Halaman

JUS BUAH NAGA DRAGON FRUT JUICE with VANILLA ICECREAM

Asha Lya | Disember 07, 2017 | 2Komen | >
Assalamualaikum




BAHAN-BAHAN :

1 biji buah naga (yang isinya merah)
1 tin air Aiskrim Soda
Susu Pekat - 5-6 sudu
Ais kiub secukupnya
Air sejuk (dari peti ais secukupnya) - Jika jus terlalu pekat

Cara membuatnya:

1. Kupas buah naga dan potong kiub.
2. Masukkan kedalam blender dan kisar bersama ais aiskrim soda, susu pekat dan ais kiub hingga hancur.
3. Tuang ke dalam gelas dan suaikan rasa. Jika jus tersebut terlalu pekat bolehlah di tambah sedikit air. Masukkan juga ais kiub ketika menghidangkannya untuk rasa yang lebih hebat.
4. Tambah aiskrim untuk hidangan yang lebih lazat

Slmt mencuba



Terima Kasih

Mengenai Mascara Yang Perlu Anda Ketahui

Asha Lya | Disember 06, 2017 | 3Komen | >
Hiiii....


Mascara merupakan kosmetik yang berfungsi untuk melentikan bulu mata agar kelihatan cantik. Tidak asing lagi bagi mereka yang gemar bertata rias pasti mascara ini menjadi salah satu kosmetik yang wajib ada dalam koleksi mereka. 


Kosmetik fungsinya untuk membuat bulu mata melentik dan terangkat ke atas.   Selain itu juga untuk menampakkan agar kedua mata terlihat besar bersinar dan indah.  Namun mascara tidak dipakai apabila, bulu mata yang dimiliki sudah lentik dan panjang.


Di Lazada banyak menawarkan pelbagai jenis mascara dengan harga mampu milik dan mengikut kesusuaian anda, antaranya :










Tetapi pemakaian mascara yang terlebih banyak juga boleh mengundang bulu mata dan kelopak mata menjadi rosak. Berikut beberapa tips yang perlu anda tahu mengenai mascara: 


  • Bersihkan mascara sebelum tidur
Sebelum nak melelapkan mata@tidur, sebaiknya wajah harus di bersihkan dari sebarang bedak mahu pun kosmetik. Termasuk juga membersihkan mascara.  Membiarkan tidur dengan bulu mata terbalut mascara boleh menyebabkan kerosakkan pada bulu mata dan iritasi  pada kelopak mata
  • Hindari pemakaian mascara terlalu kerap
Mascara dipakai sebagai pelengkap kecantikan saja. Jangan terlalu kerap digunakan, kerana jika sering dipakai boleh mendatangkan keburukan dan kesihatan kulit dan bulu mata.  Benda ini dipakai hanya untuk acara –acara tertentu saja. Tidak digalakkan dipakai untuk harian.
  • Jangan bertukar mascara dengan teman
Mascara merupakan barang peribadi yang tidak boleh dipinjam –pinjamkan kepada teman. Sebab kosmetik juga diyakini dapat menularkan penyakit penyakit kulit.
  • Simpan di tempat yang kering
Mascara merupakan kosmetik yang berbentuk cecair dan sifatnya mudah kering. Setelah dipakai sebaiknya, ditutup sampai rapat agar tidak cepat kering.  Serta jika tidak dipakai dalam waktu lama, sebaiknya disimpan di tempat kering.


Di harap informasi serba-sedikit mengenai mascara ini dapat membantu anda.

Terima Kasih

RESEPI NONA MANIS KING

Asha Lya | Disember 06, 2017 | 3Komen | >
Assalamualaikum





Bahan A

1 biji telur
1/2 cawan gula halus
1 cawan santan (santan KARA) ~ campur air sikit jadikan 1 cawan
1 cawan tepung gandum
Pukul telur hingga kembang/blender je
Dalam bekas lain, satukan gula, tepung gandum dan santan, kacau rata.
Tuangkan atau campurkan dengan telur dan pukul atau kacau rata.
Bila dah siap ketepikan

Bahan B

1/2 cawan santan pekat ~ KARA
1/2 cawan air pandan ~ ambil 5 helai daun pandan dan kisar bersama 1/2 cawan air. Kemudian tapis
1/4 cawan gula halus
1/4 cawan tepung jagung
secubit garam
sedikit pewarna hijau apple
sedikit emalco pandan (optional)

Ambil 5 helai daun pandan yang sederhana besar dan kisar dalam blender bersama 1/2 cawan air. Kemudian tapis
Satukan air pandan dan santan
Kemudan campurkan dengan gula, tepung jagung, secubit garam, emulco pandan ( optional ) dan sedikit pewarna hijau apple jika warna hijau pandan kurang menyerlah.
Kacau sampai rata dan tidak berbintil-bintil
Kemudian masak dengan api sederhana hingga ia meletup-dikit pekat

* Satukan Adunan bahan A dan juga adunan bahan B
Kacau rata sehingga ia menjadi adunan yang pekat dan licin.
Ketepikan dahulu sementara kita sediakan adunan Putih

Bahan C

1 cawan santan pekat ~ @ 1 kotak santan KARA campur sedikit air untuk dapatkan 1 cawan
1 sudu besar tepung gandum
garam
Satukan semua bahan C, kemuadian masak atas api sederhana sambil sentiasa di kacau hingga ia pekat
Tunggu dia suam sikit dan masukkan dalam piping bag atau bag plastik ( bahagian hujung bag plastik )
Sementara itu kita panaskan dahulu kukusan hingga airnya mendidih
Balut tutup kukusan dengan kain supaya air pada tutup kukusan tidak menitis pada kuih.
**ni cara saya guna loyang**
Sediakan acuan loyang 6 inci, oleskan acuan loyang dengan minyak.

Tuangkan adunan hijau (hbiskan)dalam acuan loyang
Kemudian paipkan adunan putih di tengah-tengah adunan hijau hingga hbis
Kukus selama 15 - 20minit


**sejukkn dulu br terbalikkn di atas plastik(senang nk terbalikkn semula)
**adunan ni utk satu loyang 6 inci....saya hbiskan semua adunan hijau dan putih
**sblum potong sejukkn dulu dlm peti ais ya...supaya bhgian putih tu tak lembik bila di potong


Terima Kasih

Asha Lya Copyright © 2016. Design by MaiGraphicDesign