Halaman

Baru Tiga Hari Tayangan, Dilwale Raih Kutipan Luar Biasa

Asha Lya | Disember 23, 2015 | 9Komen | >
Assalamualaikum





Filem Dilwale lakonan pasangan ideal Bollywood, Shah Rukh Khan dan Kajol berjaya meraih kutipan sebanyak RM64 juta di seluruh dunia selepas tiga hari ditayangkan.
Diarahkan oleh Rohit Shetty, filem ini berjaya mengatasi Bajirao Mastani yang turut menemui peminat pada hari yang sama Dilwale ditayangkan.
Dilwale berjaya memperolehi RM14 juta di hari pertama tayangan dan kutipan sebanyak RM13 juta masuk hari kedua. Lebih mengejutkan, kutipan tertinggi dicatatkan pada hari ketiga dengan jumlah RM16 juta hanya di India sahaja.
Sementara kutipan di luar negara, Dilwale berjaya mengutip hampir RM36.5 juta diseluruh dunia dan bakal meningkat dalam masa seminggu tayangan.
Peminat pastinya merindui gandingan semula Shah Rukh Khan dan Kajol selepas kali terakhir mereka bersama menerusi filem ‘My Name Is Khan’ lima tahun yang lalu.
Kejayaan Dilwale juga turut dibantu dengan strategi pemasaran selain kesediaan Shah Rukh Khan yang turut serta ‘turun padang’ mempromosikan filem ini di setiap negeri dalam India.
Malah tidak terlepas di beberapa buah negara yang menjadi tumpuan peminat filem-filem Bollywood seperti United Kingdom dan Emiriah Arab Bersatu.
Olahan Semula: Khalid Rahman
Sumber: Indian Express, First Post

Sumber : Astro Gempaq

Terima Kasih

9 ulasan:

  1. saya tak g tengok lagi.
    kawan opis dah tengok, best sangat katanya..
    siap repeat tengok di wayang..huhuhu

    BalasPadam
  2. X sempat lagi nak tengok... Wargh!!!

    BalasPadam
  3. pasti best..lagipun dah lama hindustan tak keluarkan movie best2 cam gini kan..

    BalasPadam
  4. Memang meronta-ronta jiwa ni nak tengok filem ni tau.hari2 layan video2 kat Ig je..tengok proses pengambaran diaorang , tengok video2 sekerat lagu janam janam tu..ehheh

    BalasPadam
  5. sya x tgok lg. dgr nya kwn sya nangis2 kat wayang. mcm best

    BalasPadam
  6. teringin mau p tgk filem ni, baru dengar lagu dia ja pun syok..

    BalasPadam
  7. dasyat sangat filem sampai ramai yg dok up status

    BalasPadam
  8. kat kota kinabalu sabah tiada wayang ni kan lya T_T
    kalau ada, nak juga pergi tengok :D

    BalasPadam
  9. kan !!! sibuk diperkatakan...

    cerita yang memula dulu best.. kesinambungan dia pulak ...? hurmhhh

    BalasPadam

...Terima Kasih Komen Ikhlas Anda...
...Komen Anda Semua Sangat Dihargai...
....Kalau sudi jemput la datang selalu...

Asha Lya Copyright © 2016. Design by MaiGraphicDesign