Halaman

Debaran AJL30 berakhir

Asha Lya | Disember 07, 2015 | 5Komen | >
Assalamualaikum






ANTARA penyanyi layak ke AJL30, wakil Drama Band (dari kiri), Dayang Nurfaizah, Caliph Buskers, Elizabeth Tan, Hazama, dan Tomok mewakili Faizal Tahir. FOTO Georgie Joseph


Oleh Georgie Joseph 
georgie@hmetro.com.my
SHAH ALAM: Penantian lagu-lagu yang layak ke Anugerah Juara Lagu 30 (AJL30) berakhir selepas 12 lagu diumumkan mara pada Muzik Muzik 30 minggu ketiga, di Plaza Alam Sentral, di sini, malam tadi.
Ini termasuk Sampai Mati (Hazama), Potret (Akim & The Magistret), Assalamualaikum (Faizal Tahir), Biarkanlah (Drama Band), Hanya Namamu (Caliph Buskers) dan Knock Knock (Elizabeth Tan).
Turut terpilih adalah lagu Malam Ini Kita Punya (Bunkface), Angin Kencang (Noh Salleh), Bukan Hal Aku (Kaka Azraff & Aliff), Mana Mungkin (Black), Not For Sale (Stacy), dan Tak Pernah Menyerah (Dayang Nurfaizah).
Pada minggu ketiga, sembilan lagu dipertandingkan iaitu Assalamualaikum nyanyian Faizal Tahir, Dikoyak Waktu (Ronnie Hussein), Selalu Ada (Amir Jahari), Tak Pernah Menyerah (Dayang Nurfaizah), Al Nura Yang 5 dan 6 (Mawi, Hazama, feat Dali Filsuf, Siapa Diriku (Ayda Jebat), Kau Tercipta (Lah Ahmad), Nyawaku (Azmil) dan Linangan Terakhir (Forteen).
Terdahulu, pada minggu pertama, lagu Sampai Mati ciptaan Omar K dan Audi Mok, lirik oleh Omar K nyanyian Hazama dinobatkan lagu terbaik.
Lagu terbaik minggu kedua pula adalah Potret ciptaan Hang Nadim, lirik oleh Kamar Empayar dinyanyikan Akim & The Magistret.
Antara juri-juri bertanggungjawab menilai lagu-lagu yang layak ke pentas AJL30 nanti adalah Azmeer, Helen Yap, Edrie Hashim, Jennifer Thompson, Loque, Taja, dan Datuk Mokhzani Ismail selaku ketua juri.
AJL30 dijadualkan berlangsung pada 24 Januari 2016.
Artikel ini disiarkan pada : 
Ahad, 6 Disember 2015 @ 11:24 PM

Sumber Harian Metro


Terima Kasih

5 ulasan:

  1. persaingan yang sengit.. semuanya hebat..

    BalasPadam
  2. Akim dan stacy...wah best2..semalam sempat tgk aida jebat..sebab baru blik

    BalasPadam
  3. akim semakin maju...hazama juga...hihi...
    hafiz dah tenggelam

    BalasPadam

...Terima Kasih Komen Ikhlas Anda...
...Komen Anda Semua Sangat Dihargai...
....Kalau sudi jemput la datang selalu...

Asha Lya Copyright © 2016. Design by MaiGraphicDesign