Halaman

Rezeki Keluarga

Asha Lya | November 30, 2015 | 9Komen | >
Assalamualaikum


Lewat bersiaran hari ni baru dapat on9. Kesibukan dengan pelbagai urusan.
sekejap Lya di KK Kinabatangan sekejap di KK Kinabalu.
Gitula kan bila dah jadi housewife ni, bila husband bawa
so ikut jerla kan.





Syukur alhamdulillah murah rezki husband Lya tahun ni.
Bonus mereka di bayar awal sebelum ujung tahun.
Husband Lya keja kat company SESB. Kalau kat semenanjung 
di panggil TNB. Bonus di bayar mengikut prestasi, ada la dapat  dalam
3k+++. Syukur sangat2, kita pun dapat juga merasa tempiasnya.
Bekerja dengan karan2 nie diakui tinggi risikonya kan. 
Apa pun semua rezki itu datang dariNya.
Buat suami terima kasih untuk segalanya.



Wassalam

Terima Kasih

Selesai Urusan Pindah Rumah

Asha Lya | November 28, 2015 | 10Komen | >
Assalamualaikum

Selamat berhujung minggu semua. Fuhhh akhirnya semalam selesai juga urusan pindah2 rumah ni. Penat jangan cakap, semua sakit satu badan. 






Ni dah ok sikit, lepas kemas sikit2 mana yang termampu. Penat wehhh, so far rumah ni ok la setakat ni. Rumah teres, jauh sikit dari pekan.



 Kalau kuartes sebelum ni dekat dengan pekan. 
Tunggula beberapa bulan siap kuartes, angkut lagi semua harta benda aduiii.
Ok la nak kemas dulu apa yang patut. Sebab esok turun kk lagi, husband outstation 2 minggu. OMG penatnya



Wassalam

Terima Kasih

Sarapan Dengan Pisang Goreng

Asha Lya | November 27, 2015 | 9Komen | >
Assalamualaikum


Salam Jumaat semua. Minum pagi ni layan pisang goreng panas. Pisang dari kebun mak kat kampung. Merasa juga hasil dari air tangan tanaman mak kita.
Kalau kat sini pisang sesikat rm3 tapi kalau kat kampung free her hihi.







Sebelum pisang ni masak ari tu sempat gak buat kerepek pisang. 
Penat angkut barang pi umah baru semalam tak hilang lagi (umah sewa sementara bab kuartes kita duk sekarang bakal di renovate start awal bulan depan ni). 



Wassalam

Terima Kasih

Sambal Ikan Billis Lya

Asha Lya | November 25, 2015 | 13Komen | >
Assalamualaikum


Hari tu baca kat blog Syamimie pasal resepi ikan bilis kering. Teringin plak nak buat sambil bilis ni. Makan dengan nasi panas memang sedap. Tapi Lya makan begitu jak buat kudapan hihi.






Sambal ikan bilis kering Lya. Cuma tak ada tempe goreng. Malas nak beli ke pasar. Makan dengan bread pun sedap. Nyum nyum




Wassalam

Terima Kasih

Tempahan Jahitan Sue Ezalya

Asha Lya | November 23, 2015 | 11Komen | >
Assalamualaikum



Alhamdulillah walau hanya menjait secara kecil2an mendapat sambutan dari kawan2. Masih ada yang sudi menempah jahitan dengan lya. Terima kasih kerna mempercayai dengan kebolehan Lya.





Ari tu da rakan minta senarai upah jahitan. Sini Lya tempek, buat masa sekarang ni la senarai harga yang Lya tawarkan. Rasanya mahal ker upah yang Lya minta. 




Rasanya da cukup murah berbanding jahit kat kedai. Kalau dekat kawasan sini la. Kalau kat tempat lain rasanya lagi up kot. Sebelum Lya mnjait dulu pernh juga hantar kain jait kat kedai memang mahal. Sepasang kurung moden mencecah rm50 hinggit, uishh bertabah je la. 




Wassalam

Terima Kasih

Papan Penekan Seterika

Asha Lya | November 22, 2015 | 7Komen | >
Assalamualaikum



Lewat bersiaran. Letih sangat ari ni, thanks rakan Blogger yang sudi singgah datang komen ke teratak Lya yang tak seberapa ni.



Ada sedikit kemudahan dalam kerja2 menereka kain. Papan penekan dari kayu recycle. Kayu dari perabot kabinet agak licin permukaannya. Abang Lya da bisniss buat perabot so ada lebihan kayu boleh buat.






Nak beli agak mahal so guna je bahan recycle, jimat kos hhehe. Bila di tekan kat bahan lipatan tu nampak kemas. Bertambah mudah kerja nak menjait.



Wassalam

Terima Kasih

Blaus Kembang

Asha Lya | November 20, 2015 | 11Komen | >
Assalamualaikum

Salam Jumaat semua. Pagi2 suda update pasal jahitan kan. Dah ini jak modal cerita ada hari ni. Sekurangnya tak la blog kesepian kan. Semenjak dua tiga menjak ni Lya suka buat blaus. Ala untuk pakai sendiri, ikut suka nak fesyen macam mana kan.






Blaus kembang, Leher piping, hidden zip kat depan n tangan bergetah. Ni kain Lya guna 1setengah meter. Kan Lya kecik so cukup la. Jenis kain Japanese cotton, ringan jak struktur kainnya. Jahit ari ni siap esok nak pakai hihi, ok la bye.



Wassalam

Terima Kasih

Buku Biodata Zaman Sekolah

Asha Lya | November 19, 2015 | 13Komen | >
Assalamualaikum

Tengah kemas2 almari terjumpa balik barang2 waktu zaman persekolahan dulu. Korang pun rasanya pasti ada masih simpan kenangan waktu zaman sekolah menengah dulu kan kan.






Buku biodata kawan2 seperjuangan time nak ambik spm dulu. Bila di baca Balik terimbau plak ingatan kembali ke zaman itu. Ramai da yang lost contact, ada sorang dua ja yang masih berhubung. Rindu plak dekat SM.Teknik Keningau, di situla Lya belajar erti berdikari. 



Nasihat untuk anak2 remaja sekolah, gunala masa, ruang, kesempatan yang ada dengan sebaiknya. Sekali ja lalui alam remaja. Rugi kalau di sia2 kan. Umur makin tua, bukan makin muda. Chehhh nasihat plak hihi.ok la bye



Wassalam

Terima Kasih

Tempahan Instant Shawl Chiffon

Asha Lya | November 18, 2015 | 16Komen | >
Assalamualaikum

Alhamdulillah tempahan shawl batch ke 3 suda siap. Suda selamat sampai pun ke tangan tuannya. 
Setakat ni permintaan tudung dari jenis kain chiffon. Lya guna jenis kain heavy chiffon, moscrepe chiffon n glitter chiffon. Akan datang guna kain Lycra plak. Dah ada permintaan insyallah.





Pembelian secara borong  10pc pastila ada diskaun. Lya tolong kawan meniaga, kiranya sama2 meniaga la gitu. Bermula secara kecil2an dulu.



Thanks rakan seblogger yang support Lya. Insyallah Lya akan open order. Harga terbaik jangan risau Lya bagi setanding dengan kualiti kain.



Wassalam

Terima Kasih

Giveaway Duit Saku & Bawal Aidijuma By CikTulip

Asha Lya | November 18, 2015 | 3Komen | >
Assalamualaikum



Selamat pagi semua, sejukkkk ja pagi ni hujan lebat semalam. Jom refresh pagi ni join segment kot la murah rezki kan.




Klik banner


Berkenaan blog cik tulip
" blognya cantik, kemas dan cepat loading. Kita baru lagi kenal tak boleh nak komen lebih kan hihi.


Tag
Mirza
Yani
Mizz Aiza


Wassalam

Terima Kasih

Koleksi Buku Jahitan

Asha Lya | November 17, 2015 | 8Komen | >
Assalamualaikum

Dah lama Lya tak beli bahan bacaan. Nak start Balik kumpul koleksi buku. Kali ni lya nak kumpul koleksi buku jahitan plak. Kalau dulu Lya suka kumpul novel. Ala zaman remaja2 dulu udah lama berlalu.





Boleh praktik tudung stail lain plak. Saja nak tambah ilmu jahitan yang boleh mendatangkan income kan.
Ok la bye.



Wassalam

Terima Kasih

Giveaway Simple by cik akak & sponser

Asha Lya | November 17, 2015 | 10Komen | >
Giveaway Simple by cik akak & sponser


Syarat Penyertaan : 

  • Follow Blog
cik akak  kathyrbain | syamimi  | wawa I Farah Arina | Salina Johari  | Ainul Aqma JMbelog  | Lorongcinta | Duniakita  | Arra |
  • Likes fanpage -  JMbelog I cik akak I cinta itu indah | Ainul Aqma 
  • Follow facebook - cik akak I JMbelog I Salina johari
  • Follow Instagram & Twitter - JMbelog I JMbelog I Salina johari I Farah Arina | Ainul Aqma | Arra 
  • Masukan link blog ini dalam senarai bloglist anda : http://kathyrbain.blogspot.my/
  • Buat entri bertajuk "Giveaway Simple by cik akak & sponser"
  • Copy coding yang disediakan & paste kan dalam ruangan HTML
  • Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen entri ini 
  • Giveaway berlangsung 13.11.2015 - 22.11.2015 [10 hari]
  • Giveaway tamat 22.11.2015 jam 11.59 malam
  • Pemenang dinilai melalui Nombor Cabutan Bertuah
Perhatian : Bagi syarat likes fanpage, follow facebook, Instagram & twitter peserta wajib follow setiap syarat sekiranya peserta ada akaun yang dinyatakan dalam syarat yang telah cik akak senaraikan. 

Sekiranya peserta tidak mempunyai akaun tersebut, peserta tak perlu ikut syarat yang dinyata. Apa yang penting kejujuran anda sebagai peserta giveaway. 

Follow blog wajib...tiada kelonggaran isu follow blog....semoga giveaway ini berjalan dengan lancar......

copy & paste coding ini dalam post entri anda...



Hadiah Giveaway

  • cik akak - Cash RM50.00 x 2 pemenang 
  • KathyRbain - Topup RM10.60 x 1 pemenang
  • Syamimi - Cash RM5.00 x 2 pemenang
  • Wawa - Topup RM10.60 x 2 pemenang
  • Farah Arina - Topup RM10.60 x 1 pemenang & Topup RM5.00 x 1 pemenang
  • Salina Johari - Cash RM10.00 x 2 pemenang
  • Ainul Akma - Topup RM10.60 x 1 pemenang
  • JMbelog - Topup RM10.60 x 5 pemenang
  • Lorongcinta - Topup RM5.00 x 2 pemenang
  • Duniakita - Topup RM5.00 x 2 pemenang
  • Arra - Topup RM10.60 x 1 pemenang

Ilham giveaway copy & paste coding - Rujuk Entri Kak Mialiana



Terima Kasih

Segmen Bloglist Dec 15-Jan 16 By Afidah Azmi

Asha Lya | November 16, 2015 | 7Komen | >
Assalamualaikum



Alhamdulillah da kelapangan sikit santai2 terjah bw kengkawan seblogger. Sambil tu join segment mudah.




Klik banner


" Kita da follow da blog fida. Tak ingat plak follow yg keberapa hihi. Kita suka pergi blog awak sbb penulisan awak santai jer tak adalah serabut. Blog awak kemas. Thanks selalu datang ke blog kita "


Wassalam

Terima Kasih

Angkut Sekali Mesin Jahit

Asha Lya | November 16, 2015 | 11Komen | >
Assalamualaikum



Hari ni besiaran di kampung halaman. Semalam selamat tiba di kg, memang beberapa bulan ni husband Lya sibuk dengan kursus d kk. Lya pun ikut la sekali balik kg. Takkan nak tinggal sebatang kara di Kinabatangan, memang tak meraung la nanti hahaha.






Angkut sekali mesin jahit portable ni. Tempahan orang kena siapkan. Kerja tetap kerja hhehe. Di mana2 pun boleh cari rezki kan. Bila dah rezki baby insyallah, tetap angkut juga semua mihmih. Kena suru husband beli keta baru gayanya macam ni :))..



Wassalam

Terima Kasih

Geng Mengaji

Asha Lya | November 13, 2015 | 10Komen | >
Assalamualaikum



Aktiviti hujung minggu para2 isteri solehah amin. Semua wanita nak jadi seorang wanita yang solehah untuk ibubapa suami kan. Mudahan kita semua tergolong di kalangan itu insyallah amin.

Alhamdulillah dah masuk 2 bulan Lya sertai Akademi Tahsin Al-Quran ni 
dekat kawasan perumahan Lya. Syukur ke hadrat Ilahi kerana masih di beri peluang menimba ilmu.
Walaupun Lya dah khatam Al-Quran tapi tak salah masih nak belajar kan, menuntut ilmu 
tu kan dapat pahala insyallah mudahan mendapat keberkatan dariNya Amin.





Geng mengaji semuanya baik2
Nie sempat selfie masa majlis kesyukuran n doa selamat malam selasa baru2 nie. Nanti up entri lain.
Ustaz ustazah yang mengajar pun semuanya baik2. Ini kelas mengaji pada malam Jumaat n Sabtu. Isnin,selasa,rabu n khamis pun ada.
Ok sekian.



Wassalam


Terima Kasih

Dengan Senyuman

Asha Lya | November 13, 2015 | 9Komen | >
Assalamualaikum
Salam Jumaat semua. Kekadang aku tak kuat..Aku yakin Dia sentiasa ada di disi.




Sumber fb


Senyum bisa menyembunyikan segala kedukaan. 



Wassalam

Terima Kasih

Packing Barang - Pindah Rumah

Asha Lya | November 11, 2015 | 10Komen | >
Assalamualaikum

Kesibukan beberapa hari ni nak update blog pun dah down cian apa lagi nak bw tak myempat. Balik ja dari kk ahad tu terus sibuk. 



Lya packing barang bakal pindah wat sementara waktu. Kuartes yang kitaorang duduk ni bakal di baikpulih. Memakan masa 4 or 5 bulan juga lamanya nak siap. Maklumla kuartes da uzur, kerosakkan sana sini.



Gambar Google



Rumah sewa yang kitaorang duduk nanti di tanggung oleh company tempat husband keja. Syukurla juga kalau tak mawnya sewa rumah kat sini ni mahal. Maaf mana2 blog yang tak trsinggah lagi. Da kelapangan pasti Lya singgah.



Wassalam

Terima Kasih

Suji Salju n Tart Nenas Bbwana

Asha Lya | November 10, 2015 | 9Komen | >
Assalamualaikum


Last week Lya balik kk ikut husband gi kursus. Kebetulan tu order la sekali biskut suji n tart nenas. Memang dah lama tringin nak merasa air tangan dari Blogger Bbwana ni pemilik blog "Dapur jiranku berasap". Bila tengok post kat blognya pasal biskut, kek yang wana buat aishhh buat kita trngidam nak merasa hhaha.



Lya bab buat biskut kek ni kurang. Kadang bila buat tu menjadi kadang tak menjdi. Tangan tak ada seni mempastry kot mihmih.






Serius sedap sangat biskut yang wana buat. Lepas ni nak order biskut lain la plak. Lya saja nak makan buat kudapan. Kalau time raya memang kurang rasa nak makan kuih raya ni. 



Thank wana sudi layan sebarang pertanyaan Lya. Ari tu jumpa sekejap ja dengan wana, next time boleh hangout sesama plak ya wana. Kalau ada yang nak merasa boleh la kontek2 dengan Bbwana.



Wassalam

Terima Kasih

Bila Seminggu Tak Petik Sayur

Asha Lya | November 09, 2015 | 11Komen | >
Assalamualaikum



Beberapa hari ni Lya memang agak sibuk. Blog tak terupdate, bw tak menyempat. Ada banyak hal yang perlu di settlekan. Seminggu di kg ikut husband kursus.






Nie sayur yang baru di petik. Bila seminggu tak petik ginila banyaknya dapat setengah bakul. Alhamdulillah rezki sayur2an banyak subur.



Wassalam

Terima Kasih

Tempahan Kurung Moden Kak Diana

Asha Lya | November 04, 2015 | 13Komen | >
Assalamualaikum
Bila Lya balik kampung ginila ini memang sentiasa sibuk ke sana ke sini. Blog semestinya terabai seketika huhu. Ini cerita hari tu. Terima kasih Kak Diana pemilik blog anugerah terindah kerna sudi menempah jaitan baju kurung moden kat Lya.






Alhamdulillah rezki dari Kak Diana. Hope akak berpuas hati ya. Len Kali bolehla tempah dengan Lya lagi hihi. Upah Lya ambik tak adala mahal mana, sangat berpatutan. Lya tak ada patung lagi so gantung kat hangger jak la hhaha. Ok la sekian 



Wassalam

Terima Kasih

Asha Lya Copyright © 2016. Design by MaiGraphicDesign