Halaman

Mama O Drama Papar Cabaran Wanita Bekerjaya Berkeluarga 6 jam lalu

Asha Lya | Disember 30, 2015 | 3Komen | >
Assalamualaikum






Tangisan,  gelak ketawa dan drama merupakan cabaran harian yang terpaksa dilalui pengacara yang cukup sinonim dengan program 3R, Kartini Ariffin.

Setelah bertahun mengukir nama dalam pelbagai industri sebagai seorang penulis skrip, penerbit, pengarah, pakar pendidikan, pengacara TV dan radio, Kartini atau lebih dikenali sebagai Tini juga bangga dengan gelaran lain, iaitu seorang isteri dan Mama kepada dua orang anak kecil.

Mama O Drama memberi gambaran bagaimana Tini mencari keseimbangan terbaik dalam kerjaya dan keluarga, termasuklah drama-drama yang terpaksa diharunginya dari hari ke hari. 

Setiap episod akan memaparkan drama kehidupan yang dilalui Tini sekeluarga, melalui suatu pementasan vlog dan rakaman unik sekaligus memberi peluang kepada para penonton mengenali Mama bekerjaya ini dengan lebih dekat.

Pastikan anda ikuti perjalanan kehidupan Mama berkerjaya ini dalam Mama O Drama.

“1 MAMA BERKERJAYA + 1 SUAMI TERSAYANG + 2 ANAK = CUKUPLAH!”
Sila rujuk www.feefo.tv/mamaodrama atau layari saluran media sosial yang berikut untuk maklumat terkini:

Facebook: FEEFO.TV
Twitter: @OfficialFEEFOTV
Instagram: @FEEFO.TV
Youtube: FEEFO.TV
Hashtag: #mamaodrama #feefotv

Sumber: astro gempaq

Terima Kasih

3 ulasan:

...Terima Kasih Komen Ikhlas Anda...
...Komen Anda Semua Sangat Dihargai...
....Kalau sudi jemput la datang selalu...

Asha Lya Copyright © 2016. Design by MaiGraphicDesign