Halaman

THE EX

Asha Lya | Februari 26, 2017 | 1Komen | >
Assalamualaikum



THE EX – RIN AHMAD
No. ISBN:- 978-967-0874-46-3
Jumlah muka surat:- 480
HARGA SEMENANJUNG : RM22, AHLI KN : RM18
HARGA SABAH SARAWAK : RM25, AHLI KN : RM21
Sinopsis:-
Bellina dan Darren dijodohkan oleh kedua-dua orang tua mereka namun, dalam zaman serba moden ini mana mungkin kisah kahwin paksa relevan. Darren membuka langkah untuk menawan hati Bellina. Bellina pula menerima sementelah Darren cukup segala pakej yang diidamkan.
Salah mereka cuma satu, masing-masing berlagak baik apabila disogokkan oleh deskripsi watak oleh ibu bapa mereka sebelum dijodohkan. Hakikatnya Bellina dan Darren sama sahaja. Masing-masing panjang langkahnya. Masing-masing mempunyai teman yang silih berganti. Apabila sudah jatuh cinta bergolek-golek, tanpa disedari mereka mengikut arus dan terus menjadi ‘baik’. Sehinggalah peristiwa demi peristiwa tersingkap dan masing-masing merasakan diri sangat tertipu.
Mampukah Bellina untuk kekal taat kepada seorang suami yang telah melukakan hatinya setelah rahsianya terbongkar?
Mampukah Darren untuk kekal menyayangi seorang isteri yang tega mempermainkan hakikat kisah sebenar?

Terima Kasih

MAHKAMAH HATI

Asha Lya | Februari 22, 2017 | 3Komen | >
Assalamualaikum



MAHKAMAH HATI – UMIE LIZA
No. ISBN:- 978-967-0874-47-0
Jumlah muka surat:- 648
HARGA SEMENANJUNG : RM23, AHLI KN : RM19
HARGA SABAH SARAWAK: RM 26, AHLI KN : RM22
Sinopsis:-
Rafeq Iskandar tidak pernah ambil kisah tentang Zara… calon isteri pilihan keluarganya. Pertunangan diikat hanya kerana Chenta Malika perlukan seorang wanita bergelar ibu dalam hidupnya. Lagipun, dia selesa berdua sahaja dengan permata hatinya itu setelah pemergian Linda.
Tanpa sedar, dia jatuh cinta. Bukan dengan tunang sendiri tetapi, dengan gadis keras kepala yang membuatkan hatinya kembali berbunga. Terasa jiwanya kembali hidup dengan kemarahan gadis itu. Terasa bahagia dengan adanya Alyssa setiap hari di depan mata.
Namun… Alyssa dan Zara meninggalkannya kerana Sara yang berstatus teman tapi mesra. Pemergian Alyssa dan Zara membuatkan Rafeq Iskandar penasaran. Dia kecewa, marah dan dendam terus membara di hatinya.
Keputusan harus diambil. Siapakah pilihan Rafeq Iskandar? Hanya hati yang bisa menjadi mahkamah dalam pengadilan ini.

Terima Kasih

Homemade KimchibyKakLo

Asha Lya | Februari 21, 2017 | 8Komen | >
Assalamualaikum



Buat pertama kalinya tekak saya dapat terima kimchi. Kalau sebelum ni memang tak suka makan, sebab baunya tu tak tahan. Tapi berlainan dengan kimchi kaklo yang saya beli ni memang menepati citarasa. Paling saya suka perisa sweet & spicy, memang sedap. Bagi tekak saya la, tekak orang lain tak tahu la pulak. 
Lagipun produk ni di jamin halal, perkhidmatannya pun baik dan cepat.






Dua perisa saya beli sweet & spicy dan mild. Ada lagi satu perisa hot & spicy, yang tu memang saya tak tahan makan pedas yang amat. Harga sepeket Rm8, yang dalam botol Rm16.







Saya makan bersama bubur ayam, kadang tu saya makan denfan nasi dengan ayam goreng.







Kalau ada yang herminat bolehla follow ig kimchibyKaklo


Saya tak pandai nak tulis review pangjang lebar hihi, senang2 pi la jengguk.



Wassalam

Terima Kasih

NOVEL KOMBO MAC 2017

Asha Lya | Februari 20, 2017 | 2Komen | >
Assalamualaikum







KOMBO MAC 2017
1.THE EX
SEMENANJUNG : RM22
SABAH&SARAWAK : RM25
2.MAHKAMAH HATI
SEMENANJUNG : RM23
SABAH&SARAWAK : RM6
*HARGA KOMBO SEMENANJUNG (2 BUAH NOVEL MAC 2017) = RM 35
*HARGA KOMBO SABAH SARAWAK (2 BUAH NOVEL MAC 2017) = RM41
Hai, pembaca KN yang setia. Bulan Mac ini, istimewa kami bawakan anda novel-novel yang penuh dengan kisah-kisah cinta yang pasti akan memberi kepuasan kepada anda tatkala membaca novel ini. Rugi jika tidak memiliki kombo ini kerana harga yang lebih jimat menanti anda.
Berita gembira buat semua peminat penulis Rin Ahmad, beliau telah muncul dengan karya bertajuk “The Ex”. Kami pasti semua peminat Rin Ahmad tidak akan kecewa dengan karya beliau. Seorang lagi penulis baharu yang mampu membuka mata anda dengan karya “Mahkamah Hati” iaitu Umie Liza.
Percayalah, kombinasi bulan Mac ini tidak akan mengecewakan semua peminat KN. Yang lagi BESTNYA….kalau nak novel yang ada tandatangan RIN AHMAD & UMIE LIZA, order segera sebab special untuk 300 terawal je tau…cepat order sekarang!!
Jangan lupa dapatkan segera Kombo Mac ini!Pembelian dengan harga kombo yang sangat jimat ini hanya boleh didapati dengan pembelian online bersama KN sahaja. Jadi, dapatkan segera sebelum kehabisan stok. Semoga terhibur dan selamat membaca!
PENGHANTARAN ADALAH PERCUMA SELURUH MALAYSIA!DAPATKAN SEKARANG!


Terima Kasih

Eshaal Nama Baby Girl Akim Ahmad & Stacy Anam

Asha Lya | Februari 19, 2017 | 3Komen | >
Assalamualaikum





Pasangan penyanyi Akim Ahmad dan Stacy Anam memilih nama Eshaal untuk diberikan kepada puteri sulung mereka.

Membuat pengumuman menerusi laman Instagram Akim, penyanyi tersebut memuatnaik sekeping gambar yang tertera tulisan tangan dengan kapsyen berbunyi ‘Eshaal binti Afiq Hakim’.

Akim dan Stacy selamat menerima kelahiran cahaya mata sulung mereka pada jam 5.17 petang Jumaat lalu.

Akim atau nama sebenarnya, Afiq Hakim Ahmad, 26, sah menjadi suami kepada Ummu Syaikhah Stacy Anam, 27, di Hotel Shangri La Tanjung Aru, Kota Kinabalu, Sabah pada 5 Februari 2016.

Stacy dan Akim mempunyai seorang anak angkat bernama Bella yang kini berusia 5 tahun.

Teks oleh: Kamaruddin Razal
Foto: Instagram @akimahmad & @ryaniezmoments

Sumber: astro gempak


Terima Kasih

Tak Sangka Sepahtu Reunion Live Diminati Ramai – Sepahtu

Asha Lya | Februari 17, 2017 | 2Komen | >
Assalamualaikum





Kumpulan Sepahtu mengakui tidak menyangka ramai yang menyukai program sitkom pertama  mereka, Sepahtu Reunion Live.

Sepahtu berkata, mereka turut berterima kasih kepada para peminat yang telah memberi sokongan selama ini.

“Pada awalnya saya membantah apabila Jep dan Shuib menerima tawaran daripada Astro untuk program ini kerana saya memang tidak yakin.

“Maklum sahajalah program ini disiarkan secara langsung, spontan, tanpa skrip, tanpa rehearsal dan saya beritahu kepada Shuib dan Jep, jangan buat kerja gila.

“Tapi disebabkan keyakinan mereka, saya bersetuju. Tapi bila program dah mula, mereka pula yang risau,” kata Rahim ketawa.

Sementara itu menurut Jep, dia bersetuju untuk menjayakan Sepahtu Reunion Live kerana yakin dengan kemampuan mereka.

“Saya memang sentiasa yakin dengan ahli kumpulan saya kerana mereka memang boleh ‘deliver’ cuma lebih risaukan ketika ‘live’ terlepas cakap perkara-perkara yang menyentuh sensitiviti orang lain.

“Oleh itu kami rela dijadikan bahan jenaka sesama sendiri supaya tidak menyinggung individu lain,” katanya


Mengulas mengenai cabaran membuat persembahan secara langsung, Shuib memberitahu banyak perkara yang perlu mereka jaga dan atur.
 
"Bukan mudah untuk melakukan persembahan live. Spontan mungkin kami sudah biasa kerana sebelum ini pun show Sepahtu Reunion memang kami lalukukan hanya berdasarkan tajuk dan jalan cerita yang diberi.
 
"Tetapi kali ini, bila ia dilakukan secara langsung perkara paling penting sekali kami perlu titik beratkan adalah timing dan kami memang perlu disiplin dengan masa kerana rehat ketika iklan itu hanya tiga minit sahaja,” ujarnya.

Trio ini juga tidak menolak sekiranya Sepahtu Reunio Live diteruskan untuk musim kedua.

“Insha-Allah, jika ada tawaran kami tidak keberatan. Cuma buat masa sekarang kami mahu memberi fokus kepada program bual bicara Meja Bulat Sepahtu sebelum berehat seketika,” kata Jep mewakili Sepahtu.

Meja Bulat Sepahtu merupakan sebuah program bual bicara santai yang di hos kan oleh Sepahtu Shuib, Jep dan Rahim dengan pelbagai topik menarik dan terkini, bersiaran setiap Rabu, pukul 9 malam di Astro Prima (saluran 105) dan Maya HD (saluran 135).

Ulangan program Meja Bulat Sepahtu juga akan disiarkan pada hari Jumaat jam 11 malam, Sabtu jam 12 tengah hari dan Ahad jam 6 petang, di saluran sama.


Sumber: astro gempak


Terima Kasih

Biarla Bermula Dari Bawah

Asha Lya | Februari 17, 2017 | 4Komen | >
Assalamualaikum



💨 Bila MISKIN kata NASIB BADAN... 
💰 Bila KAYA kata REZEKI DIA...
🏧 Bila TAK CUKUP DUIT kata CUKUPLAH... 
🏃🏻💳 Bila CARI DUIT LEBIH kata GILA DUIT... 
📮 Bila NAK KONGSI kata BOHONG... 
💻 Bila TAK KONGSI kata SOMBONG...
💾 Bila TAK TUNJUK BUKTI kata TIPU... 
📰 Bila ADA BUKTI masih TAK PERCAYA... 
🚲 Bila NAK TUNJUK JALAN masih BAGI ALASAN...
.
 Jangan fikir apa 'Orang cakap' tak ke mana kita nanti, kita yang mahu berubah kitalah yang kena bertindak dan berubah...yg penting JALAN TERUS
.
👫👪 Beri peluang pada diri anda dan keluarga untuk nikmati kejayaan, fikirkan mereka yg tersayang kerana mereka lebih BERMAKNA dlm hidup kita...
.
🎓🏆 Untuk mencapai kejayaan kita perlu berusaha tanpa jemu...✒📚📃
.
👔 Orang yg berjaya hari ini juga bermula dari bawah ⬇
.
⛳ Ada mendaki satu tangga ke satu tangga untuk sampai di puncak.

Terima Kasih

Aliff Aziz Kongsi Kisah Percintaan Bersama Isteri Kepada Mira Filzah

Asha Lya | Februari 17, 2017 | 2Komen | >
Assalamualaikum






Penyanyi dan pelakon Alif Aziz menceritakan kisah cintanya berasama isteri, Bella kepada aktres Mira Filzah.

Cerita tersebut disampaikan kepada Mira menerusi single terbaru yang menggandingkan mereka berdua berjudul Sandar Padaku.

Menurut Aliff, Sandar Padaku merupakan sebuah lagu yang berkisarkan tentang kisah cinta dua anak muda yang memendam perasaan kerana diselubungi sifat ego.

“Single ini hampir sama dengan kisah percintaan saya dengan isteri saya, Bella. Pada mula-mula kenal kami malu dan susah untuk luahkan perasaan masing-masing tetapi memang dah dikatakan jodoh akhirnya kami disatukan sebagai suami isteri.

“Kehidupan saya kini lebih sempurna dan segalanya lebih teratur,” ujarnya.

Sementara itu menurut Mira Filzah, dia sangat teruja dengan pembikinan single terbaru ini.
“Saya sangat berpuas hati dengan terhasilnya single ini kerana mana yang mengikuti saya di Instagram tahu saya gemar menyanyi dan ini merupakan titik permulaan bagi sesuatu yang baru.

“Walaupun bait kata yang saya sampaikan hanya minima, namun saya berharap peminat di luar sana akan terhibur dengan dendangan yang saya sampaikan,” katanya.

Dalam pada itu Sony Music Malaysia yakin bahawa single ini mampu menarik perhatian setiap lapisan penggemar muzik Malaysia dan bakal menjadi siulan.

Aliff Aziz pernah popular menerusi lagu Jangan Ganggu Pacarku dengan tontonan melebihi 2 juta di laman YouTube.

Sandar Padaku merupakan lagu ciptaan sepenuhnya oleh Panji Sakti dan boleh dimuat-turun di iTunes dan stream menerusi portal muzik terpilih antaranya Apple Music, Deezer, JOOX Music, KKBox, Raku, Spotify dan Yonder Music.
 

Sumber : astro gempak

Terima Kasih

Hadiah Mesin Jahit Industri Singer

Asha Lya | Februari 16, 2017 | 8Komen | >
Assalamualaikum

Syukur alhamdulillah berkat usaha gigih dan sabar akhirnya terbeli juga mesin industri yang menjadi idaman buat si tukang jahit ini. Hadiah untuk diri sendiri gitchuuuu. Hasil merempit sikit2 kumpul lama2 jadi bukit. Bila suda di tarah kenala usaha lagi kumpul balik ni. Bila dah ada mesin baru ni bertambah lebih la semangat tu nak menjahit bebanyak haha.



 Usaha selagi mana kita termampu, bukannya niat nak tamak pun. Kalau suda rezki datang takkan nak tolak kan. Bila kita nampak hasil usaha di depan mata rasa macam lain. Tak sangka kita boleh pergi sejauh ni. Di mana ada kemahuan di situ ada jalan. Moga kita semua di murahkan rezki Insya Allah.




Mesin jahit industri cap singer ni ja hakak mampu beli, harga rm2+++
Ada rezki lebih nak tambah mesin lain pulak ni, dalam perancangan moga semuanya di permudahkan Inya Allah.







Mesin portable sebelum ini yang berjasa pada tuannya.
Banyak suda hasilnya ni, beli since hujung tahun 2014. Masih bertahan hingga kini. Beli sebelum gst dalam Rm7++. 
Owhh ya tempahan raya pun saya dah terima sehingga April ni, alhamdulillah murah rezki si tukang jahit.
Moga kita semua di murahkan rezki Amin Amin Amin.


Wassalam



Terima Kasih

WW : Ayam Masak Butter

Asha Lya | Februari 15, 2017 | 5Komen | >
Assalamualaikum



Lama tak buat entry ww just post pic. 
Menu simple hari ni dah lama teringin nak membuatnya, kesibukan dan kemalasan membataskan segalanya haha.
Ayam masak butter for luncheon.





Biar gambar berbicara


Jom makan


Terima Kasih

Walaupun Sarat Mengandung, Stacy Semangat Sambut Ulang Tahun Kelahiran Anak

Asha Lya | Februari 13, 2017 | 8Komen | >
Assalamualaikum






Penyanyi Stacy, telah berkongsi beberapa keping gambar sambutan ulang tahun kelahiran anak angkatnya Beyya, di akaun Instagram (IG).

Meskipun Stacy kini sedang menunggu hari untuk melahirkan anaknya namun dia tetap bersemangat untuk menjayakan majlis Beyya.

Menerusi kapsyen yang dimuat naik, majlis yang diadakan itu merupakan sambutan ulang tahun kelahiran Beyya yang kelima dan diadakan awal dua hari dari hari sebenar.

"Terima kasih kepada semua yang sudi datang memeriahkan ulang tahun anak kami Beyya, yang ke 5 tahun tadi..😊Terima kasih juga yang bagi hadiah untuk Beyya. Syukur alhamdulillah Beyya happy sangat tadi! Terima kasih sekali lagi.. #awal2hari #14022017 #valentinebaby #beyyabirthday".

Rata-rata peminat serta pengikut IG memberi komen yang postitif dan teruja melihat keadaan Stacy sekarang serta tidak sabar hendak menanti kehadiran ahli baru dalam keluarga mereka.

Selain itu juga terdapat peminat yang mendoakan agar Stacy dipermudahkan untuk melahirkan cahaya matanya tidak lama lagi.

Menerusi (hashtag)  #beyyabirthday #beyyaturns5 #awal2hari #valentinebaby #14022017 pelbagai gambar menarik telah dikongsi oleh tetamu yang hadir memeriahkan majlis itu.

Akim dan Stacy sah bergelar suami isteri pada 5 Februari 2016 dalam majlis yang berlangsung di Hotel Shangri La Tanjung Aru, Kota Kinabalu, Sabah.

Pasangan ini mempunyai seorang anak angkat, Bella Valentina, 5.

Berikut merupakan foto-foto sekitar majlis itu diadakan:

Teks Oleh: Rozaimi Zubaidi

Sumber: astro gempak

Terima Kasih

Abam Nafi Bawa Kekasih Jumpa Ibu

Asha Lya | Februari 12, 2017 | 5Komen | >
Assalamualaikum





Pelawak Abam (Bocey) menafikan membawa kekasih untuk berjumpa dengan ibunya.

Abam atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar Syed Mohd, 29, berkata, gambar wanita yang tersebar di Forum Cari itu bukanlah kekasihnya tetapi cuma seorang rakan.

"Saya mempunyai ramai kawan wanita dan masih belum ada kekasih.

"Jujur saya katakan, masih belum ada yang benar-benar melekat di hati saya untuk dijadikan pasangan hidup.

"Selalunya saya akan bawa balik dan kenalkan kepada ibu dahulu dengan siapa saya berkawan.

"Jika ibu berkenan saya akan serius dengan hubungan itu tetapi ada juga beberapa yang orang yang dia suka tapi saya pula tidak berkenan," katanya kepada Astro Gempak.

Abam ditemui pada majlis pelancaran Maharaja Lawak Mega 2017 (MLM 2017) yang diadakan  di Hotel Royale Chulan, baru-baru ini.

Kumpulan Bocey akan berentap bersama 14 kumpulan lain di MLM 2017 yang akan bersiaran secara langsung dari Royal Teater, Shah Alam, setiap Jumaat bermula 17 Februari ini, pukul 10 malam di saluran Astro Warna (132) dan Mustika HD (134).

Teks Oleh : Rozaimi Zubaidi

Sumber: astro gempak


Terima Kasih

Beberapa Jam Ditayang Di Indonesia, SYTD 2 Tarik Lebih 100,000 Penonton

Asha Lya | Februari 11, 2017 | 3Komen | >
Assalamualaikum





Selepas sekuel pertamanya menjadi filem paling laris di Indonesia dua tahun lalu, Surga Yang Tak Dirindukan 2 (SYTD 2) mendapat sambutan hangat pada hari pertama tayangannya semalam.

Menurut laporan portal detikHot,  lebih daripada 100 ribu penonton telah membanjiri pawagam di seluruh Indonesia untuk menonton filem SYTD 2.

Ketua Pengarah Produksi, MD Picture, Manoj Punjabi, mengakui terkejut dengan sambutan luar biasa yang diberikan oleh penonton.

"Ini merupakan sambutan di luar jangkaan. Kami tidak menjangkakan SYTD 2 akan menarik penonton yang sangat ramai seperti hari ini (Khamis).
 
"Disebabkan sambutan luar biasa terhadap SYTD 2, kami telah menambah 10 buah panggung lagi di atas permintaan penonton.

“Jika sebelum ini SYTD 2 ditayangkan di 128 buah pawagam, kini ia bertambah ke 138 buah panggung. Ini membuktikan bahawa orang ramai tidak sabar untuk menyaksikan kesudahan cerita ini,” katanya.

SYTD 2 merupakan filem arahan Hanung Bramantyo yang dibintangi oleh Laudya Cynthia Bella, Raline Shah, Fedi Nuril,Reza Rahadian dan pelakon dari Malaysia, Nora Danish.
 
Filem SYTD 2 juga bakal menemui penonton di pawagam seluruh Malaysia pada 16 Februari ini.

Kepada yang belum pernah menonton bahagian pertama SYTD atau terlepas ulangannya baru-baru ini,  lihat jadual tayangan di bawah:





Terima Kasih

Foto Ulang Tahun Kelahiran Neelofa Ke-28 & Suprise Kek RM20,000

Asha Lya | Februari 10, 2017 | 2Komen | >
Assalamualaikum





Pelakon dan pengacara Neelofa dikejutkan dengan kek bernilai RM20,000 sempena sambutan hari jadinya yang ke-28.

Ketika di majlis pelancaran koleksi Lady Lofa dan Lady Lofa Luxe untuk jenama hijab miliknya, Naelofar pada Isnin, Neelofa diberikan kejutan sambutan hari jadi oleh pihak Swarovski.

"Alhamdulillah, saya bersyukur dan tak sangka dikejutkan dengan kek yang bernilai RM20,000. Kek dua tingkat istimewa yang mempunyai motif pepatung itu bertatahkan permata Swarovski. Terima kasih kepada pihak penaja yang membuat kejutan," kata Neelofa kepada Astro Gempak.

Tidak mempunyai sebarang impian spesifik sempena sambutan hari lahirnya, Neelofa hanya mahu lebih 'memberi' kepada semua pihak di luar sana.

"Saya ingin cuba untuk lebih memberi. Bagi saya, pemberian tersebut bukan sahaja dari segi material seperti wang, tetapi dalam cara perkongsian pengetahuan, memberi inspirasi kepada semua peminat dan banyak lagi cara positif," katanya lagi.

Melancarkan koleksi Lady Lofa dan Lady Lofa Luxe, Neelofa menjelaskan koleksi hijab tersebut dijual pada harga mampu milik.

"Koleksi ini istimewa kerana dihiasi dengan permata Swarovski dan loket dengan motif pepatung yang menjadikannya lebih eksklusif.

"Saya mahu meletakkan koleksi hijab Naelofar ke satu tahap yang lebih tinggi. Walaupun kos pembuatannya sedikit tinggi, kami sependapat mahu menjualnya pada harga bawah RM100," katanya lagi.

Teks oleh: Kamaruddin Razal
Kredit foto: Instagram @hazmiljapilus

Sumber:astro gempak












Terima Kasih

PELANGI CINTA BUAT SUAMI

Asha Lya | Februari 10, 2017 | 1Komen | >
Assalamualaikum








PELANGI CINTA BUAT SUAMI
SEMENANJUNG: RM30.00 AHLI KN: RM26.00
SABAH/SARAWAK: RM33.00 AHLI KN: 29.00
Sinopsis:-
Kata orang cinta itu mampu hadir dari pelbagai rupa, segi dan cara. Kadangkala datangnya langsung tidak mampu diramal oleh jiwa, begitu saja.
Imanina : Kerana sebuah diari, perasaan cinta di hati wujud serta merta. Dia terpesona, kagum dan terpukau dengan kata-kata indah itu kerana menyedari betapa beruntungnya menjadi wanita yang dikasihi seorang suami dengan sepenuh hati.
Tengku Qalif : Cintanya kepada Liyana umpama langit yang tidak bersempadan, umpama udara yang memenuhi bumi, dan sebuah kehilangan membuatkan separuh nyawanya mati. Kerana cintanya satu, mustahil untuk dia memberi rasa serupa kepada yang kedua.
Menyedari keadaan Tengku Qalif yang bagaikan ‘mayat bernyawa’ Imanina tekad mahu membahagiakan lelaki bergelar duda itu. Namun Tengku Qalif berterusan menolak dan menepis setiap bantuan darinya.
Dan ketika Imanina melamar Tengku Qalif dengan sebuah perkahwinan, perasaan benci di hati kian memuncak. Semakin jauh mengelak, semakin dekat Imanina menghampiri. Dan kerana sebuah cabaran, akhirnya Tengku Qalif terpaksa bersetuju untuk menikahi Imanina.
Perkahwinan yang awalnya dialas dengan kebencian perlahan-lahan berubah menjadi perkahwinan kedua yang terlalu bermakna untuknya. Ketika bahagia merantai hubungan mereka, ada malang datang bertandang. Perpisahan tidak terduga meletakkan Imanina di tempat Tengku Qalif seperti suatu masa dahulu. Sama tidak berbeza.
Namun kemunculan seorang lelaki di pertengahan jalan sengsara membuatkan hati Imanina terbelah dua. Perlukah dia kekal setia dengan sumpah janjinya kepada orang yang telah tiada? Dan ketika tangan bersedia untuk menyambut huluran cinta yang lain, ada sesuatu merentap semula tangannya.
Dugaan masih mendatang dan mungkinkah selepas ribut, taufan dan hujan, pelangi itu masih kekal setia di langit?
“Percayalah kasih… kesetiaan ini, Kesetiaan yang tak kau duga.”
Sumber: www.kakinovel.my

Terima Kasih

AL-Quran Kitabku

Asha Lya | Februari 10, 2017 | 0Komen | >
Assalamualaikum



Salam Jumaat semua.





Wassalam



Terima Kasih

Petua Dan Kesihatan

Asha Lya | Februari 09, 2017 | 1Komen | >
Assalamualaikum






💊 SedikitTip Perubatan 💊




1.Terkena sengatan Sembilang atau pari

   a) Ambil biji asam jawa , belah dua. Lekapkan bahagian isi putihnya ditempat kena sengat. (Sudah diuji dan berkesan ).

    b).Titikkan cuka ditempat kena sengatan . (Belum diuji ).
    c) Ambil belerang mancis beberapa batang, letakkan ditempat kena sengat dan bakar.


2. Sengatan obor-obor perang/merah.
    Titikkan cuka ditempat terkena sengatan.(Sudah diuji dan berkesan )
3.Sengatan tebuan atau lebah


   a)Spray ridsect ditempat kena sengat. (sudah diuji dan berkesan). 
   b) letakkan susu pekat ditempat kena sengat (sudah diuji-boleh mengurangkan kesakitan ).


4.Mengehentikan pendarahan luka.

   a) kunyah pucuk pisang dan tampal pada luka yang berdarah.

   b)Kunyah pucuk berembang dan tampal pada luka yang berdarah.

    c)Hancurkan daun pokok selaput tunggul dan tampalkan pada luka.
5.Selsema berhingus.


   Sapukan minyak masak pada ubun ubun. (sudah diuji dan terbukti berkesan ).
6.Sakit Tekak.

    a) Rendamkan buah kembang semangkuk dan gula batu hingga kembang. Biarkan semalam. Makan isi buah kembang semangkuk (macam agar agar ) dan kuahnya sekali. (sudah diuji dan berkesan ).

    b) Minum beberapa sudu kicap pekat beberapa kali sehari.


7.Sakit kepala.

   a)Ambil kira kira 10 biji limau kasturi, belah dan perahkan airnya pada kepala . Biakan sejamatau 2 jam . lepas tu mandi dan basuh kepala semula. (sudah diuji dan berkesan ).

    b) Ambil sedikit pucuk pokok sena, blend dengan air , basuh kepala macam shampoo . biarkan sejamatau 2 jam , lepas tu mandi dan bersihkan semula.(sudah diuji dan berkesan ).


8.Penglihatan kurang jelas atau kabur.

   a) Titikkansatu titik air perahan limau nipis ke dalam mata

   b) ambir 2 helai daun sirih, racik dan gaul dalam air di dalam mangkuk. Rendamkan mata dalam mangkuk sambil buka mata..


9.Sakit Gigi.

    Ambil beberapa biji bunga chengkih, hancurkan, balut dengankain nipis kecil, letakkan pada gigi yang sakit . (sudah diuji dan terbukti berkesan ).


10.Demam
     Ambil beberapa pokok dokong anak atau pokok ragu ragu(sirih cina ), ramas ramas dalam air . sapukan air tu pada keseluruhan kepala. (Sudah diuji dan berkesan 


11.Buasir.
     Ambil biji betik (keseluruhan dari sebiji betik ) . Rebus denganair hingga airnya tinggal separuh. Minum airnya setengah cawan. Buat beberapa kali dalam sehari . Teruskan minum untuk beberapa hari. (sudah diuji terbukti berkesan ).


12. Mata terpercik chili ketika tumbuk sambal
      Makan secubit garam (terbukti berkesan ).


13.Sengatan lipan dan kala jengkeng.
      Juga boleh gunakan biji asam jawa dibelah dua, tampal pada tempat kena sngtn.

Terima Kasih

Doa dan Zikir Semasa Mengemas dan Memasak

Asha Lya | Februari 08, 2017 | 3Komen | >
Assalamualaikum








Ibu-ibu, kakak-kakak, tukang masak, orang gaji....malah sesiapa sahaja yang sibuk menguruskan rumah seperti memasak dan mengemas pasti sentiasa sibuk dengan kaki dan tangan yang sentiasa bergerak untuk menjalankan tugas. Waktu itu adalah masa di mana mulut anda pasti terdiam atau pun menyanyi untuk menghiburkan diri. 

Alangkah ruginya.... Kerja yang anda lakukan amat mulia...tidakkah anda mahu menambahnya dengan pahala berganda dan keberkatan? 

Sesungguhnya pekerjaan yang mulia itu banyak pahalanya akan tetapi berganda-ganda pahala dan keberkatannya jika di sertakan dengan doa dan zikir. Bukan itu sahaja, ianya juga akan menambahkan bekalan anda di akhirat kelak. 


Sharing is caring



Wassalam


Terima Kasih

Feeya Iskandar Selamat Lahir Bayi Sulung, Namakan Adam Malique

Asha Lya | Februari 08, 2017 | 3Komen | >
Assalamualaikum





Penyampai radio Feeya Iskandar atau Cik Piah selamat lahirkan bayi sulungnya pada 11.03 pagi tadi.

Cik Piah melahirkan bayi lelakinya seberat 2.8 kilogram secara normal di Sri Kota Specialist Medical Centre, Klang.

Menerusi laman sosial Instagram Sinar FM memberitahu Cik Piah dan suami, Nurashid Wahab telah memilih Adam Malique sebagai nama putera sulungnya.

Serentak dengan itu, Sinar FM turut berkongsi sekeping foto Adam Malique tanpa mendedahkan wajahnya.

Astro Gempak mengucapkan tahniah buat Feeya dan suami, semoga kelahiran Adam dapat menyerikan lagi rumahtangga mereka.

Teks oleh: Syafiqah Jalal


Sumber: astro gempak


Terima Kasih

Medic Serum & Bio Active Serum : Lovely February Giveaway

Asha Lya | Februari 07, 2017 | 3Komen | >



Apabila mengalami masalah kulit, adalah digalakkan untuk menggunakan SERUM kerana serum mudah menyerap ke dalam kulit berbanding jika kita menggunakan losyen dan bedak. Oleh yang demikian, RenoSkin memperkenalkan dua serum khas untuk masalah kulit seperti eczema mahupun   
*****************************************************************
MEDIC SERUM 
*****************************************************************
Masalah kulit sensitif, eczema, psoriasis, gatal-gatal, luka kecil, kudis dan banyak lagi boleh membawa kepada pelbagai masalah. Apa yang lebih teruk jika ia tidak dirawat segera akan merebak ke segenap tubuh badan. Bayangkan jika bayi yang mempunyai ekzema tentu sahaja tidur mereka tidak akan lena, sebagai orang tua mesti masalah ini mengusarkan kita. Namun, Medic Serum sedia membantu dalam permasalahan ini. Malah, sebotol Medic Serum bukan boleh digunakan oleh bayi tapi ia boleh digunakan oleh seisi keluarga. 

Menarik mengenai Medic Serum, tentu sahaja ianya satu serum yang BEBAS TOKSIK malahan ianya mengunakan 100% bahan semulajadi iaitu ia terhasil daripada ekstrak minyak kastor, minyak kelapa dara, herba rosemary dan ianya kaya dengan vitamins.



Nampak tak dalam gambar di atas, pelbagai kegunaan Medic Serum!!!. Amat berbaloi untuk seisi rumah dan tak salah untuk membeli kerana harganya amat berpatutan di samping keberkesanan penggunaan sudah terbukti dengan pelbagai testimoni pelanggan.


*****************************************************************
BIO ACTIVE SERUM
*****************************************************************

Bagi masalah kulit dibahagian muka, kita boleh je gunakan Medic Serum tapi kalau nak lebih berkesan, adalah lebih baik gunakan Bio Active terutamanya pada waktu malam sebelum kita tidur. Banyak kegunaan Bio Active Serum antaranya ialah sebagai anti-penuaan, base make-up, memperbaiki tisu kulit yang rosak, melembabkan kulit muka dan macam-macam lagi sehingga muka akan tampak lebih halus, bebas jerawat & lebih cerah. Apa yang menarik tentang Bio Active, tentu sahaja BEBAS BAHAN KIMIA kerana bahan semulajadi digunakan antaranya ialah Autralian Tea Tree, Rosa Canina & Virgin Coconut Oil.



HARGA bagi kedua-dua SERUM ini amat berpatutan kerana setiap serum keluaran RenoSkin mampu bertahan sehingga enam bulan. Apatah lagi jika ianya sesuai digunakan oleh seisi keluarga.
Ohya, lagi menarik...kalau korang join Medic Serum & Bio Active Serum : Lovely February Giveaway oleh Blogger Eca Dwinky Asha, korang akan mendapat hadiah istimewa berupa diskaun bagi setiap pembelian....So, jom sertai Medic Serum & Bio Active Serum : Lovely February Giveaway sekarang.










Terima Kasih

Asha Lya Copyright © 2016. Design by MaiGraphicDesign