Halaman

KEMBALIKAN WAJAH ANGGUN MEMPESONA DENGAN 3D GOLD STEMCELL SERUM MY BEAUTY HERBS

Asha Lya | Oktober 31, 2016 | 8Komen | >
Assalamualaikum




Sebelum saya meneruskan review mengenai produk My Beauty Herbs, terlebih dahulu ingin saya mengucapkan bebanyak terima kasih buat blogger Mialiana dan owner My Beauty Herbs Pn.Normey kerana memilih saya sebagai salah seorang pemenang antara 40 orang yang terpilih di sini dan sekaligus memberi peluang kepada saya mencuba produk MyBeauty Herbs. 



MY BEAUTY HERBS 



MyBeauty Herbs memperkenalkan produk terkini yang hangat diperkatakan " 3D Gold Stemcell Serum " yang dapat membantu para wanita yang seringkali mengalami masalah di wajah. Salah satunya disebabkan oleh faktor usia yang semakin meningkat, keadaan cuaca yang tidak menentu, perubahan hormon yang drastik kadangkala menyebabkan kulit seringkali bermasalah, agak kusam, tidak bermaya, timbul tompok-tompok hitam, timbul kedut sana-sini dan pelbagai lagi masalah.
Jangan risau semua itu boleh di atasi di MyBeauty Herbs






3D Gold Stemcell Serum 



3D Gold Stemcell Serum ialah sejenis cecair serum untuk muka yang diformulasi kandungannya seperti pure argania stemcell, hydrolyzed wheat protien, lepitium savativum sprout extract dan dermcom. Produk keluaran Malaysia mendapat kelulusan dari KKM selamat dan halal digunakan.



Kulit wajah semakin GEBU, MUDA dan BERSERI-SERI. Perubahan konsisten dari hari ke hari.  







Apa Kelebihan 3D Gold Stemcell Serum?



Antara kelebihan dan kebaikan 3D Gold Stemcell Serum:



-Menghilangkan parut hitam
-Menghilangkan dan mencegah jeragat
-Mencegah luka jerawat
-Menutupi liang pori
-Memperbaiki struktur kulit dan tona sekata
-Melembabkan kulit
-Menganjalkan kulit
-Mengawal minyak pada wajah
-Mencerahkan kulit
-Menegangkan  kerut di mata
-Pudarkan gelap bawah mata
-Melindungi kulit dari sinaran UV
-Menggalakkan penghasilan kologen
-Mengurangkan hingga 50% garis halus dan kedutan muka dengan pemakaian konsisten




Cara penggunaan 3D Gold Stemcell Serum & Treatment Cream






3D Gold Stemcell Serum - Di gunakan pada waktu siang selepas penggunaan toner sebelum makeup



Treatment Cream - Di gunakan pada waktu malam sebelum tidur. Sapu nipis di kulit muka dan di nasihatkan agar tidak di campurkan dengan produk lain.



Testimoni 3d Gold Stemcell Serum & Treatment Cream



Hampir 2 minggu lebih saya menggunakan 3d Gold Stemcell Serum & Treatment Cream bermula dari tanggal 11/10/16. Ternyata banyak perubahan yang ketara pada wajah sepanjang saya menggunakan serum & treatment cream ini.
Menjadi rutin harian saya tiap hari pakai serum & treatment cream. Sebelum pakai saya akan pastikan kulit muka dibersihkan terlebih dahulu.








Kulit berjeragat & liang pori terbuka



- Perubahan yang sangat ketara selepas menggunakan 3D Gold Stemcell Serum & Treatment Cream. Jeragat beransur kecut dan liang pori kini makin mengecil.








Gelap di bawah mata


- Walaupun tak 100% lagi hilang , sekurangnya selepas menggunakan 3d Gold Stemcell Serum & Treatment Cream, terdapat juga perubahan pada bawah mata. Jika diamalkan secara lebih konsisten dalam beberapa bulan lagi serum ini tidak mustahil gelap bawah mata akan hilang.







Kulit kering 


Jika di bandingkan sebelum ni, kulit wajah saya agak kering. Bila suda kering dan mengelupas, saya kerap sangat membersihkan sebab agak kurang selesa. Selepas mencuba 3d Gold Stemcell Serum & Treatment Cream, menampakkan perubahan pada kulit agak lembab dan kelihatan lebih anjal. Yang paling mengujakan, kulit wajah juga bertambah memutih dan flawless gitu.



Tak perlu lagi saya bersusah payah nak dapatkan kulit yang flawless. 3d Gold Stemcell Serum kan ada. 




Harga di pasaran:

RM150 (SM)
RM159 (SS)
PERCUMA TREATMENT CREAM


Kalau nak cuba beli boleh hubungi:


Hotline HQ : +6011 28090446 / +012 2239447
Website : www.mybeautyherbs.com.my
Instagram : @mybeautyherbs



" Calit-calit merecik...inilah rahsia saya kekal muda anggun "
Feya Iskandar - Duta MYBEAUTY HERBS




Giveaway 3D Gold StemCell Serum My Beauty Herbs : Review Produk dianjurkan oleh blogger Mia Liana dan ditaja sepenuhnya oleh My Beauty Herbs. Untuk mengetahui preview dan hadiah giveaway, sila klik SINI.



Terima Kasih

Program Pengurusan Jenazah Anjuran Akademi Tahsin Quran Daerah Kinabatangan

Asha Lya | Oktober 26, 2016 | 5Komen | >
Assalamualaikum


Tanggal 23hb.Okt.2016 yang lepas, Akademi Tahsin Quran Daerah Kinabatangan telah menganjurkan kursus pengurusan jenazah Siri 1 yang diadakan bertempat di Masjid Daerah Kinabatangan. Alhamdulillah penyertaan di luar jangkaan. 
Program yang diadakan buat julung kalinya oleh ATQDK.




Antara ajk yang terlibat







Sesi pendaftaran bermula jam 7 pagi







Penglibatan kaum hawa.  Cara mengkafankan jenazah







Penglibatan kaum adam. Cara memandikan jenazah







Program dirasmikan oleh Ybhg. Datuk Hj. Juhari Bin Hj.Janan






Penerangan cara menyembahyangkan jenazah






Turut diselitkan penyerahan kompang untuk ATQDK




Kami yang terlibat menjayakan program ini.



Syukur alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar. Moga program sebegini memberi manfaat buat kita semua. Memang dituntut umat islam mengetahui cara pengurusan jenazah kerana hukumnya fardhu kifayah. 
Insyallah pada masa akan datang akan ada lagi Siri 2 untuk program pengurusan jenazah sebegini.



Wassalam




Terima Kasih

Jatuh Cinta Dengan Party Set With Rack Round Buffet Vantage Style

Asha Lya | Oktober 19, 2016 | 6Komen | >
Assalamualaikum

Kalau suda namanya perempuan, mesti suka tengok benda cantik2 kan terus gatal hati nak miliki. Betul kan, tipula kalau tak suka tengok benda cantik. Lya lama suda mengidam set buffet macam kat bawah ni, lagi2 tengok designya lahai kenapa la comel sangat terus terjatuh cinta. Apalagi order la buat tambah koleksi peralatan dapur. Da rezki lebih sikit boleh la beli. Banyak juga kegunaanya ni, bukan sekadar nak buat untuk perhiasan.







Vantage style siap kaler pink lagi






Wassalam



Terima Kasih

Popia Otak-Otak Mini NOBA

Asha Lya | Oktober 18, 2016 | 9Komen | >
Assalamualaikum

Percubaan pertama kali merasa popia otak2 keluaran NOBA. Kalau sebelum ni Lya biasa beli kopok lekornya. So far ok not bad, cuma otak2 ni da perisa ikan jak. Kalau da perisa daging taw ayam kan lagi best. Suami kurang gemar kalau perisa ikan, jadi Lya jak la yang bantai sorang2. 



Buat sarapan n minum petang memang sedap. Dulu Lya duk study di Sepang, asal tiap minggu pergi pasar malam minggu dekat nilai. Tujuannya nak beli otak2 yang di panggang tu dengan cendawan goreng, aduii sedapnya tu. Aduhh rindu plak kenangan dulu2 huhu.







Popia otak-otak mini NOBA




Wassalam

Terima Kasih

Kurung Fishtail Permintaan Dari Pelanggan

Asha Lya | Oktober 17, 2016 | 6Komen | >
Assalamualaikum



Jangan ada yang jemu pulak ya asyik2 ternampak pasal hasil jahitan Lya jak.
Lya ni tak pandai sangat mengarang lagi2 kalau tak ada gambar.
Kini Lya suda begelar #Situkangjahit makanya lebih banyak update pasal jahitan berbanding hal2 lain. "Ok la bha tu kan" orang Sabah bilang.
Sekurangnya blog tetap masih terupdate.



Terima tempahan nak baju yang berfesyen, selagi mana yang boleh buat Lya akan cuba buat. Cust nak fesyen kurung fishtail, maka ini la hasilnya yang tak seberapa. Upah tak ada mahal mana lya minta, tak sampai 50 pun.
Cust puas hati #situkangjahit pun senang hati.







Material lycra cantik dan beralun





Cth fesyen request dari cust



Ok la pagi ni masih meneruskan misi menyiapkan tempahan.
Mudahan di murahkan rezki buat kita semua Amin.



Wassalam




Terima Kasih

Percutian Singkat Ke Pulau Labuan

Asha Lya | Oktober 16, 2016 | 6Komen | >
Assalamualaikum

Cerita minggu lepas yang suda basi tetap nak masukkan juga kat blog hihi.
Percutian singkat, maklumla perancangan pun last minit. 
Kebetulan memang niat pun balik kampung tu cuti seminggu.
Orang bercuti time cuti2 tapi kitaorang bercuti time bukan cuti2.
Jadi tak adalah sesak bagai. Kali ke 2 ke Pulau Labuan, kalau sebelum ni tak bawa kereta, kali ni berpeluang bawa boleh ronda2 sesuka hati.
Ok layan gambar....




Kat dalam feri, lebih kurang 1 jam setengah juga perjalanan






Pandangan dari atas hotel tempat kitaorang menginap





Destinasi pertama melawat taman burung










Muzium Chimney (Bekas tempat perlombongan)







Muziun Marine





Ada sesetengah tempat pergi lupa plak snap gambar. Ni jak yang sempat ok la da juga kenangan kan. Len kali kita pergi lagi.







Macam biasala tak sah kalau tak beli coklat kan kan.
Ok la sampai jumpa lagi.



Wassalam2









Terima Kasih

Telur Ayam Kampung

Asha Lya | Oktober 12, 2016 | 12Komen | >
Assalamualaikum


Selamat pagi, moga ceria pagi2 ni.
Awal pagi suda tunjuk telur ayam kampung yang putih bersih lagi banyak khasiatnya hhehe. Di import dari kampung fresh dari ladang. Susah nak dapatkan telur ayam kampung ni, bab tu ada kat kampung jak.
Telur ayam kampung ni lebih banyak khasiatnya berbanding telur ayam karan.





Putih bersih lagi comel sebab saiznya kecil, kalau goreng mata taw dadar mesti lya guna 2 taw 3 bijik sebab satu tak cukup lols. Ok la nak sambung wat keja.



P/s - Thanks readers sudi singgah cne :))

Wassalam

Terima Kasih

Beberapa Hasil Tempahan Jahitan Minggu Lepas

Asha Lya | Oktober 11, 2016 | 8Komen | >
Assalamualaikum



Cerita jahitan 2 minggu yang lepas.
Tak banyak yang sempat disiapkan. Sehelai blouse, baju kurung & 18 pasang dress sedondon bridesmaid. Nak cepat siapkan 18 pasang dress bridesmaid tu yang tak sempat nak jahit tempahan yang lain.
Alhamdulillah siap seperti yang dinjanjikan.




Blouse & kurung pesak






Dress bridesmaid dari sahabat non muslim



Alhamdulillah rezki menjahit sentiasa ada.
Terima kasih yang sudi menempah jahitan zalya d'hijab.



Wassalam


Terima Kasih

Biskut Tart Nanas Cheese, Cerelec & Semperit Susu

Asha Lya | Oktober 10, 2016 | 7Komen | >
Assalamualaikum


Biskut raya ni kalau makan masa bukan bulan Syawal memang sedap dap.
Kalau masa raya comform tak di pandang pun biskut2 ni yala telampau banyak makanan kan hihi. Bab tu order lagi untuk kali yang ke 3 dengan blogger Bbwana. Buat kudap-kudapan time nonton tv.





Order kali ni biskut tart nanas cheese, cerelec & semperit susu.
Yang 2 balang tu kawan order yang lain tu Lya punya hihi.
Biskut2 homemade ni memang Lya suka makan saling sokong myokong produk tempatan kan. 




Wassalam

Terima Kasih

Bila Suami Masuk Dapur - Menu Ala2 Masakan Korea

Asha Lya | Oktober 03, 2016 | 7Komen | >
Assalamualaikum


Sesekali dapat merasai air tangan masakan suami perhh memang sedap.
Jarang2 juga tu merasa masakannya. Gara2 rajin tengok rancangan masakan korea sekali terjebak pulak dengan resepi korea.
Katanya nak try masak, ikutkan jak. Maka terhasil la...







Menu Ayam + mushrom korea




Tak tahu apa nama resepi ni, dia sendiri pun lupa tapi bahan2 masakanya dia ingat pulak aduss. Tak mengapala janji sedap. 
Kita kasi ☆☆☆☆☆




Wassalam

Terima Kasih

Produk Homemade..layan

Asha Lya | Oktober 02, 2016 | 9Komen | >
Assalamualaikum

Hujung2 minggu ni projek lya makan dan makan tapi tak juga gemok2 hhaha.
Lya kalau nampak ja da produk homemade yang di jamin kualiti dan kebersihanya apa lagi terus nak cuba. Beri sokongan produk buatan melayu. Kali ini rezkinya, sapa taw esok2 rezki kita plak kan. 



Tart cheese yang gebu




Durian crepe yang montok



Selamat berhujung minggu


Wassalam

Terima Kasih

Asha Lya Copyright © 2016. Design by MaiGraphicDesign