Halaman

Tempahan Shawl Customer Zalya D'Hijab

Asha Lya | Februari 29, 2016 | 9Komen | >
Assalamualaikum

Yakin dengan rezki dariNya, insyallah pasti ada.
Beberapa helai tempahan shawl dari customer Lya, alhamdulillah
mereka suka dengan shawl yang Lya jait.
Harga pun teramat berpatutan, mampu milik.






Antara warna2 yang menjadi kegemaran customer






Yang dah siap di pack


Terima kasih semua yang sudi support bisniss Lya.
Walau tak segah macam yang shawl kat butik tu hihik.
Lya berusaha berikan yang terbaik. 



Wassalam

Terima Kasih

TERUS HANGAT DI PAWAGAM, OLA BOLA KUTIP RM14.5 JUTA DALAM 29 HARI

Asha Lya | Februari 27, 2016 | 7Komen | >
Assalamualaikum






Filem Ola Bola terbitan Astro Shaw arahan Chiu Keng Guan berjaya mencatat kutipan box-office RM14.5 juta selepas memasuki hari ke-29 tayangan.
Maklumbalas positif serta kutipan yang memberangsangkan ini didorong oleh reaksi baik penggemar filem yang telah menontonnya sejak 28 Januari 2016 lalu selain daripada rangka promosi yang masih giat berjalan sehingga kini.
Filem ini ternyata memberikan impak besar di laman-laman sosial apabila pengguna memperkatakan mengenai filem Ola Bola.
Berlatarbelakangkan era 1980-an, Ola Bola merupakan kisah kejayaan tentang  keberanian dan semangat bersatu yang memberi inspirasi kepada barisan pemain bola sepak Malaysia untuk bangkit dari kekecewaan dan muncul menjadi wira negara.
Kisah yang diilhamkan dari peristiwa sebenar ini bukan sahaja memaparkan semangat juang dan maruah pasukan bola sepak negara, tetapi juga menyaksikan kepayahan dan kesungguhan barisan pemain mengatasi masalah peribadi dan juga yang berkaitan dengan pasukan.
Filem ini juga mendalami kehidupan seharian dan memaparkan semangat waja yang tidak kenal erti putus asa walaupun berdepan dengan pelbagai cabaran.
Dibarisi pelakon Bront Palarae, filem ini turut menampilkan bakat baru seperti JC Chee, Luqman Hafidz, Eric Teng, Bront Palarae dan Saran Kumar yang membantu menghidupkan lagi jalan cerita.
Untuk mengikuti info terkini tentang OlaBola, sila layari www.olabola.com.my, www.olabola.tv,   www.youtube.com/astroshaw, www.facebook.com/astroshaw dan www.instagram.com/astroshaw.
Jangan lupa saksikan filem Ola Bola di pawagam berdekatan dengan anda sekarang!

Sumber : astro gempaq

Terima Kasih

Kebahagiaan

Asha Lya | Februari 26, 2016 | 6Komen | >
Assalamualaikum


Salam Jumaat.
Moga kita semua di beri kebahagiaan di dunia & akhirat insyallah.
Amin




Sumber whasapp



Wassalam

Terima Kasih

Projek Tudung Zalya Bawal

Asha Lya | Februari 25, 2016 | 9Komen | >
Assalamualaikum

Kalau sebelum ni Lya da cerita projek yang nak di buat tu kan. Inila dia, bukan besar pun projek kecilan jak. Atas permintaan Lya pun try la buat.
Alhamdulillah mendapat sambutan, nak teruskan ka owhh yala dah ada yang berminat kan. 

Ok material kali ni Lya guna thick chiffon ( bukan yang macam tudung crepe ya, yg tu materialnya kasar ). Yang ni jenisnya lembut, mudah di bentuk, beralun n sejuk selesa di pakai.




Zalya Bawal 







3 item masih available.
RM15/pc

Banyak yang dah sold out oleh si pencinta bawal padahal baru jak keluar dari oven hihi. Ini stok limited, nak try boleh jak whasapp Lya 0168468248.

Wassalam

Terima Kasih

Tempahan Baju Kurung Moden

Asha Lya | Februari 24, 2016 | 14Komen | >
Assalamualaikum



Alhamdulillah semenjak Lya behasrat melaburkan minat ke arah menjahit. Rezki tu sentiasa ada. Antara tempahan baju kurung moden minggu ni dari rakan2 Lya yang sempat di siapkan.





Kurung moden kain sulam





Kurung moden kain chiffon


Wassalam


Terima Kasih

Restock Kain Tudung Mosscrepe Chiffon n Chiffon Georgette

Asha Lya | Februari 23, 2016 | 8Komen | >
Assalamualaikum

Hari ni Lya nak update beberapa stok kain tudung yang masih available. 
Antara shawl yang Lya buat basic shawl, curve shawl n instant shawl.
Setakat ni Lya buat tempahan ikut customer request warna n shawl mana yang menjadi pilihan. Harga mampu milik setanding dengan kualiti kain n jahitan. 
Jenis jahitan kelim@baby seam.

*  Chiffon Georgette Rm18 
* Mosscrepe Chiffon Rm22









Chiffon Georgette








Mosscrepe Chiffon



Nak tahu lebih lanjut boleh ja Whatsapp Lya 0168468248
atau boleh follow kat insta Zalya D'Hijab.



Wassalam

Terima Kasih

Barang Redem

Asha Lya | Februari 23, 2016 | 7Komen | >
Assalamualaikum



Besiaran di pagi Selasa, morning semua.
Kisah barang redem kemarin, da satu market ni dulu aktif Lya belanja kat sana.
Tapi semenjak dah berpindah suda jarang ke sana. 
Kemarin tegerak hati nak ke sana konon nak jalan2 jak. Tapi kan mesti akan terbeli juga satu dua barang juga, memang  tak sah la kan kalau sudah namanya perempuan hihihi. Lya ada member kad ni market, masih simpan walau da jarang guna sebab tak akan expired. 






Cek point kad Lya ehhh masih ada, apa lagi tebusla barang yang mana boleh tebus. Tengokla seperti yang kat atas tu, ok la kan sekurangnya bertambah lagi bekas tempat makanan Lya. Biru plak tu i like it.
Lepas ni nak kumpul point lagi la sebab ada lagi balance point tu.
Ok la jumpa lagi bye



Wassalam


Terima Kasih

Segmen 12 Jam Bloglist #19 Mialiana.com

Asha Lya | Februari 22, 2016 | 12Komen | >

Pencarian bloglist bagi bulan Mac dan April 2016 di Mialiana.com bermula pada hari ini, 22 Februari 2016, iaitu tepat jam 11.00 pagi sehingga 11.00 malam nanti. Semua dijemput join.

Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  2. Buat entri bertajuk Segmen 12 Jam Bloglist #19 Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI
Senang dan mudah bukan?

12 blog yang bertuah akan dipilih oleh random.org dan kepada yang terpilih nanti diminta agar memasukkan blog Mialiana.com ke dalam bloglist mereka juga. Keputusan pemenang akan diumumkan pada 29 Februari 2016.

tunggu apa lagi... jom support Mia Liana ya...

Terima Kasih

Projek Terbaru Tudung Zalya

Asha Lya | Februari 22, 2016 | 12Komen | >
Assalamualaikum



Selamat berhari isnin semua. Segar2 pagi ni jangan lemau2 plak ya. Lya biarpun duduk di rumah kerja tetap diteruskan. Selain menerima tempahan jahitan, jangan tak tahu yang Lya pun ada buat tudung juga ala secara kecilan jak. 
Mana yang da follow insta Lya tu terima kasih banyak mesti dah tahu kan. Jom follow Zalya D'Hijab.






Yang kat atas ni projek tebaru tudung Lya.
Apakah itu nanti Lya cerita kemudian sebab belum rasmi.
Kalau ada sesapa teringin nak merasa tudung jahitan dari Lya boleh jak whasapp Lya seperti nombor yang tertera di atas, nak tanya2 jak pun boleh insyallah pasti di layan. Ok la sekian untuk pagi ni bye.



Wassalam







Terima Kasih

MENGADU SAKIT DADA, USTAZ KAZIM BERHENTI CERAMAH SELEPAS LIMA MINIT 20 Februari 2016. 1.20 AM

Asha Lya | Februari 20, 2016 | 8Komen | >
Assalamualaikum





Penceramah bebas, Datuk Mohamad Kazim Elias terpaksa menghentikan ceramah selepas mengadu sakit dada sebelum dibawa ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian.

Kejadian itu berlaku ketika Ustaz Kazim memberikan ceramah bertempat di Gunong, Kelantan.

Menurut Timbalan Pengurus (Pembangunan) KADA, Nik Ruslan Idrus, sebaik naik ke pentas dan memulakan ceramah tidak sampai lima minit, beliau terpaksa menghentikan ceramah tersebut kerana sakit dada.

"Ustaz Kazim sempat memohon maaf kepada orang ramai kerana tidak dapat meneruskan ceramah seperti yang dijanjikan kerana perlu ke hospital dengan segera.

"Ustaz Kazim di bawa ke Klinik Kesihatan Gunong sebelum dirujuk ke HUSM," katanya yang terpaksa menggantikan penceramah dari KADA bagi tidak menghampakan orang ramai.

Tambah Nik Ruslan lagi, keadaan Ustaz Kazim sewaktu tiba di lokasi kelihatan agak kurang sihat dan berwajah pucat namun beliau masih mahu meneruskan ceramah.

"Ustaz Kazim ada memaklumkan dia sepatutnya ke hospital untuk membuat rawatan, namun menangguhkan kerana sudah berjanji untuk berjumpa dengan penduduk di Bachok," ujarnya.

Terdahulu, Ustaz Kazim yang juga merupakan Mudir Pencetus Ummah2015 itu tiba di Kelantan petang tadi dari Terengganu, dan dijadualkan menyampaikan ceramah agama selama dua jam bermula 9 malam, anjuran Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA).

Terdahulu, Kazim juga popular menerusi program Kalau Dah Jodoh di Astro Oasis (saluran 106).

Olahan Semula: Mya Amri

Sumber: Berita Harian

Terima Kasih

Tapak Mesin Jahit Portable

Asha Lya | Februari 19, 2016 | 13Komen | >
Assalamualaikum


Salam Jumaat semua. Moga hari ni baik2 aja hendaknya ya semua.
Ok nak cerita sikit pasal tapak2 mesin jahit portable yang Lya guna sekarang.
Setakat ni Lya hanya ada 4 jenis tapak kaki ehhhhh tapak mesin lo yang Lya gunakan, ok let's go.





1. Tapak zip biasa ( untuk jahit zip skirt )
2.Tapak jahit biasa ( normal untuk jahitan )
3.Tapak kelim ( Lya guna untuk jahit tepi tudung )
4.Tapak sembunyi ( untuk jahit zip sembunyi )




Kiranya nak tambah lagi bermacam jenis tapak mesin tapi kat sini ni masih susah nak cari, masih kekurangan. Kalau order on9 tu adala, setiap tapak ada fungsinya sendiri. Sedikit perkongsian ilmu, harap bermanfaat hhihi.
Ok sekian bye.




Wassalam

Terima Kasih

Tempahan Jahitan Tudung Kelim/baby Seam

Asha Lya | Februari 18, 2016 | 17Komen | >
Assalamualaikum
Awal pagi suda ngapdate pasal jahitan kan hihi. Nak cerita pasal lain terasa malas plak, baik cerita pasal jahitan lya. Kali ni lya terima tempahan jahitan tudung, pestime customer request nak minta jahit tudung tapi yang simple jak shawl square n halfmoon. Harga yang Lya tawarkan rm4/pc, agak2 murah ke mahal tu sebab tudung ni dah di potong n tinggal nak jahit ja.





Warna-warni shawl jenis kain mosscrepe chiffon





Jahitan kelim/baby seam



Alhamdulillah walau tak banyak rezki tu sentiasa ada, kekadang datang dengan sendirinya. Besyukur dengan apa yang kita kecapi sekarang. Jumpa lagi bye.



Wassalam


Terima Kasih

Tq Tag Zalya D'Hijab

Asha Lya | Februari 17, 2016 | 10Komen | >
Assalamualaikum

Kesibukkan melanda dapat publish satu entri jak sehari. Tak apala kan asal blog tak terbiar huhu. Cadangnya Lya nak buat sendiri ni tq tag untuk produk Lya tapi haiiii malasnya plak nak design2 bukannya pandai sangat pun hihi. Order jak la dengan kawan, ehh baru lagi kenal. Tapi cepat mesra gitu macam suda lama kenal.




So simple, yang ni Lya order 100pc Rm19 jak dulu untuk permulaan guna material paper yang biasa. Kalau nak lagi yang cantik ada lagi pakej lain. Tak apa len kali kita reaped order lagi.










Kalau ada yang masih tercari2 nak buat tq tag boleh kontek dengan adik Nurul ni. Servicenya ok cepat, harga yang di tawarkan pun sangat berbaloi.
Kalau ada yang berkenan nak buat tq tag boleh terus berhubung dengan Cik Nurul. Tu jak nak cerita hari ni ok jumpa lagi bye.




Wassalam


Terima Kasih

HANIE SORAYA SENANG BEKERJA DENGAN FAIZAL TAHIR

Asha Lya | Februari 17, 2016 | 3Komen | >
Assalamualaikum







Penyanyi baru, Hanie Soraya mengakui yang dia senang bekerja dengan penyanyi dan komposer Faizal Tahir.
Muncul dengan single ketiga yang berjudul Pantas, Hanie menyifatkan Faizal adalah seorang mentor yang baik untuk dirinya sebagai pendatang baru dalam bidang muzik.
“Alhamdulillah, saya rasa sangat senang apabila bekerja bersama Faizal. Saya rasa sangat bersyukur dapat dipertemukan dengan dirinya. Dia seorang yang sangat cool dan dia juga guru yang sangat bagus untuk saya,” kata Hanie kepada Astro Gempak.
Bercerita mengenai lagu Pantas, Hanie menjelaskan yang ianya mempunyai perbezaan berbanding dua single pertamanya, Hujung Dunia dan Rasa Sayang.
“Motif lagu Pantas masih sama dengan dua single saya sebelum ini, iaitu untuk memberi inspirasi terhadap orang ramai. Namun begitu, komposisi muziknya mempunyai sedikit perbezaan. Saya gembira kerana Pantas mendapat sambutan yang menggalakkan,” katanya.
Hanie yang kini sedang melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan di Universiti Mansourah, Mesir pulang ke Malaysia selama sebulan untuk menghabiskan cuti semester.
“Saya baru sahaja menyelesaikan pengajian untuk semester tujuh. Pembelajaran saya masih berbaki tiga tahun dan saya masih lagi belum pasti bidang mana yang mahu dipilih untuk menjadi pengkhususan saya kelak.
“Pada awalnya, saya mahu jadi seorang doktor pakar kanak-kanak. Tetapi lama kelamaan saya juga minat untuk menjadicardiologist dan pakar bedah. Kalau boleh, saya mahu seimbangkan antara pelajaran dan bidang muzik agar ia berjalan seiring,” katanya mengakhiri perbualan.
Teks oleh: Kamaruddin Razal


Sumber: astro gempaq

Terima Kasih

Buah Tangan Dari Mekkah

Asha Lya | Februari 16, 2016 | 9Komen | >
Assalamualaikum

Alhamdulillah Kakak Lya n husband selamat tiba di tanah air Khamis yang lepas balik dari mengerjakan umrah. Baru sempat nak update makumla kesibukkan yang melanda huhu. 





Antara buah tangan yang akak bawa dari Mekah.
Coklat n kurma, memang sedap. Selain air zam2 da lagi ole2 lain. Merasa juga makanan fresh dari Mekkah. Nak ke sana Insyallah niat tu dah ada, moga semuanya di permudahkan. 




Entri pendek jak pagi ni bab Lya jarang pun buat entri panjang2 kan.
Pernah tapi tak selalu hihi. Ok la bye jumpa lagi,



Wassalam

Terima Kasih

Jemput Singgah Instagram Zalya D'Hijab

Asha Lya | Februari 15, 2016 | 11Komen | >
Assalamualaikum

Selamat pagi uollss. Ada yang cuti panjang ya last week. So jangan lemau2 Isnin ni. Semangat semangat taw hihi. Nak promosi skit ni chehhh.
Pada asalnya ni instagram personal Lya, memandangkan selalu jarang update maka Lya ubah ke arah bisniss hijab Lya yang aktif secara rasminya.
Jemput singgah n sudi2 kan la follow sekali taw mana2 yang ada insta tu hhihi tapi biarla ikhlas ya tanpa paksaan.




Jemput Follow sini




Bisniss secara kecil2 jak pun, baru lagi Lya belajar berbisniss. Setakat ni Lya jual produk Shawl yang Lya jahit sendiri. Alhamdulillah mendapat sambutan dari kawan2 dah ada yang jadi regular customer. Sesungguhnya rezki tu datang dalam pelbagai cara kan yang penting halal. 



Ok jom support Lya hhehe. 



Wassalam

Terima Kasih

Sebahagian Tempahan Baju Pelanggan

Asha Lya | Februari 13, 2016 | 12Komen | >
Assalamualaikum

Hasil kerja minggu lepas punya. Beberapa helai baju yang sempat di siapkan antaranya kurung moden kipas belakang, kurung pesak dengan jubah.
Masih ada lagi turn seterusnya kena siapkan.



Kurung moden 






Jubah A cut 







Kurung pesak



Alhamdulillah siap walau agak sibuk bulan ni dengan pelbagai urusan sana sini. Terima kasih atas rezeki ini.



Wassalam





Terima Kasih

Hutang

Asha Lya | Februari 12, 2016 | 13Komen | >
Assalamualaikum



Jumpa petikan ayat ni kat fb, memang selalu terjadi begini kan. 
Bahaya ehh hutang jangan di buat main.
Lya da banyak kali terkena ermm banyakkan sabar jak la.
Kita plak yang rasa malu nak menagih2 huhh.





Kredit facebook


Peringatan untuk kita bersama.



Wassalam

Terima Kasih

Ubah Background Blog

Asha Lya | Februari 10, 2016 | 15Komen | >
Assalamualaikum


Bab edit2 blog ni memang Lya kurang, tak reti sangat.
Boleh la sikit2 memandangkan software photoshoot tak ada malas nak install.
Tu yang bertambah malas hhaha banyak alasan kan, kalau dulu2 rajinla huhu.


Kali ni tak ada banyak yang berubah, header masih Lya kekalkan yang lama, tak ada idea nak tukar, biarla dulu. Background beralih ke warna hijau nampak fresh gitu. Lya tempah kat blogger Maigraphik, alhamdulillah senang bekerjasama dengannya. 





Header masih di kekalkan


     



Tak ada idea nak menulis, da kesempatan nanti Lya bw.



Wassalam


Terima Kasih

Pes Laksa Sarawak

Asha Lya | Februari 09, 2016 | 13Komen | >
Assalamualaikum


Cuti-cuti ni Lya tak ada ke mana pun, husband kat Kinabatangan kerja.
Lya masih stay di KK temankan anak2 buah Lya. Mak ( kakak Lya)  n apak diorang pergi Umrah, insyallah esok kembali ke tanah air.
So teperap jak la di umah siapkan jaitan apa yang patut.



Lya peminat tegar laksa, selalu Lya buat tu yang laksa penang je.
Kalau makan kat kedai biasa Lya makan kat Restoran Sri Keningau kat area Putatan. Mana yang orang Sabah tu mesti familiar dengan tempat tu kan.
Jalan2 kat One Place Mall kelmarin nampak satu kedai ni yang jual aneka kek Sarawak n produk dari Sarawak. Ada pes laksa Sarawak, so beli sepeket nak try buat.






Pes laksa Sarawak Hj. Manan. Blogger cik akak mesti taw kan.
Ni Lya tak try lagi, nantila Lya balik Kinabatangan baru buat n boleh riview Feveret ni laksa2 hihi.



Wassalam

Terima Kasih

KLON IKON ZIANA ZAIN JUARA SEIRAS SEIRAMA, BAWA PULANG RM20,000

Asha Lya | Februari 08, 2016 | 8Komen | >
Assalamualaikum






Peserta berusia 26 tahun, Azlina Aziz, yang juga klon ikon Ziana Zain muncul juara Seiras Seirama musim pertama dan membawa pulang wang tunai RM20,000.

Selain hadiah wang tunai Azlina turut membawa pulang sebuah trofi sumbangan Astro.

Azlina telah menyampaikan dua buah lagu pada pusingan pertama iaitu, Tiada Kepastian dan Sangkar Cinta dan Senja Nan Merah di pusingan kedua yang dinyanyikan bersama Aweera.

Selain Azlina, Mohamad Azri Abdullah, 28, dan Fazilah Asmar, 27 yang merupakan klon ikon Faizal Tahir dan Ella turut dipilih sebagai peserta top 3.

Klon Ziana itu turut menerima saingat hebat dari empat lagi finalis iaitu Nor Azri Zainuddin, 47, dan Ahmad Shukri Zakaria, 24, yang mewakili Ikon Jamal Abdillah dan Ikon Hafiz Suip.

Ikon Misha Omar dan Ikon Mas Idayu pula diwakili oleh Nor Amierazatyka Ayob, 21, dan Noor Hayati Selamat, 55, turut memberikan persaingan sengit dengan persembahan terbaik mereka.

Kesemua peserta diadili oleh tiga juri profesional iaitu, Datuk AC Mizal, Datuk Khadijah Ibrahim dan pengarah terkenal Mamat Khalid.

Program pertama mencari klon artis terkenal tanah air itu dihoskan oleh Datuk Aznil Haji Nawawi dan diadakan secara langsung dari Studio 1, Pusat Penyiaran Astro, Bukit Jalil.

Pentas akhir Seiras Seirama bersiaran secara langsung bermula pukul 9 malam Ahad di saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (123). 


Sumber : astro gempaq

Terima Kasih

"MEGA GIVEAWAY INSPIRASI 2016 BY CIK AKAK "

Asha Lya | Februari 07, 2016 | 8Komen | >
♥ Assalamualaikum ♥

"MEGA GIVEAWAY INSPIRASI 2016 BY CIK AKAK "

Alhamdulillah bersyukur ke hadrat ilahi dengan limpah kurnianya, akhirnya Mega giveaway ini berjaya dilancarkan. Terima kasih kepada 21 sponsor yang sering memberi kerjasama yang baik. Dengan lafaz "Bismilah" cik akak membuka tirai "MEGA GIVEAWAY INSPIRASI 2016 BY CIK AKAK ".

klik banner - join 
Syarat-syaratnya :-
  • Follow blog, Follow Instagram, Follow Google+ & Like Page Facebook - Rujuk Entri SINI (syarat Follow Instagram, Follow Google+ & Like Page FB hanya kepada peserta yang memiliki mana-mana akaun yang dinyatakan seperti di atas).  
  • Letak link blog ini dalam senarai bloglist anda -  [ Cik Akak ] [ Eyja ] & [ Pn. Wawa ] - **syarat ini wajib kepada semua peserta sepanjang tempoh Mega Giveaway ini berlangsung.
  • Buat entri bertajuk "MEGA GIVEAWAY INSPIRASI 2016 BY CIK AKAK "
  • Copy coding yang disediakan & paste kan dalam ruangan HTML
  • Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen entri ini 
  • Giveaway berlangsung 01.02.2016 - 26.02.2016
  • Giveaway tamat 26.02.2016 jam 11.59 malam
  • Pemenang dinilai melalui RANDOM.ORG & PENGUMUMAN PEMENANG PADA 29.02.2016.


Terima Kasih

SYAMEL AF2015 BERAZAM UNTUK TURUNKAN BERAT BADAN

Asha Lya | Februari 07, 2016 | 5Komen | >
Assalamualaikum






Penyanyi lagu Hidup Dalam Mati, Syamel atau nama sebenarnya Syameel Aqmal Mohd Fodzly berazam menurunkan berat badan untuk tampil segak.
“Saya melihat semula persembahan saya dalam konsert mingguan AF2015. Saya sendiri rasa tercabar melihat penampilan dan bentuk badan saya.
“Sempena kehadiran tahun baru, saya berazam untuk menurunkan berat badan. Selain mahu tampil segak, saya mahu menjaga stamina dan kesihatan,” kata Syamel.
Melakukan beberapa aktiviti kecergasan untuk mencapai matlamatnya, Syamel mendorong diri sendiri untuk mengurangkan berat badannya.
“Saya melakukan aktiviti senaman seperti jogging, futsal dan berbasikal. Tiada sesiapa pun yang mendorong saya untuk menguruskan badan, melainkan diri sendiri. Bagi saya, kalau saya tampil lebih segak, ianya menjadi satu bonus buat saya.
“Menyentuh dari segi pemakanan pula, saya akui yang saya boleh mengelakkan pengambilan nasi tetapi saya gemar makanan lain seperti makanan yang bergoreng. Oleh itu, saya harus menjaga pemakanan agar dapat mencapai apa yang saya impikan,” katanya lagi.
Dalam perkembangan terbaru, Syamel tercalon dalam senarai akhir bagi tiga kategori Anugerah MeleTOP Era 2016 (AME 2016). Bakal berlangsung di Pusat Konvensyen CIDB, Kuala Lumpur, bekas finalis AF2015 tersenarai dalam kategori Artis Baru Meletop, Penyanyi Meletop dan Lagu Meletop.
Untuk mengundi, layari laman web www.meletop.com.my atau www.era.fm. Peminat juga boleh mengundi menerusi aplikasi Raku atau undian sistem pesanan ringkas (SMS).
AME 2016 bakal bersiaran secara langsung pada 28 Februari 2016, Ahad, jam 9.00 malam menerusi saluran Astro Ria (104), serta siaran serentak di Ria HD (saluran 123).
Olahan semula: Kamaruddin Razal
Sumber: HLive!

Sumber: astro gempaq

Terima Kasih

JAKEL Alamesra Kota Kinabalu

Asha Lya | Februari 06, 2016 | 6Komen | >
Assalamualaikum



Selamat bercuti semua. Cuti panjang erkk yuhuu bestnya.
Tapi kita tak cuti pun, keja tetap diteruskan maklumla keja sendiri.
# Aku bos # Aku kuli gitula kan, bila2 pun boleh cuti hhahaha.
Alkisahnya tadi pagi ada urusan sikit bersama anak2 buah Lya.
Kononya nak singgah Gudang Aidijuma di Alamesra sekali tutup plak, takkan awal sangat cuti cny adehh so cansel. 



Kita singgah pi Jakel  Alamesra la plak, konon nak tengok kain2 buat tudung tapi 
tak ada plak la yang berkenan. Tak ada kain yang Lya selalu guna untuk buat shawl kebanyakkanya kain jenis yang nipis2 so cansel la juga nak beli. Tengok kain pasang plak sekali nampak banyak kain cotton cantik2 ada sale so ni jak la yang di beli.





Semeter dalam rm9 hinggit. Rembat ni jak la konon nak try buat blaus labuh
Sale sampai 15hb ni macam nak beli lagi hihi bab cantik2 kain cottonnya.
Sekian cerita untuk ari ni.


Wassalam


Terima Kasih

Buah Mangga Manis

Asha Lya | Februari 05, 2016 | 12Komen | >
Assalamualaikum



Rupanya da macam harum manis yang popular tu tak!!!
Ni buah mangga kat belakang umah kakak Lya. 
Kalau tak silap ni spesis mangga manila, rasanya manis sangat.





Rupanya pun cantik





Pokoknya tak terlalu tinggi. 
Mudah di kait. Mangga ni kerap berbuah, 



Wassalam


Terima Kasih

AKIM, STACY SAH SUAMI ISTERI TEPAT JAM 10.15 PAGI

Asha Lya | Februari 05, 2016 | 10Komen | >
Assalamualaikum






Penyanyi Akim Ahmad dan Stacy atau nama sebenarnya Ummu Syaikhah Stacy Anam, sah bergelar suami isteri dengan dua kali lafaz, tepat jam 10.15 pagi Jumaat.

Majlis pernikahan berlangsung di Hotel ShangRiLa, Tanjung Aru, Kota Kinabalu dan dihadiri oleh ahli keluarga dan kenalan rapat kedua-dua mempelai.

Pasangan pengantin dinikahkan oleh Jurunikah Jabatan Negeri Sabah (JAIS), Tuan Haji Matlin Dimin, berwakil walikan abang Stacy, Mohd Adam Hakimi Anam.

Akim telah memberikan mas kahwin sebanyak RM300 dan berserta 7 dulang hantaran kepada Stacy.

Sementara itu pengantin perempuan turut membalas 7 dulang hantaran kepada pihak lelaki.

Turut hadir di majlis pernikahan Akim dan Stacy ialah, penyanyi Hafiz Suip.

Akim dan Stacy bertunang pada 26 September tahun lalu selepas 6 tahun menjalin cinta.

Majlis persandingan Akim dan Stacy akan berlangsung pada malam ini di lokasi sama.

Kepada peminat Akim dan Stacy, jangan lupa untuk menonton Walimatulurus Akim dan Stacy yang disiarkan secara ekslusif di Astro Ria dan Ria HD pada 3 Mac ini, jam 9 malam.

Saksikan video Akim melafazkan akad sebentar tadi:

Sumber : astro gempaq

Terima Kasih

Asha Lya Copyright © 2016. Design by MaiGraphicDesign