Upah jahit saya rata2 semuanya berpatutan, boleh di katakan murah berbanding jahit di kedai. Yela saya ni tukang jahit baru berjinak setahun jagung lagi pun saya menjahit kat rumah jak, belum ada kedai. Nak kata banyak pengalaman tu tak ada lagila, saya pun masih dalam proses belajar lagi ni. Ni nak cerita sikit kisah si tukang jahit ni.
Ini pola lengkap bagi pattern. Setiap inci/cm semasa mengukur amat penting kerana ukuran ukuran tersebut lah yg menentukan ketepatan pola, bukan formula semata-mata.
Dalam menyiapkan satu pakaian, ilmu yg perlu ada bukan hanya teknik jahitan.
Tukang jahit perlu belajar
1. Teknik mengenali bentuk badan
2. Teknik mengukur
3. Teknik melukis pola
4. Teknik manipulasi pola
5. Teknik manipulasi corak kain
6. Teknik menyusun susunan pola
7. Teknik memotong
8. Teknik dan jenis-jenis potongan fabrik
9. Teknik jahitan
10. Teknik kemasan
11. Teknik padanan baju dan badan
12. Teknik-teknik dan pemudahcara dalam jahitan.
Dan banyak lagi teknik teknik yg tidak tersenarai di atas dek kelupaan saya.
Kesemua teknik di atas tidak akan dapat dipelajari dan dikuasai dalam masa sehari, dan tidak ada di dalam buku buku (kecuali sesetengah nya boleh dikongsi di muka buku).
Mahir dalam bidang kemahiran amnya dan bidang jahitan khususnya, memerlukan modal yang sangat tinggi - iaitu masa, pengorbanan, kesungguhan, keringat dan juga wang ringgi.
Jadi, janganlah dipertikai, kenapa upah blouse RM35 harganya. Jangan lah dipersoal kenapa harga upah mahal sedangkan benang cuma rm1.20. Mesin jahit pun sekarang mahal harganya, tau......... modal besar jugak tu.....
Dan, satu lagi modal yg sering kita lupa - KESIHATAN. Tukang jahit sangat berisiko untuk mengidap penyakit penyakit yg berkaitan saraf dan tulang - mata, jari, tulang belakang, kaki dan pelbagai lagi.
Artitis, slip disk, rabun dan ada juga sampai tahap lumpuh, kerana terlalu banyak memaksa badan bekerja untuk menjahit sehelai pakaian.
Kalau rasa mahal upah jahit baju sekarang, jom, masuk kelas jahit, belajar menjahit.
Nanti, tuan puan akan berkata.... "ooooooooooooooooooooooooo... patutlah upah mahal....... susah menjahit ni....".
Hidup sentiasa punya pilihan. Pilihlah untuk tidak merendahkan keupayaan dan usaha orang lain untuk meneruskan kehidupan mereka. Semua kitaada tanggungjawab dan keperluan masing masing. Kalau rasa mahal, belajarlah. Mana tahu, satu hari nanti boleh ambil upah menjahit juga. Waktu itu inshaAllah kita akan faham.... makna sebenarnya menjadi seorang tukang jahit.
InshaAllah. Semoga lebih memahami
Copy: whasap group jahitan sekadar untuk perkongsian, jangan marah ya.
alahaii..memang sekrang ni semua mahal..nak jadi tukang jahit pun mahal jugak lya...ilmu pun mahal juga harganya kan..Selari dengan pelbagai barangan yang naik...Tak dinafikan semua tu..Bertabahlah bila orang yang tak faham komplen kan..
Hanya yang memahanmi je faham kenapa upah menjahit ni mahal..huhu
BalasPadamgood sharing
BalasPadamalahaii..memang sekrang ni semua mahal..nak jadi tukang jahit pun mahal jugak lya...ilmu pun mahal juga harganya kan..Selari dengan pelbagai barangan yang naik...Tak dinafikan semua tu..Bertabahlah bila orang yang tak faham komplen kan..
BalasPadammemang mahal tapi kita faham sebab mak kita pun menjahit..
BalasPadamhargamu masih berpatutuan.sila roger kalau balik kk...mau hntr baju raya!
BalasPadamOrang lain tak faham, hanya orang reti menjahit sahaja memahami, kalau patah jarum mesin nak repair dia mahal juga.. :)
BalasPadamsemoga dmurahkn rezeki slalu dear =)
BalasPadamramai yang cakap boleh menjahit tapi tak ramai yang mampu menghasilkan hasil yang bagus
BalasPadamambik upah jahit yer.. all the best..
BalasPadambukan senang sebenarnya nak jadi tukang jahit ni..penat jugak kan
BalasPadamtukang jahit bekerja.
BalasPadamupah jahit adalah gaji tukang jahit.
jgn nak nafi kan hak tukang jahit, kan.