Halaman

AKIM, STACY SAH SUAMI ISTERI TEPAT JAM 10.15 PAGI

Asha Lya | Februari 05, 2016 | 10Komen | >
Assalamualaikum






Penyanyi Akim Ahmad dan Stacy atau nama sebenarnya Ummu Syaikhah Stacy Anam, sah bergelar suami isteri dengan dua kali lafaz, tepat jam 10.15 pagi Jumaat.

Majlis pernikahan berlangsung di Hotel ShangRiLa, Tanjung Aru, Kota Kinabalu dan dihadiri oleh ahli keluarga dan kenalan rapat kedua-dua mempelai.

Pasangan pengantin dinikahkan oleh Jurunikah Jabatan Negeri Sabah (JAIS), Tuan Haji Matlin Dimin, berwakil walikan abang Stacy, Mohd Adam Hakimi Anam.

Akim telah memberikan mas kahwin sebanyak RM300 dan berserta 7 dulang hantaran kepada Stacy.

Sementara itu pengantin perempuan turut membalas 7 dulang hantaran kepada pihak lelaki.

Turut hadir di majlis pernikahan Akim dan Stacy ialah, penyanyi Hafiz Suip.

Akim dan Stacy bertunang pada 26 September tahun lalu selepas 6 tahun menjalin cinta.

Majlis persandingan Akim dan Stacy akan berlangsung pada malam ini di lokasi sama.

Kepada peminat Akim dan Stacy, jangan lupa untuk menonton Walimatulurus Akim dan Stacy yang disiarkan secara ekslusif di Astro Ria dan Ria HD pada 3 Mac ini, jam 9 malam.

Saksikan video Akim melafazkan akad sebentar tadi:

Sumber : astro gempaq

Terima Kasih

10 ulasan:

  1. alhamdulillah hihi bergabung meletop!

    BalasPadam
  2. simple dan cantik..sama macam Marsha..biar simple asalkan berkat gitu.

    BalasPadam
  3. Alhamdulillah..cantik stacy..nampak berseri..

    BalasPadam
  4. syukur..syukur..syukur....moga mereka berbahagia hingga ke jannah..

    BalasPadam
  5. Alhamdulillah...tahniah kepada pasangan akim dan stacy

    BalasPadam
  6. Alhamdulillah...tahniah kepada pasangan akim dan stacy

    BalasPadam
  7. Alhamdulillah tahniah buat mereka berdua

    BalasPadam
  8. ooookay nangis skarang jugak !! ahahaha.. over kan =D

    BalasPadam
  9. Alhamdulillah dan tahniah buat kedua pasangan...semoga berkekalan hingga akhir hayat..

    BalasPadam

...Terima Kasih Komen Ikhlas Anda...
...Komen Anda Semua Sangat Dihargai...
....Kalau sudi jemput la datang selalu...

Asha Lya Copyright © 2016. Design by MaiGraphicDesign