Assalamualaikum



Oleh kerana kuartes masih di renovate. So ini saja tanaman yang 
berjaya di selamatkan. Daun kesum n pokok kari yang Lya pindahkan di pasu. Asalnya mereka ini Lya tanam di tanah terus.
Buat sementara ni biarla duduk dalam pasu saja diam2 ok.



Daun kesum ni lebihan lya buat laksa ari tu tinggal setangkai. Konon try tanam ingatkan tak tumbuh sekali nah lihat la gemuk2 hijau suda di pasu.
Sayangnya yang pokok kari ni kurus melidi mungkin merajuk pindah di pasu.
Suruh hidup macam segan di suruh mati tak maw plak hhaha. Tawakal jak la pun begitu masih boleh di guna pakai. Baru2 ni lya buat kari kambing perhhh sedapnya harum betul kalau letak daun kari dalam masakan.






Pandangla lihatla tanaman Lya yang tak seberapa.
Tanaman lain terpaksa di tinggalkan tanpa rela macam serai, pandan, lada@cili.
Hope mereka2 tak di apa2 kan sebab kawasan kuartes tu nak di pasang pagar di setiap rumah so selamat dari anjing2 liar yang bekeliaran. Ok la tu je nak cerita ari ni. Senyum2 selalu bye jumpa lagi.



Wassalam

ANAK DIGELAR KANG GARY, AARON AZIZ SPORTING LAYAN USIKAN PEMINAT

Assalamualaikum







Pelakon Aaron Aziz tidak kisah apabila anak pertamanya, Danish digelar Kang Gary kerana wajahnya dikatakan seiras pengacara Running Man itu.

Gelaran tersebut mula diberikan oleh peminat-peminat Aaron selepas aktor tersebut memuat naik foto percutiannya bersama keluarga di Paris tiga minggu lalu.

Tidak dinafikan, kebanyakan foto-foto Danish yang tersenyum dengan memakai topi dan baju sejuk itu membuatkan wajah anaknya persis Kang Gary.

Seakan-akan bersetuju dengan gelaran tersebut, Aaron kemudiannya telah memuat naik satu foto terbaru Danish dengan kapsyen berbunyi:

“Pretty @dwiarianaofficial, Kang Gary @danishanaqiofficial and their mommy, my queen @diyanahalik working hard since morning! Blessed Sunday is when I manage to spend time with my family.... #aaronazizfamily.” tulisnya.

Isterinya, Diyana Halik juga turut melayan usikan peminat suaminya dengan menggelarkan anak sulung mereka Kang Gary.

“Kang Gary spotted in Geneva. 😂😂 @danishanaqioffical #danishanaqiaaron #aaronazizfamilytravels #aaronazizfamily.”tulisnya.

Di sini Astro Gempak sertakan beberapa foto comel Danish untuk tatapan pembaca.

Cuba tengok sama tak macam Kang Gary?






Sumber: astro gempaq

Jubah Dress Sedondon Ibu Dan Anak

Assalamualaikum



Lewat hari ni besiaran..siap kemas rumah, masak n hantar baju customer tadi.
Baru sempat jenguk blog, sekejap jak ni, banyak keja nak kena siapkan lagi.
Tempahan dari customer tetap Lya, jubah dress sedondon ibu n anak.
Tema merah hitam. Bukan baju raya tapi nak pakai kawin saudara katanya ikut tema. 






Yang kiri baju anak n yang kanan baju ibu.
Alhamdulillah siap ada lagi turn seterusnya kena siapkan.
Baju raya customer, awal hantar awal siap n boleh la rehat awal.
Hujung bulan 4 lya tutup tempahan da.
Tak mampu nak jahit banyak2, ada limit. 
Ok la sekian.



Wassalam

Walau Sibuk Menjahit Dapur Kena Berasap

Assalamualaikum



Seminggu di rumah ni memang rushing Lya menjait tempahan dari customer.
Walau sesibuk mana dapur Lya tetap kena berasap hoiii.
Tanggungjawab tak boleh di abaikan tu.
Hari ni menu sihat yang simple tapi sedappp.
Ada cicah sambal belacan tu yang penyedapnya.
Walau Lya tak tahan makan pedas asal ada rasa sikit2 tu pedasnya jadila.





# Nasi putih
# Sup ayam cendawan
# Salad
# Sambal belacan


Alhamdulillah santapan untuk tengahari hari ni.
Padahal suda selamat mendarat kat dalam perut huhu.
Pssttt tak sempat lagi nak bw, kita tangguhkan dulu k.
Ada kesempatan pasti Lya menyinggah. Ok sekian



Wassalam

Pantai Teluk Likas Kota Kinabalu

Assalamualaikum


Cerita Sabtu yang lepas. Dating dengan husband kat Pantai Teluk Likas.
Sebenarnya ada temujanji dengan blogger Eca. Buat masa ni dia da kurang aktif di blog. Sementara tunggu si Eca kita jalan2 dulu sekitar pantai.





Seekor jerung tedampar tengah kelaparan hhaha.
Kreatif diorang ni buat replika jerung guna botol2 plastik mineral yang di recycle. Syabass!!!




Kebiasaan ramai pengunjung datang berpiknik kat sini.
Tapi hari tu macam kurang. May b angin kuat sangat hari tu.






Suasana Pantai bersih dan selesa.
Tapi satu kejadian yang tak di ingini telah berlaku.

^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^






Sepohon pokok telah tumbang akibat di tiup angin yang sangat kuat.
Mujur tak ada sebarang kemalangan berlaku.
Waktu tu kitaorang jauh dari kawasan pokok2 tu.
Syukur alhamdulillah selamat. Bahaya ehhh pokok2 besar ni, lebih2 lagi kalau da angin kuat. 
Tidak lama lepas kejadian si Eca pun sampai. 
Ada yang dia nak minta tolong kat Lya, tunggu next entry la ya kita cerita.
Ok bye.



Wassalam

Akim & The Majistret Juara, Persembahan Terbaik AJL 30

Assalamualaikum






Lagu Potret ciptaan Hang Nadim dan Kamar Empayar nyanyian Akim & The Majistret dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Juara Lagu (AJL) ke-30 dan berjaya membawa pulang wang tunai sebanyak RM50,000.

Potret turut turut diumumkan sebagai pemenang kategori Persembahan Terbaik, sekali gus memenangi trofi dan wang tunai RM12,000.

Naib Juara telah disandang oleh Faizal Tahir menerusi lagu Assalamualaikum yang membawa pulang wang tunai berjumlah RM35,000 dan tempat ketiga pula dimenangi oleh Caliph Buskers dengan lagu yang berjudul Hanya Namamu yang berjaya menerima wang tunai berjumlah RM20,000.

Sementara itu, Dayang Nurfaizah berjaya mengekalkan trofi yang dimenanginya tahun lepas apabila berjaya mengekalkan anugerah vokal terbaik menerusi lagunya Tak Pernah Menyerah dengan membawa pulang wang tunai RM12,000 berserta trofi.

Sempena Ulang tahun ke-30 AJL, turut diperkenalkan Anugerah Qu Puteh Diva yang telah dimenangi oleh penyanyi Datuk Siti Nurhaliza menerusi lagu berhantunya “Cindai”. Anugerah ini diberikan kepada juara lagu yang mempunyai undian tertinggi menerusi laman web rasmi AJL 30.

Sumber: astro gempaq

Mesin Membuat Kepingan Getah Paling Legend

Assalamualaikum


Hiiii.....
Baru sempat nak up date blog, x sempat lagi nak bw huhu.
Sapa kenal mesin kat bawah ni, maaf gambar silau tak berapa clear. Mesin membuat kepingan getah zaman perang jepun yang masih wujud kat kg lokasi rumah lya kat Beaufort. Masih berfungsi dengan baik. Zaman tok nenek moyang guna dulu jadi turun temurun hingga sekarang.


 


Barang antik yang punyai sentimental value.
Layak masuk dalam muzium haha. Ok sekian 



Wassalam

#JuaraParodi: Kobis Pedas Bergelar Juara, Bawa Pulang RM325,000

Assalamualaikum






Kumpulan Kobis Pedas yang dianggotai oleh Misha Omar dan Tauke Jambu berjaya dinobatkan sebagai pemenang bagi program #JuaraParodi yang berlangsung di Teater Shah Alam, malam tadi.
Membawa pulang hadiah kemenangan berupa wang tunai bernilai RM300,000 dan trofi, Kobis Pedas turut memenangi wang tunai bernilai RM25,000 menerusi Anugerah Pilihan Penonton yang ditaja oleh Aura White.
Kumpulan Abang Face yang dianggotai oleh Shuk SYJ, Joey dan Sam Bunkface pula berjaya menduduki tempat naib juara. Datuk Hattan dan Ajak Shiro yang mewakili kumpulan Juri pula berjaya mendapat tempat ketiga.
Kumpulan Slumber Blur yang dianggotai oleh Mark Adam dan Shuib Sepahtu serta kumpulan Right Handed yang dianggotai oleh Waris, Abam dan Fad Bocey masing-masing mendapat tempat keempat dan kelima.
Finalis yang mendapat tempat naib juara sehingga tempat kelima berjaya membawa pulang hadiah berupa wang tunai bernilai RM20,000.
Seterusnya, Kategori Persembahan Terbaik dan Lirik Terbaik pula dimenangi kumpulan Abang Face. Kategori Vokal Terbaik pula digondol oleh kumpulan Juri. Pemenang setiap kategori masing-masing meraih wang tunai RM10,000.
Konsert akhir #JuaraParodi dibuka oleh persembahan nyanyian oleh pemenang Gegar Vaganza musim kedua, Siti Nordiana bersama Lan Kristal yang menyampaikan lagu Paling Comel.
Juara Parodi yang berkonsepkan realiti komedi muzik menampilkan gabungan penyanyi popular dan pelawak dalam satu kumpulan dan memerlukan para peserta menukar lirik lagu kepada komedi dan parodi mengikut genre yang ditetapkan.
#JuaraParodi diterajui oleh Najip Ali dan Dina Nadzir selaku pengacara manakala Datuk Zainal Abidin dan Afdlin Shauki bertindak selaku juri tetap. Datuk AC Mizal pula bertindak selaku juri jemputan bagi konsert akhir.
#JuaraParodi bersiaran secara langsung di Teater Shah Alam, pada setiap Jumaat, jam 10.00 malam di saluran Astro Warna (132) dan Astro Mustika HD (134) bermula 6 November 2015.
Layari www.juaraparodi.com.my untuk informasi lanjut mengenai #JuaraParodi. Gunakan hashtag #JuaraParodi untuk berinteraksi mengenai program ini di laman sosial.
Teks oleh: Kamaruddin Razal

Kredit gambar: Instagram @jamilahbidin
Sumber : astro gempaq

Kain Chiffon Crepe Soft

Assalamualaikum


Bersambung dari entri yang lepas sini. Kali nie Lya nak share jenis kain chiffon 
yang lya buat tudung seperti shawl. Lya biasa guna kain chiffon crepe soft sebab kain ni lembut, tidak mudah renyuk, beralun, terletak jatuh bila di pakai n tak jarang sangat.
Tudung kat luar Lya kurang pasti diorang guna material yang mana. Ada yang mahal ada yang murah. Kalau tudung branded tu dah sah2 la guna material yang mahal kan.



 Lya rujuk kat kedai yang biasa Lya beli kain ni memang sesuai untuk buat shawl. Jangan sampai tersalah beli sebab ada juga kain ni serupa tapi tak sama materialnya ada yang keras kejung, ada yang terlalu nipis. Harganya boleh tahan juga tapi tak adalah mahal sangat jika di bandingkan dengan kain silk diamond crepe italiano yang agak mahal.




Antara jenis kain chiffon crepe soft yang Lya guna







Contoh kain chiffon crepe soft yang Lya dah buat Shawl
Lya letak soft sebab kain ni lembut hihi.



Perancangan untuk akan datang Insyallah moga berjalan seperti yang telah di rancang. Hope perkongsian ni bermanfaat, mana taw ada rakan2 yang nak mulakan bisniss tudung kan tercari2 kain yang sesuai. Pemilihan material tu penting, ok la sekian perkongsian untuk hari ni.



Wassalam


Rezeki

Assalamualaikum

Salam Jumaat semua.
Sekadar perkongsian di pagi Jumaat.





Gambar Whasap Dari Group


Menjahit juga REZEKI alhamdulillah. 


Wassalam

Follower Blog - 1078 Bagaikan Mimpi Dapat Capai Banyak Ini

Assalamualaikum
Sementara ada idea ni kita up lagi seketul entri.
Santai2 petang, semenjak dua tiga menjak ni nampaknya blog lya ada pengunjung2 baru. Pengunjung2 lama yang masih setia di sini terima kasih banyak2 taw, sayang korang semua tak kira baru atau lama. 

Dekat 4 dekat berblogging pengunjung blog silih berganti, ada yang datang dan pergi. Ada yang dah lama tak dengar kabar, da banyak menyepi dari dunia blog. Masing2 pun da life sendiri kan, ada komitmen.






Dari 0 - 1078 bukanya mudah nak capai tahap macam ni. Kita bukan kejar follower atau populariti pun, dapat capai ke tahap ni pun syukur alhamdulillah. Dulu masa mula2 ada blog, ingatkan tak ada orang nak jadi kawan kita. 
Betu la pepatah kata " Rajin Berusaha Tangga Kejayaan ". Kunci utama pokoknya kena rajin la kan. Buat apa pun kena rajin barula membuahkan hasil kan. Macam memasak, kalau rajin masak kenyangla perut tapi kalau malas jawabnya lapar la perut hihi. Ok la panjang plak cerita petang2 ni. Sekian jumpa lagi bye.


Wassalam

Kain Chiffon Silky Diomand Crepe Italiano

Assalamualaikum

Tak ada cerita menarik meh kita share antara jenis kain yang lya gunakan untuk ibuat tudung seperti shawl.
Ari tu konon2 try la beli kain chiffon jenis ni.
Kainnya cantik jenis lembut, tak jarang, sejuk n beralun kata tu sales girl la.
Harganya memangla agak mahal setanding dengan kualitinya.
Lya try buat shawl guna kain ni, memang cantik. Antara yang ada beli blogger cik akak, thanks taw sudi beli tudung dari kita. 
Ramai yang suka mungkin sebab kain ni cantik kot hhaha ok.





Kain chiffon jenis crepe italiano
Next nanti lya share lagi kain jenis apa lya guna untuk tudung lya.
Sharing is caring . Ok bye



Wassalam

Konsert terakhir Siti sebelum berehat

Assalamualaikum



Siti akan berehat tiga bulan selepas konsert percuma untuk peminat 5 dan 6 Mac depan. FOTO ihsan Rozi Abdul Razak 



Hulu Kelang: Penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin mengumumkan akan mengadakan konsert percuma selama dua malam pada 5 dan 6 Mac depan di Dewan Plenari, KLCC.
Menurut Siti, konsert itu adalah hadiah istimewa buat peminatnya sempena ulang tahun kelahirannya yang ke-37 pada 11 Januari lalu, sekali gus konsert terakhirnya sebelum berehat selama tiga bulan.
"Kepada peminat yang ingin hadir ke konsert ini, caranya mudah saja. Mereka perlu melanggan aplikasi muzik Yonder menerusi perkhidmatan Celcom.
"Memandangkan kapasiti dewan boleh memuatkan sehingga 6,000 penonton pada satu satu masa, jadi siapa cepat dia dapat," katanya yang ditemui pada majlis sambutan hari jadinya, di sini malam tadi.
Menerusi konsert itu nanti, Siti dijangka menyanyikan 20 lagu bersempena ulang tahun ke 20 pembabitannya dalam dunia seni tanah air.
Penyanyi lagu Biarlah Rahsia itu berkata, pada mulanya dia mahu berehat seketika dari sebarang aktiviti seni membabitkan persembahan berskala besar selepas keguguran tahun lalu.
“Bagaimanapun, apabila tawaran ini datang dari Yonder Music Sdn Bhd, saya berbincang semula dengan suami. Jadi, saya tukar perancangan untuk berehat selepas konsert itu," katanya.
Sumber : Harian Metro

Cabaran Simpan Duit Ikut Minggu @ Money Challenge 2016

Assalamualaikum



Tertarik dengan entri dari blogger Kak Farah @ FAMF semalam.
Cabaran simpan duit ikut minggu. Macam menarik sangat, apakata kita cuba.
Memang kena tahan hati, maklumla lya keja sendiri bukan keja dengan company. Pendapatan setakat ni alhamdulillah, boleh juga menyimpan.
Tolak itu ini, adala juga walau tak sehebat keja kat luar yang berpendapatan tetap tiap bulan tunggu gaji masuk.
Selain kena buat simpanan tetap tiap bulan, itu memang wajib.
Kita tak taw esok2 akan datang nasib kita macam mana kan. Wallahualam.





Tabung khas untuk money challange 2016




Banner dari blog kak Farah @FAMF





Siap tick kat kalander takut termist. 



Korang nak cuba jom jom. Tak kira la sikit atau banyak janji ada tersimpan. 
Sekurangnya ada la juga kan, sapa taw tiba2 tersepit ada juga dapat membantu sebab duit simpanan tetap tak boleh kacau. So ini ada boleh guna hihi. Ok la sekian



Wassalam

MLM 2016 Gabung Pelawak Lama dan Baru

Assalamualaikum






Program realiti komedi terkenal tanah air, Maharaja Lawak Mega 2016 (MLM 2016) kembali dengan gabungan barisan pelawak lama dan baru yang bakal menemui peminatnya bermula 29 Januari ini.
Menurut Pengurus Saluran Astro Warna (132), Emarina Kamal, pemilihan para peserta MLM 2016 dilakukan lebih awal tanpa menggunakan format ‘Hotseats’ seperti sebelum ini.
“MLM 2016 masih mengekalkan format yang sama seperti sebelum ini kerana kami sudah mengenalpasti kumpulan yang layak untuk bertanding untuk edisi kali ini.
“Format ‘Hotseats’ tidak lagi digunakan kerana pemenang tempat pertama, kedua dan ketiga di program Projek Komedi Warna secara automatik layak untuk menyertai MLM 2016. Di samping itu kami turut memperkenalkan beberapa kelainan terutamanya gandingan para peserta,” katanya ketika majlis sidang media di Ramada Plaza Dua Sentral, Kuala Lumpur.
Istimewanya, MLM 2016 menyaksikan beberapa pembentukan kumpulan baru pelawak-pelawak terkenal tanah air seperti kumpulan LOL yang disertai oleh Angah Raja Lawak bersama Tauke Jambu dan Ajak Shiro. Tidak ketinggalan kumpulan Joras yang diwakili oleh Shuk SYJ, Rahim R2 dan Joey Jalor.
Lebih mengejutkan, MLM 2016 turut menyaksikan gabungan Along dan Azrul menerusi kumpulan Cham yang sebelum ini dikatakan sudah berpecah.
Selain itu, dua nama baru bakal muncul sebagai peserta solo iaitu Reza Mukmin dan Kavin Jay.
15 kumpulan bakal merebut gelaran juara yang bakal membawa pulang wang tunai bernilai RM500,000 beserta trofi, naib juara RM250,000, tempat ketiga, RM150,000, keempat RM50,000 dan kelima RM15,000.
Sementara itu, sebuah slot istimewa diperkenalkan iaitu Misi Lawak yang akan dikendalikan oleh CK Faizal yang akan ke udara selama 15 minit sebelum bermulanya siaran MLM 2016 pada jam 10 malam.
Saksikan program Maharaja Lawak Mega 2016 setiap hari Jumaat, pukul 10 malam bermula 29 Januari di saluran Astro Warna (132) dan Mustika HD (134).
Empat barisan juri tetap akan diketahui pada hari episod pertama MLM 2016 bersiaran.
Layari www.maharajalawakmega.com.my untuk info lanjut!
Teks Oleh: Khalid Rahman

Cenderahati Dari Sarawak

Assalamualaikum


Pusing sana pusing sini tup tup suda tengahari, memang tak terasa.
Seminggu ni lya stay kat kampung. Macam ni la kalau ikut suami outstation di kk. Nasib la kampung lya dekat Beaufort boleh terus balik kampung.
Minggu lepas sahabat Lya yang Lya da anggap macam kakak sendiri, tiap2 tahun akan balik ke Sarawak. Pasti ada jak ole2 yang dibelinya.





Tikar comel warna pink.


Boleh buat alas mesin jahit portable lya yang comel itu hihi.
Lya tak pernah lagi sampai ke Sarawak, Insyallah murah rezki ni tahun
nak pergi bercuti2 ke sana bersama suami. Kalau Semenanjung suda sampai giliran Sarawak pulak.




Wassalam

Amy Search Jatuh Dari Pentas Setinggi Empat Kaki Ketika Persembahan

Assalamualaikum






Sebuah video vokalis kumpulan rock lagenda Search, Amy terjatuh dari pentas setinggi empat kaki ketika membuat persembahan menjadi viral di laman sosial.

Kejadian terebut berlaku ketika Amy sedang  menjayakan sebuah majlis makan malam korporat di ibu kota.

Sebelum insiden tersebut berlaku, Amy dikatakan ingin bersalaman dengan peminat yang berada di barisan hadapan, namun sinaran lampu dan struktur pentas mengelirukan antara punca menyebabkannya terjatuh dari pentas.

Menerusi video tersebut, kelihatan seorang gitaris berlari ke arah Amy sebaik sahaja vokalis tersebut terjatuh.

Sementara itu di akaun laman sosial Instagram, Amy Search memaklumkan bahunya terseliuh dan kecederaan kecil itu tidak menghalang beliau untuk meneruskan kembali persembahan bagi menghiburkan peminat yang hadir di konsert tersebut.


Sumber: astro gempaq

Giveaway Cash RM500 Jan 2016 by Emas Putih

Giveway January Cash RM500 by Emas Putih|  Salam. Dijemput join GA uzu ni. GA pertama untuk tahun 2016.  Sila tekan banner kalau nak join GA ini. Terima kasih.
[Tekan Banner Di Atas Untuk Join]
Ini ada satu produk baru yang membantu menghilangkan jerawat dalam masa 24 jam iaitu REFINITY Acne Hydrogel ! Ada 6 sebab kenapa anda perlu mencuba hilangkan jerawat anda dengan cepat iaitu :

1. PANTAS BERTINDAK
Formulasi Acne Hydrogel FOKUS pada rawatan jerawat dan bekas jerawat bagi menjadikan wajah anda kembali licin bersih berseri.

2. SENANG & MUDAH
Hanya sapu 2 kali sehari dan tunggu hasilnya. Cepat meresap dan kering tanpa rasa kesan minyak.
3. SESUAI UNTUK KULIT SENSITIF
Tidak seperti produk lain di pasaran, Acne Hydrogel diperbuat dari bahan herba Asli yang sangat efektif dalam rawatan jerawat dan bebas dari bahan kimia. Oleh itu, ia sangat sesuai untuk semua jenis kulit termasuk kulit sensitif.

4. PENGIKTIRAFAN
Diluluskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (NOT151105679K) dan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PO-BMF-PPIM01407). Diyakini halal dan dijamin keberkesanannya.

5. 98% PENGGUNA BERPUAS HATI
Hampir 10,000 botol dijual setiap bulan dan hampir kesemua pengguna berpuas hati dengan kesannya. Setiap hari kami menerima testimoni positif dari pengguna.
Sesiapa yang berminat boleh dapatkan REFINITY Acne Hydrogel di http://refinity.com.my/ . Hilangkan jerawat anda semudah A B C dan sepantas kilat dalam masa 24 jam !! 

Harga  : RM70 sebotol / 2 botol RM130 *hargapromosi*

Giveaway January2016 Cash RM500 by Emas Putih disponser oleh Emas Putih , dan Refinity Malaysia. Terima kasih kerana join GA ini :)

Tempahan Baju Sedondon Majlis Kawin Sahabat

Assalamualaikum



Selamat berhari isnin semua sahabat. Kebiasaan Isnin ni mood nak buat keja tu 
memang di awang-awangan. Ehhh jangan begitu, mulakan hari nie dengan senyuman :)) taw. Sabtu lepas lya agak sibuk temankan bestie lya pergi ronda2 cari kain nak buat baju familynya untuk majlis kawinnya bulan Jun ni, sedondon gitu. Kan penyakit sedondon tu kian menular. Bestie lya ni berbangsa Dusun Tambunan, kitaorang da lama kawan sejak zaman study lagi. Walaupun kitaorang berlainan agama dia non muslim kitaorang tetap saling menghormati pegangan agama masing2. Kita kan satu Malaysia hihi. Akhirnya dia nak tamatkan zaman bujangnya da.






Tema diorang gold n gincu ehh tak tak gold cream la kihkih







Contoh Patern dress yang menjadi pilihanya



Alhamdulillah rezki tu datang dengan sendirinya. 
Kena siapkan sebelum bulan Mei, ada la dalam 17 pasang gitu, Insyallah.
Tempahan raya pun lya da open sekarang, close bulan April. Bulan puasa lya nak rehat, Insyallah. Kita hanya merancangkan tapi Allah yang tentukan semuanya kan, Wallhualam.



Wassalam

Jubah A Cut Untuk Kakak

Assalamualaikum



Seminggu lya jadi pengajar tak bertauliah kat umah kakak lya di kk.
Dia nak sangat belajar menjait baju. Kakak lya ada sorang jak.
Jangan kecam lya taw, kita just kongsi ilmu dengan kakak.
Lya ajar cara buat pola jubah dan teknik menjahit yang mudah2 jak.
Dapatla jahit 2 pasang jubah. 





Jubah A cut tangan lycra



Ini salah satu jubah yang lya jahit untuknya.
Nanti boleh pakai pegi umrah hujung bulan ini Insyallah.
Kain jenis sejuk bila di pakai. Lebih kurang macam kain satin valentino.
Ada nak tanya pasal ilmu jahitan ke taw apa2 boleh je kontek2 lya.
Insyallah kita share2 ilmu mana yang lya taw.
Sekian untuk hari ini.



Wassalam


Asha Lya Copyright © 2016. Design by MaiGraphicDesign