Halaman

Peminat Terkejut Kemunculan Madhuri Dixit Dan Keluarga Di Taj Mahal

Asha Lya | Disember 28, 2016 | 3Komen | >
Assalamualaikum




Pelakon Bollywood, Madhuri Dixit, 49, bersama keluarganya melawat Taj Mahal telah mengejutkan pelancong di sekitar kawasan bersejarah tersebut.

Bintang filem Dil To Pagal Hai ini turut membawa kedua-dua anaknya Arin dan Raayan serta suami tersayang Dr Shriram Nene.

Penampilan Madhuri yang hanya memakai blaus bunga-bunga serta berkaca mata hitam membuatkan peminat kagum dengan gaya ‘simple’ dan bersahajanya.

Tujuan utama Madhuri membawa keluarganya bercuti ke salah satu lokasi tujuh perkara ajaib dunia ini ialah untuk memperkenalkan khazanah serta sejarah India kepada anak-anaknya tentang kehebatan negaranya itu.

Gambar percutian Madhuri turut dikongsi menerusi Instagram miliknya dengan kapsyen; ‘mengembara ke seluruh India bersama keluarga, saya amat berbesar hati dan berbangga dengan budaya hidup negara ini, Hidup India!’

Sebelum ini, Madhuri telah menetap di Amerika Syarikat selama beberapa tahun sebelum berhijrah semula ke India.

Teks oleh: Mohd Ishahrulddin Tahir 

Sumber:astro gempak


Terima Kasih

Salam Jumaat

Asha Lya | Disember 23, 2016 | 2Komen | >
Assalamualaikum

Salam Jumaat 


Ya Allah jadikanlah aku dan sahabat2ku orang yang
tidak pernah lupa untuk bersyukur kepadaMu atas
semua nikmat dan anugerahMu...



Amin




Wassalam




Terima Kasih

Pendapatan David Beckham Sehari Hampir RM400 000!

Asha Lya | Disember 23, 2016 | 1Komen | >
Assalamualaikum


Harta selebriti sukan terkenal, David Beckham terbongkar apabila dia disahkan menerima pendapatan £71,000 (RM391,884.49) sehari.

Menurut laporan Daily Mail, ia merupakan jumlah pendapatan tertinggi Beckham berbanding ketika dia hanya menjadi pemain bola sepak sahaja sebelum ini.

Pendapatannya itu dikira daripada perolehan yang Beckham terima daripada keuntungan syarikatnya, Footwork Productions yang memulakan perusahaan sejak tahun 1996.

Bukan sahaja mempunyai peruasahaan syarikat produksi, pendapatan itu juga dikira daripada perniagaan minyak wanginya, bajunya serta minuman whiskey bersama Guy Rithchie.

Populariti suami kepada bekas ahli kumpulan Spice Girls iaitu Victoria Beckham itu masih bertahan sehingga kini.

Sumber: Daily Mail

Terima Kasih

BILA PLAYBOY JATUH CINTA

Asha Lya | Disember 23, 2016 | 0Komen | >
Assalamualaikum


BILA PLAYBOY JATUH CINTA
No. ISBN:- 978-967-0874-42-5
Jumlah muka surat:- 616
Harga Runcit:- S/M: RM23, S/S: RM26
Harga Ahli:- S/M: RM19, S/S: RM22
Sinopsis:-
Enggan dikahwinkan dengan Ziyad, Sarah lari mengikut Soffiya ke Kuala Lumpur. Di sana, dia dipertemukan dengan Fattah. Sarah cuba menjauh tapi, semakin dekat pula dia dengan playboy itu, yang juga merupakan teman lelaki Soffiya. Ditangkap berdua-duaan dalam keadaan mencurigakan, Datin Mariam mendesak Fattah dan Sarah segera bernikah. Mahukah Sarah memegang gelaran perampas kekasih kawan baik sendiri? Atau sewajarnya kembali kepada Ziyad semula?
“Aku juga insan yang mendambakan bahagia, bukan derita hingga ke penghujung usia.”



Terima Kasih

Lirik Lagu Polaroid – Sakura Band

Asha Lya | Disember 22, 2016 | 0Komen | >
Assalamualaikum







Kredit google


Polaroid



Tiba masa untuk kita ceritakan semua
Keluar berjalan meluang waktu hujung minggu
Grab your key and drive your car
All the way to Damansara
Come on this is the night
Have some cookies and coffee
Masa muda
Jangan pernah sia-siakan
Simpankan sebagai memori
Jadikan polaroid
Sungguh indah
Lupakan segala resah
Bersama sahabat gembira
Jadikan satu polaroid
Biarkan mereka berkata apa
Yang dirasa
Hidupkanlah hari ini muda
Hanya sekali
Grab your key and drive your car
All the way to Damansara
Come on this the night
Have some cookies and coffee
Masa muda
Jangan pernah sia-siakan
Simpankan sebagai memori
Jadikan polaroid
Sungguh indah
Lupakan segala resah
Bersama sahabat gembira
Jadikan satu polaroid
Masa muda (2x)
Jangan pernah sia-siakan
Simpankan sebagai memori
Jadikan polaroid
Sungguh indah
Lupakan segala resah
Bersama sahabat gembira
Jadikan satu polaroid

Terima Kasih

Peminat Tegar Tart

Asha Lya | Disember 22, 2016 | 8Komen | >
Assalamualakum

Sekarang ni kalau malas nak keluar perut lapar tapi nak makan sesuatu, hanya order tunggu depan rumah kejap lagi sampai la tu. Sediakan jak duit berkepok-kepok hihi.
Saya ni peminat tegar tart, tak kirala tart telur ka, tart cheese ka taw biskut tart semua saya sapu. 





Order semalam punya tart telur n tart cheese masih panas2.
Tat telur Rm0.70 sebijik n tart cheese Rm1.20 sebijik tartnya gebu2 n sedap. Puas makan sorang2 hhaha.




Wassalam

Terima Kasih

Hampir 3 Tahun Tidak Berlakon, Yana Samsudin Kembali Dalam Filem Seram Mandarin

Asha Lya | Disember 21, 2016 | 1Komen | >
Assalamualaikum







Selepas kali terakhir muncul dengan filem Adnan Sempit Sawadikap pada tahun 2014, pelakon Yana Samsudin kini muncul dengan filem terbaru.

Menerusi sebuah filem seram berbahasa Mandarin terbitan produksi tempatan yang berjudul Happy Birth Death, Yana menjalani penggambaran filem ini pada November tahun lalu.

"Ini merupakan filem pertama lakonan saya selepas saya berhijab. Saya bersetuju untuk berlakon dalam filem ini kerana pengarahnya merupakan sahabat saya.

"Saya juga bersetuju kerana saya mahu mencuba untuk berlakon dalam produksi Cina tempatan. Filem ini menampilkan pelakon berdialog dalam Bahasa Mandarin sepenuhnya tetapi saya menyampaikan dialog saya dalam Bahasa Melayu," kata Yana kepada Astro Gempak.

Dalam pada itu, pengarah filem Happy Birth Death, Don Hoe mengharapkan agar filem ini dapat diterima oleh semua golongan di Malaysia.

"Bagi saya, filem yang mengangkat tema seram tidak mempunyai batasan penonton. Tak kiralah sama ada penonton Melayu, Cina atau India, filem seram memang akan diterima baik kerana jalan ceritanya.

"Saya juga memilih Yana untuk membintangi filem ini kerana mahu menonjolkan elemen 1 Malaysia. Saya berharap filem yang menjalani penggambaran sepenuhnya di Pulau Pinang ini akan mendapat sambutan positif semua pihak di musim perayaan ini," katanya lagi.

Filem Happy Birth Death akan ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia bermula esok (22 Disember 2016).

Teks oleh: Kamaruddin Razal

Sumber: astro gempak

Terima Kasih

Musim Jahit Baju Seragam Sekolah

Asha Lya | Disember 21, 2016 | 5Komen | >
Assalamualaikum



Sekolah bakal di buka 2 minggu lagi. Maka 2 minggu ni memang pulun habis siapkan tempahan baju seragam sekolah. Sekolah menengah n sekolah rendah.
Selain tu tempahan selain baju sekolah pun ada.
Alhamdulillah rezki si tukang jahit di hujung2 tahun ni.







Ready to zassss






Kredit google



Tahun pertama saya ambik tempahan baju sekolah.
Mudahan mendapat lagi sambutan lagi di tahun2 akan datang Insya Allah.
"Mencari rezki yang halal"



Wassalam

Terima Kasih

Bloglist Januari Tahun 2017

Asha Lya | Disember 20, 2016 | 5Komen | >
Assalamualaikum


Santai rehat petang ni, jom join segmen mudah ni.




Klik banner


Terima Kasih

Sambutan Maulidur Rasul 1438H/2016M Peringkat Kinabatangan

Asha Lya | Disember 20, 2016 | 2Komen | >
Assalamualaikum


Pengalaman buat pertama kalinya saya join perarakan Sambutan Maulidur Rasul 1438H/2016M yang diadakan di Daerah Kinabatangan Sabtu lepas. Selalu juga turut serta masa zamab masih study dulu. Memang cukup meriah di serikan lagi dengan paluang kompang di setiap kontinjen. 






Perarakan bermula dari Dataran Kinabatangan





Berakhir di dewan Sri Lamag Kinabatangan





Kami rombongan Akademi Tahsin Quran juga turut serta
Ramai yang tak dapat join sebab banyak yang masih cuti. So kami sajala yang ada.




Sepanjang perjalanan







Wassalam






Terima Kasih

DIA LELAKI PALING OHSEM!

Asha Lya | Disember 19, 2016 | 3Komen | >
Assalamualaikum



DIA LELAKI PALING OHSEM!
No. ISBN:- 978-967-0874-43-2
Jumlah muka surat:- 872
Harga Runcit:- S/M: RM27, S/S: RM30
Harga Ahli:- S/M: RM23, S/S: RM26
Sinopsis:-
Sofia Maisara yang merupakan pembantu peribadi kepada Tuan Ezmair menjadi ‘mak sanggup’ untuk berkahwin dengan lelaki itu atas alasan untuk menutup malu keluarga Tuan Ezmair apabila Lara Rania memutuskan pertunangan mereka pada saat-saat akhir. Namun, perkahwinan mereka itu sebenarnya bukanlah kerana terpaksa. Sofia Maisara sendiri sudah jatuh sayang pada bosnya itu walaupun Tuan Ezmair garang macam bapak singa! Pada awal perkahwinan, segala-galanya berjalan dengan lancar sehinggalah Lara Rania datang semula mendambakan kasih bekas tunangnya itu. Keadaan menjadi semakin rumit apabila seseorang dari masa lampau Tuan Ezmair muncul untuk melunaskan dendamnya terhadap lelaki itu.
“Walaupun awak garang macam bapak singa, awak tetap lelaki yang paling OHSEM di hati saya!”


Terima Kasih

New Year Giveaway by MF

Asha Lya | Disember 18, 2016 | 8Komen | >
Assalamualaikum



Tidak lama lagi sudah hendak masuk tahun 2017.
Mya nak launch New Year Giveaway yang akan bermula hari ini,
14 Disember 2016 - 11 Januari 2017.


KLIK BANNER UNTUK JOIN

Hadiah:

Grand Top Referral : RM100

Weekly Top Referral : RM20
(21hb, 28hb, 4hb)

Planner x 2 winners
Topup RM10 x 2 winners
Pouch x 2 winners

*hadiah akan diupdate dari masa ke semasa*

Terima Kasih

Hafiz Hamidun Masih Ingin Fokus Kepada Lagu Nasyid, Ketuhanan

Asha Lya | Disember 18, 2016 | 0Komen | >
Assalamualaikum





Penyanyi dan komposer lagu, Hafiz Hamidun, memberitahu dia kini masih ingin fokus sepenuhnya kepada muzik nasyid dan lagu-lagu ketuhanan.

Menurut Hafiz, 32, berkata, dia masih tidak mempunyai sebarang perancangan terperinci untuk mengubah genre muzik yang dibawakan olehnya.

"Fokus saya kini masih lagi terhadap nasyid kerana itulah genre muzik yang saya perjuangkan sejak awal penglibatan dalam industri muzik tanahair.

"Namun kini saya masih tidak ada lagi perancangan secara terperinci untuk mengubah genre muzik yang dibawakan oleh saya.

"Insyallah, nanti saya akan merancangkan untuk keluarkan lagu dalam bentuk genre lain tetapi buat masa sekarang biarlah fokus saya cuma untuk lagu nasyid," katanya kepada Astro Gempak.

Hafiz berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran single terbaharu bertajuk 'Yang Dinantikan' di Restoran Rebung, Kuala Lumpur.

Pada majlis tersebut, Hafiz juga turut melancarkan koleksi kurta jenama 'Haje' dengan menampilkan empat rekaan dengan 60 variasi warna keseluruhan.

Dalam perkembangan lain, Hafiz berkata dia akan keluarkan album penuh pada tahun depan dengan memuatkan 14 buah lagu dalam album tersebut.

Teks Oleh: Rozaimi Zubaidi
 
Sumber:astro gempak


Terima Kasih

Kerana Green Tea @ Teh Hijau

Asha Lya | Disember 17, 2016 | 3Komen | >
Assalamualaikum



Sekali merasa terus buat saya ketagih haha. Penangan "green tea", aroma tehnya membuatku tergoda. Antara teh yang menjadi pilihanku buat masa ini, selalunya minum teh boh atau teh Sabah jak. Macam versi makanan berasaskan teh hijau suda di rasa antaranya


^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^









Green Tea Latte by Kak Kiah Cake House






Green Tea Pudding by Kak Kiah Cake House






Green Tea Cheese Cake by Kak Kiah Cake House



Ada ka lagi makanan berasaskan teh hijau, sila rekomen hihihi...
Kerana teh hijau semua nak dirasa.




Wassalam


Terima Kasih

KOMBO NEW YEAR (SUPER SAVER JANUARI 2017)

Asha Lya | Disember 15, 2016 | 2Komen | >
Assalamualaikum





KOMBO NEW YEAR 2017!
SUPER SAVER JANUARI
1. DIA LELAKI PALING OHSEM!
SEMENANJUNG : RM27
SABAH&SARAWAK : RM30
2. BILA PLAYBOY JATUH CINTA
SEMENANJUNG : RM23
SABAH&SARAWAK : RM26
HARGA KOMBO SEMENANJUNG (2 BUAH NOVEL JANUARI 2017) = RM40
HARGA KOMBO SABAH SARAWAK (2 BUAH NOVEL JANUARI 2017) = RM46
SELAMAT TAHUN BAHARU 2017!Apa yang anda dapat di dalam KOMBO NEW YEAR 2017? Anda pasti
tertunggu-tungguu siapakah penulis yang KN tampilkan untuk tahun baharu ini kan?
Bagi yang merindui Waniey Zakaria anada boleh mula melanggan novel yang sangat ohsem ni.. Dia Lelaki
Paling Ohsem! Karya Waniey Zakaria pastinya tidak akan membuat anda bosan. Seorang lagi pendatang baru
dalam dunia penerbitan , Airus Nitra dengan karya beliau Bila Playboy Jatuh Cinta. Admin sendiri dah baca
novel ni tau, memang best sangat! Seriously best..rugi kalau korang tak beli.
Pendek kata, rugi sangat jika tidak memiliki kombo ini kerana haraga lebih jimat menanti anda. Jangan lupa
dapatkan Super Saver Januari !Pembelian dengan harga kombo yang sangat jimat ini hanya boleh didapati
dengan pembelian online bersama KN sahaja. Jadi, dapatkan segera sebelum kehabisan stok. Isikan masa lapang
cuti anda nanti dengan novel terbaharu keluaran KN. Semoga terhibur dan selamat membaca!
Pendaftara Ahli adalah percuma!percuma!percuma tau! Cepat-cepat mendaftar ok 
PENGHANTARAN ADALAH PERCUMA SELURUH MALAYSIA!DAPATKAN SEKARANG!


Terima Kasih

Misi Mencari Bunga Telur

Asha Lya | Disember 13, 2016 | 7Komen | >
Assalamualaikum



Sabtu yang lepas sebelum balik ke kampung sempat mencari bunga telur.
Kegunaan untuk apa nanti kita update kemudian.
Pilihan saya warna ungu tapi suda kehabisan stok, makanya kita ambik kaler merah jak la. Yang bawah ni member saya punya pink tekois.






Bunga telur






Ternampak pulak tempat cucuk bunga telur ni.
Angkut beli sekali, akan datang boleh guna pakai lagi.
Beli yang murah2 saja.
Akhirnya Selesai juga pencarian bunga telur tinggal nak tunggu majlisnya saja.
Moga semuanya di permudahkan Insya Allah.



Wassalam


Terima Kasih

#MytravelokaEscapade - Impikan Percutian Ke Sarawak

Asha Lya | Disember 08, 2016 | 8Komen | >
Assalamualaikum

Sarawak yang dikenali sebagai bumi kenyalang ini menjadi salah satu destinasi tempat percutian pilihan kami. Kita jelajah dulu tempat-tempat yang menarik di dalam Malaysia. Mudahan impian kami nak ke sana tercapai insyaAllah. Dengan traveloka semuanya akan lebih mudah. 


Ada apa dengan Traveloka


Traveloka adalah sebuah laman web yang menyediakan kemudahan menempah tiket kapal terbang beserta hotel dalam satu masa. Hanya dengan menerjah ke laman web www.traveloka.com atau menggunakan #MytravelokaEscapade anda tidak lagi memerlukan masa yang lama untuk mengurus penempahan tiket kapal terbang dan hotel. Semuanya serba-serbi mudah hanya di traveloka.










Traveloka juga menawarkan promosi harga tiket dan hotel yang boleh di nikmati oleh semua pengguna laman web traveloka, ianya sangat berbaloi.
Bagi pengguna smartphone anda boleh download traveloka app di google playstore 
atau app store untuk lebih mudah dan pantas.



Jom saya nak kongsi serba sedikit mengenai Sarawak salah satu destinasi percutian kami.



Destinasi yang menarik Di Sarawak



Sarawak merupakan negeri yang terbesar di Malaysia dan semestinya mempunyai pelbagai tempat menarik terutama di ibu negerinya Kuching. Jom kita tengok tempat-tempat menarik yang terdapat di Sarawak bumi kenyalang ini






1.Kampung Budaya Sarawak






Di sini anda boleh lihat pelbagai replika rumah dan bangunan yang mewakili etnik-etnik-etnik dan kaum utama di Sarawak seperti iban, bidayuh, rumah panjang kaum ulu, penempatan penan, rumah tinggi melanau, rumah orang melayu Sarawak, pagoda orang cina dan sebagainya. 


2. Kuching Civic Centre






Menara yang sangat unik dan futuristik menawarkan pemandanhan 360 darjah bandar Kuching dan kawasan sekelilingnya. Pada waktu cerah, akan boleh nampak Gunung Serapi, Gunung Santubung dan beberapa gunung di Kalimantan. Disini juga menempatkan Planetarium Sultan Iskandar.



3. Muzium Kuching






Muzium Kuching pertama di dunia yang terletak di Petra Jaya. Terdapat lebih 4000 koleksi kucing. Bagi penggemar kucing macam saya memang wajib datang ke sini.



4. Muzium Sarawak






Seperti kebanyakkan muzium yang terdapat di Malaysia, muzium Sarawak ini juga menempatkan barangan, artifak dan bahan bersejarah mengenai Sarawak dan Borneo. 



5. Sarakraft  Pavillion






Merupakan sebuah bangunan yang menempatkan bengkel dan pelbagai barangan kraftangan di pamerkan. Di sini banyak dijual barangan kraft yang autentik dan para pengunjung juga boleh mendaftar untuk belajar skil-skil membuat barangan kraft.


6.Kuching Waterfront






Tempat menarik yang wajib di lawati, banyak terdapat kedai-kedai kraft dekat sini. Antara barangan yang terdapat di jual di sini seperi tembikar, tikar mengkuang, hiasan dalaman rumah dan sebagainya. Dari sini juga anda boleh naik bot menikmati keindahan disepanjang sungai.


7. Pasar Serikin






Kalau pergi betcuti memang tak sah kalau tak ada membeli-belah kan. Jika ingin membeli barangan kraft yang sangat murah di sinila tempatnya. Antara barangan yang popular disini seperti hasil rotan, tikar, kain batik dan sebagainya. 



8.Orchid Garden






Taman bunga orkid yang sangat cantik dan terletak hanya di seberang sungai dari waterfront. Masuk ke taman orkid ni adalah percuma, mempunyai pelbagai jenis orkid dan pelbagai pokok tropika terdapat di sini.



9. Taman Buaya Jong






Taman buaya dan tempat pemuliharaan buaya yang terbesar di Malaysia menempatkan lebih 1000 ekor buaya. 



10. Tugu Kucing





Replika tugu kucing ni memang wajib disinggah. Nak mengabadikan kenangan disini. 








Sesiapa yang menang percutian percuma idaman, jadi jom la JOIN CONTEST TRAVELOKA. Pelbagai hadiah menarik boleh dimenangi.




Terima Kasih

Resepi Kuih Nona Manis

Asha Lya | Disember 06, 2016 | 15Komen | >
Assalamualaikum







Kuih nona manis yang warna hijau




Pertanyaan dari sahabat kita Cik Itah



Bagi membuat resepi kuih nona manis ini, anda memerlukan acuan yang sama untuk kuih lompang. Perkara yang membezakan kuih nona manis dan kuih lompang adalah, kuih nona menggunakan santan ditengah-tengah manakala kuih lompang berinti kelapa ditengah-tengah. Resepi ini menggunakan teknik mengukus yang mudah.



Bahan A
  • 1/2 Cawan Gula Kastor
  • 1 biji Telur Gred A
  • 1 cawan santan
  • 1 cawan tepung gandum

Bahan Bahagian Luar (Warna Hijau)
  • 1/2 cawan santan pekat
  • 1/2 cawan air pandan
  • 1/4 cawan gula kastor
  • 1/4 cawan tepung jagung
  • secubit garam
  • perisa kelapa pandan emulco
  • pewarna hijau

Bahan Inti
  • 1 cawan santan pekat
  • 1 sb tepung gandum
  • 1/2 st garam
Cara Penyediaan Bahan A
  1. Pukul telur hingga kembang.
  2. Dalam bekas berasingan, satukan gula, tepung gandum dan santan.Kacaukan.
  3. Tuangkan campuran tepung ke dalam telur dan kacau sehingga sebati.

Cara Penyediaan Bahagian Luar (Warna Hijau)

  1. Ambil 6 helai daun pandan dan kisar bersama setengah cawan air. Kemudian tapiskan.
  2. Campurkan air pandan tadi bersama dengan gula, santan, tepung jagung, garam, pandan emulco dan pewarna hijau.
  3. Kacau sehingga tiada tepung yang berketul.
  4. Kemudian masak campuran ini sehingga kelihatan berkilat.
  5. Satukan Adunan Bahan A dan Bahagian Luar (Warna Hijau)

Cara Penyediaan Bahan Inti

  1. Satukan kesemua bahan inti dan masakkan sehingga menjadi likat.
  2. Apabila sudah masak, biarkan suam kemudian masukkan ke dalam piping bag.

Cara Penyediaan Kuih Nona Manis Secara Keseluruhan

  1. Sediakan periuk kukus dan kukus air sehingga periuk panas.
  2. Tuangkan Adunan yang berwarna hijau tadi memenuhi 3/4 acuan kuih lompang.
  3. Masukkan adunan untuk inti yang telah dimasukkan ke dalam piping bag tadi ditengah-tengah acuan.
  4. Balut periuk kukus dengan kain supaya tiada air tidak menitik.
  5. Kukus selama 7 minit.

Sumber resepi: www.abangbrian.com

Terima Kasih

Asha Lya Copyright © 2016. Design by MaiGraphicDesign