Segmen Blogwalking Janji Kita
Vitamilk Double Choco Shake
Botolnya pun legend, macam botol coca cola dulu2. Kat sini ada jual satu kedai jak, tempat lain tak pernah lagi jumpa.
Selalu beli lebih simpan kat peti sejuk, minum time cuaca panas perhh memang sedapp 👍👍👍👍.
Selamat Bernikah, Nora Danish Sah Isteri Nedim Nazri
Dengan dua kali lafaz, pelakon jelita Nora Danish, 35, selamat bernikah dengan kekasihnya, Nedim Nazri, 34, pada jam 8.37 malam tadi.
Majlis pernikahan Nora dan Nedim diadakan dalam satu majlis tertutup yang dihadiri keluarga dan teman rapat di Glasshouse at Seputeh, Kuala Lumpur.
Manis memakai busana sedondon berwarna putih, Nora dan Nedim disatukan oleh jurunikah, Khairul Asyraf Ahmad namun jumlah hantaran serta mas kahwin dirahsiakan.
“Saat yang saya impikan sudah jadi kenyataan dengan terjadinya penyatuan ini. Sudah lama saya tunggu saat-saat untuk disatukan dengan Nedim. Saya berharap semua pihak dapat mendoakan kebahagiaan saya dan suami,” kata Nora.
Sebelum ini, Nora dan Nedim pernah melalui episod kegagalan perkahwinan pertama, memilih untuk tidak keterlaluan dalam meraikan majlis pernikahan mereka.
“Saya dan Nedim pernah merasai majlis pernikahan yang dibuat secara besar-besaran, namun untuk kali kedua ini biarlah kami bersederhana.
“Tidak semestinya majlis sederhana itu tidak meriah. Kami memilih cara ini kerana majlis sebegini lebih peribadi dan intim," katanya lagi.
Teks oleh: Kamaruddin Razal

Sumber: astro gempak
Kanak-kanak Muslim 14 Tahun Bergelar Pensyarah Termuda
Itulah kehebatan seorang insan bernama Yasha Asli, 14, remaja genius yang beragama Islam.
Yasha yang merupakan kanak-kanak terbijak di Britain telah diambil sebagai tenaga pengajar di Universiti Leicester dan ditugaskan untuk mengajar orang dewasa dalam bidang matematik.
Yasha mampu memahami dan menyelesaikan permasalahan matematik dengan mudah.
Kredit foto : Iluminasi.com
Selain mengajar dan merupakan pelajar ijazah sarjana muda di universiti tersebut, dia juga menjadi pelajar dan staff termuda yang berkhidmat di universiti itu.
Kanak-kanak genius ini ditemuduga dan ditawar bekerja ketika berusia 13 tahun.
Satu kebenaran khas telah diberikan kepadanya untuk bekerja kerana umurnya yang masih muda.
"Saya sedang menjalani masa yang paling seronok dalam hidup saya. Saya sangat suka pergi ke universiti dan saya seronok dengan kerja baru saya membantu pelajar lain.
”Tiada lagi pakaian seragam sekolah untuk saya. Saya sangat berterima kasih," ujar Yasha yang teruja dengan pekerjaannya itu
Yasha kini berada di tahun akhir dan bercadang untuk menyambung pelajaran di peringkat PhD.
Dia bersekolah di sekolah rendah di Leicester sebelum mendapat tempat untuk belajar di peringkat ijazah sarjana muda dalam bidang matematik pada umur 12 tahun.

Bapanya, Moussa Asley, 53, membesarkan anaknya sendiri dan dia sangat kagum dengan kebolehan anaknya itu.
"Saya sangat berbangga melihat dia berkembang maju dan membesar melakukan sesuatu yang dia sangat suka.
”Yasha sangat pintar dalam menyelesaikan sesuatu masalah dan menerangkan dengan jelas membuatkan dia sangat sesuai dengan kerja tersebut,” kata bapa Yasha yang gembira dengan pencapaian anaknya itu.
Sumber : Iluminasi.com
Olahan : Izzat Ridzwan

Kebun Orchid di Kampung
Ini saja orchid yang mekar berkembang yang selebihnya masih kuncup.
Terima kasih sudi singgah sini.
MANISNYA SOUFFLE
MANISNYA SOUFFLE – DILA DYNA
No. ISBN:- 978-967-0874-49-4
Jumlah muka surat:- 576
HARGA SEMENANJUNG : RM24, AHLI KN : RM20
HARGA SABAH SARAWAK : RM27, AHLI KN : RM23
Sinopsis:-
Saat kecewa dikhianati teman lelaki dan teman baik sendiri, muncul seorang lelaki misteri yang berjaya mengubat lara di hati Mia Aizara hanya dengan sepiring soufflé yang manisnya hingga kini masih terasa. Dua tahun kemudian, ‘Paris Hilton Malaysia’ itu kembali. Seorang gadis muda yang menjadi pewaris kepada empayar hotel milik keluarganya. Sekembalinya dia di situ mempertemukan dia dengan seorang chef, Zafeeq Aidan. Satu-satunya lelaki yang berjaya membuatkan kehidupan ‘diva’nya tunggang-langgang. Maruahnya tercalar, egonya terguris.
“I bos dekat sini! Lantai restoran yang you pijak ni semuanya atas penguasaan I. I’m the boss here, not you! Kalau you masih tak puas hati, dipersilakan angkat kaki dan berhambus dari sini!” – Zafeeq
“You… did you just talk back to me?!” – Mia
Hari demi hari membuatkan kedua-duanya kian rapat dan akhirnya kata cinta terluah di bibir masing-masing. Namun, sebuah ‘rahsia’ yang telah tersimpan sekian lama memburukkan keadaan dan peristiwa demi peristiwa menimpa Mia membuatkan dia kian lelah hinggalah akhirnya….
“Kita berpisah.” – Zafeeq
“I doakan you takkan bahagia selamanya Zaf!” – Mia
Air mata menjadi sahabat setia. Luka yang terobek tak mampu lagi diubati. Lantas kakinya melangkah panjang meninggalkan semuanya. Adakah ini pengakhiran kisah mereka? Kisah yang hadirnya ibarat mimpi yang tak pernah dia dambakan.
“Datangnya kau ibarat mimpi yang tak pernah aku dambakan….”
Sumber: www.kakinovel.my
DILEMA SI TUKANG JAHIT BILA MENJELANG RAYA ..
Kredit fb
Bagi si tukang jahit, mesti korang2 dah biasa melalui keadaan macam ni kan.
1. TAK MENANG TANGAN
Ambil tempahan bagai nak rak.. alih2 tak sempat nak kejar due date.. Bukan pasal tamak sangat nak ambil tempahan.. dah kata tutup tempahan pun masih dirayu2 oleh customer minta tolong jahitkan.. Kesian nak tak nak ambil la jugak ..Nak menolak dah asyik kena rayu kan.

2. MESIN MERAGAM
Dan2 last2 minit nkk kejar tempahan customer.. boleh plak mesin jahit merajuk. Mau tak menggelupor kawan cari pomen on d spot. Nak jahit tgn oh mmg tidak lah kan

3.KAIN YANG SUSAH
Bila keadaan genting ni dapat plak kain yg susah2. ditambah plak dengan lining, batu, tampal lace. Masa ni lah terasa azabnye menjahit dan kalau leh nak letak harga tinggi kan . Kain2 jenis ni lah yang buat kita hold dulu.. Last2 baru jahit . Klau tidak leh spoil mood menjahit

4.CUSTOMER BYK SONGEH
Songeh customer la yang paling byk kita kena hadapi.. orang kata dh taknak ambil tempahan, dia paksa2 gak kita jahit. Bila kita kata mmg tak sempat jahit utk raya.. lepas raya baru siap.. Mula2 setuju. Tup2 sehari sebelum raya dah sebok mintak baju.. Ape kes kan .. Pastu bila kita kata baju mmg kita tak jahit.. Dah dia plak bising kate kita ni tak tepati janji. Ada juga pada awlnye nak suruh buat fesyen lain . Bila kita dah potong tibe2 nak fesyen lain plak .

Ada jugak jenis customer yang dah htr baju awl 3 bulan untuk raya. Masa tu bdn sihat. Bila dah ambil baju .. badan dia dh susut. Tak pasal2 nk kena alter. Lepas tu karang .. bila dh raya nak suruh alter semula bagi baju tu besar. Jadi kena la xplen awl2 term n condition kalau nak alter berulang2 kali.
5.CUSTOMER TAK FAHAM BAHASA
Pernah berlaku pada saya..saya kata tempahan tutup dah sebab nak cuti raya.. pekerja pun dah sy luluskan cuti awl . customer cakap " Suruh la dorang cancel cuti" . wah sonang nye cakap. Pastu dia ckp " alah awk bawak la mesin jahit tu sekali balik kg, boleh jahit kan ..?" siapkan baju dia. Mulalah dalam hati kata" wahwah wah ko ingat ko sorang je nak beraya..??" . Ada juga yang hantar last2 minit. pastu ckp" takpelah tak dpt seblum raya. Dapat siap masa Hari Raya kedua pun ok" . Abih kita ni tak reti nak pi beraya rumah sedare ke. Kompom sakit hati bila jumpa customer mcm ni yang pentingkan diri. Sape suruh htr last minit.

6.BAJU TAK BAYAR
Kita ni penat la bersengkang mata nak siapkan baju customer ni awal2.. Pakat seronok la kan bila dorang nak dtg ambil baju. Mana taknya dapat gak rezeki. Tup2 bila dtg katenye ambil dulu la. Nati cukup bulan baru bayar dengan muka tak bersalah. Kalau jenis hati mcm bunga tak terkata ape lah dibuatnya. Silap Hari bulan smpai berbulan2 pun tak bayar. Kalau sepasang dua .. leh sabar lagi. Ni kalau dah sampai 10 pasang.

7.BAJU SALAH POTONG
Nilah yang paling merisaukan dan boleh buat tukang jahit ni cuak sorang2 hahaha. Menggelabah kannn.. Apa nak jawab dengan customer nak2 plak harga kain tu ribu riban. Atau pun kain tu beli kat vietnam ke.. bandung ke.. korea ke.. . Nak menjawab dengan customer dah satu hal.. Jadi sebelum potong kain tu. Cek dulu cukup tak meter kain. KAdang2 beli kain pasang dh siap potong nama je 4 meter. Tapi bila bukak tak sampai pun .

8.TAWAR MENAWAR
Dah bagi harga murah.. tawar plak lagi.. bagi bagi je harga tinggi siap2 utk ditawar menawar. Nak plak bila harga barang2 dah naik.. Nak la jugak naikkan harga. Memangla harga benang baru 80sen.. takkan nak naik smpai berhengget kan.. tapi org tak nampak kos lain yang kita gunakan.. minyak nak pi tmpat kerja, parking nak bayar masa beli brg jahit. elektrik dan sebagainya.

9.LAST MINIT
Ni dh jadi lumrah kehidupan tukang jahit.. Kalau tak last minit bukan tukang jahit .. Tapi kesian jugak pada yang customer yang htr awal.. kita janji leh siap awl.. Lain kali bgtau customer yang tempoh masa kita ni lama. kalau customer sanggup tunggu.. Alhamdulillah. Ada yang dah samapi depan pintu kedai pun terhegeh2 nak menjahit. Apepun jangan bg harapan tinggi kepada customer.. Kesian dorang.

10. FAMILI TERABAI
Nak mengejar siapkan tempahan.. orang sekeliling pun kita dah tak peduli. Kadang2 makan pun beli je kat kedai. Nak masak2 karang ilangplak mood menjahit di kala waktu hujung2 ni. Suami kat sebelah pun tak dapat nk bg layanan istimewa . Maklum lah dari selepas Subuh hingga ke sebelum Subuh esok dok merempit depan mesin. Nasibla cik abag sape suruh kawen dengan tukang jahit. Ada masa baju famili sendiri mmg tak dpt disiapkan gara2 menyiapkan baju customer. Dlm kepala yang penting tempahan dapat siap dulu.

Kelakar jugak tengok gelagat tukang jahit ni bila waktu nak raya.. lagi dekat nak abih Ramadhan lagi berdebar2. Jam tu taktau la berapa kali tengok. Hari2 menghitung hari . hehehe.. Inilah life sebagai tukang jahit yang kerjayanya mmg seorang tukang jahit.
RINDU ITU CINTA
RINDU ITU CINTA – ROSE HARISSA
No. ISBN:- 978-967-0874-48-7
Jumlah muka surat:- 480
HARGA SEMENANJUNG : RM23, AHLI KN : RM19
HARGA SABAH SARAWAK: RM 26 AHLI KN : RM22
Sinopsis:-
Perasaan Annisa terhadap lelaki telah mati sejak sebelas tahun gara-gara dendamnya terhadap Azry. Sedangkan bagi Al-Hadi, kalau bukan jodoh… cari saja orang lain buat pengganti. Suka pandang pertama Al tak diendahkan oleh Nisa. Tapi gara-gara kereta, Nisa terpaksa menghadap Al hampir setiap hari memandangkan lelaki Itu sudah menyewa di apartmen yang sama.
Azry tiba-tiba muncul semula tapi tak pernah memperkenalkan isterinya kepada Nisa. Nisa nekad mempergunakan Al demi mencetuskan cemburu Azry yang memperlekehkannya. Bila terkantoi Al dan Azry adalah sepupu, Nisa mula takut sejarah silamnya terbongkar. Tapi Al menuntut penjelasan dan nekad mahu menjadikan Nisa sebagai isteri.
“Sudahlah, Al… cari perempuan lain ajelah. Saya tak sanggup masuk mulut buaya lagi.” – Nisa
“Naluri buaya sebenarnya suka berjuang. Saya nak perjuangkan awak… sebab awak layak diperjuangkan.” – Al
Walaupun Azry muncul semula, Al nekad menggoda Nisa dengan caranya yang tersendiri. Perjuangan Al itulah yang membuatkan loceng dalam hati Nisa berdentang-dentang minta dibukakan pintunya.
“Aku mencintainya dengan semua keanehan dan ketidaksempurnaannya.”
Sumber: www.kakinovel.my
KOMBO APRIL 2017
KOMBO APRIL 2017
1.RINDU ITU CINTA
SEMENANJUNG : RM23
SABAH&SARAWAK : RM26
2.MANISNYA SOUFFLé
SEMENANJUNG : RM24
SABAH&SARAWAK : RM27
HARGA KOMBO SEMENANJUNG (2 BUAH NOVEL APRIL 2017) = RM 37
HARGA KOMBO SABAH SARAWAK (2 BUAH NOVEL APRIL 2017) = RM43
Kemeriahan bulan April ini, KN akan membuatkan hari-hari anda semua bersemut dengan novel hasil dari nukilan dua orang penulis yang pastinya anda tungu-tunggu. Setiap karya mereka dijamin tidak akan mengecewakan anda.
Penulis Rose Harissa tampil dengan karya Ketiga bersama KN dengan tajuk RINDU ITU CINTA. Seperti karya beliau sebelum ini “Guy Next Door dan Proposal Cinta Selamanya” , Rose Harissa sentiasa memberikan aura baru bagi setiap karyanya. Jadi…rugilah siapa tak beli.. J
Seorang lagi penulis berbakat besar yang karyanya pernah meletop. Siapa tak kenal Dila Dyna dengan karyanya sebelum ini “Bisikan Kata Hati, Sayangku Sampai Ke Bintang, Dia Semanis Honey dan Suri Hati Mr Pilot”. Kini beliau tampil dengan karya Kelima iaitu MANISNYA SOUFFLé. Jalan cerita yang bakal buat anda semua bersemut bila membacanya.. Tak percaya cubalah beli.. Rasakan bagaimana manisnya jalan cerita ini semanis SOUFFLé ke tak. J
Kalau tak nak kecewa, cepat-cepatlah langgan dua buah novel terbaharu keluaran April ini. Kalau nak lebih jimat, langganlah Kombo April 2017. Dijamin tak akan kecewa sebab cerita yang sangat best dengan harga yang sangat jimat. Jangan lupa dapatkan segera Kombo April ini!Pembelian dengan harga kombo yang sangat jimat ini hanya boleh didapati dengan pembelian online bersama KN sahaja. Jadi, dapatkan segera sebelum kehabisan stok. Semoga terhibur dan selamat membaca!
PENGHANTARAN ADALAH PERCUMA SELURUH MALAYSIA!DAPATKAN SEKARANG!
Psstt… Bulan April ini tiada tandatangan penulis.. Jumpa penulis kesayangan anda di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2017 nanti ya!!
Sumber: www.kakinovel.my
JANJI KITA BAHAGIA!
JANJI KITA BAHAGIA!
No. ISBN:- 978-967-0874-32-6
Jumlah muka surat:- 416
HARGA SEMENANJUNG : RM20, AHLI KN : RM16
HARGA SABAH SARAWAK : RM23, AHLI KN : RM19
Sinopsis:-
Mat Kacang dan Senah berkawan sejak kecil lagi. Mereka dilanda gosip kerana Mat Kacang sering ke kedai runcit Senah untuk menghantar tempe. Sementelah Senah sekarang sudah bergelar janda. Untuk meredakan gosip, mereka bersetuju untuk disatukan tanpa cinta. Selepas keputusan dibuat dan segala
persiapan dilakukan, rasa yang mula memutik di hati masing-masing diuji dengan musibah yang tak terjangka. Timbul keraguan di hati masing-masing walaupun tarikh untuk mereka bersatu semakin hampir. Mat Kacang harus memilih. Persahabatan atau orang tersayang.
“Kalau suka, cakap suka. Tak ada orang terkata- kata.
Sumber: www.kakinovel.my
Lanun Cafe At Sandakan
Ruangnya agak terhad la, kalau datang time luch comform penuh. Nasib kami datang waktu petang2 jadi kurang sikit pelanggan. Tak la rasa sesak sangat kat dalam tu.
Minuman yang kami order, nama penuhnya tak ingat la plak. Macam chocolate shake strawberry dan cappucino kalau tak silap la gitu. Minum agak manis yang amat, lepas minum ni kena minum air masak banyak2 ya hehhe.
Saya order chicken blackpaper, husband plak order nasi kapal karam (lupa nak snap picnya). Ok la sedap 👍👍👍👍
Aiskrim avocado perhhh meleleh 😋😋😋😋
Laman ig cafe Lanun Cafe.
Sekian
Pagi Bertunang, Petang Bernikah - Mat Dan Selamat Bergelar Su
Selepas Astro Gempak melaporkan berita mengenai pertunangan pengacara Mat Dan, beberapa keping foto yang menunjukkan Mat Dan bersama pasangannya bernikah pula viral di laman sosial.
BACA: Mat Dan Selamat Bertunang
Difahamkan, Mat Dan atau nama sebenarnya, Mohammad Kareef Daniel Abdullah, 28, melangsungkan pertunangan di pada waktu pagi dan terus melangsungkan majlis pernikahan di sebelah petang bersama gadis pilihan hatinya di Bukit Chendering, Kuala Terengganu, semalam.
Majlis pertunangan dan pernikahan pengacara rancangan travelogue Mat Dan Kaki Jalan yang bersiaran di Astro Prima dan Astro Maya HD ini turut dimeriahkan dengan kehadiran bapa dan ibunya, Kevin Tyler dan Nicol Tyler yang datang dari Bristol, England.
Identiti gadis berbangsa Melayu yang berjaya menambat hati Mat Dan ini masih belum dapat dikenalpasti. Menurut beberapa laporan media, suri hati Mat Dan merupakan seorang gadis berusia 20-an dan bekerja sebagai seorang pramugari.
Astro Gempak mengucapkan selamat pengantin baru kepada Mat Dan dan pasangan!

Mat Dan Selamat Bertunang
Pengacara rancangan Mat Dan Kaki Jalan, Mohammad Kareef Daniel Abdullah atau lebih dikenali sebagai Mat Dan telah selamat melangsungkan ikatan pertunangan dengan seorang gadis Melayu di Kuala Terengganu hari ini.
Majlis pertunangan antara Mat Dan dengan gadis yang belum diketahui identiti itu diketahui ramai selepas beberapa keping gambar majlis pertunangan mereka viral di laman sosial. Mat Dan turut ditemani oleh bapa dan ibunya, Kevin Tyler dan Nicol Tyler.
Butir peribadi gadis yang menjadi suri hati Mat Dan masih belum dapat dikenalpasti. Astro Gempak mengucapkan selamat bertunang kepada Mat Dan! Semoga ikatan yang dibina kekal hingga ke jenjang pelamin.

Potong Kain
Baru 5 helai, ada lagi berpuluh helai kena potong, sabar menanti. Musim tempahan raya suda mari. Satu persatu kita siapkan. Tempahan raya masih dibuka sehingga awal April. Syukur alhamdulillah rezki, mkga kita semia sentiasa di murahkan rezki amin amin amin.
Wassalam
AKU YANG KAU TINGGALKAN
AKU YANG KAU TINGGALKAN
ISBN: 978-967-5067-65-5
ISBN: 978-967-5067-65-5
HARGA SEMENANJUNG: RM 25.00 AHLI KN: RM 21.00
HARGA SABAH/SARAWAK:RM 28.00 AHLI KN: RM 24.00
Sinopsis:
Perkahwinan adalah ikatan terindah di antara dua jiwa yang saling mencintai yang berjanji akan sehidup semati. Tetapi bukan bagi perkahwinan Nia Atirah dan Zaril Ikhwan. Nia memerlukan wang bagi membantu keluarganya, Zaril Ikhwan pula memerlukan seseorang untuk menjaga dirinya yang sakit.
Cinta datang kepada Nia tanpa dia sedari. Secara perlahan-lahan, Nia jatuh cinta dengan suaminya sendiri. Tetapi Nia disingkirkan setelah Zaril Ikhwan pulih dari sakitnya.
Nia meninggalkan Zaril Ikhwan lalu membawa hati yang lara ke Turin dan meneruskan hidupnya sendirian di kalangan orang asing bertahun-tahun lamanya.
Takdir menemukan mereka di bumi Turin. Pertemuan itu telah mencetuskan perasaan benci, marah dan dendam yang terbuku di dalam hati masing-masing.
Walaupun masih ada dendam dan rahsia yang dipendam, demi untuk meneruskan kehidupan ini, yang terbaik untuk mereka berdua adalah berpisah secara rasmi dan tidak perlu lagi menyalahkan takdir walaupun Nia dan Zaril Ikhwan merasakan diri masing-masing yang sebenarnya telah ditinggalkan.
www.kakinovel.my
Marching March Giveaway
Abam Bocey, Ali Puteh Terkejut Dapat Berita Kematian 15 Minit Sebelum Live
Peserta Maharaja Lawak Mega 2017 (MLM 2017) Ali Puteh dan Abam Bocey terkejut apabila mendapat berita kematian datuk saudara mereka, 15 minit sebelum persembahan bermula.
Ali atau nama sebenarnya Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan, 28, berkata, berita tersebut sedikit sebanyak mengganggu persembahannya pada minggu ini.
"Saya sebenarnya terkejut dengan berita kematian yang disampaikan oleh ahli keluarga kerana ketika itu siaran langsung MLM 2017 akan bermula lagi 15 minit.
"Jadi berita tersebut sedikit sebanyak menganggu emosi dan persembahan saya pada malam ini kerana saya harus menghiburkan orang ramai sedangkan masa itu kami mendapat berita sedih.
"Meskipun perasaan sedih itu ada namun kami tetap menguatkan semangat untuk meneruskan persembahan pada hari ini," katanya kepada Gempak.
Tambah Ali, datuk saudara mereka yang berusia 75 tahun itu meninggal dunia akibat jangkitan kuman di paru-paru.
Jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam UIA Gombak pada pukul 9.00 pagi ini.
Teks Oleh: Rozaimi Zubaidi

Keywords " Kuih Nona Manis "
Wassalam
Didi & Friends Masuk Pawagam
Karya animasi Didi & Friends bakal muncul dalam kompilasi Cerita-cerita Didi & Friends dan akan ditayangkan di 13 pawagam seluruh negara.
Kata Pengasas Digital Durian, Sinan Ismail, penonton akan berpeluang menyaksikan 12 episod baharu Didi & Friends dalam atmosfera berbeza mulai 16 Mac nanti.
"Selain ditayangkan di 13 buah pawagam TGV seluruh negara, Cerita-cerita Didi & Friends akan turut ditayangkan di Astro First (480) serentak pada tarikh sama.
"Jika selama ini penonton hanya melihat karakter animasi kegemaran di kaca televisyen, kali ini kanak-kanak terutamanya akan dapat menonton Didi & Friends di skrin yang lebih besar.
"Menariknya, pawagam terpilih akan diberi suntikan dekorasi baharu yang lebih mesra keluarga dengan sistem bunyi yang tidak terlalu kuat serta pencahayaan yang lebih terang.
"Jika bernasib baik, mereka akan dapat bertemu dengan maskot kesukaan yang akan membuat kemunculan secara mengejut," katanya yang ditemui pada majlis sidang media tayangan istimewa Cerita-Cerita Didi & Friends di TGV Cinemas, Sunway Velocity, Kuala Lumpur baru-baru ini.
Antara pawagam yang akan menayangkan Cerita-cerita Didi & Friends adalah TGV AU2 Setiawangsa, KLCC, Sunway Pyramid, Seremban 2, Kinta City, Tebrau City, Bukit Mertajam dan D'Pulze.
Pelanggan Astro First boleh menonton tayangan berdurasi 1 jam 14 minit itu dengan langganan serendah RM15.90 pada bila-bila masa selama lima hari berturut-turut.

Sumber:astro gempak