Halaman

Ainan Tasneem, Farah Asyikin, Ikhwan Tamat Zaman Solo

Asha Lya | Januari 08, 2017 | 5Komen | >
Assalamualaikum





Tahniah kepada tiga selebriti yang telah menamatkan zaman solo masing-masing semalam (Sabtu).

Mereka ialan penyanyi, Ainan Tasneem, bekas penyanyi Farah Asyikin dan penyampai radio, Ikhwan.

Semoga Ainan Tasneem, Fatah Asyikin dan Ikhwan berbahagia bersama insan tersayang buat selamanya.





1) Ainan Tasneem

Penyanyi Ainan Tasneem selamat, 24, sah bergelar isteri kepada jurutera, Mohamad Ariffudin Mohammad Swaimi, dalam satu majlis akad nikah yang diadakan di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam, jam 5.50 petang Sabtu. 

Ainan yang merupakan pelantun lagu 150 juta itu telah menerima mas kahwin sebanyak RM300 daripada pihak lelaki.

Majlis tersebut dihadiri oleh keluarga dan kenalan terdekat pasangan pengantin.

Ainan dan Ariffudin berkenalan berkata, menerusi aplikasi Whatsapp selama lima bulan sebelum memutuskan untuk berkahwin.



2)Farah Asyikin

Bekas penyanyi berusia 37 ini sah menjadi isteri kepada Raja Iskandar Raja Muktharuddin, 51, dengan sekali lafaz pada majlis pernikahan yang berlangsung di Dewan Lavender, Pusat Komuniti Bukit Damansara, di sini, kira-kira jam 11.57 pagi.

Farah menerima mas kahwin RM80 selain menyerahkan tujuh dulang hantaran berbalas lima daripada pihak pengantin lelaki manakala jumlah wang hantaran dirahsiakan.

Pasangan itu dinikahkan Ustaz Burhanuddin dari Masjid Umar Al Khattab, Bukit Damansara pada upacara yang dihadiri lebih 500 tetamu. 

Ini merupakan majlis perkahwinan ketiga kepada penyanyi




3) Ikhwan

Dengan sekali lafaz, penyampai radio Kool FM, Ikhwan atau nama sebenarnya, Mohd Khairul Ikhwan Rosli, 34, selamat dinikahkan dengan pasangannya, Noor Idayu Mohd Shari atau Ayu 33, pada jam 2.30 petang tadi. 

Pasangan itu dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan, Mohd Shari Sidek, pada majlis di Dewan Tun Dr Ismail, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC). 

Pihak lelaki menyerahkan mas kahwin RM3,000 berserta tujuh dulang hantaran dan dibalas sembilan dulang oleh pengantin perempuan namun Jumlah wang hantaran dirahsiakan.

Terdahulu, Ikhwan yang pernah melalui detik hitam dua kali putus tunang, nampaknya memilih seorang janda anak seorang sebagai isterinya.

Teks Oleh: Rozaimi Zubaidi


Sumber: astro gempak




Terima Kasih

5 ulasan:

  1. Alhamdulillah moga ketiga-tiga pasangan ini melayari bahtera rumahtangga dengan kesabaran dan saling berkasih sayang kerana Allah :)

    BalasPadam
  2. semoga berbahagia semuanya..amin

    BalasPadam
  3. moga semua happy hingga ke jannah :)

    BalasPadam

...Terima Kasih Komen Ikhlas Anda...
...Komen Anda Semua Sangat Dihargai...
....Kalau sudi jemput la datang selalu...

Asha Lya Copyright © 2016. Design by MaiGraphicDesign