Halaman

Shanghai Fridge Magnet Giveaway By Jari Manis & Scdha Sein Travel

Asha Lya | November 30, 2016 | 7Komen | >
Assalamualaikum
Di kelapangan ini jom kita sertai segmen mudah dari blogger Sis Jari Manis.


Klik banner


Tag: cikla

Wassalam

Terima Kasih

10 Khasiat dan Kebaikan Chia Seed

Asha Lya | November 30, 2016 | 5Komen | >
Assalamualaikum




10 Khasiat dan Kebaikan Chia Seed Untuk Diet Harian kita. Salvia Hispanica, atau yang lebih dikenali lagi sebagai biji chia atau chia seed, merupakan  sejenis tumbuhan berbunga yang tergolong dalam keluarga pudina dan berasal daripada Mexico dan Guatemala.










ini dia 10 khasiat penting dan kebaikan yang terkandung di dalam Chia Seed
1. Dapat Melawan Diabetes
Chia Seed telah dikaji oleh pakar perubtan, ianya telah menjadi sebagai  salah satu rawatan semula jadi yang amat berpotensi untuk para pesakit diabetes tahap 2, kerana keupayaannya  untuk memperlahankan penghadaman. Lapisan agar-agar biji chia seed yang terbentuk apabila terdedah kepada cecair boleh juga mencegah pancang gula darah.
2. Mengandungi Serat yang banyak
Dengan hanya mengambil 28 gram atau satu auns dalam setiap hidangan chia seed, ianya mempunyai 11 gram serat pemakanan, seumpama kira-kira satu pertiga daripada pengambilan serat harian yang telah disyorkan untuk orang dewasa. Menambahkan beberapa chia seed dalam menu diet harian anda adalah merupakan salah satu cara yang mudah untuk memastikan anda memperolehi jumlah fibre yang baik. Dimana ianya amat  penting untuk sistem penghadaman.
3. Mengekalkan Kekuatan Gusi dan Tulang
Satu hidangan biji chia seed dalam diet menu harian mempunyai 18 peratus daripada pengambilan harian yang telah disyorkan untuk kalsium, yang dimana ianya berfungsi untuk mengekalkan tahap kesihatan gigi,  tulang, dan dapat mencegah osteoporosis.
4. Mempunyai Mangan
Manganese (Mangan) bukanlah nutrien mineral yang terkenal, tetapi ianya adalah amat penting untuk kesihatan manusia. Mangan amat baik untuk tulang dan dapat membantu badan kita untuk menggunakan nutrien lain seperti Biotin dan thiamin. Dalam pengambilan Satu hidangan biji chia seed (28 gram) mempunyai kandungan sebanyak 30 peratus seperti yang telah disyorkan untuk mineral ini.
 5Lebih Bnayak Fosforus
Dengan mempunyai 27 peratus daripada nilai yang perlu ada untuk fosforus, biji chia seed juga turut membantu anda supaya dapat mengekalkan tulang dan gigi yang sihatdan kuat. Fosforus juga amat penting untuk mensynthesizekan protein (pertumbuhan dan untuk pembaikan) sel serta tisu tubuh badan kita.
6. Kaya Dengan Protein
Biji Chia seed juga adalah merupakan salah satu sumber protein bagi golongan vegetarian dan ianya  tidak mempunyai sebarang kolesterol. Dalam satu 28 gram hidangan biji Chia Seed yang diambil adalah mempunyai 4.4 gram protein di dalamnya.
 7.  Dapat Menstabilkan Gula dalam Darah
Pengambilan biji chia seed juga amat berkesan untuk menstabilkan gula dalam darah kita disamping dapat melawan rintangan bagi insulin yang telah terikat dalam peningkatan pada lemak perut (belly fat). Rintangan yang  jenis ini adalah amat berbahaya bagi kesihatan diri kita secara keseluruhanya.
 8. Mudah  Berasa Kenyang
Tryptophan adalah merupakan satu sejenis asid amino yang telah ditemui pada ayam belanda. Ianya juga turut ditemui dalam biji Chia Seed. Walaupun tryptophan akan memberikan  kesan mengantuk selepas makan, namun ianya juga amat berpotensi untuk membantu mengawal selera makan anda (mudah berasa kenyang), memberikan tidur yang selesa dan membantu untuk meningkatkan mood anda seharian.
9. Dapat Meningkatkan Kesihatan Jantung
Kajian daripada Klinik Cleveland turut menyatakan bahawa biji chia seed telah sememangnya terbukti dalam meningkatkan tekanan darah untuk para pesakit kencing manis. Ianya juga boleh meningkatkan kolesterol sihat untuk tubuh dan pada masa yang sama dapat mengurangkan jumlah kolesterol, LDL dan juga trigliserida.
10. Penuh dan kaya dengan Omega-3 
Biji Chia Seed adalah penuh dan kaya dengan asid lemak omega-3, dengan mempunyai hampir 5 gram dalam setiap hidangan satu aunsnya. Lemak adalah amat penting untuk kesihatan otak anda.
Banyaknya khasiat, manfaat dan kebaikan yang terkandung dalam Biji Chia Seed ini, bagi yang berdiet bolehlah amalkan pengambilan biji chia seed ini.

Sumber: sini

Terima Kasih

Sambut Ulangtahun Pertama, Yonder Music Anugerahkan Siti Nurhaliza Plak ‘Hear Forever’

Asha Lya | November 30, 2016 | 4Komen | >
Assalamualaikum





Bersempena dengan sambutan ulangtahun pertama Yonder Music, penyanyi tersohor negara, Datuk Siti Nurhaliza menerima plak eksklusif 'Hear Forever'.

“Pihak Yonder telah menganugerahkan plak tersebut sebagai penghargaan untuk Siti sempena sambutan ulangtahun pertama kami.

“Selain menjadi duta Yonder, Siti banyak membantu dan menyokong Yonder dari awal penubuhan Yonder sehingga kini.

“Sebagai hadiah ulangtahun kepada peminat dan pengguna Yonder, konsert Datuk Siti Nurhaliza & Friends yang berlangsung di Stadium Negara pada April lalu akan disiarkan di Astro Ria pada 11 Disember ini,” kata Adam Kidron selaku Ketua Pegawai Eksekutif Yonder Music.

Menganggap tahun 2016 sebagai tahun yang baik untuk mereka memulakan perjalanan muzik, Yonder menjanjikan sesuatu yang lebih mengasyikkan pada tahun 2017.

“Buat pengguna setia Yonder, kami sangat berterima kasih atas sokongan yang diberikan. Tahun 2017 bakal menjadi sebuah tahun yang sangat mengujakan buat kami dan semua pengguna setia Yonder.

“Kami bakal melancarkan Yonder 2.0 yang lebih memudahkan pengguna. Selain itu, pelbagai kejutan turut menanti pengguna Yonder dan kami berharap agar semua pengguna setia menantikan kami,” katanya lagi.

Teks oleh: Kamaruddin Razal


Terima Kasih

Jeruk rumpai Laut @ Collogen

Asha Lya | November 29, 2016 | 6Komen | >
Assalamualaikum

Rumpai laut yang dianggap 'ibu kolegen' mentah kini semakin popular dan ramai khususnya wanita mengambilnya untuk dijadikan makanan tambahan bagi menjaga kesihatan serta kecantikan. 
Khazanah laut pelbagai warna seperti hijau, merah, hijau biru dan perang ini boleh dimakan secara mentah, dimasak atau dikeringkan. 


INFO: Khasiat rumpai laut untuk kecantikan dan kesihatan

Kesihatan
• Terkenal sebagai ejen kecantikan kulit semula jadi.
• Menjadikan kulit lebih putih dan tegang.
• Melancarkan kitaran darah.
• Melicin dan menegangkan kulit dan payudara ( anti penuaan)
• Melambatkan proses penuaan dan melangsingkan badan.
• Mengekalkan kelembapan dan menganjalkan kulit.
• Menaikkan tekstur kulit dan seri wajah.
• Mengurangkan pembentukkan selulit.
• Menguatkan akar rambut dan menjadikan rambut sihat dan bersinar

Kecantikan
• Menambah baik dan meningkatkan tahap kesihatan sendi tulang.
• Meningkatkan nafsu dan daya keintiman
• Iodine yang ada di dalamnya mampu memperbaiki fungsi kelenjar thyroid sekaligus mencegah masalah Goiter iaitu kelenjar Thyroid membengkak.
• Membantu mengurangkan kolestorel dalam badan.
• Membantu dan merawat penyakit gastrik.






Selepas di bersihkan





Suda di jeruk


Kebiasaan di buat jeruk, campur dengan mangga muda, hirisan bawang holland, cili padi n perahan limau kasturi perhh memang sedap.
Di makan bersama nasi atau di buat kudapan pun sedap juga.




Wassalam

Terima Kasih

ISTERIKU SI KALUT

Asha Lya | November 28, 2016 | 10Komen | >
Assalamualaikum


ISTERIKU SI KALUT
No. ISBN:- 978-967-0874-40-1
Jumlah muka surat:- 504
Harga Runcit:- S/M: RM22, S/S: RM25
Harga Ahli:- S/M: RM18, S/S: RM21
Sinopsis:-
Ammar Adwan, duda hot yang menjadi kegilaan ramai itu sebenarnya seorang ‘ayah ekspres’ tanpa perkahwinan! Dia rela menelan segala tuduhan dan cemuhan masyarakat demi sebuah amanah. Nasha Athierah, gadis manis yang naif dan cemerkap. Naifnya Nasha Athierah sering menggugat kesabaran Ammar Adwan. Tetapi kerana naif dan polosnya Nasha Athierah, hati Ammar Adwan terpaut dengan cinta.
Kemunculan Megat Adney yang berkawan rapat dengan Nasha Athierah, menggugat hati Ammar Adwan. Apa yang Ammar Adwan tidak tahu, Megat Adney sebenarnya pengintip upahan! Apakah status sebenar Erina Casandra, anak si duda hot itu? Mampukah Megat Adney melupakan kasih yang telah bertunas untuk Nasha Athierah setelah misinya sebagai pengintip upahan selesai? Berjayakah Ammar Adwan memiliki Nasha Athierah, si naif dan cemerkap itu? “Si dia yang kucari untuk melengkapi diri, ruparupanya ada di depan mata!”


Terima Kasih

Finalis Anugerah Juara Lagu 31 (AJL 31)

Asha Lya | November 26, 2016 | 4Komen | >
Assalamualaikum



Sebanyak 12 buah lagu telah diumumkan layak ke Anugerah Juara Lagu 31 setelah berentap di pentas Separuh Akhir Muzik Muzik 31. Kesemua lagu Separuh Akhir Muzik Muzik 31 dinilai oleh barisan juri professional iaitu Johan Nawawi, Habsah Hassan, Azlan Abu Hassan, Edrie Hashim, Yassin Sulaiman, AG Coco dan Azlan Typewriter dan Datuk Ramli MS selaku ketua juri. Anugerah muzik berprestij, Anugerah Juara Lagu (AJL) buat kali ke-31 dijadualkan berlangsung pada 22 Januari 2017 di TV3. Info lanjut akan diberitahu kelak. 

SENARAI FINALIS ANUGERAH JUARA LAGU (AJL 31)
1. DAYANG NURFAIZAH - LELAKI TERAGUNG
2. SUFIAN SUHAIMI - TERAKHIR
3. PROJECTOR BAND - SUDAH KU TAHU
4. SHILA AMZAH & ALIF SATAR - SELAMANYA CINTA
5. MISHA OMAR & HAFIZ SUIP - TERIMAKU SEADANYA
6. AIMAN TINO - KU RELA DIBENCI
7. HAZAMA - DI AMARAN MAMA
8. AKIM & THE MAJISTRET - OBSES
9. ELIZABETH TAN feat AWI RAFAEL - SETIA
10. SYAMSUL YUSOF feat MAWI - KALAH DALAM MENANG
11. KHALIFAH - HANG PI MANA
12. BLACK - ANUGERAH TERINDAH

Terima Kasih

Info Jenis Mesin

Asha Lya | November 24, 2016 | 8Komen | >
Assalamualaikum






🔖Meh nak explain..Mungkin ada diantara anda yang memandang mudah dan telah faham jenis mesin anda gunakan. Tapi ada sesetengah pula masih tidak tahu jenis mesin ape kah yang mereka guna. Lantas menjadi masalah dalam memilih tapak yang sesuai. Kadang2 ada yang sampai tersilap beli tapak mesin sebab tidak tahu mesin apa yang digunakan sendiri.

 
📌📌📌 MESIN DOMESTIK
✅Juga dikenali sebagai mesin lama/ mesin kaki dan mesin biasa. Mesin ni terdapat dalam dua jenis iaitu jenis kepala hitam dan putih . Mesin kepala hitam biasanhya hanya memiliki satu jenis jahitan sahaja iaitu jahitan lurus. Oleh yang demikan mesin ini tidak sesuai menggunakan tapak yang menggunakan jahitan bercorak seperti jahitan tepi, sembat dan sebagainya. Namun begitu mesin ini boleh digunakan untuk menjahit sulam goyang dengan cara yang betul. 
✅ Mesin kepala putih pula jenis yang agak moden sikit. Terdapat beberapa corak sulam halus dan boleh menjahit corak lubang butang . Mesin ini samada menggunakan pedal elektrik bagi yang dah upgrade atau masih menggunakan goyang kaki .
✅ Mesin domestik biasanya adalah terdiri dari jenis tapak "low shank" . Tetapi ada juga dari jenis "Slant Shank". Namun bagi jenis low shank , anda boleh menggunakan adapter atau penyambung tapak jenis LOW SHANK jika ingin menggunakan tapak lekap (snap on ) 


📌📌📌 MESIN MUDAHALIH / PORTABLE 
✅ Mesin portable ni adalah jenis yang mudah dibawa kemana2. Ada yang jenis mini dan biasa. Akan tetapi mesin jenis mini agak kurang tahan kerana lebih ringan dan tu sebab harganya jauh lebih murah . Mesin2 "portable" ni sangat mudah difahami dan diuruskan. Juga terdapat dalam pelbagai fungsi  Walaubagaimanapun mesin portable ni agak kurang lasak berbanding mesin industri dan perlu cermat dalam penggunaan. 
✅ Mesin jenis ini pula terdapat dalam beberapa jenis tapak iaitu snap on, low shank dan slant shank. Kebiasaan untuk model2 baru menggunakan tapak snap on . Manakala untuk model lama seperti singer masih ada yang menggunakan tapak jenis slant shank. Namun tapak jenis slant shank memang sukar diperolehi kerana mesin tersebut adalah model lama. 
✅  Tapak jenis snap on memang senang diperolehi . Namun tapak  jenis snap on ni juga masih boleh menggunakan tapak bertiang rendah ( low  shank) jika tiada adapter tersebut dengan hanya memulas skru jika ingin menukar tapak


📌📌📌MESIN INDUSTRI/ JAHIT LURUS / HIGHSPEED
✅Mesin ini biasa digunakan oleh kilang mahupun butik2 atau mereka yang menjahit banyak. Mesin ini sangat berat dan mempunyai kelajuan yang tinggi. Namun mesin ini hanya boleh jahit lurus sahaja ye. Jadi nak jahit zigzag ke, jahit sembat atau mengunakan jahitan bercorak sama sekali tidak boleh. Harap jangan tersalah faham dan ingin tapak yang guna untuk jahit sembat dan sebagainya ye
✅Mesin industri mempunyai tiang tapak yang tinggi atau dikenali sebagai "HIGH SHANK" . Namun mesin ini masih boleh menggunakan tapak jenis snap on portable jika menggunakan adapter "High Shank" . Cuma tapak yang menggunakan jahitan lurus sahaja ye. 


❤❤❤Diharap selepas ni ramai yang akan lebih memahami jenis mesin yang anda gunakan. Semoga tips kali ni sangat jelas dan berguna untuk kemudahan anda..



Wassalam

Terima Kasih

Tujuh Tahun Jadi Upin & Ipin, Asyiela Putri Tak Pernah Rasa Bosan

Asha Lya | November 24, 2016 | 9Komen | >
Assalamualaikum






Biarpun sudah hampir tujuh tahun menjadi suara latar kartun animasi popular Upin & Ipin, Asyiela Putri, 16, akui tidak pernah timbul rasa bosan.

Sebaliknya dia menyifatkan karakter itu sudah sebati dengan dirinya walaupun usianya kini sudah semakin menginjak remaja.

“Tak pernah pula saya rasa bosan bawa watak ini sebaliknya saya lebih seronok kerana Upin & Ipin ini sudah seperti sebahagian diri saya.

“Sejak usia 10 tahun saya dah ‘jadi’ mereka, rasanya memang tak ada timbul rasa bosan cuma tak dinafikan kadang-kadang sedikit penat sebab saya masih bersekolah,” katanya kepada Astro Gempak.

Asyiela ditemui ketika majlis pelancaran saluran Upin&Ipin bersama kawan-kawan di Astro First bertempat di The Royale Chulan, Kuala Lumpur pada Selasa.

Dalam pada itu, berbicara mengenai pengalihan suara, Asyiela memberitahu dia perlu menjiwai skrip yang diberikan untuk mendapatkan mood yang betul.

“Ya memang orang yang tak nampak reaksi muka ingatkan kerja itu mudah, tapi sebenarnya tidak seperti yang disangka kerana perlu bermain dengan intonasi suara.

“Bagi saya bahagian yang sedikit sukar adalah apabila kena menangis, saya kena tukar mood untuk jadi sedih.

“Sebab biasanya Upin, Ipin terkenal denagn sikapnya yang ceria jadi bila kena jadi sedih rasa sukar sikitlah. Tapi Alhamdulillah, saya berjaya lakukan dengan tunjuk ajar pelakon-pelakon lain,” ujarnya.

Saluran Upin & Ipin Bersama Kawan-Kawan akan mula bersiaran secara eksklusif di Astro First (saluran 480) mulai 1 Disember depan dengan hanya RM 15.90 (termasuk GST).

Saluran istimewa ini akan disiarkan secara berterusan selama tiga hari atau 72 jam dari waktu pembelian.


Teks oleh: Mya Amri


Sumber:astrogempak

Terima Kasih

AKU BUKAN CIPAN

Asha Lya | November 23, 2016 | 3Komen | >
Assalamualaikum



AKU BUKAN CIPAN
No. ISBN:- 978-967-0874-41-8
Jumlah muka surat:- 400
Harga Runcit:- S/M: RM20, S/S: RM23
Harga Ahli:- S/M: RM16, S/S: RM19
Sinopsis:-
AKU BUKAN CIPAN memaparkan kisah hidup Amit yang penuh dengan dugaan dan cabaran. Berlatarbelakangkan era lapan puluhan dan muzik rock masih bermaharajalela di bumi Malaysia. Dilahirkan sebagai anak kepada seorang yang dituduh sebagai penagih dadah, hidupnya dipulaukan setelah kematian ibu, dan ‘hilangnya’ seorang ayah. Amit terpaksa berdikari dan hidup sendiri seawal umurnya lima belas tahun.
Sepanjang hidupnya, pelbagai ragam manusia yang dijumpainya. Daripada sejahat-jahat Parjo dan Cikgu Hamidon, sehinggalah sesengal Jimi and the gang yang sentiasa membuatnya tidak kering gusi. Kisah cintanya dengan Shima juga penuh dramatik. Daripada kekecewaan akibat Shima dinikahkan dengan lelaki lain, mereka bertemu dalam situasi yang tak disangkasangka. Satu per satu rahsia hidup Amit terungkai selepas pertemuannya dengan Papa Rock. Apakah rahsia hidup Amit itu? Apa kaitan Papa Rock dengan Amit?
“Weh, aku ni siapa?!”.”
*P/S : Kalau nak rasa sakit perut gelak bergolek-golek, cubalah baca AKU BUKAN CIPAN. Kelakar habis tau!

Terima Kasih

Jihan Muse Gementar Pertama Kali Jadi Juri

Asha Lya | November 21, 2016 | 5Komen | >
Assalamualaikum






Pelawak Jihan Muse akui gementar dijemput untuk menjadi juri Lawak Solo.

Jihan atau nama sebenarnya Nuur Jihan Musa 33, berkata, ia merupakan satu pencapaian terbaru dalam hidupnya apabila telah dipilih menjadi juri dalam rancangan tersebut.

"Saya rasa ini juga merupakan satu tanda ukur untuk kerjaya seni saya apabila dipanggil untuk menjadi juri  walaupun sebagai juri jemutan  untuk lawak solo.

"Ini merupakan pertama kali saya dipanggil sebagai juri dan ianya merupakan pengalaman baru dalam hidup saya .

"Sebenarnya pada awalnya saya agak gementar untuk memberi komen kepada para peserta namun saya harus melakukannya supaya mereka dapat memperbaiki mutu persembahan pada masa akan datang," katanya kepada Astro Gempak.

Tambah Jihan, malam ini merupakan satu sejarah dalam hidupnya apabila berjaya mencapai sedikit demi sedikit kejayaan sehingga boleh menjadi seorang juri.

Jihan telah dijemput sebagai juri jemputan bergandingan bersama dua orang juri tetap iaitu Datuk Ac Mizal dan Saiful Apek.

Lawak Solo disiarkan secara langsung selama lapan minggu dari Studio Finas, Kompleks Merdeka FINAS pada setiap hari Jumaat, ekslusif menerusi Astro Warna (saluran 132) dan tayangan serentak di Mustika HD (saluran 134), pukul 10 malam.

Lawak Solo merupakan sebuah program realiti komedi mencari pelapis untuk memeriahkan lagi dunia komedi solo yang kini dilihat semakin mendapat perhatian di kalangan peminat komedi tanah air.

Program ini dihoskan oleh Johan, manakala Fad Bocey juga turut memeriahkan Lawak Solo ini selaku hos dibelakang tabir bersama dua lagi pelawak baru laman sosial iaitu Jamal dan Zukiee.

Teks oleh: Rozaimi Zubaidi




Terima Kasih

Bapa Mentuaku (TV1)

Asha Lya | November 20, 2016 | 2Komen | >
Assalamualaikum







Saksikan telefilem Bapa Mentuaku pada Ahad ini, 20 November 2016, pukul 10.00 pagi di TV1. Lakonan Kazar Saisi, Syafiq Kyle, Nazeera Sardi, Aisyah Atan dan ramai lagi. Bagi mereka yang tidak berkesempatan boleh menontonnya menerusi portal Myklik (myklik.rtm.gov.my). 

JUDUL : BAPA MENTUAKU
TARIKH / MASA : Ahad, 20 November 2016, 10.00 pagi 
SIARAN : Slot Panggung Ahad TV1(RTM)
PELAKON : Kazar Saisi, Syafiq Kyle, Nazeera Sardi, Aisyah Atan, Mustaqim Bahadon, A.Galak, Muhammad Safie, Amir Ameezan, Zaim Zainal

SINOPSIS BAPA MENTUAKU
Mengisahkan tentang Pak Mansor tidak berkenan dengan Mazlan kekasih anaknya Ros, lalu merancang sesuatu untuk memisahkan mereka. Pak Mansor cuba menghalang cinta Mazlan dan Ros dengan berbagai helahnya, supaya anak perempuannya itu dapat dikahwinkan dengan Suhaimi, anak Tok Penghulu.

Mazlan, yang bekerja di Kuala Lumpur tetapi berasal dari Sarawak, mengambil keputusan untuk pergi ke kampung Ros untuk berkenalan dengan bakal bapa mertuanya, Pak Mansur dan isterinya, Mak Kiah.

Pak Mansur, telah meminta Ros pulang ke kampung kerana pengajian anaknya baru sahaja tamat. Pada masa yang sama Pak Mansur mempunyai niat lain dalam cuba menyegerakan pertunangan anaknya dengan Suhaimi.

Rosnida terpaksa menyatakan kepada ayahnya bahawa dia sedang bercinta dengan Mazlan. Pak Mansur tidak bersetuju, tetapi Rosnida walaubagaimanapun bertegas bahawa dia akan membawa Mazlan pulang ke kampung untuk berkenalan dengan Pak Mansur.

Sumber:Sini

Terima Kasih

Fikri Lawak Solo Tertekan Dikritik Kerana Tampan

Asha Lya | November 19, 2016 | 0Komen | >
Assalamualaikum







Peserta Lawak solo, Fikri, mengakui tertekan dengan kritikan yang diberikan penonton program tersebut yang mengenai wajahnya yang tampan tetapi tidak pandai membuat lawak di atas pentas.

Ahmad Fikri Ahmad Ibrahim, 22, berkata, mempunyai rupa paras yang tampan bukanlah satu kelebahan kepada dirinya bahkan ia memberi terkanan setiap kali ingin melakukan persembahan.

"Saya sangat tidak bersetuju apabila orang mengatakan saya hensem serta meletakkan harapan yang tinggi setiap kali melakukan persembahan.

"Pujian orang ramai terhadap saya telah memberi tekanan kepada diri ini kerana mereka akan berkata saya cuma masuk rancangan Lawak Solo disebabkan oleh rupa dan bukannya bakat.

"Apabila orang bercakap macam itu kepada saya ia merupakan satu kelemahan kepada diri kerana risau nanti persembahan saya mungkin akan mengecewakan mereka," katanya kepada Astro Gempak.

Tambah Fikri, dia akan melakukan persembahan setiap minggu dengan sebaik mungkin kerana tidak mahu mengecewakan peminat yang menyokong dirinya.

Dia mengharapkan agar orang ramai supaya tidak melatakan harapan yang tinggi kepadanya kerana dia mengganggap dirinya masih perlu banyak mempelajari ilmu untuk melakukan persembahan.

"Saya berharap agar orang diluar sana memberi peluang kepada saya untuk mencuba sesuatu yang baru dan dalam masa yang sama untuk belajar lagi lebih untuk melakukan persembahan dengan baik," katanya.

Lawak Solo disiarkan secara langsung selama lapan minggu dari Studio Finas, Kompleks Merdeka FINAS pada setiap hari Jumaat, ekslusif menerusi Astro Warna (saluran 132) dan tayangan serentak di Mustika HD (saluran 134), pukul 10 malam.

Lawak Solo merupakan sebuah program realiti komedi mencari pelapis untuk memeriahkan lagi dunia komedi solo yang kini dilihat semakin mendapat perhatian di kalangan peminat komedi tanah air.

Program ini dihoskan oleh Johan, manakala Fad Bocey juga turut memeriahkan Lawak Solo ini selaku hos dibelakang tabir bersama dua lagi pelawak baru laman sosial iaitu Jamal dan Zukiee.

Teks oleh: Rozaimi Zubaidi 

Sumber:astrogempak

Terima Kasih

BoBoiBoy Galaxy Musim Baru di TV3

Asha Lya | November 19, 2016 | 3Komen | >
Assalamualaikum






BoBoiBoy Galaxy bakal bersiaran setiap Jumaat bermula 25 November ini, pukul 5 petang di TV3. Drama animasi popular BoBoiBoy Galaksi musim baharu lebih mengutamakan nilai persahabatan selain tiada dialog kasar yang boleh mempengaruhi minda kanak-kanak.

Ketua Pegawai Eksekutif Animonsta, Mohd Nizam Abdul Razak, berkata, pemantauan teliti dilakukan pada setiap dialog dalam setiap watak agar tidak terlepas perkataan yang memberi mesej negatif.

"Saya akan baca dan pantau beberapa kali dialog yang digunakan supaya tiada satu pun yang memberi maksud tidak baik dan kasar kepada penonton khususnya kanak-kanak.

"Ia pernah terjadi pada musim sebelum ini apabila kami terlepas perkataan "tidak guna" dan ia menjadi ikutan kanak-kanak. Kami juga mendapat maklum balas daripada pihak ibu bapa yang tidak senang dengan perkara itu.

"Jadi, saya terpaksa menyunting semula dan membuang semua perkataan tersebut pada episod-episod yang belum ditayangkan ketika itu," ujarnya kepada mStar Online.

Mohd Nizam ditemui pada majlis pelancaran siri animasi BoBoiBoy Galaxy yang diadakan di GSC Pavilion, Rabu.

Selain itu, Nizam berkata, tiada juga adegan bersentuhan antara lelaki dan perempuan serta elemen percintaan dalam animasi popular itu.

"Kami hanya mahu menerapkan nilai persahabatan sahaja dan tidak ada elemen drama atau bersentuhan," ujarnya.

Rebranding Semula


Sementara itu, Nizam berkata, dia turut menggunakan judul baharu BoBoiBoy Galaxy bagi penjenamaan semula siri berkenaan.

Katanya, perkara tersebut dilakukan bagi memudahkan siri animasi itu dijual di luar negara.

"Kita menjenamakan semula siri ini dengan menampilkan imej baru yang lebih besar dan menarik.

"Ia dilakukan selepas mendapat maklum balas sebelum ini daripada negara-negara luar yang menganggap imej tersebut terlalu kecil dan tidak sesuai dengan kanak-kanak berusia 10 tahun," ujarnya.

Sementara itu, Nizam berkata, mereka turut memilih kumpulan Bunkface bagi menyanyikan lagu tema animasi tersebut berjudul dunia baru -MStar

Sumber: Sini

Terima Kasih

Anugerah Skrin (ASK) 2016 di PICC Jumaat ini

Asha Lya | November 18, 2016 | 0Komen | >
Assalamualaikum






Tahun ini sesuatu yang menarik dilakukan apabila selebriti serba boleh, Alif Satar diberi penghormatan mengendalikan ASK 2016 yang bakal berlangsung Jumaat nanti di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada 18 November 2016, Jumaat 9 malam dan disiarkan di TV3.


Ia membabitkan pencalonan

Drama Terbaik
Filem Terbaik
Penerbitan Dalaman dan Teknikal
Drama Rantaian Popular Media Massa.

Drama/Telefilem yang bertanding:
Bila Tiba Saatnya
Anak Ibu Buangan Ibu
Cermin Kasih
Pondok Itu Rumahku
Fatin
Calon Syurga
Kuharamkan Susu Itu
Khilaf Seorang Isteri
Ramadan Berteduh Syawal.

Drama Rantian:
Menongkah Kasih
Satu Cinta serta
Kau, Aku, Kita

Filem:
CCTV
Polis Evo
Bravo 5
Jejak Warriors
Rembat
Jwanita
Girlfriend Kontrak
Banglo Berkunci
Love Supermoon
Badi
Keranda Tok Wan Terbang
Langit Cinta
Isteri Untuk Dijual
Mat Moto
Munafik
Pelepas Saka
Mat Moto - Kami Mat Moto Bukan Mat Rempit
Showdown
Redha
Nota


Bukan mudah sebenarnya untuk mengendalikan program berprestij TV3 itu. Malah tidak dinafikan ‘nyawa’ acara besar terbabit terletak sepenuhnya di bahu mereka yang diberi peluang mengendalikannya selaku pengacara.

Sebelum ini beberapa selebriti popular diberi peluang tetapi penampilan mereka di pentas mendapat kritikan. Walaupun mencuba sebaik mungkin, ternyata kurang berjaya memenangi hati hadiran dan penonton di rumah.

Begitupun, perubahan demi perubahan cuba dilakukan produksi agar majlis berlangsung menarik dan penuh warna dengan acara hiburan lebih segar di samping mengiktiraf bakat penggiat filem, drama dan produksi program.

Mahu mewujudkan kelainan, beberapa artis terkenal dan berpengalaman dalam bidang pengacaraan serta persembahan pentas, diberi peluang untuk bersama-sama Alif sebagai pengacara jemputan seperti Mira Filzah, Issey Fazlisham, Ajak Shiro, Haiza, Sarimah Ibrahim, Fiza Sabjahan, Azrel Ismail dan Puteri Aishah.

Sudah tentu penampilan Sarimah paling menarik perhatian memandangkan sudah lama pengacara yang memulakan kerjaya pengacaraan menerusi program The Attic Show itu tidak tampil mengendalikan program besar.

Apatah lagi peminat merindui keletahnya yang menghiburkan setiap kali tampil di pentas acara berprestij seperti Anugerah Juara Lagu mahupun program realiti Akademi Fantasia.

Ditemui baru-baru ini, Sarimah menjelaskan walaupun hanya bertindak sebagai pengacara jemputan di samping selebriti lain, dia tetap terharu atas peluang diberikan.

Katanya, walaupun berpengalaman dan membabitkan diri sebagai pengacara hampir 20 tahun tidak bermakna dia memandang rendah kemampuan selebriti lain yang turut diundang mengacara program ini.

“Tambah pula Alif sebagai pengacara utama, sudah tentu saya berasa teruja. Bagi saya pembabitan dalam ASK 2016 sebagai pengenalan sebelum tampil dalam program khas yang bakal diterbitkan dan disiarkan TV3.

“Saya rasa apa yang dilakukan penerbitan ASK 2016 dengan menggabungkan pengacara berpengalaman dan baru adalah sesuatu yang baik. Sekurang-kurangnya antara kami boleh berkongsi ilmu,” katanya.

Sarimah akui sebelum ini dia lihat kebanyakan pengacara baru terlalu mengawal diri sewaktu mengacara tetapi apabila mereka yang pengalaman turut sama mengendali acara dan tidak terlalu kaku, ia akan mewujudkan situasi lebih bersahaja dan ceria.

“Perkara ini saya pelajari dari pengacara senior seperti Datuk Aznil Nawawi. Apabila seseorang pengendali program mahupun acara terlalu berwaspada, ia akan menimbulkan suasana serius sedangkan acara hiburan seharusnya menghiburkan.

“Saya harap penonton terhibur dengan keletah kami nanti,” katanya.

Mira Filzah semakin dikenali sebagai pengacara apabila diberi peluang di acara besar Anugerah Bintang Popular BH 2015 dan juga 3 Juara.

Kini dia mahu menggunakan peluang diberikan produksi ASK 2016 untuk memantapkan lagi kemahiran mengacara daripada mereka yang lebih berpengalaman.

Dia sedar tidak mempunyai asas dalam bidang pengacaraan sebaliknya semua dilakukan menerusi pemerhatian.

“Berpeluang bekerja dengan mereka yang berpengalaman dalam bidang terbabit seperti Alif mahupun Sarimah adalah satu peluang besar yang tidak boleh dilepaskan,” katanya.

Melihat perkembangan kerjaya seninya yang lebih menonjol dalam bidang pengacaraan, Mira bersyukur kerana apa yang dilakukan sekarang ini diterima baik umum.

“Saya tidak akan melupakan bidang lakonan malah sehingga tahun hadapan jadual saya penuh dengan beberapa tawaran berlakon telefilem mahupun drama bersiri,” katanya.

Haiza pula yang kini semakin dikenali peminat sebagai penyampai radio dan pengacara, menganggap Sarimah sebagai mentornya.

Baginya, Sarimah sangat bagus dan apabila tampil di pentas mengacara, isi percakapannya tidak kosong.

“Alif pula saya lihat sangat berbakat dan dia mampu mengikut jejak langkah Aznil Nawawi dengan menjadi pengacara disegani ramai. Kedua-dua mereka ini bijak apabila mengacara,” katanya.

Jelas Haiza, sepanjang hidupnya dia jarang memperoleh peluang mengendalikan acara berprestij dan disebabkan itu apabila diberikan peluang oleh TV3 dan produksi ASK 2016, dia tidak melepaskannya.

“Memang nanti apabila berdiri di sisi mereka saya akan dilihat kecil, begitupun kalau saya mahu memikirkan perkara dan menolak peluang yang datang, orang lain yang akan ambil.

“Saya pula akan terlepas peluang untuk belajar daripada mereka yang berpengalaman seperti Sarimah dan Alif,” katanya.

Selain itu kata Haiza, mengendalikan ASK 2016 akan membuka peluang kepadanya untuk bertemu rakan artis yang sudah lama tidak bertemu.

“Seperti Sarimah, saya sudah lama tidak bertemu dengannya. Bayangkan bertahun lamanya, alih-alih rezeki datang untuk kami bersama-sama berada di pentas mengendalikan ASK 2016,” katanya.

ASK yang menjulang bakat dan mengiktiraf penggiat seni dan karyawan tanah air bukan hanya rangkaian televisyen di bawah naungan Media Prima Berhad seperti TV3, NTV7, 8TV dan TV9 tetapi juga dari RTM, ASTRO, TV Al-Hijrah dan Hypp TV untuk sama-sama menyertai anugerah berprestij ini.

Mereka layak menghantar penyertaan bagi terbitan drama dan program dalaman yang pernah disiarkan di stesen televisyen mereka untuk merebut anugerah bagi kategori yang dipertandingkan mengikut syarat yang ditetapkan. - HMetro

Sumber:Sini

Terima Kasih

Asha Lya Copyright © 2016. Design by MaiGraphicDesign