Halaman

Suka Senyum Dan Selfie Rahsia Siti Kekal Anggun

Asha Lya | Mei 04, 2017 | 2Komen | >
Assalamualaikum







Penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin mendedahkan rahsia kekal anggun pada usia 38 tahun kerana dia tidak lokek senyum.

Menurut Siti, dia bertuah kerana dikelilingi oleh individu yang sentiasa membuatkan dia kekal ceria dan gembira.

"Saya bersyukur dikelilingi oleh insan positif. Apabila positif saya selalu tersenyum, jadi kita akan sentiasa nampak manis dan anggun.

"Tambah pula, apabila bekerjasama dengan Vivo gambar-gambar saya bertambah anggun sebab saya tak perlu risau untuk menggunakan filter banyak kali memandangkan ada fungsi Face Beauty," dedah Siti.

Penyanyi lagu Jelmakan Ayumu itu ditemui pada majlis pelancaran telefon pintar Vivo V5s di Berjaya Times Square semalam.

Siti dilantik sebagai duta kepada telefon pintar edisi terbaharu itu.

Jelasnya sebagai pengguna Vivo V5s, Siti berpuas hati dengan fungsi kamera hadapan 20 megapiksel yang memberikan efek swafoto cantik tanpa perlu menggunakan aplikasi lain.

Vivo V5s hadir dalam tiga pilihan warna iaitu matte black, gold dan rose gold.

Pra-tempahan dibuka dari 3 Mei 2017 dengan harga jualan RM1,299 sebelum berada di pasaran secara rasmi pada 10 Mei nanti.

Teks oleh: Amri Hassan

Sumber: astro gempak

Terima Kasih

2 ulasan:

...Terima Kasih Komen Ikhlas Anda...
...Komen Anda Semua Sangat Dihargai...
....Kalau sudi jemput la datang selalu...

Asha Lya Copyright © 2016. Design by MaiGraphicDesign