Halaman

Popia cheese

Asha Lya | April 30, 2014 | 25Komen | >
Assalamaulaikum



Ahad yang lepas Lya terlebih rajin sikit nak
wat breakfast.So bahan-bahan ada bolelah la buat popia cheese.
Dah lama dah mengidam nak makan nie.ada nampak entah
resepi kat mana lupa heeee..ari tu cari resepi mudah-mudah :D.
Bila dah mudah meh la kita buat



Bahan: Kulit popia, cheese, isi ketam & sayur bawang.



isi ketam tu Lya rebus (dlm 5 minit) lepas tu satukan mereka semua



Lya bab gulung-gulung popia ni memang gagal..tengok buruk ja gulungan
janji tergulung..Siap untuk digoreng



Gambar yang dah siap di goreng tak sempat nak snap.
Dah ngapp dalam mulut hehehe...



Wassalam

Terima Kasih

1st Giveaway Sulaman Lace Heaven

Asha Lya | April 30, 2014 | 11Komen | >
http://fuzamusa.blogspot.com/2014/04/sulamanlaceheaven-1stga.html

Semua dijemput untuk sertai GIVEAWAY ini, tapi kenalah ikut syarat-syarat berikut:
  1. Follow blog Fuza, Follow Instagram Sulaman Lace Heaven, dan Follow blog Mia Liana
  2. Buat satu entri bertajuk 1st Giveaway Sulaman Lace Heaven
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri kalian ke dalam ruangan komen INI.
  5. Pemilihan pemenang adalah melalui random.org
  6. Giveaway ini akan TAMAT pada jam 11.30 malam 12 Mei 2014
Sila klik pada banner untuk join. Jom....

Terima Kasih

Echanteur Paris - Light & Fresh

Asha Lya | April 29, 2014 | 25Komen | >
Assalamualaikum

 
 Kini Lya berechanteur la plak.
Saja nak tukar selera nak juga cuba losyen yang baru.
 Korang dah cuba ke?????



 Cuba yang ini dulu
 
Betul la bila Lya pakai nie losyen terasa segar dan tidak melekit
Bukan saja segar malah mempunyai perlindungan UV  
yang boleh kita  amalkan setiap hari sebelum keluar
Ia adalah losyen berasaskan air supaya anda tidak akan merasa apa-apa berminyak, 
membolehkan anda untuk kekal segar sepanjang hari.  
Selain itu, ia mempunyai aroma yang menyegarkan  
yang membolehkan kita untuk kekal segar sepanjang hari.


Di datangkan dengan 4 versi.. kredit google


Tryla memang macam ferfume..harum je hihi


ok bye Wassalam

Terima Kasih

Mini GA Cash RM350 by Emas Putih #part2

Asha Lya | April 28, 2014 | 16Komen | >
As-Salam

[ Tekan banner di atas kalau nak join ]

Mini GA Cash RM350 by Emas Putih #part2 ini dianjurkan oleh Emas Putih
dan disponser oleh Syiera , Iskandar Daughter , Saidatul dan Syira Lokman dan Mahamahu :)


Terima Kasih

Bila Idea Menulis Tak Ada

Asha Lya | April 28, 2014 | 14Komen | >
Assalamualaikum



On blog pagi-pagi idea tak mari lagi.Nak update senarai peserta.
Ramai yang join alhamdulillah.
Terima kasih pada yang dah join segmen Lya
 Sapa belum join meh la join masih sempat lagi.








Kekadang ada kekadang tak ada.
Idea pandai datang dan pergi.Bila dah mari terus
Lya set kat draff, takut lupa.
Tapi bila tak ada idea muncul apa lagi kita
blogwalking la sambil klik-klik apa yang patut hihihi.


Lya tak ada la menghadap blog 24 jam...ada masa tertentu je.
Tengok pada situasi & line internet ok..Bila dah banyak masa baru kita pulun habis.
Lya akui masa hujung minggu memang Lya tak ada buat entri
atau pun blogwalking.Jangan marah ya kalau Lya tak ada menyinggah masa hujung minggu.
Ini la masa Lya nak rehat buat apa yang patut.


Panjang plak Lya melalut kan.Intipati sebenar bila Lya tak ada idea
nak menulis.Lya akan blogwalking & klik apa yang patut itu je sebenarnya hahaha 


Ok la bye nak buat kerja dulu


Wassalam


Terima Kasih

Internet Ku Lembab

Asha Lya | April 26, 2014 | 12Komen | >
Assalamualaikum


Sapa belum join meh join segmen Lya

First Annivesarry Blog Asha Lya


 Kalau dah lembab apa pun tak boleh.
Nak buka blog langsung tak boleh.
So jawabnya kena ambik internet mb yang besar sikit.
Lya online guna ipad je kat umah bab tu la line lembab.
Kalau kat opis fuhhhh laju yang amat.



Besabar je la melayan internet ku yang lembab nie

Terima Kasih

Lawak Sabahan

Asha Lya | April 25, 2014 | 17Komen | >
Assalamualaikum
 
 
Senyum-senyum petang
 
 
 
 
 
 
 
 sumber facebook teman

 
Memang sot hahaha

Terima Kasih

Segmen First Annivessary Blog Asha Lya

Asha Lya | April 25, 2014 | 125Komen | >
Assalamualaikum



Rasa ragu-ragu nak buat GA ada ke yang nak  join.
Tapi tak apala tak salah mencuba kan.
Sebagai penghargaan untuk pengunjung blog Lya.


Dengan lafaz Bismillahirrahmanirrrahim
Lya rasmikan segmen pertama Lya
sempena ulang tahun pertama blog Asha Lya.


Blog Lya ditubuhkan rasmi pada tanggal 26.04.2013
tapi Lya aktif sekitar bulan Ogos.Kira dah setahun la kan
blog ni wujud.Cuma baru aktif beberapa bulan nie.
Sepanjang Lya berblog nie tak dapat digambarkan betapa seronoknya plak ada blog
sendiri dapat ramai kenalan 1 Malaysia...wahhh





Syaratnya mudah je follow blog asha lya
mudah bukan. Letak banner backline URL ke entri ni
dan tinggalkan URL segmen kat kotak komen di bawah.


Segmen dijalankan bermula 25.04.2014 (Jumaat) dan tamat 05.05.2014 (Isnin)


Antara hadiahnya:


Kerongsang felt, Keychain sabah,Top up RM5
Sticker keyboard, shawl,pouch


Hadiah tak la mewah mana..Lya mencari 5 orang pemenang
mungkin juga lebih. Semua hadiah Lya yang sponser.
Ada rezki lebih ramai penyertaan hadiah
akan Lya tambah.



Jom meriahkan segmen Lya yang pertama kali ini.


Wassalam

Terima Kasih

Penghargaan : Hadiah Top Komentar Blog Yumida

Asha Lya | April 24, 2014 | 18Komen | >
Assalamualaikum



Alhamdulillah murah rezki Lya.
Bulan lepas Lya terpilih salah seorang top komentar kat blog yumida bulan lepas.
Rasanya ramai dah mengenali blog Yumida kan.
Murah rezki Yumida.



antara hadiah yang Lya terima


Terima kasih banyak Yumida.
Semua comel-comel..Lya simpan buat koleksi.
Moga hubungan kita di alam maya akan bertambah erat.


Wassalam

Terima Kasih

Update B2B : Hand Banquet

Asha Lya | April 24, 2014 | 19Komen | >
Assalamualaikum



Kali nie Lya nak diy bunga tangan plak.
Rajin sangat nak men"DIY"
yela persiapan dah hampir siap
ada masa terluang Lya gubah bunga nie boleh
dijadikan bunga tangan masa nikah nanti.


Lya pakai bunga mati tak maw bunga hidup nanti tak boleh
simpan bila dah layu.Jenis nie bunga foam (ehhh betul ka)
ada wangi-wangi & shine-shine gitu.



amacam ada ok juga ke...hihihi


buat simple-simple je janji puas hati boleh pakai:)


Beli bunga siap pas tu gubah je..malas nak buat-buat bunga hihihi
(kekadang mood malas tu selalu menyinggah)

Terima Kasih

Giveway RM50 - Aku Blogger dan Hasrul Hassan

Asha Lya | April 23, 2014 | 25Komen | >
Assalamualaikum

 Jom pakat-pakat meriahkan segmen
blogger otai HH.Tamat malam nie



http://www.hasrulhassan.com/2014/04/giveway-rm50-aku-blogger-dan-hasrul.html

klik banner

Terima Kasih

Aktiviti Hujung Minggu Bersenam

Asha Lya | April 23, 2014 | 16Komen | >
Assalamualaikum

Kekadang aktiviti hujung minggu kitaorang
bila tak balik kampung di isi dengan pergi bersenam (jogging)
 Seronok dapat keluarkan peluh jahat hihihi.


Kitaorang biasa pergi jogging selain ke patai Tanjung Aru
kita akan pergi ke Perdana Park.
Dibuka seawal jam 7pagi.
 Masuk free tapi parking kereta bayar la :)
Jom hujung minggu nie kita pegi senaman..


" Badan sihat Otak pun cergas "


 sempat lagi pose (gambar kabur guna hf cikai)




Terima Kasih

1st GIVEAWAY BY DIANARASHID.COM

Asha Lya | April 23, 2014 | 7Komen | >
Assalamualaikum



Selamat pagi mulakan hari dengan ceria.
Meh kita support segmen nie.
Syarat mudah je

http://www.dianarashid.com/2014/04/1st-giveaway-by-dianarashidcom.html
 klik banner


Tamat 1.05.2014

Terima Kasih

Hujan

Asha Lya | April 22, 2014 | 9Komen | >
Malam ni suasana sejuk..hujan
Membasahi bumi Sabah..kat tempat
Korang mesti hujan juga kan.
Seronoknya kalau tidur ni sejuk-sejuk hihi.
Lya nak blogwalking mana yang sempat ni.
Online guna iPad je.
Selamat malam & selamat menjamu selera.
Sejuk hujan nie kalau pekena bakso ummmm memang sedap.
Tapun tapun....
Bye wassalam

Terima Kasih

Segmen 12 Jam Bloglist #8 Mialiana.com

Asha Lya | April 22, 2014 | 29Komen | >

Pencarian bloglist bagi bulan Mei dan Jun 2014 di Mialiana.com bermula pada hari ini, 22 April 2014, iaitu tepat jam 11.15 pagi sehingga 11.15 malam nanti. Semua dijemput join.

Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  2. Buat entri bertajuk Segmen 12 Jam Bloglist #8 Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI
Senang dan mudah bukan?

12 blog yang bertuah akan dipilih oleh random.org dan kepada yang terpilih nanti diminta agar memasukkan blog Mialiana.com ke dalam bloglist mereka juga. Keputusan pemenang akan diumumkan pada 30 April 2014.

tunggu apa lagi... jom support Mia Liana ya...

Terima Kasih

Tutorial: DIY Handkerchief

Asha Lya | April 22, 2014 | 16Komen | >
Assalamualaikum



Bertemu kembali segmen DIY bersama Lya.
Hari nie Lya nak tunjukkan
cara Lya DIY handkerchief versi Asha Lya




Bahan-bahan

1.Sapu tangan saiz segi empat
2.Gam uhu/gam tembak
3.Kertas doily 
4.Reben 


Caranya:

ikut seprti step-step seperti dalam gambar



Tambahan kalau nak letak tag tq tag pun boleh.
Ikut pada kretiviti memasing.


Kos keseluruhan :


Sapu tangan 1 bundle (100pc) RM36.00 x 3 = RM108.00
Reben RM 0.70 x 10 = RM7.00
Kertas doilly 1bungkus (250pc) RM5.90 x 1 = RM5.90
Gam (sedia ada)


Total = RM 120.90 / 300pc = RM0.50 satu pc


Kira berbaloi la juga kan dapat menjimatkan kos
cuma perlu kerah tenaga je.Ini Lya buat sorang-sorang makan
masa 2 bulan juga nak siapkan..Yela kita kan keja ada masa baru
sambil-sambil buat.Harap tutorial tak seberapa ini dapat membantu.


Sebarang pertanyaan boleh kontek Lya ececehh


Wassalam



Terima Kasih

Rise Up Confidently With Kotex

Asha Lya | April 21, 2014 | 14Komen | >
Assalamualaikum



Ini bukan entri iklan yer hihi..
Semua pun sedia maklum jenama kotex memang terkenal.
Sebenarnya-sebenarnya Lya suka kalau ada include
benda-benda free nie lagi-lagi comel memang cantik tertarik
kau memang dabooooomm..Dah gatal hati nak beli gak
Lya tertarik pouch tu comel comel.




cantik kan cantik kan tu pouch


Hahhh siap ada kontes lagi pembelian RM10 keatas.
Apa lagi isi la apa yang patut..Kalah menang adat pertandingan.
Mencuba tak salahkan..menyelam sambil minum air :D


cuba nasib la kot-kot ada lucky kan :D

Terima Kasih

Mesin Jahit Pusaka Jenama Fair

Asha Lya | April 21, 2014 | 20Komen | >
Assalamualaikum



Pagi nie baru Lya memunculkan diri hihihi...
Serius sibuk balik kampung banyak hal nak kena di urus.
Penat pun tak hilang lagi :)


Tak ada idea nak cerita jadi Lya kongsi pagi nie.
Hah ini mesin jahit emak Lya dah berzaman-zaman
dah kewujudannya lebih 40 tahun dah mesin jahit
nie berjasa pada kitaorang sekeluarga.




ini la dia..kot-kot zaman sekarang masih ada lagi ke tak brand nie


Tahan memang tahan..tengok pada si pemakai jugala kan.
Serius barang buatan zaman dulu-dulu memang tahan lasak.
Tengokla dah dekat 40 tahun dah mesin nie tetap masih berfungsi.
Masih sihat walafiat hihihi..


Ok la Lya nak buat keja dulu settlekan mana yang patut.
Nanti Lya bw..3 hari cuti mesti banyak cerita menarik korang kan.
Selamat bekerja


Wassalam







Terima Kasih

Lampu Isyarat - Sikap Pemandu Tak Bertanggungjawab

Asha Lya | April 17, 2014 | 25Komen | >
Assalamualaikum

 Pernah tak terjadi kat korang.
 Lya selalu..Tak tahu la nak bahaskan manusia nie jenis 
macam mana.Lya sarankan rasanya elok wiring signal kat dalam kereta 
tu musnahkan je..Memang menyusahkan orang lain.

Bayangkan hari tu Lya nak menyeberang jalan.Dah tengok
kiri kanan.ok boleh jalan.Entah tiba-tiba kereta nie
tanpa ada sebarang lampu signal terus membelok kearah jalan Lya.
Terkejut la Lya sib baik Lya selamat belum melintas.
Kalau tak adehhhh...


Nak kata tak pergi kelas memandu boleh plak ada lesen haiishhh


Terima Kasih

Giveaway April by Syira Lokman

Asha Lya | April 16, 2014 | 17Komen | >
Assalamualaikum
 
 
Jom reramai join segmen syira.
Seminggu tak lama kan..so apa tunggu lagi.
 
 
http://syiralokman.blogspot.com/2014/04/giveaway-april-by-syira-lokman.html
 

Terima Kasih

Update B2B : Veil Done

Asha Lya | April 16, 2014 | 25Komen | >
Assalamualaikum



Alhamdulillah akhirnya veil yang Lya
DIY sendiri dah siap..Gigih nak siapkan
jahitan bead's nie..bukan takat veil siap
dengan baju-bajunya sekali...Maw sebulan baru siap jahit.
Lya kan keja sesambil ada masa terluang je baru dapat buat.


Nak tempah orang buat jahit bead's (mahal plak benda nie) bukan murah.
Yela nak mendesignkannya lagi nak menjahitnya lagi..Lya jahit biasa-biasa je
asal nampak rupa veil ada shining-shining sudah...Nanti  Lya gi tunjuk tutorialnya ya :)



boleh la daripada tak ada kan


Rasanya ada bakat tak Lya mendesign ?????

Terima Kasih

Penghargaan : Hadiah GA & Top Komentar

Asha Lya | April 16, 2014 | 14Komen | >
Assalamualaikum



Ini entri combine 2 blog sekaligus hehehe
Alhamdulillah..Orang bilang rezki ada di mana-mana kan.
Pertama kali Lya nak ucap ribuan terima kasih kat blog madah cinta
sapa lagi kalau bukan Cik Akak kita.Ini pertama kali menang
GA kat blog cik akak..Hadiahnya tadaaa



 bookmark & sebuah novel (baru baca separuh besttt)


Ini plak untuk top komentar dari blog sis Kathy
pemilik Coretan Hati Kathy & Diary Resepi


sekeping sijil penghargaan (org posmen tu kasi lipat dah aishhh), note book comel & bookmark


Mereka antara blogger hebat yang Lya kenali masa mula-mula Lya
berkecimpung dalam dunia blog nie.Masih setia berkunjung
sehingga ke hari nie.Terima kasih atas hadiah
yang sangat bermakna buat Lya.


Wassalam

Terima Kasih

Nasib Duit RM5

Asha Lya | April 15, 2014 | 24Komen | >
Assalamualaikum

 Terkejut memang terkejut
Apa tidaknya masa nak bayar barang kuarkan
duit kat kaunter tetiba cashier tu pulangkan balik
duit kita RM5..dah kenapa?????????

OhMay

nampak tu kesan di selotape


Memang sadis..sapa punya kejala nie
Lya pun tak perasan bila Lya terima duit nie.
Tetiba muncul dalam wallet...Masa nak bayar baru perasan.
Aduhhh rugi dah RM5..Mana laku dah macam nie.
Rasanya dah banyak Lya jumpa & kumpul duit-duit koyak macam nie.
Bukan kerja Lya ok..Sapa punya keja la tak bertanggungjawab nie..
Menyusahkan orang lain kan...adehhh sabar je la


Nota : Kumpul-kumpul dah banyak nnt tukar kat Bank Negara..Boleh ka gitu

Terima Kasih

Top Up VS Resit

Asha Lya | April 15, 2014 | 20Komen | >
Assalamualaikum
 
 
Pernah tak korang alami
situasi macam nie..Top up kupon
di sangka resit pembelian.
 
 
 Bila simpan kat wallet tetiba secara tak sengaja
tercampur dengan resit beli-beli barang pas tu  renyuk-renyuk dan
terus buang kat tong sampah...Aduhh sadisnya
 Hahahaha setakat nie Lya tak pernah lagi buatla
mesti cek dulu sebelum renyuk-renyuk resit-resit tu.
 
 

 top up tu dah guna dah hihihi


Pesanan penaja berhati-hati sebelum bertindak hehehe.



Terima Kasih

Akhirnya Ku Miliki Jua

Asha Lya | April 14, 2014 | 22Komen | >
 
 
 
Ni hahhhh benda yang menjadi 
idaman hati ku selama ini akhirnya dapat ku miliki jua.
 Alhamdulillah ada jua rezki ku beli benda nie. 
 
 
hand mixer
 
 


Dah lama Lya idamkan.
Lya teringin ada benda nie  yela senang nak mengadun kek biskut bagai
guna benda nie...Lya kan suka buat biskut raya hohoho
Nanti Raya jemputla ke rumah Lya ehee (ehhh posa blm lagi :D)
 
Wassalam

Terima Kasih

Diam & Mendoakan

Asha Lya | April 14, 2014 | 17Komen | >
Assalamualaikum


 
Selamat berhari Isnin.
Tak tahu nak cerita apa pagi nie.
Lya selitkan kata-kata nie terjumpa kat facebook tadi.
Minggu ni 4 hari ja kerja..Jumaat cuti yeahhhh
Kejap ja tu 4 hari :D



sumber facebook



Terima Kasih

Ceklist 2 Month

Asha Lya | April 11, 2014 | 26Komen | >
 Assalamualikum
 
 
 
 
 
Kali nie Lya dah update ceklist.
Tak banyak lagi yang nak di siapkan.
Hanya tinggal  55  hari lagi majlis Lya
bakal akan berlangsung...Ceklist setakat nie
 Buat kenangan di kemudian hari.Bila rindu bolehla
Lya imbas kembali. Nak jadikan panduan para B2B pun boleh juga.
 
 
# Solemnization #

TARIKH NIKAH : DONE
MASA : 11AM
TEMPAT : RUMAH LYA
TEMA & WARNA : BIRU TURQUOISE
KURSUS KAHWIN : DONE
MELENGAKAPKAN BORANG NIKAH : DONE

UJIAN HIV & TAHLASEMIA : OTW
HANTAR BORANG NIKAH : (Tunggu encik tunang datang bawa borang dia ja)
TEMPAH JURUNIKAH : OTW


*PERSIAPAAN PENGANTIN L & P*

BAJU NIKAH L & P : OTW
VEIL : OTW
TUDUNG, ANAK TUDUNG : DONE

KASUT : OTW
AKSESORI : OTW
BUNGA TANGAN : OTW
BANTAL NIKAH :DONE

SONGKOK : OTW
BUTANG BAJU MELAYU : OTW
STOKIN : DONE

SET BILIK TIDUR :OTW
CADAR DAN BANTAL :OTW
HIASAN BILIK TIDUR :OTW

*JAMUAN*
JAMUAN MAKAN NIKAH : OTW (gotong-royong)
JEMPUTAN : 50

*FOTO*
OTW


#Bride's Reception#

TARIKH :DONE
MASA :9AM-3PM
TEMPAT : RUMAHKU SYURGAKU
TEMA & WARNA :BIRU TURQUOISE + PINK
BIL TETAMU :400


 *PERSIAPAN*

TEMPAH KAD KAHWIN : DONE
EDAR KAD : OTW
BUNTING : DONE


*WEEDING PLANNER*
PELAMIN : DONE
BAJU SANDING & OUTDOOR :DONE
AKSESORI L & P : DONE


*BRIDESMAID*
TEMA : PURPLE
BAJU FAMILY : PURPLE

*MENU*
MAKANAN : DONE (gotong royong)


*DOOGIFT TETAMU*
BROWN PAPER : DONE
CANDY:DONE
TQ TAG : DONE
SAPU TANGAN + KEYCHAIN: DONE

*DOORGIFT UNTUK REWANG*
TOWEL :OTW

*DOORGIFT UNTUK MERENJIS*
TUALA KECIL:DONE
PEWANGI: OTW
PAPER BAG : DONE


*KANOPY & MEJA*:-DONE

*FOTO* DONE

KARAOKE

OTW


*TABLE GUESTBOOK*
GUESTBOOK : OTW
PROPS : DIY DONE
HIASAN MEJA : DONE
TEMA : BIRU & PURPLE
PEN : DONE

*PERSIAPAN SAMPINGAN*
BUNGA PAHAR 30 PCS : DONE
BUNGA MANGGAR: DONE
PAPAN TANDA : OTW


#Groom's Reception#
TARIKH : JULAI
TEMPAT : RUMAH MERTUA TERCINTA
TEMA & WARNA : OTW
HIASAN BILIK, MEJA MAKAN : OTW
BAJU RESIPSI L&P : DONE
AKSESORI : PAKAI YG SEDIA ADA

Terima Kasih

Asha Lya Copyright © 2016. Design by MaiGraphicDesign