Halaman

Resepi Kuih Cucur Badak

Asha Lya | Ogos 15, 2017 | 4Komen | >
Assalamualaikum






Bahan-bahan:


400 gm ubi keledek rebus yg dah di lecek
1 cwn tepong gandum
sedikit garam


Cara-caranya:


campur semua bahan dan uli sampai sebati..buat la bulat2 dan leperkan,kemudian  bubuhkan inti...bulatkan semula dan dileperkan sedikit..buat sampai habis...dan bolehlah di goreng...(semasa proses membuat cucur badak ni,sekiranya adunan lembik,ambil sedikit tepung dan sapukan di tangan supaya tidak melekit/melekat)


Bahan-bahan untuk inti:


1/3 biji kelapa parut
1 btg serai
2 sudu besar udang kering
3 tangkai cili kering
sebiji bawang besar
2 ulas bawang putih
sedikit air asam jawa
1 sudu gula
garam secukupnya


Cara-caranya:


Cili kering, bawang besar dan putih, udang kering, serai hendaklah dikisar halus.
Campurkan kelapa dengan bahan kisar, sedikit perahan air asam jawa, gula dan garam secukupnya.
Gaul sebati dan goreng dalam kuali tanpa minyak hingga inti masak.
pastikan inti dimasak sehingga kering/garing.

Sumber resepi Mas Hani

Terima Kasih

4 ulasan:

  1. Baru terfikir nk cr resepi cucur badak..

    Baru2 ni kerap pula beli kelapa parut..
    Dh cuba dangai, lempeng kelapa..
    So teringat nk cuba cucur badak plak..

    Tp kena beli keledek dulu lah.

    Lya guna keledek putih ke merah ye???

    BalasPadam
  2. Sedapnya! Ada masa nanti boleh try buat hehe

    BalasPadam

...Terima Kasih Komen Ikhlas Anda...
...Komen Anda Semua Sangat Dihargai...
....Kalau sudi jemput la datang selalu...

Asha Lya Copyright © 2016. Design by MaiGraphicDesign