Halaman

KOMBO FEBRUARI 2017

Asalamualaikum
KOMBO FEBRUARI 2017
  1. TAK PERNAH MENYERAH – RINA FARIZQ
SEMENANJUNG : RM21
SABAH&SARAWAK : RM24
  1. CINTA KAU DI MANA – NORSYIMA MD YASAN
SEMENANJUNG : RM22
SABAH&SARAWAK : RM25
HARGA KOMBO SEMENANJUNG (2 BUAH NOVEL FEBRUARI 2017) = RM 33
HARGA KOMBO SABAH SARAWAK (2 BUAH NOVEL FEBRUARI 2017) = RM39
Hai semua pembaca setia KN. Bulan Februri yang akan datang ini KN nak mengubat rindu di hati buat penulis kesayangan anda iaitu Rina Farizq. Sebut sahaja nama beliau, korang semua mesti teringat balik karya Rina Farizq yang best-best sebelum ni kan? Okey, kali ini Rina Farizq muncul dengan karya terbaharu bertajuk “Tak Pernah Menyerah” istimewa buat semua peminatnya.
Ada lagi best untuk anda, KN perkenalkan seorang lagi penulis baharu yang sangat berbakat iaitu Norshima Md Yasan dan karya beliau bertajuk “Cinta Kau Di Mana”. Belum baca belum tahu, kalau dah baca tentu jatuh cinta.
Jangan risau, jangan kalut! Tak rugi kalau anda beli kedua-dua novel ni sebab memang dijamin best. Admin sendiri baca pon jatuh suka tau…Dapatkan Kombo Februari 2017 dengan penjimatan hebat. Siapa yang suka buat koleksi novel yang bertandatangan penulis boleh buat tempahan segera kerana kuota untuk tandatangan adalah terhad kepada 300 order terawal sahaja! Siapa lambat dia rugi 🙂
Semoga terhibur dan selamat membaca!
PENGHANTARAN ADALAH PERCUMA SELURUH MALAYSIA!DAPATKAN SEKARANG!

UPAH JAHIT MAHAL?

Assalamualaikum


UPAH JAHIT MAHAL? 
Upah jahit saya rata2 semuanya berpatutan, boleh di katakan murah berbanding jahit di kedai. Yela saya ni tukang jahit baru berjinak setahun jagung lagi pun saya menjahit kat rumah jak, belum ada kedai. Nak kata banyak pengalaman tu tak ada lagila, saya pun masih dalam proses belajar lagi ni. Ni nak cerita sikit kisah si tukang jahit ni.


Ini pola lengkap bagi pattern. Setiap inci/cm semasa mengukur amat penting kerana ukuran ukuran tersebut lah yg menentukan ketepatan pola, bukan formula semata-mata.
Dalam menyiapkan satu pakaian, ilmu yg perlu ada bukan hanya teknik jahitan.
Tukang jahit perlu belajar 
1. Teknik mengenali bentuk badan
2. Teknik mengukur
3. Teknik melukis pola 
4. Teknik manipulasi pola
5. Teknik manipulasi corak kain
6. Teknik menyusun susunan pola
7. Teknik memotong
8. Teknik dan jenis-jenis potongan fabrik
9. Teknik jahitan
10. Teknik kemasan
11. Teknik padanan baju dan badan
12. Teknik-teknik dan pemudahcara dalam jahitan.
Dan banyak lagi teknik teknik  yg tidak tersenarai di atas dek kelupaan saya.
Kesemua teknik di atas tidak akan dapat dipelajari dan dikuasai dalam masa sehari, dan tidak ada di dalam buku buku (kecuali sesetengah nya boleh dikongsi di muka buku).
Mahir dalam bidang kemahiran amnya dan bidang jahitan khususnya, memerlukan modal yang sangat tinggi - iaitu masa, pengorbanan, kesungguhan, keringat dan juga wang ringgi.
Jadi, janganlah dipertikai, kenapa upah blouse RM35 harganya. Jangan lah dipersoal kenapa harga upah mahal sedangkan benang cuma rm1.20. Mesin jahit pun sekarang mahal harganya, tau......... modal besar jugak tu..... 
Dan, satu lagi modal yg sering kita lupa - KESIHATAN.  Tukang jahit sangat berisiko untuk mengidap penyakit penyakit yg berkaitan saraf dan tulang - mata, jari, tulang belakang, kaki dan pelbagai lagi.
Artitis, slip disk, rabun dan ada juga sampai tahap lumpuh, kerana terlalu banyak memaksa badan bekerja untuk menjahit sehelai pakaian.
Kalau rasa mahal upah jahit baju sekarang, jom, masuk kelas jahit, belajar menjahit.
Nanti, tuan puan akan berkata.... "ooooooooooooooooooooooooo... patutlah upah mahal....... susah menjahit ni....".
Hidup sentiasa punya pilihan. Pilihlah untuk  tidak merendahkan keupayaan dan usaha orang lain untuk meneruskan kehidupan mereka. Semua kitaada tanggungjawab  dan keperluan masing masing. Kalau rasa mahal, belajarlah. Mana tahu, satu hari nanti boleh ambil upah menjahit juga. Waktu itu inshaAllah kita akan faham.... makna sebenarnya menjadi seorang tukang jahit.
InshaAllah. Semoga lebih memahami


Copy: whasap group jahitan sekadar untuk perkongsian, jangan marah ya.

Dayang Nurfaizah Menangis Kerana Terkenang Memori Ketika Mula-Mula Jadi Penyanyi

Assalamualaikum





Penyanyi Dayang Nurfaizah gagal menahan rasa sebak sebaik sahaja lagu Lelaki Teragung diumumkan sebagai juara Anugerah Juara Lagu 31 (AJL31) kerana terkenang memori di awal pembabitannya dalam industri seni muzik tanah air.

Dayang berkata dia berasa amat gembira kerana dirinya kini sudah mula diterima dan dihargai oleh banyak pihak.

"Air mata saya mengalir secara spontan. Saya pun  tak sangka ia mengalir dengan laju sehingga saya tidak dapat mengawalnya.

"Sebenarnya kemenangan ini membuat saya tanpa semena-mena mengimbau perjalanan seni saya masa awal-awal pembabitan.

"Dalam masa yang sama terharu dan gembira dengan kemenangan ini. Rasa seperti diri saya diterima dan dihargai sekarang," katanya kepada Astro Gempak

Lelaki Teragung ciptaan penulis lirik Iman Imran dan komposer Natasyah sekaligus menobatkan Dayang sebagai pemenang vokal terbaik AJL31.

Megulas mengenai kejayaannya, Dayang memberitahu dia tidak mengharapkan kemenangan di pentas tersebut tetapi dia akui memberi fokus sepenuhnya kepada kualiti persembahan dan nyanyiannya.

"Saya tidak pernah target dalam pertandingan itu saya hendak menang tetapi apa yang saya fokuskan adalah mutu persembahan.

"Bagi saya jika saya sudah beri yang terbaik, kalah atau menang itu hanya bonus. Asalkan saya  sudah melakukan yang terbaik dan berpuas hati dengan persemahan saya," katanya lagi.

Teks oleh Syafiqah Jalal


Sumber: astro gempak

Lelaki Teragung Juara AJL 31, Dayang Nurfaizah Buat Hatrik Vokal Terbaik

Assalamualaikum






Lagu Lelaki Teragung dinobatkan sebagai juara Anugerah Juara Lagu  ke-31 (AJL31) di pentas akhir malam ini sekali gus menewaskan 11 lagu lain yang bersaing.

Kemenangan tersebut melayakkan Dayang Nurfaizah menerusi lagu Lelaki Teragung komposer Natasyah dan penulis liriknya oleh Iman Imran membawa pulang wang tunai berjumlah RM50,000, trofi AJL31 serta baucar produk Cj Wow Shop dan telefon pintar Samsung Galaxy A dari Samsung.

Naib juara pula memihak kepada Misha Omar dan Hafiz Suip yang membawa lagu Terimaku Seadanya, komposer dan penulis lirik oleh Ajai menerima RM35,000 dan trofi AJL31.

Manakala tempat ketiga berpihak kepada Projector Band menerusi lagu Sudah Ku Tahu, komposer dan penulis lirik, Razif yang berjaya membawa pulang wang tunai sejumlah RM20,000 serta trofi AJL31.

Sementara, bagi pemenang kategori Vokal Terbaik sekali lagi dimenangi oleh Dayang Nurfaizah menerusi lagu Lelaki Teragung dan Persembahan Terbaik pula dimenangi oleh kumpulan Khalifah dengan lagu Hang Pi Mana.

Dayang dan Khalifah masing-masing membawa pulang wang tunai RM12,000 dan telefon pintar Samsung Galaxy A dari Samsung beserta trofi AJL31.

Teks oleh: Syafiqah Jalal

Sumber:astro gempak


SRK Akan Penggal Kepala Anak Lelakinya Jika Menyakiti Hati Wanita

Assalamualaikum



Pelakon terkenal Bollywood, Shah Rukh Khan (SRK) memberi amaran untuk memenggal kepala kedua-dua anak lelakinya, Aryan Khan dan Abram Khan jika mereka menyakiti hati wanita.

Dalam satu temubual, SRK menegaskan yang kaum wanita harus dipandang dengan penuh rasa hormat dan bukanlah kaum yang boleh dipermainkan.

“Jika Aryan dan Abram menyakiti hati wanita, saya sendiri akan memenggal kepala mereka. Setiap lelaki harus memandang tinggi kepada kaum wanita. Kaum wanita harus dihargai,” kata SRK.

Mendirikan perkahwinan dengan Gauri Khan pada 1991, SRK turut mempunyai seorang lagi anak perempuan yang bernama Suhana Khan.

Dalam perkembangan terbaru, SRK kini muncul dalam filem terbaru yang berjudul Raees bersama aktres terkenal Pakistan, Mahira Khan.

Sumber: Times of India

Rezeki Sayur Nangka Masak Lemak & Udang Bakar

Assalamualaikum



Hii lama tak bersiaran kesibukan dengan dunia jahitan, tenggelam timbul jak di blog. Nak bw ke blog sahabat pun tak menyempat lagi.
Alhamdulillah rezki pemberian dari jiran tetangga, suda lama tak makan sayur nangka masak lemak ni. Nyum nyum sedapnya di tambah lagi dengan udang bakar perhhh sedapnya. Mudahan murah rezki si pemberi amin.





P/s : Tengah menghitung hari huhu, cepatla wahai masa berlalu.




Wassalam

" GIVEAWAY SLIMMTREATS BERSAMA DIANARASHID.COM 2017"

Assalamualaikum..



Sempena awal tahun 2017 saya bersama beberapa rakan ingin berkongsi sedikit keseronokan dan kegembiraan bersama-sama dengan pembaca blog ini. Selain itu giveaway ini juga untuk memperkenalkan produk Chia Seed  SlimmTreats selaku penaja utama giveaway ini. Dengan ini dijemput untuk pembaca semua turut sama memeriahkan GIVEAWAY SLIMMTREATS BERSAMA DIANARASHID.COM 2017 yang  menawarkan beberapa hadiah menarik untuk pembaca semua.






Senarai Hadiah 

Wang Tunai RM50 x 5 pemenang

Wang Tunai RM20 x 1 pemenang

Wang Tunai Rm10 x 2 pemenang


1 Pek Slimmtreats Chia Seeds Bernilai RM20  X 10 pemenang.


Syarat-syarat penyertaan:

1-Mestilah warna negara Malaysia yang mempunyai blog .

2-Buat satu entry dengan  Tajuk Giveaway " GIVEAWAY SLIMMTREATS BERSAMA DIANARASHID.COM 2017" ..

3- Like dan Follow penaja di bawah :- (ikut je la apa yang korang ada..fb, Ig, blog dsb)

Slimmtreats:
http://www.slimmtreats.com
http://www.facebook.com/slimmtreats (like page -optional)

Nora Misnan:
http://Kongsibersamanora.blogspot.com
Http://www.facebook.com/kongsibersamanora
(follow blog +like page)

Jamil Hashim:
http://belogsjm.blogspot.my  (Follow blog & G+)

Nadiah Hanum:
http://nadiah245.blogspot.com
Instagram.com/nadiah_ciknad/ (Follow blog & IG)

Aida Hanafiah: 
http://www.adianiez.com (follow blog )


**Doakan semoga semua penaja dilimpahkan rezeki dan terus berjaya.

4- Copy & paste code  ke html post blog

Jangan lupa share entry give away korang di facebook (jika ada).Tarikh tutup penyertaan adalah pada 6-2-2017 jam  12 malam..Pemenang akan di pilih melalui random dan hanya bagi yang memenuhi syarat-syarat penyertaan,.

Semoga Berjaya semua..


sekian..

Chinese New Year Megasales @ www.nile.com.my

Assalamualaikum



Jualam murah Nile.com kini kembali lagi. Pelbagai jenis barangan menarik yang di tawarkan dengan harga murah sempen perayaan GONG XI FA CAI. 
Sempena menyambut tahun ayam jantan ni 2017 nile.com menawarkan # Chinese New Year Free Delivery 2017 Date:26.12.2016 - 10.02.2017 Time:  00:00:00-23:59:59 
dengan pembeluan minimum RM48 untuk seluruh semenanjung.








Lya memang selalu membeli barangan dekat sini, memang puas hati penhantaran pun cepat. Antara barangan yang pernah Lya beli seperti power bank, handbag, jubah, bag untuk suami pun pernah Lya beli kat sini, memang sangat puas hati harga pun murah mampu milik. Kali ni antara item yang menjadi pilihan Lya sempena "Chinese New Year Megasales Items"








Product: Handbag
CNY2017 Sales price: RM17.90
Date: 23/01/2017
Time Start: 12.00pm
Time End: When limited quantity sold out
Limited Quantity: 260 units only







Product: Haniya BlouseCNY2017 Sales price: RM23.90
Date: 24/01/2017
Time Start: 4.00pm
Time End: When limited quantity sold out
Limited Quantity: 150 units only







Product: Woman bag
CNY2017 Sales price: RM29.90
Date: 23/01/2017
Time Start: 4.00pm
Time End: When limited quantity sold out
Limited Quantity: 450 units only







Product: Traveler Backpack
CNY2017 Sales price: RM23.90
Date: 17/01/2017
Time Start: 4.00pm
Time End: When limited quantity sold out
Limited Quantity: 190 units only









Product: Men Jeans
CNY2017 Sales price: RM16.90
Date: 16/01/2017
Time Start: 2.00pm
Time End: When limited quantity sold out
Limited Quantity: 240 units only



Jom ramai-ramai serbu


Happy Chinese New Year & Gong Xi Fa Cai

Sekali Lafaz, Hazama Sah Bergelar Suami Genervie Kam

Assalamualaikum





Penyanyi Hazama sah bergelar suami kepada pemuzik Genervie Kam dengan sekali lafaz pada jam 10.30 pagi tadi.

Majlis pernikahan antara Hazama atau nama sebenarnya, Hazama Ahmad Azmi, 33, bersama Genervie, 37, berlangsung di Orchid Villa, Gombak.

Di majlis tersebut, Hazama menyerahkan mas kahwin sebanyak RM300 kepada Genervie.

Majlis tersebut dilangsungkan secara tertutup dan kecil-kecilan dengan mengutamakan perkara wajib seperti yang dituntut agama.

Menjalinkan hubungan selama lima tahun, majlis tersebut dihadiri oleh ahli keluarga terdekat sahaja.

"Ini adalah permintaan saya dan keluarga kedua-dua belah pihak pun bersetuju dengan melakukan apa yang wajib saja.

"Cukuplah sekadar majlis ringkas untuk meraikan saya dan isteri. Penyatuan ini cukup memberikan kebahagiaan bermakna walaupun tanpa kenduri besar-besaran," katanya kepada BH Online.

Dalam perkambangan lain, Hazama bakal beraksi membawakan lagu Di Amaran Mama di pentas Anugerah Juara Lagu 31 pada 22 Januari ini.

Sumber: BH Online
Foto: HLive

Shah Rukh Khan Dedah Nama 4 Pelakon Bollywood Yang Menjadi Idolanya

Assalamualaikum






Pelakon popular Bollywood, Shah Rukh Khan telah mendedahkan nama empat orang pelakon yang menjadi idolanya.

Menurut laporan Liputan6.com, Shah Rukh Khan atau lebih dikenali dengan gelaran King Khan itu telah menjadikan Govinda, Aamir Khan, Salman Khan, dan Ajay Devgan sebagai rujukan.

“Saya banyak mempelajari mengenai cara untuk berlakon dengan menjadikan lakonan mereka sebagai rujukan.

"Saya sebenarnya amat mengagumi bakat yang ada pada Govinda, Aamir Khan, Salman Khan dan Ajay Devgan kerana mereka merupakan pelakon yang hebat.
 
"Sebenarnya saya banyak belajar daripada lakonan mereka kerana ia sesuatu yang luar biasa melalui apa yang dilakonkan oleh mereka.
 
"Saya berharap agar suatu hari nanti dapat menari seperti Govinda, menjadi pelakon hebat seperti Aamir Khan, nampak gagah seperti Salman Salman Khan dan boleh berlawan seperti Ajay Devgan," katanya.

Tambahnya lagi, dia harus berkerja keras supaya menjadi seperti mereka kerana dia beranggapan bukan mudah untuk mencapai sesuatu kejayaan. 
 
Namun apa yang boleh diperkatakan kejayaan yang diperolehi oleh Shah Rukh Khan kini sesuatu yang luar biasa kerana namanya  bukan sahaja dikenali di India malah menjadi bualan di seluruh dunia.    

Olahan Oleh: Rozaimi Zubaidi 

Sumber: astro gempak

Welcoming January Giveaway

WELCOMING JANUARY GIVEAWAY

Welcoming January GiveAway 07-17 January 2017



JOIN WELCOMING JANUARY GIVEAWAY :

1. Tulis entry dengan tajuk Welcoming January GiveAway
2. Like FB Page : EcaDwinkyAsha Blog
3. Letakkan link entry korang di SINI.


Majlis Khatam Al-Quran Akademi Tahsin Al-Quran Daerah Kinabatangan 2016

Assalamualaikum



Entri throwback 2016...



Alhamdulillah pada tanggal 31.12.2016 yang lepas, lepas niat kami semua nak khatam Al-Quran beramai-ramai. Sebelum ini Lya suda pernah khatam, ini khatam buat kali yang ke2. Majlis khatam anjuran Akademi Tahsin Al-Quran Daerah Kinabatangan yang diadakan di Masjid Daerah Kinabatangan berjalan dengan lancar walau pada sebelah paginya tu hujan agak lebat, hujan rahmat.







Pentas tempat khatam yang dihiasi bunga2an






Swafoto seketul itu wajib ada, saya yang berbaju biru n bertudung pink 







Majlis khatam sedang berlangsung, kami seramai 9 orang  khatam yang terdiri sahabat2ku di Kinabatangan.
Suka tengok bunga telur warna-warni. Teka bunga telur saya warna apa??? Hihi







Majlis diakhiri dengan penyampaian sijil kepada para peserta khatam 
Syukur alhamdulillah semuanya dipermudahkan. Andai niat kita baik Insya Allah semuanya pasti di permudahkan. Niat saya masuk ke Akademi Tahsin Al-Quran ini nak memperbaiki dan mendalami ilmu Al-Quran. Insya Allah pada masa akan datang mudahan ada lagi majlis seperti ini.




"AL-QURAN SAHABATKU "




Jaringan Gol Terbaik 2016, Faiz Subri Menang FIFA Puskas Award

Assalamualaikum






Pemain bola sepak Pulau Pinang, Faiz Subri mencipta sejarah tersendiri dalam dunia bola sepak antarabangsa selepas menjadi pemenang Anugerah Puskas International Federation of Association Football (FIFA) 2016 sebentar tadi.
 
Faiz atau nama sebenarnya, Mohd Faiz Subri, 30, membawa pulang Anugerah Jaringan Gol Terbaik di Malam Anugerah FIFA di Zurich, Switzerland dan anugerah itu telah disampaikan oleh legenda bola sepak, Ronaldo.
 
Kemenangan Faiz telah menewaskan dua calon pemenang lain iaitu pemain Brazil, Marlone dan pemain wanita Venezuela, Daniuska Rodriguez.
 
Kejayaan Faiz juga mencatatkan satu sejarah baru dalam arena bola sepak kebangsaan dan Asia selepas Faiz menjadi pemain Asia pertama yang merangkul anugerah tersebut.
 
Anugerah tersebut juga membuatkan nama Faiz tercatat sebaris dengan pemain bola sepak antarabangsa yang pernah memenangi anugerah tersebut seperti Cristiano Ronaldo, Hamit Altintop, Neymar, Miroslav Stoch, Zlatan Ibrahimovic, James Rodriguez dan Wendell Lira.
 
Jaringan penuh magis yang melayakkan Faiz menggondol anugerah tersebut dilakukan olehnya dalam salah sebuah perlawanan Liga Super pada Februari 2016 yang menyaksikan Pulau Pinang menentang Pahang.
 
Teks oleh: Kamaruddin Razal

Sumber: astro gempak

Ainan Tasneem, Farah Asyikin, Ikhwan Tamat Zaman Solo

Assalamualaikum





Tahniah kepada tiga selebriti yang telah menamatkan zaman solo masing-masing semalam (Sabtu).

Mereka ialan penyanyi, Ainan Tasneem, bekas penyanyi Farah Asyikin dan penyampai radio, Ikhwan.

Semoga Ainan Tasneem, Fatah Asyikin dan Ikhwan berbahagia bersama insan tersayang buat selamanya.





1) Ainan Tasneem

Penyanyi Ainan Tasneem selamat, 24, sah bergelar isteri kepada jurutera, Mohamad Ariffudin Mohammad Swaimi, dalam satu majlis akad nikah yang diadakan di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam, jam 5.50 petang Sabtu. 

Ainan yang merupakan pelantun lagu 150 juta itu telah menerima mas kahwin sebanyak RM300 daripada pihak lelaki.

Majlis tersebut dihadiri oleh keluarga dan kenalan terdekat pasangan pengantin.

Ainan dan Ariffudin berkenalan berkata, menerusi aplikasi Whatsapp selama lima bulan sebelum memutuskan untuk berkahwin.



2)Farah Asyikin

Bekas penyanyi berusia 37 ini sah menjadi isteri kepada Raja Iskandar Raja Muktharuddin, 51, dengan sekali lafaz pada majlis pernikahan yang berlangsung di Dewan Lavender, Pusat Komuniti Bukit Damansara, di sini, kira-kira jam 11.57 pagi.

Farah menerima mas kahwin RM80 selain menyerahkan tujuh dulang hantaran berbalas lima daripada pihak pengantin lelaki manakala jumlah wang hantaran dirahsiakan.

Pasangan itu dinikahkan Ustaz Burhanuddin dari Masjid Umar Al Khattab, Bukit Damansara pada upacara yang dihadiri lebih 500 tetamu. 

Ini merupakan majlis perkahwinan ketiga kepada penyanyi




3) Ikhwan

Dengan sekali lafaz, penyampai radio Kool FM, Ikhwan atau nama sebenarnya, Mohd Khairul Ikhwan Rosli, 34, selamat dinikahkan dengan pasangannya, Noor Idayu Mohd Shari atau Ayu 33, pada jam 2.30 petang tadi. 

Pasangan itu dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan, Mohd Shari Sidek, pada majlis di Dewan Tun Dr Ismail, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC). 

Pihak lelaki menyerahkan mas kahwin RM3,000 berserta tujuh dulang hantaran dan dibalas sembilan dulang oleh pengantin perempuan namun Jumlah wang hantaran dirahsiakan.

Terdahulu, Ikhwan yang pernah melalui detik hitam dua kali putus tunang, nampaknya memilih seorang janda anak seorang sebagai isterinya.

Teks Oleh: Rozaimi Zubaidi


Sumber: astro gempak



Reedem T-Shirt 8 Share Kali Ke 3

Assalamualaikum




Reedem meredem barang percuma ni memang saya suka saya suka.
Kumpul punya kumpul tunggu punya tunggu akhirnya sampai juga sehelai t-shirt dari 8 share yang tahun lepas lagi saya reedem. Masuk ni suda 3 kali saya tebus, ada lagi tu point tak apa kita kumpul lagi bebanyak. 








Selain boleh tebus menebus baju, 8 share juga boleh buat tambah2 duit tabungan hasil share2 iklan di media sosial, pokoknya rajin. Saya suda banyak kali cashout sejak dari 3 tahun yang lepas lagi, kumpul sikit2 boleh bisa jadi banyak.
Tak tahu macam mana nak daftar, klik saja link 8 share kat bawah ni, semuanya percuma. 



Jihan, Cepat Sertai Kelab ‘Mak-Mak Cakap Laju’ – Misha Omar

Assalamualaikum





Penyanyi lagu Bunga Bunga Cinta, Misha Omar berharap agar pelawak Jihan Muse dapat menyertai persatuan ‘mak-mak cakap laju’ pada tahun ini.
 
Menerusi sebuah entri di Instagram, Misha atau nama sebenarnya Samihah Omar, 35, berkata, dia berharap agar Jihan segera bergelar seorang ibu pada tahun ini.
 
Ini kerana menerusi gambar tersebut Jihan dilihat bergambar bersama beberapa orang selebriti yang sudah bergelar ibu iaitu Nad Zainal, Shiera dan Misha Omar.
 
Menerusi muatnaik tersebut Misha Omar turut menulis kapsyen; "Dah kenapa @jihanmuse tersipu ayu di sitewww? Adakah dia tengah berkira-kira nak join club mak-mak cakap laju yangg diketuai oleh Mrs President @shieraijoy dan bendahari @nad.zainal? Cepatttt ahhhhh Jihannnn. Keluarkan Sulaiman, Noh, Hud tahun ni jugakkkk.
 
Rata-rata peminat juga menyokong Misha dengan mendoakan agar Jihan segera untuk mendapatkan anak kerana mereka tidak sabar untuk menantikan anak Jihan.
 
Mereka juga berharap agar Jihan dan suami sentiasa berbahagia dan dikurniakan kesihatan yang baik serta anak-anak yang comel.
 
Jihan atau nama sebenarnya Nuur Jihan Musa, 34, telah berkahwin dengan pelakon Ungku Hariz Faizal, 32, pada 20 Mac tahun lalu.


Sumber: astro gempak

Asha Lya Copyright © 2016. Design by MaiGraphicDesign