Halaman

SELAMAT HARI WANITA

Asha Lya | Mac 08, 2017 | 7Komen | >
Assalamualaikum








TERHARU TAPI GITULAH REALITINYA


Mesej yg menyentuh hati dari seorang wanita....


■ Saya bekerja 24 jam sehari..
■ Sayalah ibu...
■ Sayalah isteri...
■ Sayalah anak perempuan..
■ Sayalah menantu...
■ Sayalah jam loceng..
■ Sayalah tukang masak...
■ Sayalah pembantu rumah...
■ Sayalah guru...
■ Sayalah pelayan..
■ Sayalah nenek...
■ Sayalah jururawat..
■ Sayalah jurukamera..
■ Sayalah pengawal keselamatan..
■ Sayalah kaunselor..
■ Sayalah selimut...
📝saya x ada percutian
📝saya x ada cuti sakit
📝saya x ada cuti harian
📝saya bekerja siang malam
📝saya sentiasa 'on call'



Dedikasi untuk semua wanita.
Wanita adalah karakter yg paling unik umpama garam 💋
Adanya dia tidak diingati. Tiadanya dia menyebabkan segalanya menjadi tawar!! 



  
SELAMAT HARI WANITA SEDUNIA 


Terima Kasih

Karnival Jom Santai Bah Di Dataran Kota Kinabatangan

Asha Lya | Mac 07, 2017 | 3Komen | >
Assalamualaikum

Kisah minggu lepas baru nak update hari ni, teramat la rajin sangat kan kan huhu. Tanggal 24-26hb/Feb yang lepas telah diadakan karnival jom santai bah untuk warga Kinabatangan. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar. Yang seronoknya saya join kawan berniaga, ala tolong2 mana yang mampu sambil2 cari pengalaman gitchu. Pelbagai aktiviti dilaksanakan sepanjang karnival berlangsung. 











Inila booth tempat kami meniaga, antara barangan yang kami jual seperti produk kosmetik SOFIA (produk baru pengasasnya org tempatan dari Tawau), pelbagaj jenis kasut, tudung. Walaupun cuaca sepanjang karnival berlangsung agak mendung, sekejap2 hujan namun rezki tu sentiasa ada. Syukur alhamdulillah rezki dari Allah S.W.T.






Suasana malam, waktu ni pertandingan Bintang Idol Kinabatangan tengah berlangsung. Pengunjung pun semakin ramai pada sebelah malam. Macam pasar malam plak kan hihi. 








Antara barisan artis yang turut memeriahkan konsert di Karnival Jom Santai Bah. Seronok sekali-sekala ada program macam ni. Maklumla Kinabatangan ni kawasan luar bandar jauh di pedalaman. Apa pun tahniah buat penganjur CTKBOX dan CTRESTAURANT  berjaya melaksanakan program sebegini. 



Wassalam

Terima Kasih

Shopping Di Shopee

Asha Lya | Mac 06, 2017 | 7Komen | >
Assalamualaikum



Suda lama install app ni kat tab tapi baru berkesempatan shopping kat sini. Pertama kali mencuba menyoping kat web ni, ok la banyak pilihan barang, harga ada yang murah n mahal, ada yang free postage. Kena pandai bijak memilih rambang mata juga di buatnya huhu. 







Saya try beli bag, beli yang murah2 jak pun bukan nak pakai pi mana pun. Bag mahal beli setahun sekali jak kihkih.







Beg 3 in 1 untuk saya







Beg military waist pack untuk suami. Sengaja belikan bag macam ni sebab dia suka boleh jadi tool bag. 



Terima kasih sudi singgah sini....


Terima Kasih

Asha Lya Copyright © 2016. Design by MaiGraphicDesign