Halaman

Riview Majlis Perkahwinan Asha Lya & Md.Faizal : Majlis Kenduri Kawin

Asha Lya | Jun 26, 2014 | 21Komen | >
Assalamualaikum


Sebelum bertambah basi ada kesempatan sikit masa dan ruang Lya nak
up entri berkaitan majlis Lya yang dah beberapa minggu berlalu.
Majlis kenduri kawin Lya diadakan pada 06/06/2014 (Jumaat).
Ada juga majlis merenjis.
 Mari Lya tunjukkan gambar sekitar majlis dijalankan.


Pelamin anganku yang kelihatan sipi-sipi hehe..



Macam peluru..kenal tak.Ini kami panggil " Kelupis"
Makanan wajib masa majlis kawin.Isinya pulut.Sedapppp
makan cicah dengan kuah kari,rendang.


Aktiviti gotong-royong membungkus makanan.Kalau kenduri kami biasa bagi
tapau kat tetamu..Tapau tu kami sebut "Berkat" (sudah dibacakan doa kan).
Tetamu boleh bawa balik makan sama-sama keluarga.Jadi semua dapat merasa.


 Dapur bersepah.Biasalah mana-mana tempat pun kalau
majlis kawin buat kat umah macam nie juga kejadiannya.
Nampak tak bungkusan warna pink dekat dalam basket tu..Hahh itula disebut "Berkat"



Antara tetamu yang datang masa majlis kenduri.



  Daku yang berbaju pink haha..Masa acara menepung tawar

  Emak Lya menepung tawar.Sebenarnya ada 14 orang yang merenjis.
Diiringi bacaan berzanzi.
Lya masukkan gambar emak Lya je.Karang kalau banyak sangat gambar bosan plak 
nak menegoknya kan hehehe.

Selepas majlis kenduri..Aktiviti memukul kompang.
Seronok sesekali berkumpul ramai-ramai macam nie.Meriah majlis
ada paluan kompang.Terasa kemeriahan majlis kawin.



Begitula cara kenduri kat kampung Lya kat Beaufort.
Alhamdulillah semua majlis berjalan dengan lancar.
Tetamu pun ramai yang datang.


Wassalam

Next to be continue.....


Terima Kasih

Kurang Aktif Di Bulan Jun

Asha Lya | Jun 26, 2014 | 9Komen | >
Assalamualaikum



Alhamdulillah masih lagi diberi peluang
menyoretkan sebaris dua baris ayat kat blog kesayangan nie.
Memang Lya akui bulan Jun nie Lya agak kurang aktif di blog.
Kesibukan sebagai wife dan pekerja.
Tak dapat lagi buat aktiviti kat blog macam biasa dek kerana kesibukan.
 Nak update gambar resepsi kawin Lya pun tak menyempat lagi.
Terima kasih yang masih menyokong blog Lya.Sudi singgah cne.
Tak dapat Lya nak balas lagi.





Setiap manusia tak lari dari masalah.
Begitu juga dengan Lya.Tapi alhamdulillah kami dapat
lalui dengan berkat kesabaran dan sokongan dari keluarga.
Allah S.W.T ada sentiasa disisi kita.Insyallah



Wassalam





Terima Kasih

Pasti Di Uji

Asha Lya | Jun 23, 2014 | 17Komen | >
Assalamualaikum


Morning all's..Minggu lepas Lya
terpaksa ambik cuti Jumaat.Ada urusan penting
kat Kampung. Bila dah hidup berumahtangga dan tinggal
plak berjauhan.Cabaran tu terlalu berat rasanya nak pikul.
Seorang isteri perlu ada di sisi suaminya.
Memang akan ada pelbagai ujian di awal perkahwinan.
Tak dinafikan..Hati nie kena tabah,sabar,sabar dan terus sabar.
Mulut kata tak apa tapi hati memang tak boleh nak kata bohong.




Kalau permohonan perpindahan suami masih tak dapat.
Nampaknya Lya la yang akan berkorban berhenti keja
dan pindah ke sana.Sayang dengan nie kerja sebenarnya.
Kalau kat sana tak tahu lagi nak buat apa.
Ermm sabarla wahai hati pasti ada rezki buat kami di sana.Insyallah.



Wassalam


Nota:Mood down

Terima Kasih

Asha Lya Copyright © 2016. Design by MaiGraphicDesign