Halaman

3 Jenis Makanan Patut Elak Ketika Berpuasa

Asha Lya | Mei 28, 2017 | 3Komen | >
Assalamualaikum







Tidak sah jika tidak memikirkan soal makan ketika berpuasa, tambah pula ketika waktu imsak dan berbuka.

Namun, dalam keghairahan mencari hidangan yang menepati selera tekak, pastikan anda mengawal nafsu makan agar tidak melarat kemudiannya.

Penjagaan tubuh badan yang sihat bermula daripada hidangan yang kita makan. Buat pilihan  berhemat dan jangan gelojoh.

Berikut kami nyatakan jenis hidangan yang sepatutnya anda elak ketika bersahur bagi memastikan kerja dan fungsi tubuh badan anda kekal mantap sepanjang hari.

Makanan Pedas

Orang Malaysia memang tidak boleh lari daripada menggemari hidangan pedas dan berasaskan rempah ratus namun cuba elakkan pengambilan makanan pedas ketika bersahur.

Hal ini kerana kandungan rempah ratus akan meningkatkan rasa dahaga sepanjang hari berpuasa.

Makanan Bergoreng

Jika anda mengambil makanan bergoreng ketika perut kosong, ia akan menyebabkan perut menjadi kejang dan kembung kerana kesukaran untuk menghadam.

Minyak tidak tepu dalam hidangan bergoreng juga boleh menjejaskan diet dan kesihatan kita.

Makanan Proses

Hidangan kegemaran orang bujang ini memang cepat dan senang disediakan.

Namun, ia boleh memudaratkan badan anda kerana kandungan perisa, pewarna dan garam yang terlalu tinggi.

Malah, jika diambil ketika bersahur ia akan menyebabkan badan lesu.

Teks oleh: Amri Hassan

Sumber: astro gempak



Terima Kasih

3 ulasan:

  1. Kurang-kurangkanlah cili pedas tu...perut xda isi memang sengsara lah haha

    BalasPadam
  2. Wah sumber rujukan dah ni,,tahnia dapat buat kajian ya

    BalasPadam
  3. btul tu, sha kdg2 xtahan juga sbb nafsu mkn tu ahh hahaha..

    BalasPadam

...Terima Kasih Komen Ikhlas Anda...
...Komen Anda Semua Sangat Dihargai...
....Kalau sudi jemput la datang selalu...

Asha Lya Copyright © 2016. Design by MaiGraphicDesign