Halaman

Labu Gergasi

Asha Lya | Jun 25, 2015 | 12Komen | >
Assalamualaikum



Update blog di awal pagi plak.
Selamat besahur semua.
Ini labu gergasi, ala korang pun kenal kan. Lya panggil labu gergasi sebab labu ni besar sangat. Kalau di timbang mungkin cecah juga 10kg. Beratnya macam angkat bears.






Husband beli dari pekebun sini2 juga.
Percaya tak harganya rm2.00 saja.
Sila la percaya hhaha. Ishhh betul ni tak tipu. Tunggu apa lya nak buat dengan labu ni. 



Wassalam

Terima Kasih

Cara Menggunakan Acuan Koler

Asha Lya | Jun 23, 2015 | 9Komen | >
Assalamualaikum
Kembali bersiaran. Perut pun da kenyang lepas berbuka, Alhamdulillah.
Kali ni nak share Serba sedikit ilmu jahitan. Mana yang da tahu, tu ok la. 
Mana yang baru berjinak dengan dunia jahitan tu meh la kita tunjuk.






Acuan untuk baju kurung.
Tekap dan lukis dekat kertas tisu bergam (yang lembut) mrngikut acuan.
Ukuran basi kelilingnya Lya letak 1 1/2" ja. Nak letak 2" pun boleh.






Lepas di lukis kemudian gunting mengikut ukuran yang di lukis kemudian baru iron di fabrik.
Acuan baju kurung ada saiz s,m,l & xl.
So lebih mudah nak buat koler.
Tak perlu lagi nak ukur2.
Acuan ni Lya beli dengan member.
Di perbuat dari jenis plastik tebal.
Memang tahan. Sekian untuk perkongsian kali ini.



Wassalam



Terima Kasih

Susun Atur Peralatan Jahitan

Asha Lya | Jun 22, 2015 | 12Komen | >
Assalamualaikum

Bila peralatan2 jahitan Lya nampak kemas dan teratur
hati banyak senang.
Nak cari pun mudah. Tak perlu nak selongkar2.






Recycle bekas kotak2 kosong ja.
Siap ada label, mudah nak cari.
Aktiviti pagi tadi.




Wassalam

Terima Kasih

Asha Lya Copyright © 2016. Design by MaiGraphicDesign