Assalamualaikum & Salam Jumaat & Salam Kemerdekaan...
Pagi ne
Lya nak kongsikan sedikit khasiat jus buah-buahan.Ada beberapa jenis buah yang
dapat dinikmati sebagai jus yang menyihatkan.Lya paling gemar minum jus buah
tembikai,lebih2 lagi sekarang nie musim panas,sesuai sangat minum jus
buah-buahan...
Buah ini banyak mengandung protein dan vitamin seperti vitamin A, B, B2, B3, dan C.Buah bergizi tinggi ini sangat baik jika dimakan setiap hari. Apalagi aprikot tidak mengandung kolesterol dan baik untuk melancarkan peredaran darah. Lemak dari isinya baik untuk dijadikan krim pelembab.
2. Epal
Buah epal mengandungi banyak magnesium, zat besi dan silikon, potasium, fosfor, sodium dan kalsium. Epal juga mengandung vitamin A, B, dan C. Zat asam pada epal merupakan zat pembersih tubuh yang sangat baik serta dapat menyembuhkan keradangan pada tubuh. Sisa hampas jus (sari) epal dapat digunakan untuk meneutralkan lemak pada wajah.
3. Limau
Semua jenis limau merupakan sumber vitamin C yang utama. Ia dapat membantu memperkuatkan jaringan otot-otot urat dan dinding pembuluh darah. Penderita gusi berdarah, gigi rosak dan sakit sendi dapat diatasi dengan segelas jus limau atau lemon setiap hari.
4.Tembikai
Buah
tembikai merah merupakan sumber tinggi carotenoid : lycopene, sejenis bahan
antioksiden bersifat anti-kanser. Bahan ini menghalang penyakit kanser seperti
prostat, payudara, endometrial, peparu dan usus (colorectal). Buah tembikai
yang tinggi antioksiden ini juga kaya dengan vitamin A, C dan B (asid folik),
magnesium, zink dan pelbagai jenis galian lain daripada bahan yang dikenali
sebagai beta-karotene.
Selamat
membuat jus...
Wassalam.
thnks for sharing...suka sangat minum jus buah-buahan ni. banyak vitamin kan kan :)
BalasPadamyup bagus untuk pencernaan juga :)..
PadamAkak pun suka minum jus...teringin pulak nak beli tembikai hihihi
BalasPadamAkak pun suka minum jus...teringin pulak nak beli tembikai hihihi
BalasPadamAkak pun suka minum jus...teringin pulak nak beli tembikai hihihi
BalasPadamelok byk makan buah n minum jus panas2 mcm nie ;)
Padamsmua berkhasiat =) jus buah2an ni mmg bagus..smua org suka..cuma xdpat minum selalu je hu3..nice sharing..kalau blend semua diatas pasti lg sedap he3..ada ke yg nk minum?? :D
BalasPadamsemua ada khasiat.. paling suka apricot :D
BalasPadam