Halaman

Penjimatan

Asha Lya | Mac 31, 2015 | 12Komen | >
Assalamualaikum


Selamat pagi semua. 
Hadiah ke cabaran ke peringkat yang seterusnya dari 
Produk Whitening Intensive Booster yang di anjurkan oleh blogger Kak Mia Liana. Tapi bukan nak cerita pasal cabaran ni. 






Lya nak cerita pasal penjimatan.
Nampak tak Lya belah2 sabun tu.
Maka dapatla 6 bahagian.
Simpan kat bekas comel.
Boleh guna lama. Dapat jimat kat situ.
Semua nak kena jimat sekarang ni.
Huhu.



Wassalam


Terima Kasih

Tempahan Jahitan Pertama

Asha Lya | Mac 30, 2015 | 16Komen | >
Assalamualaikum



Alhamdulillah, baru peringkat permulaan. Lya ambik tempahan jahitan dari kalangan saudara Lya dulu.
Kalau betul2 suda mantap barula boleh open order. Ececehh hhehe.







Dengan sedikit ilmu jahitan yang masih perlu banyak diperbaiki. Harap dapat juga membantu keluarga. Mana yang nak minta tolong buatkan baju kurung.




Wassalam

Terima Kasih

Bibit Sayur Dan Baja Tanaman

Asha Lya | Mac 29, 2015 | 9Komen | >
Assalamualaikum

Lewat bersiaran, banyak urusan pagi tadi. Tak sempat nak up entri.
Jom kita berbudi pada tanah.
Chehh mengajak plak kan.
Misi mencari baja untuk tanaman.


Baja subur n Baja buah





Bibit sayur sawi n bayam




Mudahan la berhasil tanaman kami.
Memandangkan kos sara hidup makin
hari makin meningkat. Baik usahakan sedikit tanah tepi umah yang terbiar dengan sedikit tanaman kan hhehe.




Wassalam

Terima Kasih

Rak Serbaguna

Asha Lya | Mac 28, 2015 | 7Komen | >
Assalamualaikum


Selamat berhujung minggu semua.
Dah lama cari benda alah ni.
Baru terjumpa, apa tunggu lagi terusla angkat. Warna biru plak tu.






Rak bertingkat2.






Ubahsuai sikit.
Tempat simpan barang2 comel 
kat dapur tuuu. Barula nampak kemas gitu huhu.



Wassalam

Terima Kasih

e-filling LHDN

Asha Lya | Mac 27, 2015 | 7Komen | >
Assalamualaikum



Awal pagi lagi Lya dan suami gerak ke Bandar Sandakan. Kalau tak gerak awal pasti akan meredah jammed. Owhh x sanggup. 
Tujuan kesini nak urus e-filling suami.
And ada juga tujuan lain ;).
Nak jenjalan.







Depan LHDN nak selfie hihi






Urusannya sekejap ja. Lepas tu boleh dah jenjalan.




Wassalam

Terima Kasih

Yang Terindah

Asha Lya | Mac 27, 2015 | 8Komen | >
Assalamualaikum

Salam Jumaat semua





Sumber Facebook



Wassalam

Terima Kasih

Rezeki Mesin Jahit Tepi Singer

Asha Lya | Mac 26, 2015 | 12Komen | >
Assalamualaikum

Memang menjadi salah satu
impian Lya ingin memiliki sebuah
mesin jahit tepi singer ni.
Tanpa adanya mesin jahit tepi ni agak sukar
proses menjahit pakaian di buat. Bak kata orang tak lengkap.






Tanggal 23.01.2015 yang baru berlalu.
Alhamdulillah berkat rezki En.suami lebih dapatla tunaikan hajat Lya memiliki mesin jahit tepi yang 
dah lama Lya usha2 ni hhehe.
Harganya dalam 2k +++.
Kalau beli hf boleh dapat banyak
hhaha tapi tak la kali.
Mesin ni boleh jadi punca rezki  Lya Insyallah.








Ada kursus khas lagi cara mengendalikan mesin jahit tepi ni. Lya sebenarnya tahu guna ja tapi cara nak maintenancenya tak reti kihkih.
Ada di ajarkan. Lepas ni boleh dah menjahit dengan senang hati hihi.




Wassalam

Terima Kasih

3 Bungkusan Selamat Di Terima

Asha Lya | Mac 25, 2015 | 14Komen | >
Assalamualaikum



Baru berkesempatan nak up 
entri ni, padahal dari last week lagi dah terima. Penyakit "M" suka sangat menyinggah diri ini. Malas sungguh nak menaip hihi.





Ini la 3 Bungkusan barang yang 
Lya terima last week.
Hadiah dari blogger Syamimi si pemilik
blog cinta itu indah. Lya salah seorang pemenang dari segmen yang mimie anjurkan. Seutas tasbih yang comel, suka sangat. Terima kasih banyak mimie.





Ehh Lya ada terima sample susu Anmum. Hari tu sesaja isi sebagai ahli anmum, kot2 la dapat sample bolehla rasa keenakkan susu ni.  Teringin sangat nak merasa jadi seorang ibu.
Moga rezki, impian Lya tercapai Amin.





Bungkusan ke 3, surat dari insurans Lya.
Di sertakan sekeping voucer Giant Rm50. Alhamdulillah rezki dari Allah.
Boleh juga tambah2 belanja kami sekeluarga. Rezki datang dari pelbagai cara kan, syukur sangat.




Yang Lya masih tunggu masih tak kunjung tiba. Harap2 da la minggu ni.
Ok la jaga diri hiasi peribadi bye.
Sempat lagi :)




Wassalam

Terima Kasih

Idea Deko Dapur

Asha Lya | Mac 24, 2015 | 14Komen | >
Assalamualaikum




Sibuk nak cari ilham deko dapur Lya.
Dapur yang tak seberapa luas.
Biar berseri baru bersemangat nak 
memasak pelbagai masakan hhehe.






Deko 1




Deko 2




Deko 3




Deko 4



Semuanya cantik2. 



Wassalam

Terima Kasih

Kebun Bunga Emak Di Kampung

Asha Lya | Mac 23, 2015 | 12Komen | >
Assalamualaikum




Selamat berhari isnin semua.
Hari ni rutin seperti biasa dah bermula.
Bila dah balik sini, teringat plak kat kampung halaman. Rindu mengamit lagi huhu.







Inila kebun bunga emak Lya
kat kampung. 





Bunga orkid Borneo
Kembang dengan meriahnya.






Pelbagai jenis bunga kertas yang
beraneka warna.





Pokok tulang2 dan bunga jepun.



Semua di jaga rapi, pagi petang
di sirami air. Lagi2 Sekarang ni Muslim
kemarau panas yang amat.
Seronok tengok bunga-bungaan bewarna warni ni. Sejuk ja mata.




Wassalam


Terima Kasih

Berjus Carrot Di Tengahari

Asha Lya | Mac 22, 2015 | 11Komen | >
Assalamualaikum

Tengahari gini memang sedap
nikmati jus. Jus yang mudah di buat,
apa lagi kalau bukan jus carrot kan.
Bahan pun sedia ada. Hanya perlu blender.
Dah menghasilkan jusnya.

Carrot + susu cair + air

Perhh memang sedap dan berkhasiat.
Alamak kuota internet dah nak
habis. Ermmm kena topup lagi untuk
sebulan. Ok bye

Wassalam

Terima Kasih

Kuih Talam Emak

Asha Lya | Mac 21, 2015 | 10Komen | >
Assalamualaikum



Bila emak Lya buat kuih talam ni
(bukan talam 2 muka ya) kihkih..terimbas semula zaman kami
adik-beradik
kecik2 dulu. Kuih ni buat sarapan
dan bekal ke sekolah.



Minggu lepas emak Lya buatkan.
Masa Lya kat kampung.
Nak buat berlapis2 pun boleh
letak pelbagai warna.



Siap di kukus boleh makan.
Hari ni aktiviti mengemas dapur. Huhh
letih juga. Ok bye...
Wassalam

Terima Kasih

3 Bungkusan

Asha Lya | Mac 20, 2015 | 10Komen | >
Assalamualaikum

Alhamdulillah kami dah selamat
sampai di kediaman kat Kota Kinabatangan. Terima kasih rakan2 yang mendoakan keselamatan perjalanan balik kami.



Pagi ni Lya terima 3 bungkusan,
Suami tolong ambilkan dari officenya.
Bab Lya memang guna alamat 
officenya memandangkan 
kekadang kami tak ada di rumah selalu.






Apakah yang terkandung di dalam
3 bungkusan ni nanti
Lya ceritakan kemudian.
Nak berkungfu dulu kat dapur.
Bagi dapur berasap kehkeh.



Wassalam

Terima Kasih

Kembali Pulang

Asha Lya | Mac 19, 2015 | 6Komen | >
Assalamualaikum




Selesai 2 hari suami Lya berkursus.
Tiba masanya kami balik ke
Kota Kinabatangan. Dapat berehat di kg
beberapa hari, terubat sedikit kerinduan di kg.






Berangkat balik. Cepat sungguh masa berlalu. Panjang umur jumpa lagi insyallah.




Wassalam

Terima Kasih

Takoyaki Homemade

Asha Lya | Mac 18, 2015 | 13Komen | >
Assalamualaikum

Dari kawan Lya la puncanya Lya terjebak dengan takoyaki.
Kerana teringin nak merasa keenakan
takoyaki yang di buat sendiri
oleh kawan Lya punya kawan (rakan sepejabatnya). Maka Lya orderla 2 set.
1 set RM 5 ada 7pc. 





Memang berbaloi la beli.
Kulitnya tebal, isinya padat dan rasanya pun sedappp. Kita kasi 5***
Tak puas makan nak lagi.
Dan lagi hhaha. Yang jual kat kedai 
tu Lya tak berani nak beli. Adalah sebabnya. Nak try wat sendirila ok ke tak ok. Belum cuba blm taw hhehe..Ok bye




Wassalam

Terima Kasih

Sarapan Ringkas Dengan Koko Krunch

Asha Lya | Mac 18, 2015 | 13Komen | >
Assalamualaikum




Selamat pagi, isi perut pagi
ni dengan koko krunch.
Nikmati dengan minuman susu.





Entri ringkas. Korang dah sarapan ka ?



Wassalam

Terima Kasih

Gelagat Kucing Kampung Tidur

Asha Lya | Mac 17, 2015 | 12Komen | >
Assalamualaikum

Bila balik ke kampung baru dapat
jumpa kucing2 kampung ni.
Tengok gelagat kucing2 ni tidur.



Pandai juga beselfie
Suka sangat tidur bertompok2





Ini pulak kucing tak sihat.




Wassalam


Terima Kasih

Layan Novel Asam Pedas Untuk Dia

Asha Lya | Mac 16, 2015 | 9Komen | >
Assalamualaikum

Selamat malam. Lewat bersiaran,
banyak urusan siang tadi.
Dah lama Lya tak layan novel.
Kebetulan anak sedara Lya pembaca dan pengumpul tegar novel.
Cerita ni tengah hot, novel pun ada
so pinjamla. Nak tengok jalan cerita novel dan drama sama sebijik ke tidak huhu.




Harap 2 hari boleh habiskan.
Sementara cuti2 ni.



Wassalam

Terima Kasih

Balik Kampung Halaman

Asha Lya | Mac 15, 2015 | 12Komen | >
Assalamualaikum

Alhamdulillah selamat sampai
Di Kota Kinabalu semalam.
Baru sempat update hari ni.
Cuaca kat sini elok tapi 
panas terik.






Kawasan Kundasang yang sejuk
pun masih terasa bahang panas.
Hari ni gerak pi Beaufort plak.




Wassalam

Terima Kasih

Masa Untuk Bercuti

Asha Lya | Mac 13, 2015 | 10Komen | >
Assalamualaikum




Minggu depan Giatmara Kinabatangan cuti seminggu.
Kebetulan minggu depan juga suami
ada kursus di Kota Kinabalu.
Ngam la sangat, Lya terus ikut balik
Ke Beaufort. Dekat 3 bulan suda tak balik sana. Sronoknya dapat balik.






Siap-siap kemas barang yang
nak di bawa. Ehh cuti sekolah pun seminggu juga kan, banyak kenduri kawin ni sana sini. Selamat bercuti semua.



Wassalam

Terima Kasih

Kurang Sihat

Asha Lya | Mac 12, 2015 | 9Komen | >
Assalamualaikum


 Sejak 2, 3 hari ni tekak 
Lya sakit semacam, puncanya
gusi sebelah kanan luka
macam ada gigi hujung nak tumbuh.
Sakitnya x dapat di gambarkan.
Berkait rapat tekak pun turut luka 
sebab bila nak telan air sekalipun
sakitnya yang amat. Apa lagi nak telan makanan lagila sakit.





Pagi2 sarapan bubur ayam homemade ja.
Tu pun payah nak telan.
Banyakkan sabar ja.
Harap cepat la sembuh.
Nanti tak dapat nikmati makan
kenduri kawin. Kan hujung minggu ni
ramai orang kawin maklumla cuti sekolah. Hoyeee lya balik kampung
seminggu. 




Wassalam

Terima Kasih

Giveaway Cash RM500 2015 by Emas Putih

Asha Lya | Mac 12, 2015 | 10Komen | >
As-Salam
[Sila Klik Banner Diatas If Nak Join]

Hadiah :
RM50 Cash x 10 pemenang
Hadiah Misteri Exclusively by Azanis x 3 Pemenang

Mula : 10 Mac 2015 | Tamat :24 Mac 2015




Terima Kasih

Wajib Bawa Air Putih

Asha Lya | Mac 11, 2015 | 14Komen | >
Assalamualaikum



Botol air yang wajib di isi air putih dan dibawa walau ke mana.
Muat 1 liter air. 





Wajib habiskan 
Hihu



Wassalam

Terima Kasih

Layan Drama Tv3

Asha Lya | Mac 10, 2015 | 8Komen | >
Assalamualaikum

Kini suda terjatuh cinta plak 
dengan drama adaptasi novel kali ni.
Berkenan plak di hati dengan drama di bawah ni.




Suami Ku Sebelah Rumah




Asam Pedas Untuk Dia.



Suami pun terjoin sama layan
drama kat tv3 ni. Jalan cerita yang menarik dan
tak membosankan bab tu
nak terus follow kihkih.




Wassalam

Terima Kasih

Percubaan Membuat Nugget Ayam

Asha Lya | Mac 10, 2015 | 13Komen | >
Assalamualaikum

Hujung minggu lepas Lya terlebih
rajin sikit nak memasak.
Mencuba pelbagai resepi mudah
dan cepat di sediakan.





Inila hasilnya yang tak seberapa



Percubaan membuat nugget ayam
Tak sangka menjadi juga.
Resepi Lya google ja.
Cari yang mudah2 dan bahan
pun sedia ada di rumah.
Thks yang sudi kongsi resepi.



Wassalam

Terima Kasih

Bunga - Bungaan

Asha Lya | Mac 09, 2015 | 13Komen | >
Assalamualaikum

Selamat pagi yang cerah.
Asalnya ada dua pokok orkid ja
kat depan umah Lya ni.
My mil tambahkan dengan bunga
kertas n ros. Tapi ros tu tak berbunga lagi. Ada juga bunga-bungaan penyeri umah. 





Lya bukanla penggemar bunga.
Tapi kalau suda di bagi, ambik jak la kan kihkihkih. Ok bye




Wassalam

Terima Kasih

Karipap - Karipap Cinta

Asha Lya | Mac 08, 2015 | 14Komen | >
Assalamualaikum



Cerita petang Sabtu kelmarin.
Kegemaran kitaorang kuih karipap.
So gigihla mengkaripap.
Buat sendiri lagi puas makan
Boleh letak inti banyak2.





Si suami tukang isi dan tekap Karipap





Lya tukang uli doh
dan buat inti ayam + kentang + kari


Hasilnya dapatla 20 biji
Ada yang montok isinya kihkih.




Seyes memang ranggup 
Kalau jual gerenti laku kihkih.



Wassalam

Terima Kasih

Cenderahati Dari Kak Mia Liana

Asha Lya | Mac 06, 2015 | 14Komen | >
Assalamualaikum
Alhamdulillah cenderahati dari
Kak Mia Liana akhirnya selamat
Lya terima Selasa yang lepas.

Cenderahati sebagai salah seorang
pengomen tegar 2014 blog Kak Mia.
Terima kasih banyak Kak Mia.





Headfone warns kegemaran en.suami.
Alhamdulillah rezki.



Wassalam






Terima Kasih

Senyum Itu

Asha Lya | Mac 06, 2015 | 10Komen | >
Assalamualaikum
Salam Jumaat penuh keberkatanNya.


" Senyumlah untuk gembira,
Bukan senyum hanya apabila gembira"



Wassalam

Terima Kasih

Mempraktikkan Kemahiran

Asha Lya | Mac 05, 2015 | 11Komen | >
Assalamualaikum


Perkara yang tidak asing lagi
dalam diri Lya - Menjahit. Ilmu menjahit belum cukup lagi.
Kalau boleh masih nak menuntut dan terus menuntut ilmu ni.



Mempraktikkan ilmu menjahit.
Beli kain yang harga rm10 ja
buat latihan. Bila berulang kali 
dah di buat, step tu boleh hafal dah.
Lya kan tak pro lagi so ini la caranya.
Ukur, potong n jahit.



Wassalam




Terima Kasih

Projek Meja Corner

Asha Lya | Mac 04, 2015 | 14Komen | >
Assalamualaikum




Kembali lagi dengan projek
pertukangan. Kali ni projek membuat 
meja corner untuk letak kipas.
Semua ni hasil idea kreatif en.suami.






Proses membuat (Sebelum)






Selepas siap dan di deko.
Inila hasilnya. 
Itula kegunaan langsir yang Lya 
buat. Ok la juga kan dapat menjimatkan ruang. 




Wassalam

Terima Kasih

Blaus Korporat

Asha Lya | Mac 03, 2015 | 16Komen | >
Assalamualaikum



Dah masuk bulan ke 3 Lya
berkursus di giatmara. Alhamdulillah
semuanya berjalan dengan lancar.
Ini blaus rasmi kursus jahitan
dan wajib di pakai tiap hari Rabu.







Sebenarnya dah lama baju ni
siap Lya jahit tapi baru 
berkesempatan update kat blog.
Comel tak hihu.
Masih kesempitan ruang nak bw
macam dulu2, akan cuba curi2
masa tu juga. 




Wassalam

Terima Kasih

Asha Lya Copyright © 2016. Design by MaiGraphicDesign