Halaman

Angsa Dan Anjing

Asha Lya | Januari 05, 2017 | 3Komen | >
Assalamualaikum




Bila di ingat balik peristiwa masa zaman kecil dulu memang banyak perkara yang lucu seringkali terjadi. Paling di ingat peristiwa dikejar angsa dan anjing. Dua binatang ni memang musuh saya sejak dulu lagi.
Pantang bertemu, siap sedia pegang kayu sebab takut di serang haha.








Terima Kasih

Aaron Aziz Gembira Isteri Tuan Ihsan Terima Respon Positif

Asha Lya | Januari 04, 2017 | 1Komen | >
Assalamualaikum






Pelakon Aaron Aziz gembira apabila drama bersiri Isteri Tuan Ihsan yang sedang ditayangkan di Astro Ria dan Astro Ria HD mendapat sambutan yang memberangsangkan.

Memegang watak lelaki berusia 47 yang bernama Tuan Ihsan Iskandar, Aaron mahu penonton mengambil pengajaran positif yang dipaparkan dalam drama bersiri ini.

"Alhamdulillah, saya rasa gembira kerana drama bersiri ini mendapat sambutan dan respon yang menggalakkan.

"Walaupun cerita ini memaparkan watak seorang lelaki berusia jatuh cinta dengan seorang gadis remaja dan banyak menampilkan unsur hiburan dalam drama yang dijayakan, masih terdapat pengajaran positif yang disampaikan.

"Dalam bergembira menonton drama ini, saya berharap agar penonton dapat mengambil sedikit sebanyak nilai murni sebagai pengajaran," katanya ketika ditemui di Majlis Meet & Greet Eksklusif Isteri Tuan Ihsan di Flora Terrace, Kuala Lumpur.

Masih berbaki tiga episod, Aaron mengharapkan agar peminat untuk terus kekal setia menonton drama ini sehingga episod terakhir.

"Minggu ini merupakan minggu terakhir drama bersiri Isteri Tuan Ihsan. Saya berharap penonton terus setia menanti sehingga ke akhir episod bagi melihat kesudahan kisah Tuan Ihsan dan Seroja Irdina," katanya lagi.

Majlis Meet & Greet Eksklusif Isteri Tuan Ihsan ditaja oleh Chriszen bersama Astro Circle, Suria Resorts & Hotel, Rollin' Oats dan Peti Gambar Photobooth.

Jangan lupa saksikan drama bersiri ini setiap Isnin hingga Khamis jam 10.00 malam di saluran Astro Ria (104) dan Astro Ria HD (123).

Teks oleh: Kamaruddin Razal
 

Sumber: astro gempak

Terima Kasih

Sayur Hasil Dari Kebun Kecil

Asha Lya | Januari 03, 2017 | 10Komen | >
Assalamualaikum

Sejukkk pagi ni, hujan semalaman. Tengok kebun, 2,3 hari ni tak payah di siram segala tanaman. Segar disirami air hujan. Sempat petik sayuran yang di tanam dekat kebun sebelah rumah ni. Tak adalah banyak mana pun, boleh la buat tambah2 menu sayuran. Saya memang suka makan sayur. Kalau tak ada sayur macam tak lengkap jak makan.








Selain sayur, da juga kami tanam ubi kayu, nenas, serai (ni wajib tak payan beli), limau kasturi, daun kari, daun saderi, daun pandan, pisang n bunga2an pun ada. 
Meriah kebun kecil ni dengan tanam2an. 
Berbudi pada tanah banyak faedahnya. 



Wassalam

Terima Kasih

Asha Lya Copyright © 2016. Design by MaiGraphicDesign