Halaman

Shah Rukh Khan Dedah Nama 4 Pelakon Bollywood Yang Menjadi Idolanya

Asha Lya | Januari 13, 2017 | 5Komen | >
Assalamualaikum






Pelakon popular Bollywood, Shah Rukh Khan telah mendedahkan nama empat orang pelakon yang menjadi idolanya.

Menurut laporan Liputan6.com, Shah Rukh Khan atau lebih dikenali dengan gelaran King Khan itu telah menjadikan Govinda, Aamir Khan, Salman Khan, dan Ajay Devgan sebagai rujukan.

“Saya banyak mempelajari mengenai cara untuk berlakon dengan menjadikan lakonan mereka sebagai rujukan.

"Saya sebenarnya amat mengagumi bakat yang ada pada Govinda, Aamir Khan, Salman Khan dan Ajay Devgan kerana mereka merupakan pelakon yang hebat.
 
"Sebenarnya saya banyak belajar daripada lakonan mereka kerana ia sesuatu yang luar biasa melalui apa yang dilakonkan oleh mereka.
 
"Saya berharap agar suatu hari nanti dapat menari seperti Govinda, menjadi pelakon hebat seperti Aamir Khan, nampak gagah seperti Salman Salman Khan dan boleh berlawan seperti Ajay Devgan," katanya.

Tambahnya lagi, dia harus berkerja keras supaya menjadi seperti mereka kerana dia beranggapan bukan mudah untuk mencapai sesuatu kejayaan. 
 
Namun apa yang boleh diperkatakan kejayaan yang diperolehi oleh Shah Rukh Khan kini sesuatu yang luar biasa kerana namanya  bukan sahaja dikenali di India malah menjadi bualan di seluruh dunia.    

Olahan Oleh: Rozaimi Zubaidi 

Sumber: astro gempak

Terima Kasih

5 ulasan:

...Terima Kasih Komen Ikhlas Anda...
...Komen Anda Semua Sangat Dihargai...
....Kalau sudi jemput la datang selalu...

Asha Lya Copyright © 2016. Design by MaiGraphicDesign