Assalamualaikum
Penyanyi lagu Hidup Dalam Mati, Syamel atau nama sebenarnya Syameel Aqmal Mohd Fodzly berazam menurunkan berat badan untuk tampil segak.
“Saya melihat semula persembahan saya dalam konsert mingguan AF2015. Saya sendiri rasa tercabar melihat penampilan dan bentuk badan saya.
“Sempena kehadiran tahun baru, saya berazam untuk menurunkan berat badan. Selain mahu tampil segak, saya mahu menjaga stamina dan kesihatan,” kata Syamel.
Melakukan beberapa aktiviti kecergasan untuk mencapai matlamatnya, Syamel mendorong diri sendiri untuk mengurangkan berat badannya.
“Saya melakukan aktiviti senaman seperti jogging, futsal dan berbasikal. Tiada sesiapa pun yang mendorong saya untuk menguruskan badan, melainkan diri sendiri. Bagi saya, kalau saya tampil lebih segak, ianya menjadi satu bonus buat saya.
“Menyentuh dari segi pemakanan pula, saya akui yang saya boleh mengelakkan pengambilan nasi tetapi saya gemar makanan lain seperti makanan yang bergoreng. Oleh itu, saya harus menjaga pemakanan agar dapat mencapai apa yang saya impikan,” katanya lagi.
Dalam perkembangan terbaru, Syamel tercalon dalam senarai akhir bagi tiga kategori Anugerah MeleTOP Era 2016 (AME 2016). Bakal berlangsung di Pusat Konvensyen CIDB, Kuala Lumpur, bekas finalis AF2015 tersenarai dalam kategori Artis Baru Meletop, Penyanyi Meletop dan Lagu Meletop.
Untuk mengundi, layari laman web
www.meletop.com.my atau
www.era.fm. Peminat juga boleh mengundi menerusi aplikasi Raku atau undian sistem pesanan ringkas (SMS).
AME 2016 bakal bersiaran secara langsung pada 28 Februari 2016, Ahad, jam 9.00 malam menerusi saluran Astro Ria (104), serta siaran serentak di Ria HD (saluran 123).
Olahan semula: Kamaruddin Razal
Sumber: HLive!