Halaman

Day 2 : Where You Work

Asha Lya | September 30, 2014 | 26Komen | >
Assalamualaikum


Ok cabaran ke 2 diteruskan hheee.
Di mana Lya keja. Pastinya ada yang dah tau kan.
Lya keja kat company swasta company engineering.
Jawatan Lya sebagai kerani. Dah 2 tahun Lya keja kat sini.
 So far seronok arr dapat pengalaman baru kat sini.


 Habis belajar ari tu terus dapat keja kat sini  alhamdulillah.
Sekarang ni mana boleh memilih sangat keja kan.
Kira lama juga tu kan 2 tahun. Boleh la tambah-tambah 
pengalaman urus syarikat. Kot-kot Lya ada rezki buka company
sendiri kan lepas ni hheee, aminnn.


 Tempat mencari rezki


Wassalam

Terima Kasih

Memasak Lagi

Asha Lya | September 29, 2014 | 20Komen | >
Assalamualaikum
 
 
Entri masak-masak lagi hahhaa..
Bila perut dah berlagu riang maka carila apa 
yang ada kat peti sejuk buat santapan. Ini kisah petang semalam.
Buat minum petang perhhh sedapnya :D



Cerrr teka apakah itu????


Wassalam

Terima Kasih

Day 1 : S.E.L.F.I.E

Asha Lya | September 29, 2014 | 20Komen | >
Assalamualaikum
 
 
Selamat pagi semua.
Amacam hari ni ada ok ke..Hope semua dalam keadaan baik-
baik hendaknya ya. Ok cekidautt cabaran hari pertama
S.E.L.F.I.E
 
 
 
Lya jarang selfie dan tak banyak gambar Lya kat dalam phone ni.
Kebetulan Selfie di kala Matahari baru nak menapak
Ada pembiasan cahaya gitu..So real ni no edit-edit.


Selamat menjalankan tugas...


Wassalam




Terima Kasih

Cabaran

Asha Lya | September 27, 2014 | 24Komen | >
Asalamualaikum
Nak try la buat cabaran ni saja untuk
Suka-suki ada juga pengisian di blog ni.
Lya copy dari blog Pn.ezy halal ya ehehe.
Bila nak start buat arr ermm next week la hahaha...
Kalau Korang nak buat pun boleh juga.
 
 
Selamat berhujung minggu
Wassalam
 

Terima Kasih

Selalu Tertypo

Asha Lya | September 26, 2014 | 28Komen | >
Asalamualaikum
 
 
Selalukan Lya akalau blogwalking guna Cik Ipad atau hf je
sebab lebih cepat dan pantas tu pun kalau wifi kat opis ni ok.
 
 
Tapi kan hahaha. Selalu je akan tertypo (ayat Lya bila komen-mengomen)
Bila dah tulis ayat panjang berjela tetiba kat tengah-tengah tu
ada plak perkataan yang tertypo adehh nak patah balik  kekadang tak dapat.
Nak tak nak paksa padam dan taip semula. Betul-betul bikin gerigitan (geram).
Hahahah sabar je la..Cth perkataan silap (jadi salai)..:D
 
 
Kesayangan yang selalu menemaniku dikala kesepian ececeh
  Kalau ada komen Lya yang tertypo (perkataan) tu
maaf la ya tak sengaja pun
kekadang Lya nak cepat taip dan tak perasan tetiba dah terpublish komen.
Hihihih..Ok la sekian merapu di petang hari. Lapar nak makan lagi :D
Wassalam

Terima Kasih

Berhijrah

Asha Lya | September 26, 2014 | 19Komen | >
Assalamualaikum


Salam Jumaat semua.
 Hijrah punyai pelbagai maksud kan.
Hijrah Lya akan berpindah dan bakal meninggalkan
bandar Kota Kinabalu huhuhuhu memang sedih.


Dah lama Lya bermaustatin di sini. Kini dah tiba masanya
Lya akn berpindah, begitula adat kalau suda berkeluarga.
Takkan satu duk Utara satu Selatan kan.
Berkorban demi keluarga, mungkin ada hikmahknya Lya berhijrah.




Ini PC tempat Lya wat keja.


Tak lama lagi orang lain dah duduk kat sini.
Banyak kenangan dengan PC ni...:(
Ok la mood tak nak sedih-sedih. Jom kita sarapan.
Ehh beli tapau je hari ni.


Wassalam

Terima Kasih

Hobi Saya

Asha Lya | September 25, 2014 | 31Komen | >
Assalamualaikum
 
 
Teringat zaman sekolah rendah dulu sapa pernah
ada buku tulis biodata kawan-kawan. Main past-past isi
kat dalam buku tu hheee..Lya ada masih simpan sampai sekarang
nanti Lya geledah cari kat Kampung.


Korang mesti ada hobi memasang kan.
Tak kurang juga Lya pun ada hobi.
Meh lya kongsi kan sikit. Ada ke nak baca hihi.
Tak pe la janji blog terupdate. Ada cerita nak di kongsikan.


 
1.Memasak
 
Yang ni part wajib kalau dah bergelar 
Perempuan tak reti masak tak taw nak kata apa hihi.
Lya bab memasak tak la terer pun cuma suka belajar
Dan cuba sesuatu masakan tu. Tak reti boleh belajar kan
Jangan malas sudah.
 
 
2.Menjahit
 
Suka jahit-menjahit ni. Ada cita-cita nak jadi designer boleh ka Gitu
Nak kalahkan wak doyok kihkihkih. Angan-angan Mat jenin betul heuw
 
 
3.Bercucuk tanam
 
Hahh jangan tak taw Lya ada bakat jadi petani. Petani moden gitu boleh hheee.
Dulu masa duk kat kampung lya suka tolong
Emak tanam-tanam sayur, bunga. Seronok berbudi pada tanah.
Lya asal memang dari keluarga petani.
 
 
4.Berblog
 
Ini hobi baru dan terkini wujud sejak tahun 2013 heheww.
Terbit bila tengok orang lain ada blog macam best je so 
Dengan buta hurufnya Google la mana-mana tutorial cara buat blog.
Nak juga ada maka tercipta la blog "Asha Lya"...
 
 
Sebenarnya ada lagi hobi lya tapi ni je la yang 
Dulu kini dan selamanya...hobi korang apa????
 
 
Bye Wassalam
 

Terima Kasih

First Giveaway : Giveaway Contest

Asha Lya | September 24, 2014 | 20Komen | >
Asalamualaikum
Dah kena tag Meh la join sekaki hhee.
Kita kasi support kawan blogger yang wat segmen ni.
Ada rezki alhamdulillah.Hanya untuk suka-suki.
Sementara Lya masih lapang ni meh la join segmen mudah ni.


http://twosevenzerosixzeronine.blogspot.com/2014/09/first-giveaway-giveaway-contest.html?
klik banner

Tag
Akif Imtiyaz
Tengkubutang
Cammylia
Kisah c Dairy
Wassalam

Terima Kasih

Nostalgia Lya

Asha Lya | September 24, 2014 | 26Komen | >
Assalamualaikum
Semalama tetiba masa kemas harta karun 
Lya kat dalam kotak terjumpa album lama Lya
masa zaman kanak-kanak. Nostalgia kembali.
 Nak tengok tak hihi maluuuu...

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
 *
*
*
Tadaaaa
 Nampak sipi-sipi, umur 2 tahun..agak-agak kalau Lya
ada baby gurgirl mesti muka macam Lya tak (ehh boleh plak berimiginasi gitu)
:D



Ini masa Tadika graduate katanya hihihi


Muka budak nak masuk darjah satu dengan sepupu hihi


Ok la tu je ya..Memang nostalgia terindah
masa zaman kanak-kanak. Rindu tika dan saat itu.


Wassalam


Terima Kasih

Bubur Kacang Durian

Asha Lya | September 23, 2014 | 23Komen | >
Assalamualaikum


Hollla...Morning semua.
Suka sangat tempek masakan kan kat blog ni kan.
Bila mood rajin nak memasak
maka terhasil la Bubur Kacang Durian
made by kitchen Lya.
 Ala bubur kacang simple tapi sedapppp...:D



 Kan dah kata simple ja kan...letak daun pandan kasi aroma sikit



 Guna bahan nie saja 


* Durian froozen
* Kacang hijau
* Santan (malas nak parut kelapa guna yang pek hheee)
*  Gula dan daun pandan (lupa nak snap)


Cara memasaknya mudah sangat.
Rebus kacang hijau sampai dah empuk
kemudian masukkan santan, durian, daun pandan dan sedikit gula.
Lepas mendidih siap boleh dah makan.
Yang mudah-mudah tu la yang sedap kan...
Ok bye


Wassalam


Terima Kasih

Giveaway 2014 Mialiana.com

Asha Lya | September 22, 2014 | 20Komen | >


Giveaway 2014 Mialiana.com bermula pada jam 8.30 pagi 20 September 2014 hingga 11.59 malam 30 September 2014. Menawarkan hadiah yang bernilai RM1,495.80 untuk dimenangi. Senarai hadiah ada di SINI.

Semua blogger dijemput join untuk menyertai Giveaway ini.

Syarat-syaratnya :

1. Wajib Follow Blog Sponsor
MiaLiana Aynora SewaKeretaSabah ProvideNetwork TengkuButang IeyzartdSyahieyr FuzaMusa YatiAdam ZafirahZarrae Cekelatmanih DayangDeno EngkuMuzahadin PetakBunga AinimRashihah KaryaMahirah Azhafizah Zaidalifah FatihahFazlin FatinFarhanah NiaEmkay SyiraLokman

2. Wajib Like Fanpage Sponsor


3. Buat entri bertajuk Giveaway 2014 Mialiana.com
4. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
5. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI

40 pemenang bertuah akan dipilih melalui random.org dan keputusan pemenang akan diumumkan pada 10 Oktober 2014.

Good luck!

klik pada banner untuk join....
Terima Kasih

Pertemuan

Asha Lya | September 22, 2014 | 21Komen | >
Assalamualaikum


Selamat bekerja semua.
Maafla Lya tak blogwalking masa hujung minggu
tu. Lya agak sibuk sikit dan kurang sihat.
Hari ni kerja seperti biasa. Nanti Lya singgah blog korang erkk.
Tq semua yang datang bertandang.
Ini cerita last week sebenarnya.
Kebetulan Lya nak cari barang di Bandar Kota Kinabalu
so buatla temu janji nak bertemu dengan Zara sekali.


Abaikan latarbelakang tu kihkihkih


Dapatla berborak-borak cerita perkembangan terkini.
Tak lama lagi kan Lya nak pindah, so pasti susah dah nak bertemu
selalu macam ni. Lya kenal Zara pun melalui blog.
Terus jadi kawan. Tapi Zara agak kurang aktif dah di blog sekarang lebih
komitmen dengan keluarga.



Lepas makan-makan kitaorang balik.
 Selfie seharusnya ada :D

http://mr-mrshafiezy.blogspot.com/

Ini blog Zara..Mesti korang kenal kan


Ok la bye nak wat kerja dulu. 


Wassalam

Terima Kasih

Segmen : Topup by Hanya Aku dan Dia

Asha Lya | September 22, 2014 | 11Komen | >
Assalamualaikum 

Bermula dari tarikh 19/09/2014  bersamaan Hari Jumaat jam 10.00 pagi
Bermulahlah segmen Top up Hanya Aku dan Dia ni.

Rajin kan bagi Top up? Hehe
Yang nak join sila join lelaju yer. Heheh Support la segmen aku ni weayyyyy . 

Syarat

1. Buat entry yang bertajuk Segmen Top Up by Hanya Aku dan Dia

2. Wajib follow blog ni :)

3. Tekan Hanya - Aku - dan - Dia

4.  Hantar link segmen korang ke ruangan komen ini. Selesai. Thanks

Tarikh Tamat
22/09/2014 , Isnin  Jam 11.59 Malam

Hadiah
Top Up RM5x10 blogger yang bertuah
(Jika melebihi 100peserta, topup akan bertambah kepada 20 X RM5Top Up)
Hadiah misteri kepada penyertaan pertama dan terakhir . 

Nak join klik sini



Terima Kasih

Jagung Cup

Asha Lya | September 19, 2014 | 38Komen | >
Assalamualaikum


Ternampak kat blog Pn.Ezy tadi berkenaan Jagung cup.
Tetiba teringin plak nak makan.
Haishh betapa nikmatnya dapat makan 
jagung ni ditambah dengan sos mayonis yang banyak wahhhh...




Sebekas RM 3.00
Sapa sini suka makan jagung + mayonis..thumb's up skit :D


Wassalam





Terima Kasih

Segmen Raya 2014 By Bella Din

Asha Lya | September 19, 2014 | 14Komen | >
Assalamualaikum
Segmen mudah sempena Raya
Jom join. Kot-kot ada rezki kali ni kan.
Sambil tu boleh tambah kenalan.
http://belladin92.blogspot.com/2014/08/segmen-raya-2014-by-bella-din_19.html
klik banner
Wassalam

Terima Kasih

Goodies Bag Pengantin

Asha Lya | September 19, 2014 | 26Komen | >
Assalamualaikum


Salam Jumaat Semua.
Jumaat datang dengan seribu keberkatan Insyallah.

Bila belek-belek gambar kat ipad
terlihat beberapa pic yang rasanya Lya belum up lagi entri 
berkenaan goodies bag pengantin untuk malam merenjis Lya hari tu.
 Ada yang masih ingat ke dengan  entri
berkaitan dengan sabun fruitale ni.
Lya pernah up kannya dulu. Biarpun suda basi Lya tetap
nak abadikan dekat blog ni juga..Tak kira nak juga kihkhikih


 Lya deko sendiri..amacam cantik tak 
hasil kreatif tangan pengantin taw ni. Alamak terpuji diri sendiri plak dah.





Sehelai tuala, sabun dan bunga telur
(baru nampak berseri wangi-wangi gitu ececeh)



Purple untuk diberi kepada pihak Perempuan yang merenjis



Biru untuk diberi kepada pihak Lelaki merenjis


Lya rasa puas hati bila dapat hasilkan sesuatu
yang comel dan bermanfaat. Sabun goodies tu boleh buat
pewangi bilik taw. Ada sapa yang berkenan tak idea ni ececeh.
Sekian daaa


Wassalam

Terima Kasih

GiveAway By NazaTupperware!

Asha Lya | September 18, 2014 | 18Komen | >
Assalamualaikum


Teringin juga nak join meriahkan segmen rakan-rakan
blogger. Tapi disebbkan kengkangan masa dan masalah 
Pc Lya ni lembab semacam siput yang tak cukup makan
sukar juga nak join kekadang. Kalau guna tab plak agak sukar sikit
nak copy paste ni.


Mana yang belum join segmen ni meh la kita
ramaikan sambil tambah follower.
Lya memang pengguna barang-barang Tupperware.
Sebab comel-comel belaka.

http://nazatupperware.blogspot.com/2014/09/giveaway-by-nazatupperware-jom-join.html
klik banner



Terima Kasih

Mencari Peralatan Membaking

Asha Lya | September 18, 2014 | 30Komen | >
Assalamualaikum
 
 
Minat Lya yang satu ni masih belum sempat
nak memperkembangkannya lagi baking menbaking. 
Insyallah ada rezki nak
juga cuba asah bakat yang ada ni.
 

Sebelum nak mulakan membaking tu kenala
ada peralatan yang khusus kan terutama oven.
Bahan asa macam oven, mixer, blender tu Lya dah ada.
Ni hah antara bahan-bahan yang kat bawah ni ada yang Lya belum miliki.
Nak juga dapatkan nie.


 google


Entri nak cepat ada kerja nak siapkan.Owhh ya bloglist Lya dah kemaskini
korang yang hantar link hari tu. Tq semua yang bagi kerjasama.



Wassalam

Terima Kasih

Siti & Sally The Sisters Closet Dress Giveaway!

Asha Lya | September 17, 2014 | 15Komen | >
Sempena pembukaan butik online yang dijalankan oleh Sally dan juga kakak, kami dah sepakat untuk menghadiahkan sehelai dress yang akan dipilih secara rawak untuk pembaca blog Sally..So, girls...what you waiting for..?


  1. Follow blog Sally, Add To Circle Google+ Sally, Follow Twitter Sally, Follow Instagram Sally (Kalau ada + optional) dan Like Fanpage Sally & Fanpage The Sisters Closet
  2. Tolong klik SITI - SALLY - THE - SISTERS - CLOSET - DRESS - GIVEAWAY
  3. Buat satu entry bertajuk Siti & Sally The Sisters Closet Dress Giveaway!
  4. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish.
  5. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen.
  6. Sally akan gunakan khidmat Uncle Random.org untuk pilih ye...Hanya SEORANG PESERTA yang akan dapat sehelai dress.
  7. Giveaway akan berlangsung daripada 16th September 2014 - 19th September 2014
Credit : Mialiana.com


Terima Kasih

Pameran Perodua Axia

Asha Lya | September 17, 2014 | 21Komen | >
Assalamualaikum

Mesti korang semua dah tahu
kelmarin Perodua Axia dilancarkan sempena
Hari Malaysia kan.Tiba-tiba kelmarin member ajak keluar
pergi tengok perodua baru ni, ala dekat je dengan tempat tinggal Lya.
di Pusat Service Perodua Jalan Lintas Kepayan.
So kita ok je. Dapat juga merasa kereta baru hheee.


Kereta Perodua Axia baru ni besar sikit dari Perodua Viva.



Yang ni Perodua Axia versi Auto


Yang ni Perodua Axia versiManual

Memang bestla kereta ni. Merasa juga la naik kereta ni biarpun sekejap je
hheee...Jadila kan. Beli???? mungkin tidak cukupla ada Viva satu.
Kalau ada rezki lebih insyallah nak grab kereta yang lebih 
besar sikit untuk perjalanan jauh macam kami ni.


Wassalam



Terima Kasih

Jom Buat Pancake Pisang

Asha Lya | September 16, 2014 | 20Komen | >
Asalamualaikum


Terlebih dulu lya nak ucap 

" selamat menyambut hari Malaysia "

Buat semua warga Malaysia.


Sempena cuti hari ni kita orang tak ke mana-mana pun
Just pergi pasar je beli barang basah keperluan
Untuk makanan stok seminggu. 



Beli buah pisang cadang nak buat pancake.


Selamat bercuti Korang


Wassalam

Terima Kasih

Perhatian Siapa Yang Ada Listkan Blog Asha Lya Dalam Bloglist Korang

Asha Lya | September 15, 2014 | 24Komen | >
Assalamualaikum


Tajuk ke main panjang adehh tak apa janji boleh faham kan.
Ada antara Korang yang Listkan blog Asha Lya kat dalam
bloglist korang tak???
Kalau ada boleh tak tinggalkan link Korang
kat kotak komen di bawah ni. Lya nak masukkan dalam bloglist Lya.


Rasa macam tak aci plak kan kalau Lya 
Tak Listkan blog korang dalam bloglist Lya.
Nak wujudkan satu lagi bloglist kat bawah ni.
Nanti senang nak cari terjah blog korang.




Ok la jangan lupa tinggalkan link taw. Nanti Lya update.


Wassalam



Terima Kasih

Resepi Cream Potato

Asha Lya | September 15, 2014 | 19Komen | >
Assalamualaikum


Selamat berhari Isnin semua.
Hari ni keja esok cuti boleh rehat lagi yehhh.
Aktiviti masak-memasak dihujung minggu diteruskan lagi.
Kali ni Lya nak cuba resepi Cream Potato.
Resepi lupa plak ambik kat mana...ampunnn
 Rasanya korang lagi terer nak membuatnya kan.


 
 
 
Bahan-Bahan :
 
 
 1.Kentang
2.Susu segar (Lya guna dutchlady)
3.Kiub pati ayam knor (nak guna jenama lain pun boleh)
4.Air
5.Isi ayam
 6.Serbuk black paper


Bahan lain lupa plak nak snap kihkihkih


Cara membuatnya:

1.Rebus kentang sampai empuk jangan lupa letak garam sedikit

2.Potong isi ayam kemudian rebus letak garam sedikit

3.Bila kentang dah empuk kasi lenyek dia. Lya jenis yang malas nak
lenyek so kita kasi blender sampai dia halus. Masa blender tu
letak sedikit air + susu segar (ini kuantiti untuk Lya bedal sorang kihkih)

4.Bila kentang dah sebati kemudian kita campur
dengan isi ayam tadi kemudian letak kiub pati ayam. Masak kira-kira
dalam 10 minit dah mendidih kira masak la tu. 
Taburkan serbuk black paper.


Nota: Nak lagi sedap boleh letak cendawan butang

 
 
 siappp...
 
 
  
Ok la pertama kali mencuba menjadi jugak.
Boleh makan dua kali kira banyak juga tu terhasil
 
 
 
Wassalam


Terima Kasih

Aktif Semula

Asha Lya | September 14, 2014 | 18Komen | >
Assalamualaikum


Kelihatan cuaca pagi ni kat Kota Kinabalu mendung, langit dah makin gelap nampaknya hujan dah nak turun. Cadang nak cuci comforter tadi terus niat tu terbantut. Karang matahari tak muncul payah juga.


Sebelum ni Lya ada la juga buat bisnis kecilan. Budak baru nak belajar. Terstop sekejap tahun ni urus majlis kawin Lya. Dah settle semua ingat nak aktif semua buat bisnis kecilan ni. 
Mesti korang tahu kan apa benda ni
Korang sokong tak Lya kembali aktif berbisnis hhee. Ala secara kecilan ja. Buat isi masa lapang. 


Wassalam

Terima Kasih

Gohnson 's Oxygen Fresh Gel Lotion

Asha Lya | September 13, 2014 | 13Komen | >
Assalamulaikum


Haluuuu ari ni terlebih rajin sikit
nak up entri. Update apa saja janji blog ni terupdate boleh ka gitu kihkihkih.




Lya ni jenis yang suka cuba pelbagai jenis losyen. Antaranya echaunter, safi, vaselline dan ni gohnson baby ni memang sejak dari zaman baby-baby lagi guna. 


Nampaknya da losyen gohnson body care  baru oxygen fresh gel lotion katanya apa kata Lya Cuba. Wangi seharum dan selembut kulit baby ececehh..Warna biru I like. Suda lama wujud di pasaran ka baru Lya perasan.
Ohmay


Ok la stop celoteh hari ni.


Bye Wassalam



Terima Kasih

Mennyah Segala Debu Kotoran

Asha Lya | September 13, 2014 | 16Komen | >
Assalamualaikum


Aktiviti kebiasaan tiap hujung minggu
menyahkan segala habuk dan kotoran yang melekat
di celah-celah bilik Lya.
Biar pun hari-hari dibersihkn tetap juga habuk tu nak melekat.


Nie lah antaranya debu kotoran dekat kipas.
ni memang tiap minggu kena bersihkan 
Kalau tak mawnya kipas ni berputar macam tak cukup makan kehkehkeh.
Tengahari sikit nanti Lya nak jumpa dengan seorang 
blogger ni. Dah lama tak bertemu dengannya.
Sekarang ni dia agak kurang aktif di blog banyak komitmen dengan family.




Ok la bye selamat berhujung minggu selamat bercuti semua



Wassalam



Terima Kasih

Hadiah Saguhati Dari Fair And Lovely

Asha Lya | September 12, 2014 | 28Komen | >
Assalamualaikum


Alhamdulillah rezki muncul dalam pelbagai cara.
Ini memang Lya agak terkejut.Terkebil-kebil juga biji mata
bila terima parcel dari pos laju .
Cepat-cepat buka bungkusan terselit sekeping nota.

 



Owhhh Lya lupa plak yang Lya sesaja2 join segmen
dari fair & lovely ni.Hanya hantar pantun sekerat pun boleh dapat ni
Saguhati pun kira ok la kan, Rezki tu.


Wassalam

Terima Kasih

UlangTahun Perkenalan 12.09.2008

Asha Lya | September 12, 2014 | 25Komen | >
Assalamualaikum


Salam Jumaat Semua.
Syukur Alhamdulillah kita masih lagi diberi
peluang bersiaran di blog kesayangan ini.


Hari ni tanggal 12.09.2014 maka genapla 7 tahun
dan hari yang sama juga Jumaat (12.09.2008) hari ni usia perkenalan Lya dengan En.Suami.
Sedar tak sedar macam masih baru lagi perkenalan itu.
Mulai dari saat itula kami saling berkenalan hati budi
masing-masing. Dari berkawan akhirnya kami selamat diijab qabul
tanggal 05.06.2014.Alhamdulillah...


Antara kad cinta yang menjadi kenangan
 seumur hidup. Lya simpan dengan rapi taw :D



Kenangan itu 


Bila terasa rindu ku belek gambar mu...


" Moga Masjid yang dibina berkekalan hingga akhir hayat "
Amin


Wassalam

Terima Kasih

Segmen Ben Ashaari : Impian Ku , Seorang Blogger !

Asha Lya | September 11, 2014 | 30Komen | >
Asallamualaikum



http://www.benashaari.com/2014/09/segmen-ben-ashaari-impian-ku-seorang.html


Buat pertama kalinya Lya join segmen
dari Blogger yang tidak asing lagi di arena blogger
Bro Ben Ashaari. Segmen mudah dan santai.


Latar belakang Blog Asha Lya

Blog ni ditubuhkan sekitar bulan April 2013
Tapi aktif dalam bulan Ogos 2013. Kiranya baru setahun jagung dalam arena blog nie. 
Nama pena Asha Lya asal Beaufort Sabah. Menetap di Kota Kinabalu. Sudah berkahwin dan bekerja.
Menerapkan penulisan yang santai dan mudah diterima pembaca.
Segala pengalaman yang di ceritakan di sini hanya untuk
diabadikan sebagai kenangan.


Kelebihan blog Asha Lya


Blog Lya berkonsepkan blog personal. Melalui penulisan Lya
juga korang akan dapat kenali Lya macam mana orangnya.Walaupun
kita hanya bertemu di alam maya.Sekurangnya boleh kenal juga kan.
Blog ni nak dijadikan sebagai tempat rujukan pun boleh terdapat
beberapa entri tutorial, masakan, DIY yang Lya selitkan.


Impian menjadi bloger


Blog personal tapi Lya juga punyai impian nak
kembangkannya satu hari nanti, semua orang punyai impian memasing kan.
Contohnya kalau ada mana-mana media pengiklanan beri kepercayaan nak kasi review
produk mereka kat blog Lya pun apa salahnya, tu kira satu bonus.
Kalau dapat terbang pergi melancong lagi la bonus besar hheee
 Mungkin hanya angan-angan mana tahu satu hari nanti jadi kenyataan  kan :D


Biarla nama blog Asha Lya terpahat di sini sebagai
kenangan satu hari nanti.


Jam meriahkan segmen bro Ben Ashaari nie tamat jam 8pm malam ni.


Wassalam



Terima Kasih

Menu Semudah 1 2 3

Asha Lya | September 11, 2014 | 26Komen | >
Assalamualikum


Tengah belek-belek mukabuku c en.suami tadi
tetiba Lya terpandang gambar resepi-resepi 
semudah 1 2 3 ni. Sumber sini
Boleh buat untuk sarapan pagi kann



Simple lagi berkhasiat ni



Berasakan pisang & oat



Ni nampaknya lagi menarik mesti nak dicuba



Boleh buat cupcake comel

Kanak-kanak pasti suka ni


Ok la tu je la ya. Menarik bukan
yang simple tu la yang sedap.Lya memang suka sangat
kalau yang simple dan mudah ni.


Wassalam

Terima Kasih

Asha Lya Copyright © 2016. Design by MaiGraphicDesign