Halaman

'Potong Ala Boy Cut Paling Pendek Sepanjang Hidup Saya' - Janna Nick Korban Rambut Demi Coffee Prince

Asha Lya | Ogos 02, 2017 | 3Komen | >
Assalamualaikum





Aktres Janna Nick mengorbankan rambutnya demi tuntutan watak yang bakal dijayakan dalam drama bersiri Coffee Prince.

"Saya memang sudah bersedia untuk memotong rambut pendek ala 'boy cut' demi tuntutan watak dalam drama bersiri Coffee Prince versi Malaysia. Hasilnya sangat berbeza berbanding potongan rambut sebelum ini.

"Ini merupakan potongan ala 'boy cut' yang paling pendek pernah saya lakukan sepanjang hidup saya. Sebelum ini memang saya sering memotong rambut pendek, sependek ini pun ada, tetapi potongan tersebut masih menonjolkan ciri-ciri comel serta menyelitkan sisi kewanitaan.




"Karakter dalam drama bersiri Coffee Prince memerlukan saya untuk menjayakan watak seorang wanita yang menyamar sebagai lelaki, jadi potongan seperti ini harus saya lakukan," kata Janna kepada Astro Gempak.

Tambah Janna, dia melakukan gaya rambut berbeza kerana mahu memberikan warna berlainan kepada setiap watak yang dijayakan.

"Biar pun sering tampil dengan rambut pendek, tetapi saya tetap harus memastikan yang setiap gaya rambut pendek itu mempunyai perbezaan.





"Saya tidak mahu gaya rambut yang sama. Saya mengutamakan perbezaan pada setiap gaya rambut agar penonton sendiri merasakan kelainan watak yang saya hidupkan," katanya lagi.

Janna bakal memasuki set penggambaran Coffee Prince versi Malaysia bermula 3 Ogos.

Drama bersiri yang mendapat hasil sentuhan sutradara Michael Ang ini bakal ditayangkan pada November ini.

Teks oleh: Kamaruddin Razal

Sumber: astro gempak






Terima Kasih

3 ulasan:

...Terima Kasih Komen Ikhlas Anda...
...Komen Anda Semua Sangat Dihargai...
....Kalau sudi jemput la datang selalu...

Asha Lya Copyright © 2016. Design by MaiGraphicDesign