Assalamualaikum
Lya nak kongsikan sedikit
berkenaan keyword kat blog Lya nie.
Ada ke yang masih tercari-cari cara nak
submid borang permohonan nikah.Meh Lya kongsikan
sikit pengalaman Lya urus nie semua kot-kot berguna kan nak jadikan rujukan.
Especially yang duk kat Sabah.Kat tempat
lain mungkin lebih kurang je kali kan.Borang Lya Alhamdulillah
dah submid dah.
1.Sebelum nikah mestilah nak ada borangnya kan
Lya beli kat Wisma MUIS Kota Kinbaalu.Kat daerah Sabah ni mana-mana
pun sama je borang nya harga RM5.00
2.Dah isi semua cari 2 orang saksi lepas tu Lya pi buat test HIV/Talasemia
Lya buat kat Klinik Sihat Putatan (bersebelahan dengan kilang Gardenia)
Ujian free je tak sampai 10 minit dah dapat result.
Untuk test ni kaunter buka Isnin-Khamis (2pm-5pm)
3.Oleh kerana Lya tak ada Bapa..guna wali Abang.Untuk
yang guna wali hakim Lya kurang pasti tu kena
tanya kat JHEAINS. So wali kena buat surat akaun sumpah nie.
Lya beli kat kedai photocopy.Draff siap-siap
bagi kat tukang taip.Dah ok jangan lupa buat 2 salinan.
Lagi satu nak kena beli setem hasil RM10 lekat kat
borang akuan tu.Wali bawa borang ni pergi kat pejabat daerah
cakap nak cop untuk akuan sumpah jadi wali.ok je tu
4.Pasangan Lya kerja kat Sandakan..so dia wajib minta
borang nikah luar daerah.Karang tak pasal-pasal borang korang kena rejek.
Bila tak lengkap.Kena lengkapkan dulu borang lelaki baru
pihak perempuan boleh submid permohonan.
Borang lelaki:
-Borang nikah
- salinan ic pemohon (sekeping)
-salinan saksi (2 orang sekeping2)
-Borang permohonan nikah luar daerah
-Borang Test HIV
-Sijil kursus kawin (salinan & original)
-Surat akuan bujang (dari majikan or Ketua Kampung)
5.Dah lengkap semua so submid la kat pejabat JHEAINS
daerah tempat korang nak nikah.Urusan Imam untuk nikah
korang kena gak inform imam daerah memasing.Nanti tak la
kelam kabut.
Borang perempuan:
-Borang nikah
-salinan ic pemohon (2 keping)
-salinan wali (2 keping)
-surat akuan (untuk yang tak ada bapa kandung)
-salinan ic saksi (2 orang sekeping2)
-Borang Test HIV
-Sijil kursus kawin (salinan & original)
-Surat akuan bujang (dari majikan or Ketua Kampung)
Nota: Sebelum hantar borang kat JHEAINS lagi elok korang
buat sport cek berkali-kali.Banyak kali pun tak apa.Yela
takut ada yang tekurang kan nanti.Harap dapat membantu walaupun tak banyak.
Dari pengalaman Lya sendiri.
Wassalam
Terima Kasih