Assalamualaikum
Sebelum bertambah basi ada kesempatan sikit masa dan ruang Lya nak
up entri berkaitan majlis Lya yang dah beberapa minggu berlalu.
Majlis kenduri kawin Lya diadakan pada 06/06/2014 (Jumaat).
Ada juga majlis merenjis.
Mari Lya tunjukkan gambar sekitar majlis dijalankan.
Pelamin anganku yang kelihatan sipi-sipi hehe..
Macam peluru..kenal tak.Ini kami panggil " Kelupis"
Makanan wajib masa majlis kawin.Isinya pulut.Sedapppp
makan cicah dengan kuah kari,rendang.
Aktiviti gotong-royong membungkus makanan.Kalau kenduri kami biasa bagi
tapau kat tetamu..Tapau tu kami sebut "Berkat" (sudah dibacakan doa kan).
Tetamu boleh bawa balik makan sama-sama keluarga.Jadi semua dapat merasa.
Dapur bersepah.Biasalah mana-mana tempat pun kalau
majlis kawin buat kat umah macam nie juga kejadiannya.
Nampak tak bungkusan warna pink dekat dalam basket tu..Hahh itula disebut "Berkat"
Antara tetamu yang datang masa majlis kenduri.
Daku yang berbaju pink haha..Masa acara menepung tawar
Emak Lya menepung tawar.Sebenarnya ada 14 orang yang merenjis.
Diiringi bacaan berzanzi.
Lya masukkan gambar emak Lya je.Karang kalau banyak sangat gambar bosan plak
nak menegoknya kan hehehe.
Selepas majlis kenduri..Aktiviti memukul kompang.
Seronok sesekali berkumpul ramai-ramai macam nie.Meriah majlis
ada paluan kompang.Terasa kemeriahan majlis kawin.
Begitula cara kenduri kat kampung Lya kat Beaufort.
Alhamdulillah semua majlis berjalan dengan lancar.
Tetamu pun ramai yang datang.
Wassalam
Next to be continue.....
Terima Kasih